HomeBMTip Penjagaan & Pemanduan Kereta Semasa Musim Hujan

Tip Penjagaan & Pemanduan Kereta Semasa Musim Hujan

Musim hujan kini telah pun tiba. Semestinya, dengan kekerapan hujan turun ketika ini, kita pasti akan mengalami keadaan jalan raya yang basah dan licin apabila sedang memandu.

Dalam tempoh ini, penyelenggaraan kereta dan keselamatan pemandu perlu diperhatikan dengan lebih teliti. Anda perlu lebih rajin sedikit dalam usaha menyelenggara kereta anda, serta memberi lebih perhatian apabila memandu di jalan raya untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Berikut adalah beberapa tip mudah yang boleh anda ikuti untuk menjaga dan memandu kereta dengan baik dan selamat semasa musim hujan.

Menjaga Kereta Anda Semasa Musim Hujan

Letak Kereta Di Kawasan Berbumbung

Air adalah musuh ketat bagi kereta anda. Ia boleh menghakis logam, merosakkan getah pengedap, dan juga menyebabkan berlakunya kebocoran. Meletakkan kereta anda di luar menyebabkan ia terdedah kepada hujan, yang akan mengakibatkan bahagian dan komponen kereta anda lebih cepat lusuh dan rosak.

Oleh itu, letakkanlah kereta anda di tempat letak kereta yang berbumbung kalau boleh. Sama ada di kawasan letak kereta di anjung rumah anda atau di tempat letak kereta bawah tanah, pastikan kereta anda sentiasa kering dan tidak terdedah kepada hujan.

Jaga Tayar Anda

Tayar anda memainkan peranan penting semasa memandu di jalan raya, lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan. Ia membolehkan anda mengambil selekoh dengan selamat atau boleh mengakibatkan kemalangan jika tidak dijaga.

Dalam keadaan jalan yang basah, bunga tayar anda berfungsi untuk menyesarkan air bagi membolehkan tayar anda mencengkam permukaan jalan raya dengan lebih baik. Jika tayar anda haus, cengkaman tayar akan berkurangan dengan ketara. Oleh itu, anda perlu sentiasa memeriksa keadaan bunga tayar dan memastikan tekanan angin tayar anda mengikut spesifikasi pengedar.

Artikel berkaitan: Tekanan Angin Tayar Kereta, Cara Isi Angin Tayar Kereta dengan Betul

Periksa Pengelap Cermin Depan Anda

Tanpa pengelap cermin depan, anda tidak akan dapat memandu kereta dengan baik dalam keadaan hujan ribut. Jadi adalah sangat penting untuk memastikan ia boleh berfungsi dengan baik. Pengelap cermin depan anda harus dapat mengelap air hujan dengan rata tanpa sebarang bunyi berdecit. Jika tidak, ia perlu diganti.

Semasa memeriksa pengelap cermin, anda juga boleh mengambil peluang ini untuk memastikan cermin tingkap anda bersih. Cermin tingkap yang bersih dapat membantu anda untuk mendapatkan jarak penglihatan yang maksimum apabila memandu semasa hujan.

Bersihkan Dan Lindungi Kereta Anda

Membersihkan kereta anda bukan sahaja membuatkannya kelihatan lebih cantik, malah ia juga membantu memanjangkan hayat cat kereta anda. Cat kereta anda bukan hanya sekadar hiasan – ia juga berfungsi sebagai lapisan perlindungan bagi bahagian logam di bawahnya.

Malangnya, cuaca basah boleh merosakkan cat kereta anda. Untuk mengelakkannya, anda boleh mengenakan lapisan lilin pelindung pada kereta anda. Lapisan lilin ini akan bertindak sebagai penghalau air, yang akan menghalang air hujan dan lumpur daripada menghakis cat kereta anda. Ini bukan sahaja dapat membantu mengelakkan hakisan, malah ia juga akan membantu kereta anda mengekalkan kilauan seperti baharu.

Periksa Bateri Kereta

Memandu semasa hujan akan menyebabkan bateri kereta anda lebih cepat habis. Cuaca lembap juga boleh menyebabkan hakisan pada terminal bateri dan boleh memendekkan jangka hayat bateri.

Beri perhatian terhadap tanda-tanda seperti lampu yang malap, kesukaran menghidupkan kereta, dan seumpamanya kerana ia menunjukkan yang bateri anda mungkin kekurangan cas. Anda juga perlu memberi lebih perhatian terhadap sebarang isu-isu elektrikal semasa musim hujan kerana air boleh merosakkan sistem pendawaian kereta.

Memandu Dengan Selamat Semasa Musim Hujan

Pastikan Lampu Anda Dihidupkan

Menghidupkan lampu kereta semasa hujan lebat bukan sahaja dapat membantu anda semasa memandu, ia juga memudahkan pemandu lain untuk melihat anda. Ingat, jika anda perlu menghidupkan pengelap cermin kereta anda, lampu anda juga perlu dihidupkan.

Sila jangan hidupkan lampu kecemasan semasa memandu dalam hujan. Lampu kecemasan hanya boleh digunakan jika kereta anda tidak bergerak. Menghidupkannya semasa memandu dalam hujan akan mengelirukan pemandu lain dan mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.

Pandu Perlahan

Semasa hujan, anda perlulah memandu dengan perlahan agar dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Dengan mengurangkan kelajuan, anda akan mempunyai masa untuk bertindak balas terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling anda, di samping dapat memberi perhatian terhadap pemandu lain di sekeliling anda. Jarak membrek juga akan bertambah dalam keadaan jalan basah, jadi memperlahankan kereta anda adalah sangat penting agar anda boleh berhenti dengan selamat.

Pandu Dalam Keadaan Tenang

Tak kira betapa lebatnya hujan, anda perlu berada dalam keadaan tenang dan stabil ketika memandu. Kebimbangan boleh menyebabkan pemanduan anda menjadi tidak menentu dan juga pergerakan yang mengejut, yang boleh menyebabkan kereta anda berpusing di luar kawalan. Berhenti di tepi jalan juga sangat merbahaya, kerana jarak penglihatan dan cengkaman jalan yang berkurangan akan meningkatkan peluang untuk kereta yang berhenti dilangar oleh kereta lain.

Beri Tumpuan Sepenuhnya Pada Pemanduan

Dalam keadaan biasa, anda harus fokus sepenuhnya pada jalan raya. Apabila hujan, anda harusmemberikan  fokus sehingga 110% semasa memandu. Jangan lupa untuk tinggalkan ruang yang secukupnya antara anda dan pemandu lain sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa jua perkara.

Artikel berkaitan: Kereta Tenggelam Banjir? Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Dapatkan Kereta Yang Boleh Meredah Hujan Dengan Carsome

Apabila anda membeli kereta dengan Carsome, anda boleh menjangkakan kereta tersebut boleh bertahan dalam hujan, seperti kereta lain. Kereta Carsome Certified kami dipilh dengan teliti dan telah lulus pemeriksaan 175-titik kami yang ketat untuk memastikan ia bebas dari kemalangan teruk, dan kerosakan rangka, kebakaran, dan yang paling penting banjir dalam musim hujan ini. Sebab itulah kereta Carsome Certified benar-benar seperti satu dalam seratus.

Tambahan pula, setiap kereta Carsome Certified didatangkan dengan:

  • Pembaikpulihan profesional yang menyeluruh untuk memastikan ia kelihatan dan rasa seperti baharu, di dalam dan di luar.
  • Harga tetap tanpa bayaran tersembunyi, yang melingkungi cukai jalan, yuran pemeriksaan Puspakom, yuran pindah milik, dan yuran permohonan pinjaman.
  • Jaminan pulangan wang lima hari jika anda berubah fikiran.
  • Waranti satu tahun untuk memberikan anda ketenangan fikiran dengan pembelian anda.

Jadi, layari carsome.my dan beli kereta idaman anda sekarang untuk memandu kereta dengan fikiran yang tenang pada musim hujan ini.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular