HomeBM5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Kemalangan Kereta

5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Kemalangan Kereta

Kemalangan boleh berlaku tanpa di duga dan menjadi pengalaman yang mencemaskan. Mengetahui langkah yang perlu diambil sejurus selepas kemalangan dapat membantu memastikan keselamatan anda, melindungi hak anda di sisi undang-undang serta melancarkan proses tuntutan insurans kenderaan. Jika anda terlibat dalam kemalangan, ikuti lima langkah mudah ini untuk mengendalikan situasi dengan lebih baik.

1. Kumpulkan Bukti Kemalangan

  • Ambil gambar bahagian depan, belakang dan sisi kenderaan yang terlibat.
  • Ambil gambar dengan jelas bagi setiap kerosakan yang dapat dilihat. 
  • Ambil gambar papan tanda jalan dan persekitaran yang boleh membantu mengenalpasti lokasi kemalangan semasa membuat laporan polis.
  • Rakam video keadaan keseluruhan lokasi kemalangan dari pelbagai sudut.

2. Kumpulkan Maklumat Penting

  • Maklumat yang perlu diperoleh: Dapatkan nama, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan dan maklumat insurans daripada pihak yang terlibat dengan sopan. 
  • Maklumat yang boleh dikongsi: Nama, nombor telefon, nombor pendaftaran kenderaan dan maklumat insurans anda.
  • Perkara yang perlu dielakkan: Elakkan daripada mengaku bersalah, menawarkan bayaran tunai di lokasi kejadian atau berkongsi maklumat peribadi yang tidak diperlukan.

3. Kumpulkan Maklumat Tambahan

driver politely asks any witnesses for their name and contact number

  • Dapatkan nama serta nombor telefon saksi yang berada di lokasi kejadian.
  • Segera simpan dan buat salinan rakaman dashcam bagi memastikan bukti tidak hilang atau dipadam secara tidak sengaja. 

4. Buat Laporan Polis

  • Pergi ke balai polis terdekat dan buat laporan dalam tempoh 24 jam.
  • Serahkan gambar dan video yang diambil di lokasi kemalangan kepada pegawai yang mengendalikan laporan.

5. Baiki Kerosakan Kenderaan

  • Hantar kenderaan anda ke bengkel yang ditetapkan untuk proses pembaikan.
  • Bawa laporan polis dan dokumen polisi insurans anda untuk proses tersebut.

Permudahkan Proses Tuntutan Insurans Dengan MY Chubb Motor Assist

Perlukan bantuan urusan tuntutan insurans selepas kemalangan? MY Chubb Motor Assist boleh bantu anda dengan panduan yang mudah diikuti.

Jika anda mempunyai insurans motor daripada Chubb Insurance Malaysia Berhad (dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia), aplikasi ini akan membantu membimbing anda melalui proses tuntutan dari awal hingga selesai.

Manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Risalah TIPS PIDM atau hubungi Chubb Insurance Malaysia Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my ). Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

 

Nur Amalin
Nur Amalin
Equal parts copywriter, enthusiastic talker and a social butterfly

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular