HomeBMNak Balik Mengundi? Selenggara Kereta Anda Sebelum & Selepas Perjalanan

Nak Balik Mengundi? Selenggara Kereta Anda Sebelum & Selepas Perjalanan

Lebih 21 juta rakyat Malaysia dijangka akan balik mengundi untuk memilih pemimpin yang yang layak sebagai wakil mereka untuk memacu masa hadapan negara.

Kami tahu ramai yang seronok nak balik kampung untuk mengundi, tetapi sebelum anda mulakan perjalanan, kami harap anda dapat selenggara kereta anda terlebih dahulu untuk memastikan perjalanan yang selamat dan lancar untuk anda dan juga keluarga.

Jadi, di sini kami senaraikan perkara-perkara yang perlu anda semak semasa melakukan penyelenggaraan sebelum memulakan perjalanan dan juga selepas perjalanan anda selesai.

Senarai Semak Penyelenggaraan Kereta Sebelum Memulakan Perjalanan

Pemanduan jarak jauh akan memberi tekanan kepada enjin kereta anda, ditambah pula dengan keadaan jalan yang sesak, risiko untuk kereta anda mengalami kerosakan atau anda terlibat dalam kejadian yang tak diingini semasa memandu akan jadi lebih tinggi.

Kalau kereta anda ada sebarang masalah mekanikal atau bahagian yang sudah haus dan lusuh, anda mungkin akan menghadapi masalah seperti enjin terlalu panas, tayar pancit, lampu hadapan rosak, dan lain-lain semasa memandu di jalan raya.

Perkara ini boleh dielakkan dengan merujuk kepada senarai semak apabila anda menyelenggara kereta sebelum anda memulakan pemanduan jarak jauh.

1. Periksa Minyak Enjin Kereta

Untuk memastikan perjalanan yang lancar, minyak enjin adalah perkara utama yang perlu anda periksa. Kalau masa untuk tukar minyak enjin anda dah dekat, terus tukar minyak enjin baharu. Minyak enjin yang dah lama boleh rosakkan enjin kereta anda, lebih-lebih lagi kalau anda perlu memandu pada jarak yang jauh untuk masa yang lama.

carsome check car oil

Tapi kalau belum, periksa takat minyak enjin menggunakan pengukur celup dan jika ia berada di bawah paras minimum, tambahkan saja minyak enjin yang baharu. Sambil memeriksa takat minyak, cuba perhatikan keadaan minyak enjin anda.

Calitkan pengukur celup dengan tisu atau kain putih dan lihat warna minyak enjin. Minyak enjin biasanya berwarna kuning atau kuning muda. Jika ia berwarna coklat gelap atau hitam, itu bermakna minyak enjin anda sudah perlu ditukar.

Artikel berkaitan: Minyak Hitam Kereta: Jenis Minyak Hitam Kereta Terbaik, Harga Tukar Minyak Hitam Kereta

2. Tambah Cecair Yang Perlu

Selain daripada minyak enjin, ada pelbagai cecair lain yang bertanggungjawab untuk memastikan pemanduan yang lancar bagi kereta anda. Walaupun kebanyakan cecair ini boleh diakses dan diperiksa dengan mudah, ada yang memerlukan kepakaran mekanik.

adding needed liquid into engine

Rujuk buku manual kereta anda untuk ketahui spesifikasi cecair dan jumlah yang diperlukan oleh kereta anda serta selang masa servis yang diperlukan oleh cecair berkenaan. Berikut adalah antara minyak atau cecair yang perlu anda periksa:

  • Minyak transmisi: Memastikan kotak gear kereta anda boleh menukar gear dengan lancar semasa memandu.
  • Cecair penyejuk: Membantu mengekalkan suhu enjin kereta pada tahap optimum, agar suhu enjin tidak menjadi terlalu panas. Tahap cecair penyejuk yang sesuai adalah penting untuk memastikan enjin kereta dapat beroperasi dengan baik.
  • Cecair brek: Memastikan brek kereta anda dapat beroperasi dengan baik, agar kereta anda boleh berhenti serta merta tanpa perlu menekan brek terlalu kuat.
  • Cecair stereng kuasa: Memastikan stereng anda responsif dan melancarkan pergerakan stereng.

Artikel berkaitan: 10 Perkara Penting Tentang Radiator Kereta yang Perlu Anda Tahu

3. Pastikan Tayar Kereta Dalam Keadaan Baik

Tayar kereta adalah satu-satunya bahagian kereta yang menghubungkan kereta anda dengan permukaan jalan raya, jadi ia memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pemanduan yang selamat.

Periksa keadaan tayar sebelum dan selepas anda memulakan perjalanan. Tayar yang dah botak, terkurang atau terlebih angin bukan sahaja boleh sebabkan pemanduan jadi tak selesa, malah ia akan membahayakan diri anda dan juga pengguna jalan raya yang lain kerana ia tak dapat mencengkam permukaan jalan dengan baik.

finer pointing to location of car tire tread wear indicator

Cara paling mudah untuk periksa jika tayar anda dah botak adalah dengan melihat tread wear indicator (TWI) yang boleh dijumpai di kawasan tayar dengan tanda segi tiga (▲). Jika jalur tayar sama tinggi dengan penanda, itu bermakna tayar anda sudah botak dan perlu diganti.

car tyre pressure sticker
Source: Cars.com

Kalau nak pastikan tayar anda mempunyai angin yang mencukupi, rujuk saranan tekanan angin optimum yang biasanya ditulis di pelekat yang berada di bahagian pintu sebelah pemandu seperti gambar yang dilampirkan di atas.

Artikel berkaitan: Tekanan Angin Tayar Kereta, Cara Isi Angin Tayar Kereta dengan Betul

4. Periksa Keadaan Bateri Kereta

Komponen lain yang perlu diperiksa sebelum anda memulakan perjalanan panjang adalah bateri kereta. Kereta mati di tengah jalan adalah mimpi ngeri bagi semua pemandu, lebih-lebih lagi kalau berlaku di lebuh raya semasa jalan tengah sesak.

Tahap kesihatan bateri kereta boleh diperiksa dengan menggunakan multimeter atau voltmeter. Bacaan bateri biasa ialah 12 volt hingga 12.6 volt apabila enjin dimatikan dan antara 13.5 hingga 14.5 volt semasa enjin dihidupkan.

carsome change battery

Lagi satu cara untuk ketahui jika bateri kereta anda perlu ditukar adalah dengan memberi perhatian kepada bunyi yang dihasilkan semasa anda cuba hidupkan kereta anda. Kalau bunyi cranking kereta kedengaran lebih lemah daripada biasa atau ada bunyi ‘klik’, ini bermakna bateri kereta anda sudah terlalu lemah.

Artikel berkaitan: Tanda Bateri Kereta Kong, Tip Penjagaan Bateri Kereta Anda Perlu Tahu

5. Periksa Lampu Kereta

Bagi yang gemar memandu jarak jauh pada waktu malam, lampu kereta perlu diselenggara untuk menjamin keselamatan anda dengan memastikan anda dapat dilihat oleh pemandu lain.

car lights

Selain memberi pencahayaan, lampu kereta juga berfungsi untuk memberitahu anda akan menukar lorong, anda sedang membrek, dan juga jika anda sedang memberhentikan kereta.

Lampu-lampu yang perlu anda periksa pada kereta anda adalah lampu hadapan, lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga, lampu indikator, lampu parkir atau undur, dan lampu kabus.

Jika ada lampu yang rosak, adalah lebih baik untuk gantikan terus satu set daripada cuma gantikan yang mana dah rosak. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda juga boleh menyediakan mentol lampu tambahan sekiranya mentol yang sedia ada rosak atau terbakar apabila anda dalam perjalanan.

Artikel berkaitan: Peraturan Lampu Kereta JPJ 2021: Lampu HID, Lampu Halogen, Lampu LED yang Dibenarkan JPJ

6. Sediakan Kit Kecemasan Kenderaan

Bila merancang perjalanan jauh, anda harus menyediakan kit kecemasan dalam kereta supaya anda dapat bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku dalam perjalanan anda.

car emergency kit

Kit kecemasan bukan sahaja merujuk kepada peti pertolongan cemas, tetapi barangan lain yang boleh membantu anda apabila berlaku situasi yang tak diingini semasa di jalan raya seperti tayar pancit dan kereta anda mati di tengah jalan. Berikut ialah senarai semak perkara yang perlu ada dalam kit kecemasan kereta anda:

  • Peralatan untuk menukar tayar termasuk tayar ganti dan bicu tayar
  • Kit segitiga keselamatan
  • Kotak peralatan (Yang mengandungi alatan asas seperti pemutar skru, playar, sepana pelbagai saiz dan lain-lain alatan)
  • Jumper cable
  • Pita pelekat yang bersesuaian
  • Sarung tangan sekiranya anda perlu mengendalikan barang yang kotor, panas atau berbahaya.
  • Payung dan baju hujan
  • Power bank yang boleh digunakan untuk jump start kereta anda
  • Lampu suluh dan bateri tambahan
  • Botol air
  • Kit pertolongan cemas
  • Tuala

Artikel berkaitan: Tukul Cermin, ‘Dashcam’ serta Aksesori Kereta Lain Yang Perlu Ada dalam Kereta

7. Pastikan Brek Kereta Berfungsi

Jalan raya di Malaysia terutamanya jalan di kawasan luar bandar dipenuhi dengan selekoh yang berbahaya. Jika brek anda tidak berfungsi dengan baik, anda akan menghadapi kesukaran untuk mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan semasa memandu.

car break

Berikut adalah perkara-perkara yang menunjukkan brek kereta anda perlu ditukar:

  • Lampu amaran brek menyala: Kebanyakan kereta moden mempunyai sensor yang akan menyalakan lampu amaran untuk memberitahu anda yang pad brek perlu ditukar atau minyak brek perlu ditambah. Perhatikan kalau ada lampu amaran seperti berikut menyala pada dashboard kereta anda –break pad warning indicator logo.
  • Bunyi bising atau nyaring apabila menekan brek: Pad brek kereta anda dilengkapi dengan sekeping logam kecil yang dikenali sebagai brake wear indicator (BWI) yang akan menghasilkan bunyi bising atau nyaring apabila pad brek anda terlalu nipis.
  • Stereng bergegar apabila brek ditekan: Jika stereng anda bergegar apabila anda menekan brek, kemungkinan cakera brek anda sudah bengkok akibat haba yang melampau. Kalau ini berlaku, cakera brek anda perlu diganti dengan segera.
  • Kereta ambil masa lama untuk berhenti bila tekan brek: Ini adalah sesuatu yang sangat berbahaya dan perlu diatasi dengan serta merta. Ia berpunca daripada permukaan pad brek dan cakera brek yang tidak rata atau terlalu kotor, selain daripada menggunakan pad brek yang tak berkualiti atau yang sudah lama.

Cara terbaik untuk menyelenggara brek kereta adalah dengan menghantar kereta ke bengkel yang anda percayai dan dapatkan bantuan mekanik untuk mengetahui keadaan brek kereta anda.

Artikel berkaitan: Brek Kereta Tak Makan? 9 Tanda Brek Kereta Rosak atau Bermasalah yang Perlu Anda Tahu

Senarai Semak Penyelenggaraan Kereta Selepas Perjalanan Selesai

8. Periksa & Bersihkan Bahagian Dalaman Kereta

Selepas perjalanan jauh, jadikan satu kebiasaan untuk periksa bahagian dalaman kereta anda. Anda mesti akan jumpa sampah, kotoran, dan bau yang muncul secara tiba-tiba ataupun yang dibawa oleh penumpang lain di dalam kereta anda.

cleaning car interior

Jangan tinggalkan sebarang sampah dalam kereta kerana ia akan mengundang binatang perosak seperti tikus, lipas, dan juga semut untuk bersarang dalam kereta anda. Selain daripada memenuhkan kereta anda dengan kekotoran dan juga bau busuk, binatang perosak juga boleh mengakibatkan kerosakan pada kereta dengan menggigit wayar elektronik dalam kereta.

Antara bahagian dalam kereta yang penuh dengan kekotoran tetapi sering diabaikan semasa proses pembersihan adalah bahagian but, siling bumbung, pemegang cawan, stereng, dan juga bahagian kerusi. Kotoran yang melekat pada bahagian tersebut perlu dibersihkan untuk memastikan kebersihan kereta anda berada pada tahap optimum dan anda juga digalakkan untuk menyahkuman bahagian dalaman kereta agar kesihatan anda terjamin.

9. Basuh Kereta

Apabila bahagian dalaman sudah dibersihkan, jangan lupa untuk bersihkan bahagian luaran kereta juga. Kalau kotoran pada permukaan kereta anda dibiarkan begitu sahaja, lama-kelamaan cat kereta anda akan menjadi pudar, badan kereta akan mudah karat, dan segala lapisan perlindungan yang ada akan mula luntur.

man washing car

Anda boleh pilih untuk basuh kereta sendiri atau hantar ke kedai untuk dapatkan servis pembasuhan kereta secara profesional. Kalau nak basuh kereta sendiri, anda dinasihatkan untuk gunakan produk pembersihan kereta yang bersesuaian seperti syampu kereta, kain mikrofiber, dan juga span yang lembut agar kereta anda tidak tercalar semasa dibasuh.

Artikel berkaitan: Cara Cuci Kereta, Tips Cuci Enjin dan Polish Kereta dengan Betul

Apa Nak Periksa Lepas Memandu Atas Permukaan Jalan Yang Berbeza

Malaysia ada pelbagai jenis muka bumi yang boleh membuatkan pemanduan anda jadi lebih seronok, ekstrim, atau menyusahkan. Bergantung kepada jenis permukaan jalan, kereta anda akan terdedah kepada kotoran yang berlainan dan juga kerosakan tertentu hasil daripada cara pemanduan anda.

Jadi, di sini kami senaraikan tips yang berguna semasa melakukan penyelenggaraan ke atas kereta anda selepas memandu atas permukaan jalan yang berkenaan.

Jalan Berbukit

Brek dan kotak gear kereta anda akan bekerja lebih keras bila anda memandu di jalan yang berbukit. Jadi memang penting untuk anda periksa pad brek dan juga tahap minyak transmisi selepas selesai perjalanan. 

Lagi satu, jika anda merasakan pergerakan yang tidak lancar apabila menukar gear kereta atau lampu amaran transmisi menyala pada dashboard kereta, terus hantar kereta ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik.

Jalan Basah atau Berlumpur

Bila anda memandu di atas jalan yang basah atau berlumpur, tayar dan juga sistem suspensi kereta anda akan mengalami rintangan dan juga hentakan yang lebih tinggi. Ini boleh menyebabkan kerosakan kepada komponen-komponen tersebut dan ia juga boleh terkeluar daripada jajaran.

Oleh itu, pastikan anda periksa keadaan dan tekanan angin tayar, bawa kereta anda ke bengkel untuk betulkan semula penjajaran tayar, dan juga bersihkan kereta anda secepat mungkin sebab lumpur yang dah kering dan dibiarkan lama memang susah nak dibersihkan.

Artikel berkaitan: Tip Penjagaan & Pemanduan Kereta Semasa Musim Hujan

Jalan Berpasir

Memandu kereta di kawasan pantai memang seronok, lebih-lebih lagi kalau ditemani orang yang tersayang. Tapi bila anda memandu di jalan yang berpasir, permukaan kereta dan rim boleh tercalar akibat terkena pasir dan kereta juga mungkin akan dipenuhi dengan pasir bila anda naik turun daripada kereta.

Cara terbaik untuk bersihkan kereta anda adalah dengan pergi ke pusat basuh kereta profesional yang akan menggunakan water jet untuk bersihkan permukaan kereta anda tanpa mencalarkannya dan mereka juga mempunyai pembersih vakum yang berkuasa untuk menyedut pasir keluar daripada kereta anda.

Jalan Berlubang atau Offroad

Selain daripada jalan-jalan yang disebutkan di atas, anda juga mungkin terpaksa melalui jalan yang berlubang atau jalan offroad apabila pulang ke kampung halaman. Jalan tersebut selalunya selalunya berisiko merosakkan komponen kereta anda seperti rim, tayar, penyerap hentakan, dan juga brek.

Anda perlu periksa keadaan rim anda dan pastikan ia bebas daripada sebarang kerosakan. Jika ada kesan retak atau bengkok pada rim, terus pergi ke bengkel untuk tukar rim anda kerana memandu dengan rim yang rosak adalah sangat bahaya. Begitu juga dengan tayar, periksa keadaan tayar untuk pastikan ia bebas daripada kerosakan pada dinding tayar dan juga kebocoran.

Untuk penyerap hentakan dan brek pula, jika anda perasan kereta anda mula bergegar selepas merempuh lubang di atas jalan, hantar kereta anda ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki kerana komponen tersebut mungkin sudah rosak.

Tengah Cari Kereta Terpakai Berkualiti Untuk Balik Mengundi? CARSOME Certified Kan Ada

Tak ada kereta untuk pergi mengundi? Tempat mengundi terlalu jauh? Atau kereta anda ada banyak masalah? Ini adalah antara perkara-perkara yang sering dihadapi oleh rakyat Malaysia yang ingin menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

Dengan kereta pramilik berkualiti daripada CARSOME, anda boleh balik mengundi dengan selesa dan selamat kerana setiap kereta CARSOME Certified telah melalui pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir. 

Di samping itu, kereta CARSOME Certified juga telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan anda akan mendapat kereta pramilik dengan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan juga estetik yang dibaik pulih.

Selain itu, untuk ketenangan jiwa anda, kereta CARSOME Certified juga didatangkan dengan jaminan-jaminan yang berikut:

  • Harga tetap, tanpa bayaran tersembunyi: Harga kereta yang anda lihat di laman web dan juga aplikasi mudah alih kami adalah harga sebenar kereta yang perlu anda bayar, tanpa sebarang bayaran tambahan.
  • Jaminan pulangan wang dalam lima hari: Kalau anda ada membeli kereta daripada CARSOME dan anda tiba-tiba berubah fikiran mengenai kereta tersebut, pulangkan sahaja kepada kami dalam masa lima hari untuk dapatkan pulangan wang, tanpa banyak soal.
  • Waranti satu tahun: Setiap kereta CARSOME Certified didatangkan dengan waranti lanjutan satu tahun untuk memastikan ketenangan jiwa dengan pembelian anda.

Dengan ini, kami harap senarai semak ini dapat membantu anda menikmati perjalanan balik mengundi yang lebih lancar dan selesa bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

Kalau anda berminat nak dapatkan kereta pramilik berkualiti untuk pakai masa mengundi nanti, layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami di Google Play Store atau Apple App Store dan cari kereta idaman anda sekarang!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular