HomeBMJangan Pergi Road Trip Untuk Healing Kalau Tak Lakukan 6 Perkara Ini!

Jangan Pergi Road Trip Untuk Healing Kalau Tak Lakukan 6 Perkara Ini!

Setiap kali tiba musim cuti panjang, kebanyakan rakyat Malaysia pasti akan pergi healing, bercuti bersama keluarga di lokasi-lokasi popular di seluruh negara, atau pulang ke kampung halaman untuk menikmati masa terluang dengan orang yang tersayang.

Portrait of Asian family with father, mother and daughter looks happy while preparing suitcase into a car for holiday. Shot in the house garage.

Memang seronok kalau nak pergi road trip, tapi banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan perjalanan untuk memastikan kelancaran road trip anda. Salah satu daripadanya adalah memastikan kereta anda diservis terlebih dahulu.

Di sini kami senaraikan enam tips yang boleh membantu anda semasa menghantar kereta untuk diservis sebelum anda memulakan road trip pada musim cuti ini!

1. Tukar Minyak Enjin & Penapis Minyak

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda periksa minyak enjin kereta anda ditambah atau ditukar terlebih dahulu. Kalau tarikh tukar minyak enjin dah dekat – boleh semak pelekat yang ada di bahagian atas cermin hadapan di sebelah pemandu – terus tukar minyak enjin dan penapis minyak yang baru.

Minyak enjin dan penapis minyak penting untuk memastikan kebersihan enjin anda, memastikan suhu enjin berada pada tahap optimum, dan melincirkan pergerakan enjin. Jika minyak enjin dan penapis kereta anda sudah lama dan kotor, ia boleh menyebabkan aliran minyak tersumbat dan akan memberi tekanan kepada enjin sehingga boleh menyebabkan kerosakan, lagi-lagi jika anda memandu pada jarak jauh.

@carsomemy Hari ni pakar kami nak tunjuk cara-cara check minyak enjin yg paling senang untuk korang. Jangan lupa ‘Like, Share & Follow’. #CARSOMEMY #FYP #CarTips ♬ original sound – CARSOMEMY

Untuk periksa jika anda perlu tukar minyak enjin, buka hud kereta cari lokasi batang celup pada enjin anda. Cabut batang celup dan bersihkannya menggunakan kain bersih atau tisu, dan masukkannya kembali. Selepas 10 saat, keluarkan batang celup dan perhatikan keadaan dan paras minyak pada batang celup. Paras minyak enjin perlu berada di antara dua tanda pada bahagian hujung batang celup dan keadaan minyak enjin pula mestilah lutsinar dan berwarna sedikit kuning atau kehijauan.

Artikel berkaitan: Minyak Hitam Kereta: Jenis Minyak Hitam Kereta Terbaik, Harga Tukar Minyak Hitam Kereta

2. Tambah Cecair Penting Dalam Enjin

Enjin kereta memerlukan pelbagai jenis cecair untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan lancar dan baik. Jika ada antara cecair penting ini tidak mencukupi ia secara tidak langsung akan mengurangkan prestasi kereta anda dan mungkin boleh mengakibatkan kerosakan dan juga kemalangan.

Selain daripada minyak enjin, berikut adalah antara cecair penting yang perlu anda periksa dan tambah dalam enjin anda:

person pouring coolant into car engine

  • Cecair penyejuk – Ramai yang memilih untuk menggunakan air paip sebagai ganti cecair penyejuk tetapi ini merupakan pilihan yang tidak baik untuk jangka masa panjang. Gunakan cecair penyejuk yang sesuai kerana ia boleh mengelakkan radiator anda daripada berkarat dan takat didihnya juga lebih tinggi berbanding air paip. Untuk menambah cecair penyejuk, anda cuma perlu cari penutup besi berbentuk bulat di bahagian hadapan enjin anda. Jangan buka penutup ini ketika enjin dalam keadaan panas!

brake fluid reservoir in car engine

  • Minyak brek – Untuk memastikan brek anda boleh berfungsi dengan baik dan lancar, minyak brek perlu ditambah jika perlu. Pastikan anda menggunakan minyak brek yang disarankan untuk kereta anda. Posisi bekas cecair brek mungkin berbeza untuk setiap kereta tetapi ia biasanya mempunyai penutup yang dilabel dengan tulisan DOT 3 atau DOT 4 yang merupakan jenis minyak brek yang sesuai untuk kereta anda.

mechanic opening the car of steering fluid reservoir

  • Cecair stereng kuasa – Cecair ini penting untuk memastikan pengendalian kereta anda lancar. Jika ia tidak ditambah atau tidak ditukar apabila sudah terlalu kotor, stereng kereta anda akan jadi berat dan tidak responsif, dan kereta anda akan menghasilkan bunyi bising dan nyaring semasa membuat putaran. Selalunya ia berada di dalam bekas yang dilabel sebagai power steering fluid di bahagian enjin anda.

Sekiranya anda tidak pasti jenis dan tahap cecair yang diperlukan untuk kereta anda, sila rujuk buku manual pemilik untuk dapatkan maklumat yang tepat.

Artikel berkaitan: Jangan Ambil Mudah! Tanda Water Pump Kereta Rosak yang Perlu Diberi Perhatian

3. Periksa Keadaan Tayar Kereta

Tayar yang botak dan kekurangan angin akan mengakibatkan pemanduan yang kurang selesa, lebih-lebih lagi kalau anda memandu pada jarak jauh. Walaupun begitu, masih ramai pemilik kereta yang memandang ringan aspek penjagaan tayar kereta mereka.

person inspecting car tires

Sangat penting untuk anda periksa tekanan angin tayar dan juga tahap ketebalan bunga tayar sebelum memulakan perjalanan kerana sebarang kerosakan pada tayar kereta boleh menjejaskan prestasi, kawalan, serta pengendalian kereta.

Bagi tekanan angin, pastikan tayar kereta anda dipam mengikut tekanan yang dicadangkan untuk kereta anda. Anda boleh lihat label cadangan tekanan angin pada bahagian rangka pintu bersebelahan dengan tempat duduk pemandu. Manakala untuk bunga tayar pula, anda cuma perlu cari tread wear indicator (TWI) yang boleh dijumpai di kawasan tayar dengan tanda segi tiga (▲). Jika jalur tayar sama tinggi dengan penanda, itu bermakna tayar anda sudah botak dan perlu diganti.

Artikel berkaitan: Cara Penjagaan, Tip Beli Tayar Kereta yang Terbaik dan Selamat di Malaysia

4. Pastikan Brek Berfungsi Dengan Baik

Nak pergi road trip, wajib periksa brek kereta anda dahulu! Brek penting untuk memastikan kereta anda boleh diperlahankan dan boleh berhenti dengan selamat. Ia terdiri daripada beberapa komponen yang akan haus dan boleh rosak, jadi memang sangat penting untuk memastikan yang ia berada dalam keadaan baik untuk menjamin keselamatan anda dan juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

car brake shiny

Jika brek anda memerlukan masa yang lebih lama daripada biasa untuk memberhentikan kereta anda, mengeluarkan bunyi yang kuat dan nyaring, atau stereng anda bergegar apabila anda menekan brek, ini bermakna brek anda sudah perlu ditukar serta merta.

Segera pergi ke bengkel kereta atau pusat servis yang anda percayai jika anda mengalami tanda-tanda di atas untuk membaiki brek anda sebelum anda mulakan perjalanan.

Artikel berkaitan: Brek Kereta Tak Makan? 9 Tanda Brek Kereta Rosak atau Bermasalah yang Perlu Anda Tahu

5. Tukar Bateri Kereta Jika Perlu

Bateri kereta biasanya boleh bertahan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan. Jika bateri kereta anda sudah digunakan melebihi setahun, periksa sama ada ia masih lagi berada dalam keadaan baik sebelum mulakan perjalanan.

person wearing gloves trying to take off car battery

Ada beberapa tanda-tanda yang menunjukkan jika bateri kereta anda sudah lemah. Salah satunya adalah jika enjin kereta anda mengambil masa yang lama untuk hidup selepas kunci dipulas atau butang push-start ditekan. Selain itu, jika anda ada mendengar bunyi ‘tik tik tik’ apabila anda cuba menghidupkan kereta, itu menandakan yang bateri kereta anda sudah perlu ditukar.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan kabel jumper bateri kereta jika anda merancang perjalanan jauh agar anda boleh menggunakannya untuk mengecas semula bateri kereta jika berlaku kecemasan.

Artikel berkaitan: Tanda Bateri Kereta Kong, Tip Penjagaan Bateri Kereta Anda Perlu Tahu

6. Pastikan Semua Lampu Menyala

Jangan lupa juga untuk pastikan semua lampu kereta termasuk lampu hadapan, lampu isyarat, dan lampu brek berada dalam keadaan baik. Lampu kereta yang berada dalam keadaan baik dan terang akan membantu anda melihat keadaan jalan dengan jelas selain memudahkan pemandu lain melihat kereta anda, terutamanya pada waktu malam ataupun dalam hujan.

photo of white car rear lights

Untuk semak jika semua lampu anda menyala, hidupkan kereta dan dapatkan bantuan ahli keluarga atau rakan untuk menghidupkan lampu-lampu berkenaan atau menekan brek dari dalam kereta. Anda pula perlu mengelilingi kereta anda dari luar untuk melihat sama ada terdapat kerosakan pada lampu kereta anda.

Selain itu, anda juga disarankan untuk menyediakan mentol lampu ganti sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya mentol lampu kereta anda terbakar atau mati secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan.

Artikel berkaitan: Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini 4 Langkah Penting Yang Perlu Anda Tahu

Di saat anda menikmati detik gembira bersama keluarga sepanjang perjalanan anda, kereta anda pula mungkin sedang terbeban dengan perjalanan yang jauh dan keadaan jalan yang mungkin tidak berapa baik. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk menghantar kereta anda untuk diservis dan diselenggara terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Dengan cara ini, anda dapat mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini dan dapat memastikan keselesaan keluarga anda di sepanjang road trip anda. Tambahan pula, jika kereta anda diservis, anda boleh mengelakkan kerosakan yang lebih serius, sekaligus dapat menjimatkan wang anda.

Servis Kereta Anda di Pusat Servis CARSOME untuk Jaminan Kualiti & Ketelusan

Kalau anda tak pasti nak servis kereta anda di mana, apa kata anda hantar kereta untuk diservis di Pusat Servis CARSOME yang baru sahaja dibuka di Ampang? Di sini, kereta anda akan diperiksa dan dibaiki oleh mekanik yang bertauliah menggunakan alat-alat ganti yang berkualiti dan kami juga menawarkan harga yang telus untuk perkhidmatan servis kereta kami. 

Berminat nak hantar kereta anda untuk diservis? Buat tempahan servis secara dalam talian di sini atau klik di sini untuk dapatkan lokasi Pusat Servis CARSOME.

Sekiranya anda merancang untuk membeli kereta pramilik berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional, layari carsome.my untuk dapatkan kereta CARSOME Certified yang sesuai untuk road trip anda pada musim cuti ini. 

Selamat bercuti dan berhati-hati memandu di jalan raya!

Artikel berkaitan: 15 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Servis Kereta Anda

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular