HomeAutomotive‘Lemon Law’ Untuk Selamatkan Pembeli Kereta Terpakai? Ini Apa Yang Anda WAJIB...

‘Lemon Law’ Untuk Selamatkan Pembeli Kereta Terpakai? Ini Apa Yang Anda WAJIB Tahu Tentang ‘Lemon Law’

Apabila kita beli kereta, kita dah ikat diri kita sendiri dengan komitmen kewangan yang sangat besar. Bayangkan, bayaran ansuran saja ada yang sampai beribu ringgit (bergantung kepada model) untuk tempoh sembilan tahun maksimum! 

Kalau kita dah bayar sebanyak tu untuk sembilan tahun, kita mestilah mahukan kereta yang dibeli berkualiti dan tahan lama, kan? Tapi macam mana kalau baru saja kita nak berseronok dengan kereta baharu dan tiba-tiba kereta rosak. Kereta yang rosak adalah sangat berbahaya! 

happy car buyer

Ini bukan cerita rekaan! Kalau anda rajin buat carian di media sosial, terlalu banyak keluhan daripada pembeli yang kereta mereka tidak berfungsi seperti yang dijanjikan pengeluar. Ini belum termasuk komponen penting yang gagal berfungsi untuk melindungi pemandu ketika kemalangan. 

Aduan telah dibuat tetapi tak semua aduan itu disambut. Ada yang masih lagi tergantung dan pembeli seperti dah hilang harapan untuk mendapat ganti rugi akibat kecuaian pengeluar dan penjual kereta! 

Artikel berkaitan: Anda Rasa Anda Tahu Segalanya Tentang Kereta? Jom Bongkar Beberapa Mitos Kereta

Tak ada ke undang-undang yang boleh melindungi pembeli dan juga pengguna kereta terutamanya kereta terpakai ini? Jadi di sinilah ‘Lemon Law’ ni memainkan peranan untuk melindungi pengguna dan pembeli kereta terutamanya kereta terpakai. 

Jadi, apa sebenarnya ‘lemon law’ ni? 

‘Lemon Law’ Yang Tiada Kaitan Dengan Lemon

‘Lemon law’ ini tiada kaitan langsung dengan buah lemon tetapi ‘lemon’ ini istilah merujuk kepada kenderaan atau peralatan yang rosak. ‘Lemon Law’ ini merupakan undang-undang negeri yang diasaskan di Amerika Syarikat. Tujuan asalnya adalah supaya pembeli kereta menerima pampasan seandainya produk yang dibeli rosak berkali-kali dan gagal berfungsi seperti yang dijanjikan. 

‘Lemon Law’ ini bukan saja terpakai untuk kereta tetapi juga untuk produk lain yang selalu rosak. Kebiasaannya pengguna boleh menuntut pampasan sekiranya produk yang dibeli tidak berfungsi seperti yang dijanjikan dalam tempoh tertentu seperti enam bulan di Amerika Syarikat. 

Tapi Di Malaysia Kan Dah Ada Akta Perlindungan Pengguna? 

Ya, betul. Di Malaysia sudah pun ada undang-undang yang melindungi pengguna dan pembeli daripada unsur-unsur ketidakadilan dalam urusan jual beli iaitu Akta Perlindungan Pengguna. Dalam akta ini juga menekankan tentang hak-hak pengguna iaitu: 

  • Hak untuk mendapatkan keperluan asas. 
  • Hak untuk mendapatkan keselamatan. 
  • Hak untuk mendapatkan maklumat. 
  • Hak untuk membuat pilihan. 
  • Hak untuk bersuara. 
  • Hak untuk mendapatkan ganti rugi. 
  • Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna. 
  • Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Memandangkan kita dah pun ada Akta Perlindungan Pengguna ni, jadi kita sebenarnya tak perlukanlah pun ‘Lemon Law’ ni kan? Tak semestinya. ‘Lemon Law’ yang dilaksanakan sebenarnya boleh menjadi perlindungan tambahan kepada akta yang sedia ada khusus untuk pembeli dan pengguna kereta. 

Waranti Tak Cukup Nak ‘Cover’ Kerosakan?  

Semua kereta yang dibeli sama ada baharu ataupun terpakai dilindungi oleh waranti. Jika ada kerosakan sepanjang tempoh waranti masih aktif, kereta yang rosak akan dibaiki dan kosnya ditanggung oleh pengeluar atau penjual kereta. 

Tetapi ada juga kes di mana walaupun kerosakan telah pun dibaiki tetapi muncul pula kerosakan lain atau pun kerosakan lama yang berulang, menunjukkan mungkin kerja-kerja membaiki pun tak boleh selamatkan kereta anda. 

Anda kena ingat bahawa kereta itu adalah mesin yang dipasang oleh manusia, jadi mesti ada kesilapan dan kecacatan di mana-mana bahagian yang pembeli sendiri tak tahu pada kereta mereka. 

Artikel berkaitan: Cara Menjaga Kereta Anda dan Mengapa Ia Perlu Dijaga

Maka di sinilah ‘Lemon Law’ memainkan peranan melindungi pengguna. Sekiranya kerosakan begini berlaku dalam tempoh tertentu, pengeluar wajib memberikan ganti rugi jika kerosakan ini disebabkan kesilapan pemasangan oleh pihak pengeluar dan jika perlu, menggantikannya dengan unit lain yang setara. 

Malaysia Dah Ketinggalan? 

Di Asia, antara negara yang dah menguatkuasakan ‘Lemon Law’ ini termasuklah Korea Selatan, Jepun, China, Filipina dan juga jiran kita iaitu Singapura. Singapura menggabungkan ‘Lemon Law’ ini dalam Akta Perlindungan Pengguna Singapura (Perdagangan yang Adil) (CPFTA) 2004. Antara hak pengguna yang dilindungi: 

  • Membuat tuntutan bagi produk yang rosak (juga dikenali sebagai lemon) yang dibeli dalam tempoh 6 bulan.
  • Meminta penjual produk yang rosak untuk membaiki, mengganti, membayar balik atau mengurangkan harga produk yang rosak (tertakluk kepada keadaan tertentu).
  • Memastikan produk yang rosak dibaiki dalam tempoh masa yang munasabah dengan kos ditanggung penjual.
  • Memastikan produk yang rosak diganti dalam tempoh masa yang munasabah dengan kos ditanggung penjual.
  • Meminta pengurangan harga ketika produk itu disimpan atau mengembalikan produk untuk bayaran balik jika penjual gagal untuk membaikinya.

Jadi, Malaysia ketinggalan ke? Tak juga kerana Akta Perlindungan Pengguna masih lagi melindungi hak pengguna cuma akta ini melindungi kesemua pengguna secara amnya. Tidak ada undang-undang khusus untuk pembelian kereta ini. 

Harapan Baru Penguatkuasaan ‘Lemon Law’ Di Malaysia? 

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberikan gambaran bahawa ‘Lemon Law’ sedang dipertimbangkan untuk dikuatkuasakan di Malaysia. 

Kementerian tersebut kini sedang mengkaji untuk menambah baik undang-undang pembelian kereta terpakai termasuklah memperkenalkan ‘Lemon Law’. Ini untuk melindungi pengguna dan pembeli daripada ditipu dan menanggung rugi membeli kereta terpakai yang rosak. 

Walaupun masih lagi di peringkat penelitian serta pengumpulan maklum balas daripada pemain industri, marilah kita sama-sama berharap bahawa ‘Lemon Law’ ini boleh dilaksanakan supaya para pembeli kereta ini boleh dilindungi hak mereka.

Jadi lepas ni, kalau nasib kita tak baik sebab dah terbeli ‘lemon’, akan ada undang-undang yang akan ‘cover’ dan jaga anda, dan hak kita untuk mendapatkan ganti rugi juga tidak akan dinafikan oleh penjual dan pengeluar kereta. 

Dapatkan Kereta CARSOME Certified Untuk Ketenangan Minda Anda

Kereta CARSOME Certified telah melalui proses pemeriksaan 175-titik untuk memastikan anda mendapat kereta pramilik berkualiti dengan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang dibaik pulih. Untuk ketenangan minda, anda juga boleh menikmati jaminan pulangan wang dalam lima hari dan waranti satu tahun untuk setiap kereta CARSOME Certified.

Tempah kereta idaman anda sekarang secara dalam talian di carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular