HomeAutomotiveJangan Kena Tipu! Cara Tak Nak Kena Tipu Di Bengkel Kereta

Jangan Kena Tipu! Cara Tak Nak Kena Tipu Di Bengkel Kereta

Pernah tak anda pergi ke bengkel kereta dengan niat nak periksa kereta saja tapi akhirnya anda ‘dipaksa’ untuk membayar kerja-kerja membaiki yang anda tak setuju pun. Ataupun rosaknya cuma sedikit saja tapi caj yang dikenakan sangat melampau. Anda terus jadi bingung. Seolah-olah anda baru kena ‘rompak’ dengan cara yang halal di situ. 

Anda sebagai pengguna sebenarnya dilindungi oleh kerajaan Malaysia menerusi Akta Perlindungan Pengguna 1999. Akta ini menerangkan tentang urus niaga yang tak boleh dibuat oleh pemilik perniagaan serta mengemukakan hak-hak pengguna di Malaysia: 

  • Hak untuk mendapatkan keperluan asas
  • Hak untuk mendapatkan keselamatan
  • Hak untuk mendapatkan maklumat
  • Hak untuk membuat pilihan
  • Hak untuk bersuara
  • Hak untuk mendapatkan ganti rugi
  • Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
  • Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

carsome check car oil

Anda boleh gunakan hak-hak ini untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa ‘ketuk’ oleh sebahagian bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab. Tapi macam mana caranya nak gunakan hak-hak ini untuk mengelakkan daripada ditipu. 

Artikel berkaitan: ‘Lemon Law’ Untuk Selamatkan Pembeli Kereta Terpakai? Ini Apa Yang Anda WAJIB Tahu Tentang ‘Lemon Law’

1. Pastikan Ada Job Order

Anda datang ke bengkel untuk periksa satu bunyi pelik kedengaran daripada kereta anda. Anda suruh mekanik untuk PERIKSA sahaja. Tetapi kemudian tiba-tiba mekanik kata dia dah pun siap baiki semua kerosakan yang ada. Haa… sudah! Lain yang disuruh lain yang dibuat. 

Ramai yang tak tahu bahawa kereta tidak boleh dibaiki tanpa persetujuan daripada pemilik kenderaan. Kalau pemilik suruh periksa sahaja, maka mekanik wajib patuh dah hanya periksa bahagian yang disuruh saja. 

Kerana itulah pentingnya ‘job order’ iaitu dokumen yang menerangkan apa yang rosak serta alat ganti yang akan digunakan serta upah baiki. Lebih kurang seperti ‘quotation’ ataupun sebut harga. Sekiranya pelanggan bersetuju, barulah kerja-kerja membaiki boleh diteruskan. 

Artikel berkaitan: Tips Kenal Pasti, Cara Semak Kereta Pernah Kemalangan

Tak jadi masalah pun kalau mekanik nak periksa bahagian kereta yang lain dan memaklumkan kepada pelanggan tentang apa lagi yang telah rosak tetapi ia juga haruslah dimasukkan ke dalam ‘job order’ yang dibuat. Sekiranya pelanggan bersetuju, barulah boleh baiki bahagian tersebut. 

Anda sebagai pelanggan mempunyai hak untuk meminta menanggalkan semua apa yang dipasang dan tidak membayar apa yang telah dibaiki kerana itu sudah melanggar Akta Perlindungan Pengguna iaitu melakukan servis tanpa persetujuan daripada pelanggan.

Ini adalah taktik klasik yang biasa dibuat untuk membuatkan pelanggan seolah-olah  tiada pilihan melainkan untuk membayar saja kerja-kerja pembaikan yang telah dibuat. 

A detailed service book will tell you if the car safety feature is still working

Jadi anda dah tahu apa nak kena buat apabila tiba-tiba ada mekanik buat onar dengan anda. 

Apabila dah dapat ‘job order’ dan anda dah bersetuju untuk kerja-kerja membaiki, ambil tahu juga tentang status kereta. Adakah rosaknya terlalu teruk ataupun rosaknya sedikit saja. Lama atau sekejap saja tempoh membaiki. 

Lebih-lebih lagi apabila anda tinggalkan kereta anda untuk tempoh yang lama disebabkan kerosakan yang dibaiki itu teruk. Jangan abaikan dan cuba untuk sentiasa bertanya apa status kereta yang anda dah hantar ke bengkel. 

2. Banyakkan Bertanya

Kalau boleh, banyakkan bertanya kepada mekanik yang membaiki kereta anda. Dan kalau nak bertanya, biarlah soalan yang relevan dan berkaitan dengan kereta. Janganlah tanya soalan yang bukan-bukan, takut kena halau pula nanti. 

Anda sebagai pengguna berhak untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya tentang servis yang anda langgan dan beli. Apa yang anda boleh tanya? Tentang isu yang terjadi, apa kerosakan, kenapa harganya begitu, berapa lama boleh siap, ada tak bahagian kereta yang terpaksa dipotong, barang ganti asal daripada mana, dan sebagainya. 

Dengan pertanyaan ini akan memberikan gambaran kepada mekanik bahawa anda ini seorang yang berpengetahuan serta tidak boleh ditipu sewenang-wenangnya. 

Artikel berkaitan: Jangan Teruskan Pemanduan Jika 3 Lampu Amaran Kereta Ini Menyala!

3. Setia Dengan Satu Bengkel Sahaja. 

Bukan hanya bercinta saja kena setia tapi bab bengkel kereta ni pun kena setia juga. Kalau anda dah selalu datang ke satu bengkel untuk baiki kereta anda, lebih baik anda setia saja dengan bengkel tersebut selama mana yang anda boleh. 

carsome check car oil

Apabila anda setia dengan bengkel yang sama, mekanik yang menipu anda pun rasa serba salah sebab anda dah jadi pelanggan setia yang selalu datang kalau ada apa-apa masalah dengan kereta anda. 

Kalau mereka cuba nak tipu, mesti anda akan perasan dengan cepat disebabkan anda dah pun tahu caj-caj pembaikan yang akan dikenakan. Jadi, mereka pun tak berani nak ‘ketuk’ anda. 

4. Belajar Pasal Kereta

Kalau anda boleh habiskan masa berjam-jam menonton video Tiktok, mesti anda ada masa untuk tonton video tentang penjagaan kereta, kan? Belajar sendiri sendiri tentang penjagaan dan asas-asas kereta sangat membantu anda. 

Tak perlu nak belajar sampai anda boleh baiki kereta anda sendiri, tapi sekadar cukup untuk anda tahu bahagian-bahagian kereta. Kebanyakan yang menjadi mangsa kepada bengkel adalah mereka yang tidak tahu tentang kereta terutamanya kaum wanita. 

Artikel berkaitan: Cara Menjaga Kereta Anda dan Mengapa Ia Perlu Dijaga

Akses maklumat pun dah mudah. Terlalu banyak video tentang kereta yang ada di platform video seperti Youtube. Laburkan sedikit masa dan data internet untuk menjadikan diri anda seorang yang ada pengetahuan asas. Barulah mekanik pun tak berani nak tipu anda. 

Segala perkongsian ini diharapkan boleh membantu anda daripada terus menjadi mangsa penipuan bengkel-bengkel ini. Anda kena ingat, sebagai seorang pengguna, anda ada hak untuk mendapatkan hanya perkhidmatan yang anda perlu saja. 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular