HomeBuying A CarCara-cara Cari & Pilih Kereta Idaman Anda Di Laman Web CARSOME

Cara-cara Cari & Pilih Kereta Idaman Anda Di Laman Web CARSOME

Anda mungkin belum tahu lagi tetapi sebenarnya di CARSOME ni kami bukan hanya jual jenama popular seperti Proton, Perodua, Honda, dan Toyota tetapi kami ada lebih kurang 30 jenama kereta dalam inventori kami. 

Janama saja dah ada 30, itu belum dikira jumlah model kereta yang kami ada. Banyak kan? Mestilah banyak. Tapi yang bestnya anda tak perlu pun nak kena pergi ke setiap cawangan CARSOME untuk cari kereta yang anda nak kerana anda boleh cari kereta idaman anda dengan mudah di laman web CARSOME Malaysia. 

Kali ini kami nak kongsikan kepada anda tentang bagaimana caranya nak cari kereta yang anda mahukan dan yang sesuai dengan bajet serta keperluan anda. 

Artikel berkaitan: Semuanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai CARSOME Certified

Langkah 1: Masuk ke Dalam Laman Web CARSOME 

Buka laman web CARSOME Malaysia. Anda akan nampak kotak carian kereta ini. Di sebelah kiri adalah untuk anda mencari kereta yang anda ingin beli iaitu di ruangan ‘Beli Kereta’. Manakala di sebelah kanan pula ruang untuk anda menjual kereta anda. 

Langkah 2: Cari Kereta Anda

Sekarang mari kita fokuskan pada bahagian kiri iaitu ‘Beli Kereta’. Ada beberapa cara untuk anda memulakan carian di laman web CARSOME

  • Kotak Carian 

Jika anda dah tahu apa yang anda inginkan, anda boleh taip model kereta yang anda mahukan dalam kotak carian. 

  • Carian Pantas

Jika anda tidak tahu apa yang anda ingin cari, anda boleh klik pada mana-mana bahagian untuk carian pantas. Carian pantas boleh dibuat berdasarkan: 

  • Jenama kereta 
  • Jenis kereta 
  • Bajet anda

Langkah 3: Saring Carian Anda 

Untuk memudahkan lagi proses mencari kereta idaman anda, anda boleh saring carian anda mengikut pilihan anda. 

Anda boleh pilih saringan mengikut negeri. Ini bertujuan untuk hanya memaparkan kereta yang berada di negeri pilihan anda. Anda boleh klik pada bahagian ini untuk saring kereta berdasarkan negeri di mana cawangan CARSOME terletak: 

Selain itu, anda juga boleh menyaring kereta yang anda mahu mengikut negeri tempat anda menetap. Anda boleh klik pada bahagian ini: 

Kemudian anda boleh pilih negeri di mana anda menetap ataupun negeri berhampiran dengan tempat tinggal anda: 

Jika kereta yang anda mahukan itu berada jauh daripada tempat atau negeri anda menetap, jangan risau! CARSOME akan menghantarkan kereta yang anda beli itu terus ke depan rumah anda. 

Anda juga boleh menyaring untuk mencari kereta idaman anda berdasarkan ciri-ciri berikut: 

  • Jenama 

  • Jenis badan kereta 

  • Bajet 

  • Tahun kereta

  • Jenis transmisi 

  • Jarak perbatuan

  • Warna kereta 

  • Cawangan CARSOME 

Artikel berkaitan: Mahal Ke Kereta CARSOME? Macam Mana Harga Kereta CARSOME Ditentukan?

Langkah 3: Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana? Bandingkan Je! 

Anda ada beberapa kereta yang anda berkenan tapi anda tak tahu nak pilih yang mana satu. Apa kata anda bandingkan saja! 

Di laman web CARSOME, anda boleh membandingkan dua atau lebih kereta yang anda ingin beli. Apa yang anda perlu buat cuma hidupkan butang ‘Bandingkan’, pilih kereta yang anda ingin bandingkan, dan laman web CARSOME akan memberikan perbandingan anda kereta-kereta yang anda telah pilih. 

Dengan fungsikan perbandingan kereta ini, barulah mudah anda nak buat pilihan kereta yang mana anda nak beli. 

Cara Lebih Mudah Nak Beli Kereta Hanya di CARSOME

CARSOME nak pastikan anda sebagai pembeli melalui proses beli kereta yang telus, mudah, dan menyakinkan. Disebabkan itulah, laman web CARSOME telah dibina supaya anda tidak merasa renyah ketika memilih kereta yang anda inginkan. 

Artikel berkaitan: Nak Tahu Tak Kenapa 323,869 Pilih Kami Untuk Jual & Beli Kereta?Layari laman web CARSOME sekarang untuk mencari kereta idaman anda sekarang. Nak lebih mudah? Anda juga boleh muat turun aplikasi CARSOME. Nak beli kereta CARSOME kini lebih mudah di aplikasi CARSOME.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular