HomeBMPelancaran Empat Model Proton Edisi Khas Persona, Exora Black Editions; Iriz, Saga...

Pelancaran Empat Model Proton Edisi Khas Persona, Exora Black Editions; Iriz, Saga R3 Limited Editions

Proton, jenama pengeluar kereta tempatan pertama Malaysia akan memperkenalkan empat model Edisi Khas atau Special Edition. Model Edisi Khas ini diperkenalkan bagi menghargai sokongan luar biasa yang diterima daripada rakyat Malaysia terhadap jenama ini. Pelancaran model Edisi Khas ini akan dilakukan secara maya menerusi laman Facebook Rasmi Proton pada 18 Februari 2021, 11 pagi. Empat model yang akan dilancarkan ialah Proton Persona Black Edition, Proton Exora Black Edition, Proton Saga R3 Limited Edition dan Proton Iriz R3 Limited Edition.

Proton Edisi Khas: Pelancaran Rasmi 18 Februari 2021

Model Edisi Khas R3 Limited Edition dijangka akan menggunakan elemen dan kemasan warna yang sama seperti model Saga Edisi Ulang Tahun. Proton Saga Edisi Ulang Tahun dilancarkan pada tahun lalu bersempena meraikan Ulang Tahun Proton Saga ke-35. Kesemua 1,100 unit Saga Edisi Ulang Tahun berjaya dijual dalam masa lima hari sejak dilancarkan. Seperti namanya, model Edisi Khas Black Edition pula dijangka tampil dengan warna hitam sebagai warna dominan.

Kemas Kini: Berikut merupakan spesifikasi dan harga keempat-empat model edisi khas yang telah dilancarkan:

pelancaran model proton edisi khas
Kredit: Facebook Rasmi Proton

Proton Exora, Proton Persona Black Edition

Seperti namanya, Proton Persona dan Proton Exora Edisi Hitam tampil dengan warna hitam sebagai warna dominan sekali gus menampilkan ciri elegan, premium dan gaya yang eksklusif. Kedua-dua model ini tampil dengan hiasan gril atas berwarna hitam dengan kemasan emas pada bahagian bampar bawah hadapan dan belakang. Bahagian luaran pula tampil lebih menarik dan menyerlah dengan rim aloi 15 inci berwarna emas. Ia turut dikemaskan lagi dengan hiasan lampu depan berwarna hitam.

Bahagian dalaman tampil lebih mewah dan eksklusif dengan tempat duduk dan perapi pintu dengan material kulit berwarna hitam. Malah, Proton juga turut menambahkan ciri kemasan baharu pada bahagian tombol dan papan pemuka. Selain itu, Proton Exora dilengkapi dengan Overhead Monitor dan Penapis Kabin N95 sama seperti model Proton yang lain untuk menawarkan perlindungan yang lebih baik. Proton Persona dan Proton Exora Edisi Hitam semestinya menampilkan kelainan bagi sebuah kereta keluarga dan MPV jenama tempatan.

Proton Iriz, Proton Saga R3 Limited Edition

Penglibatan jenama Proton dalam sukan permotoran semestinya tidak asing lagi. Kedua-dua model Proton Iriz dan Proton Saga tampil dalam warna hitam dengan kemasan kuning R3. Saga R3 Edisi Terhad tampil dengan kemasan dan gaya yang sama seperti Saga Edisi Ulang Tahun. Namun begitu, Saga R3 Edisi Terhad tampil dengan sedikit perbezaan. Ia dilengkapi dengan dengan pelekat R3 pada bahagian badan, cermin hadapan dan belakang. Malah, ia turut diserlahkan dengan beberapa sentuhan baharu seperti lambang R3 pada but belakang dan pelekat pada bahagian tingkap untuk mengiktiraf kejayaan Proton dalam sukan permotoran.

Proton Iriz R3 Edisi Terhad turut tampil eksklusif dalam warna hitam dengan kemasan kuning R3. Kemasan kuning pada busur di bahagian hadapan semestinya antara yang mencuri tumpuan. Ia secara tidak langsung menjadikan model ini tampil lebih unik dan garang dengan kemasan kit badan R3 berwarna kuning. Sama seperti Proton Saga Edisi Terhad, model ini juga turut dilengkapi pelekat R3 pada bahagian badan, cermin hadapan dan belakang, lambang R3 pada but belakang, pelekat kejuaraan pada bahagian tingkap dengan penambahan pelekat R3 pada plat hujung bahagian sayap belakang. Ia juga turut diserlahkan dengan rim aloi 16 inci R3 baharu dalam warna kelabu.

Kedua-dua model Edisi Terhad ini tampil dengan percikan warna kuning di panel meter, panel tengah ruang penyaman udara di bahagian dalam, dipadankan dengan alas kaki edisi khas R3. Ia tampil lebih kemas dengan tempat duduk kulit, stereng kulit dan lambang R3 pada papan pemuka.

Harga Kereta Proton Edisi Khas Persona, Exora Black Editions; Iriz, Saga R3 Limited Editions

Rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan model Edisi Khas boleh membuat tempahan pada masa dan tarikh yang sama. Model Edisi Khas dijangka akan memberikan tahap keselesaan, ciri keselamatan dan pengalaman pengendalian yang sama seperti ditawarkan oleh model standard – model Edisi Khas tampil dengan nilai estetika yang ditambah baik. Keempat-empat model ini menampilkan elemen reka bentuk dalaman dan luaran yang unik, menepati keperluan gaya hidup moden pengguna.

Selari dengan pengecualian cukai jualan kereta (SST) di bawah skim Penjana yang dilanjutkan sehingga Jun 2021, Proton turut menawarkan harga istimewa bagi model Edisi Khas ini sah sehingga 30 Jun 2021. Harga atas jalan (on the road) tanpa insurans sebelum dan selepas 30 Jun adalah seperti berikut:

Edisi Khas Edisi Standard
Sebelum 30 Jun 2021  Selepas 30 Jun 2021
Proton Persona RM54,700 RM55,600 RM54,600 (1.6L Premium CVT)
Proton Exora RM67,800 RM69,800 RM66,800 (1.6T Premium CVT)
Proton Saga RM42,300 RM42,800 RM39,800 (1.3L Premium AT)
Proton Iriz RM52,900 RM53,700 RM50,700 (1.6L Premium CVT)

Selain itu, jika anda ingin menjual kereta lama anda untuk memiliki model Special Edition Proton, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbesar di Asia Tenggara dengan jaminan perkhidmatan yang selamat, cekap dan dipercayai.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular