HomeBMAnda Rasa Anda Tahu Segalanya Tentang Kereta? Jom Bongkar Beberapa Mitos Kereta

Anda Rasa Anda Tahu Segalanya Tentang Kereta? Jom Bongkar Beberapa Mitos Kereta

Pasaran kereta terpakai merupakan sebuah dunia yang samar-samar dan penuh misteri bagi para pembeli kereta. Akibatnya, banyak mitos dan buah mulut yang timbul mengenainya. Walaupun sesetengah daripadanya adalah berasaskan fakta, kebanyakan dari mitos dan cerita tersebut langsung tidak munasabah.

Bersama kami membongkar mitos kereta terpakai yang biasa anda dengari di sini untuk meningkatkan keyakinan anda semasa membeli kereta terpakai.

Kereta Terpakai Adalah Kereta Buruk

Tidak dinafikan bahawa ada yang menjual kereta mereka kerana ia sudah lama. Tetapi, ramai orang menjual kereta mereka bukan kerana ia sudah menjadi besi buruk, sebaliknya mereka mungkin cuma mahu menaik taraf kepada kereta yang lebih besar atau mahu membeli kereta yang lebih kecil untuk menjimatkan kos.

Kereta moden telah direka untuk digunakan selama bertahun-tahun lamanya, jadi jangan teragak-agak untuk mempertimbangkan kereta terpakai yang mungkin baru berumur beberapa tahun.

Kereta Terpakai Tidak Selamat Seperti Kereta Baharu

Kereta terpakai mempunyai semua ciri keselamatan moden seperti beg udara sisi, brek antikunci, dan kawalan kestabilan. Kebanyakan ciri-ciri ini telah diwartakan wajib untuk disertakan dalam kereta-kereta baharu. Keselamatan juga merupakan salah satu ciri yang diutamakan oleh pengedar kereta selama bertahun-tahun. Jadi, melainkan anda membeli kereta yang sudah berusia puluhan tahun, anda tidak perlu risau tentang keselamatan.

Kereta Dengan Jarak Perbatuan Tinggi Adalah Tidak Elok

Walaupun jarak perbatuan tinggi bermaksud kereta sudah berjalan jauh, ia tidak bermakna anda perlu mengelakkan kereta tersebut. Jarak perbatuan yang tinggi mungkin menunjukkan bahawa pemilik kereta lebih banyak melakukan pemanduan di lebuh raya, yang kurang memberi tekanan kepada kereta berbanding dengan pemanduan di bandar. Selagi kereta diservis dengan kerap, jarak perbatuan yang tinggi tidak akan memberi anda masalah.

Kereta Terpakai Rendah Nilainya

Ini adalah mitos yang langsung tidak betul. Anda mungkin pernah dengar bahawa kereta baharu akan hilang nilainya sebaik sahaja ia keluar dari pusat pengedar. Walhal, kereta terpakai sebenarnya mempunyai nilai yang baik kerana cuma pemilik asal yang menerima kesan susut nilai, yang boleh mencapai sehingga 20% pada tahun pertama. Penyusutan nilai ini merupakan tawaran hebat bagi anda sebagai seorang pembeli kereta terpakai.

Harga Kereta Terpakai Berbeza-beza

Memang benar bahawa harga kereta terpakai akan berbeza bergantung kepada tahun, jarak perbatuan, dan keadaan kereta walaupun antara model yang sama. Namun, dengan adanya platform kereta terpakai dalam talian, pengguna kini lebih berpengetahuan dan hal ini disedari oleh pihak pengedar kereta terpakai. Oleh itu, terdapat banyak insentif untuk membuat penyeragaman harga. Syarikat insurans juga menggunakan penetapan harga yang standard berdasarkan tahun dan model untuk mengira harga premium insurans.

Namun begitu, pandemik COVID-19 telah mendorong peningkatan harga kereta terpakai kerana keperluan untuk memandu semakin meningkat dan bekalan kereta baharu pula semakin berkurangan.

Anda Tidak Boleh Memohon Pembiayaan untuk Kereta Terpakai

Dalam permohonan pembiayaan kenderaan, tiada perbezaan ketara antara kereta terpakai dengan kereta baharu. Seperti semua pinjaman, pihak bank akan menyemak gaji dan skor kredit anda untuk menentukan kelayakan anda dalam mendapatkan pinjaman serta kadar faedah yang akan dikenakan.

Carsome menawarkan pembiayaan untuk kereta Carsome Certified melalui Carsome Capital, yang dapat mengurangkan beban kewangan pemilikan kereta dengan tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun dan margin pembiayaan yang tinggi.

Tiada Waranti untuk Kereta Terpakai

Ini tidak semestinya benar. Kereta baharu biasanya disertakan dengan waranti selama lima tahun. Jika ia dijual lebih awal daripada tempoh itu, anda masih boleh memanfaatkan baki tempoh waranti yang masih ada.

Usah Risau Tentang Mitos Bila Anda Carsome Je Lah

Di Carsome, kami bukan sahaja menepis mitos, kami juga mengamalkan ketelusan dengan setiap kereta yang kami jual. Semua kereta yang disenaraikan di Carsome disertakan dengan gambar yang terang dan jelas, manakala kereta yang terpilih turut disertakan dengan pandangan 360 darjah untuk bahagian dalaman dan luarannya. Tambahan pula, laporan pemeriksaan 175-titik yang lengkap juga disediakan untuk memastikan anda boleh membeli kereta idaman anda dalam talian dengan tenang.

Kereta Carsome Certified merupakan standard tertinggi untuk semua kereta terpakai kami. Sebab itulah semua kereta Carsome Certified didatangkan dengan Carsome Promise kami, yang termasuk:

  • Jaminan pulangan wang lima hari: Apabila anda membeli kereta dari Carsome dan ia tidak menepati keperluan anda atau anda tidak berpuas hati, anda boleh pulangkannya kepada kami dalam lima hari untuk mendapatkan pulangan wang penuh. Tanpa sebarang soalan!
  • Pemeriksaan professional: Semua kereta Carsome Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang menyeluruh untuk memastikan mereka bebas dari kemalangan dan juga kerosakan rangka, kebakaran, dan banjir.
  • Waranti satu tahun: Untuk ketenangan minda anda, kami akan memberikan anda waranti satu tahun untuk memastikan kereta anda dilindungi pada tahun pertama pembelian.
  • Harga tetap: Harga yang dipaparkan adalah harga sebenar kereta yang anda perlu bayar, tanpa kos atau caj tersembunyi yang akan membebankan anda.

Bila anda Carsome Je Lah, tiada lagi mitos untuk dirisaukan – cuma ada pengalaman membeli kereta terpakai yang mudah dan senang. Cari kereta idaman anda dengan kami sekarang!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular