HomeBMProton X90 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM 123,800!

Proton X90 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM 123,800!

Sempena sambutan ulang tahun Proton yang ke-40 beberapa hari lalu, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah melancarkan Proton X90 2023 secara rasminya di Malaysia!

Anda mesti nak tahu harga rasmi untuk suv tujuh tempat duduk terbaharu keluaran Proton ini kan? Jangan risau, kami ada senaraikan harganya di bawah ini bersama spesifikasi bagi setiap varian.

proton x90 launch photo
Sumber: Facebook Proton Cars

Spesifikasi Proton X90

Proton X90 adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid dengan tiga baris tempat duduk pertama daripada Proton dan ia ditawarkan dalam empat varian berbeza – Standard, Executive, Premium, dan Flagship dan rangkaian kuasa hibrid yang disertakan dengan semua varian.

Ia juga ialah model yang lebih premium daripada Proton yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter TGDi (enjin sama yang digunakan dalam Proton X50) yang dipasangkan dengan unit hibrid ringan (mild-hybrid unit) dalam bentuk Penjana Pemula Tali Sawat (Belt Start Generator) yang meningkatkan kuasa kuda dan daya kilasnya kepada 190 PS dan 300 Nm (enjin ICE sahaja menghasilkan 177 PS dan 255 Nm).

proton x90 engine
Sumber: Proton.com

Ditambah pula dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, Proton X90 bukan sahaja lebih berkuasa apabila digabungkan dengan teknologi hibrid 48V BSG, tetapi ia juga mampu menjimatkan bahan api sebanyak 15 peratus. Wakil daripada carlist.my juga berpeluang melihat dengan lebih dekat dua varian teratas Proton X90 – Premium dan Flagship. Anda boleh tonton video tinjauan mereka di bawah ini.

Terdapat perbezaan yang ketara antara varian dari segi ciri-ciri yang disertakan, tetapi tiga varian pertama menawarkan konfigurasi tempat duduk 2-3-2 untuk tujuh tempat duduk, manakala varian teratas (andalan) – Proton X90 Flagship, adalah satu-satunya varian yang didatangkan dengan konfigurasi tempat duduk 2-2-2 untuk enam tempat duduk. Ianya hasil daripada penggunaan kerusi kapten pada baris kedua untuk varian tersebut.

proton x90 seat configuration
Sumber: Proton.com

Harga Proton X90 & Varian yang Tersedia

Kami yakin anda pasti tertarik dengan spesifikasi canggih yang ada pada Proton X90. Tapi, macam mana pula dengan harganya? Tempahan bagi Proton X90 telah dibuka sejak bulan April yang lalu dan berikut adalah senarai harga Proton X90 mengikut varian (OTR tidak termasuk insurans):

  • 2023 Proton X90 Standard – RM123,800
  • 2023 Proton X90 Executive – RM130,800
  • 2023 Proton X90 Premium – RM144,800
  • 2023 Proton X90 Flagship – RM152,800

Khas bagi 4,000 pelanggan pertama, mereka layak menerima pakej ‘Early Bird’ yang merangkumi pakej data lima tahun tambahan dengan data tambahan 4GB sebulan, Proton X-Watch bernilai RM1,499, pakej aksesori bernilai RM799, dan program insurans Proton yang dinaik taraf.

Pelanggan yang seterusnya akan menerima Pakej Standard dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data lima tahun dengan had data 1GB sebulan, kos upah percuma untuk  enam kali servis, kadar faedah daripada 2.1% setahun, dan program insurans standard Proton.

Dengan ruang yang luas dan ciri-ciri keselamatan yang canggih, Proton X90 adalah antara pilihan SUV tujuh tempat duduk yang terbaik jika anda sedang mencari SUV baharu untuk menggantikan kereta lama anda.

Tengah Cari SUV Berkualiti? Dapatkannya di CARSOME!

Memang tak dapat dinafikan yang semakin ramai rakyat Malaysia mula memilih SUV sebagai kenderaan utama mereka, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai keluarga besar. Anda boleh dapatkan SUV pramilik berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih daripada CARSOME!

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami untuk dapatkan SUV pramilik berkualiti yang sesuai dengan gaya hidup anda sekarang!

Artikel ini ditulis berdasarkan artikel “2023 Proton X90 Officially Launched by PMX – From RM123,800!” yang diterbitkan di carlist.my.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular