HomeBMReview Jujur Honda Jazz GK5 Setelah 5 Tahun: Bukan Kereta T20!

Review Jujur Honda Jazz GK5 Setelah 5 Tahun: Bukan Kereta T20!

Anda nak beli Honda Jazz second hand tapi takut kereta ini cuma sesuai untuk golongan T20?

Dalam banyak-banyak hatchback yang ada di luar sana, memang tak dapat dinafikan yang harga Honda Jazz memang sedikit mahal berbanding kereta tempatan, tapi ini disebabkan ia merupakan sebuah kereta yang praktikal, selamat, dan mempunyai populariti yang tinggi dalam kalangan pembeli kereta kali pertama. Walaupun begitu, adakah hatchback ini cuma sesuai untuk dimiliki oleh golongan T20?

Meskipun saya mungkin belum lagi mencapai tahap T20, tetapi saya boleh katakan dengan yakin yang Honda Jazz sesuai untuk semua orang yang mampu memilikinya. Di sini saya akan kongsikan pengalaman saya memiliki dan memandu Honda Jazz (GK5) 1.5 S selepas lima tahun sebagai panduan untuk anda buat keputusan semasa memilih model ini.

Kenapa Saya Pilih untuk Beli Honda Jazz 1.5 S pada Tahun 2017?

Honda Jazz (GK5) 1.5 S merupakan kereta pertama yang saya beli sendiri pada tahun 2017. Pada ketika itu saya ada juga mempertimbangkan kereta-kereta lain seperti Proton Saga dan Perodua Myvi, tapi saya lebih tertarik kepada Honda Jazz atas sebab-sebab yang berikut.

Enjin i-VTEC 1.5L Honda Jazz yang Lebih Berkuasa

Daripada ingatan saya, Proton Saga dan Perodua Myvi ketika itu hanya ditawarkan dengan enjin 1.3L yang tidak dapat memberi pecutan dan kuasa yang saya perlukan. Sebelum membeli Honda Jazz, saya pernah memandu Proton Waja milik ayah saya yang mempunyai enjin 1.6L selama beberapa tahun semasa di universiti jadi boleh dikatakan yang saya dah biasa memandu dengan enjin yang lebih tinggi kuasanya.

enjin honda jazz gk5

Selepas memandu uji ketiga-tiga kereta tersebut, memang tak dapat dinafikan yang saya lebih selesa dengan enjin 1.5L pada Honda Jazz. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 120 PS untuk memberi pengalaman memandu yang selesa di dalam kawasan bandar dan saya juga boleh memecut dengan mudah di lebuhraya apabila perlu.

Honda Jazz Jimat Minyak & Lebih Berbaloi

Penjimatan minyak adalah kriteria utama yang saya lihat apabila membeli kereta. Memanglah harga minyak di Malaysia masih berpatutan sampai ada yang sanggup menyeberang sempadan untuk beli minyak di sini, tapi untuk jangka masa panjang, kereta yang jimat minyak boleh membantu mengawal perbelanjaan saya pada masa hadapan.

honda jazz gk5 dashboard

Berikut adalah perbandingan penggunaan minyak antara Honda Jazz, Proton Saga, dan Perodua Myvi.

Honda Jazz Proton Saga Perodua Myvi
5.6 liter/100 km 6.7 liter/100 km 5.0 liter/100 km

Perodua Myvi mungkin menang di sini, tapi dengan enjin yang lebih berkuasa saya dapati Honda Jazz adalah pilihan yang lebih berbaloi.

Dalam setahun, ada beberapa kali saya akan pulang ke kampung halaman saya di Johor dan saya dapati Honda Jazz mampu memberi saya penjimatan minyak yang optimum untuk perjalanan tersebut. Anggaran kos tangki minyak penuh untuk Honda Jazz adalah dalam lingkungan RM70 dan ia mencukupi untuk perjalanan pergi dan balik daripada Shah Alam ke Kluang!

Ruang Dalaman Honda Jazz yang Praktikal dengan Magic Seats!

Satu lagi perkara yang saya betul-betul suka mengenai Honda Jazz GK5 saya adalah fungsi Magic Seats yang telah banyak membantu saya. Fungsi ini membolehkan saya melipat tempat duduk di baris belakang dengan mudah dalam pelbagai konfigurasi untuk mendapatkan ruang yang diperlukan untuk membawa barang yang panjang, tinggi, atau besar.

honda jazz gk5 spacious

Pada awal tahun 2023, saya telah berpindah ke rumah saya sendiri dan pada ketika itu, dengan menggunakan Honda Jazz sahaja, saya dapat memindahkan barang persendirian saya seperti pakaian, komputer, dan barang-barang keperluan kecil. Percaya atau tidak, saya berjaya mengangkut semua barang-barang saya dalam dua perjalanan sahaja!

Fungsi Magic Seats ini memang sangat praktikal dan saya yakin ia pasti akan membantu apabila anda memerlukannya. 

Selepas 5 Tahun, Senang Ke Nak Jaga Honda Jazz Walaupun Dah Tamat Produksi?

Ramai yang kecewa apabila Honda mengumumkan yang pengeluaran Honda Jazz di Malaysia diberhentikan pada tahun 2021. Pengumuman itu juga membuatkan saya risau sebagai pemilik Honda Jazz kerana saya beranggapan yang ia akan mengakibatkan kos servis menjadi lebih mahal dan alat ganti sukar untuk didapatkan.

honda jazz gk5, honda jazz in a field

Tetapi, sepanjang tempoh saya memiliki Honda Jazz, tiada sebarang masalah berkaitan servis dan pembaikan yang saya alami.

Maklumat Servis Boleh Didapati Dengan Mudah & Lokasi Pusat Servis yang Banyak

Nak dapatkan maklumat servis untuk Honda Jazz memang sangat mudah. Ia boleh didapati di laman web Honda di sini dan ini memudahkan saya untuk merujuk maklumat tentang bahagian yang perlu diservis. Di dalam dokumen tersebut, Honda turut menyenaraikan harga khidmat servis dengan jelas jadi saya boleh buat pilihan servis mengikut bajet dan keperluan saya. Lokasi pusat servis Honda juga mudah untuk didapati di sekitar Lembah Klang jadi saya tak perlu risau jika berlaku apa-apa kepada kereta saya apabila sedang memandu.

Secara purata, saya perlu membayar antara RM200 hingga RM400 untuk setiap sesi servis di pusat servis Honda. Bayaran servis yang paling mahal pula sekitar RM650, kerana kereta saya memerlukan servis menyeluruh setelah mencecah 60,000 kilometer dan saya juga mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti penjajaran tayar.

Jika kereta anda sudah tidak dilindungi oleh waranti asal pengedar daripada Honda, anda juga boleh memilih untuk menghantar kereta ke mana-mana bengkel yang mempunyai kepakaran untuk membaiki kereta Honda.

Alat Ganti Ada Dimana-mana

Lagi satu kelebihan pada Honda Jazz adalah kemudahan untuk mendapatkan alat ganti. Walaupun Honda Jazz sudah tidak lagi dikeluarkan di Malaysia, bekalan alat ganti Honda Jazz boleh didapatkan secara meluas di pasaran tempatan. Ini bermakna jika anda perlu memperbaiki atau mengganti sebarang komponen, anda tidak perlu bimbang tentang kesukaran mendapatkan alat ganti yang diperlukan.

Saya pernah mengalami beberapa kerosakan kecil pada bahagian lampu hadapan dan bampar tetapi bengkel yang saya biasa pergi mampu membaikinya dengan mudah pada harga yang mampu milik dan saya juga tak perlu bersusah payah untuk mencari alat ganti yang diperlukan.

Beli Honda Jazz Second Hand Berkualiti di CARSOME!

Setelah lima tahun memiliki Honda Jazz, saya boleh katakan yang kereta ini bukanlah eksklusif untuk orang-orang kaya sahaja. Ia merupakan pilihan bijak terutama sekali jika anda mahukan kereta dengan penjimatan minyak yang optimum, enjin yang berkuasa, dan ruang yang praktikal.

Pada saya, membeli Honda Jazz GK5 adalah antara keputusan terbaik yang pernah saya buat dalam hidup saya. Jadi, kalau ada rakan-rakan anda yang berkata “Baik beli Honda!”, saya rasa mungkin anda patut mendengar nasihat mereka!

honda jazz gk5 boot space

Jika anda mahu mendapatkan Honda Jazz second hand yang berkualiti, apa kata anda layari laman web CARSOME atau muat turun aplikasi kami untuk cari Honda Jazz terpakai yang sesuai dengan bajet anda.

Jangan risau, semua kereta terpakai di laman web kami dijual pada harga tetap tanpa sebarang bayaran tersembunyi dan disertakan dengan jaminan pulangan wang dalam lima hari dan waranti satu tahun.

Selain itu, semua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti dan dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan dan keselesaan di samping memberikannya estetik yang telah dibaik pulih.

diskaun kereta

Eh Jap… sekarang CARSOME ada promosi istimewa untuk pembelian kereta CARSOME Certified terpilih seperti Honda Jazz, Honda City, Toyota Vios, dan Nissan Almera. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan kereta Jepun idaman anda di CARSOME!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular