HomeBM10 Barang Camping Wajib Ada untuk Car Camping Hujung Minggu

10 Barang Camping Wajib Ada untuk Car Camping Hujung Minggu

Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu aktiviti terbaik yang boleh anda lakukan untuk menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Sama ada aktiviti glamping mewah di lokasi popular atau backpacking meredah hutan belantara – ia sudah memadai untuk melepaskan tekanan dan bebanan kerja sambil menikmati pesona kehijauan alam ditemani bunyi unggas dan kicauan burung. Namun sekiranya anda inginkan perkhemahan yang lebih santai dan mudah, anda boleh mempertimbangkan aktiviti car camping menggunakan kereta camping yang sesuai atau apa-apa sahaja kenderaan milik anda seperti minivan, MPV, SUV, sedan dan sebagainya.

peralatan untuk camping, barang untuk camping | aktiviti car camping Malaysia

Apa itu car camping? Car camping bermaksud anda boleh membawa dan menyimpan segala kelengkapan camping atau peralatan untuk camping di dalam kereta. Menariknya, peralatan camping ini hanya perlu dikeluarkan sekiranya anda ingin menggunakannya. Berbanding kaedah perkhemahan tradisional, car camping atau camping dalam kereta membolehkan anda membawa lebih banyak kelengkapan dan peralatan untuk camping di dalam kereta yang mungkin terhad sekiranya anda menggendong sendiri barangan ini.

Bagi anda yang mungkin tidak pernah melakukan aktiviti car camping sebelum ini, berikut merupakan panduan yang boleh anda ikuti untuk membantu anda merancang perkhemahan pertama anda daripada peralatan camping, makanan camping Malaysia sehinggalah pakaian untuk camping dalam kereta.

Peralatan Camping Keluarga yang Anda Perlukan untuk Car Camping

Car camping merupakan salah satu cara terbaik untuk bercuti dan berehat bersama keluarga tersayang sambil menikmati keindahan alam tanpa perlu meninggalkan sepenuhnya keperluan harian di rumah. Ini bermaksud, anda boleh menikmati perkhemahan anda dengan tenang dan selesa dengan bermacam-macam jenis peralatan dan kelengkapan camping lengkap yang anda bawa dari rumah! Berikut merupakan senarai barang untuk camping atau checklist barang camping yang mungkin anda perlukan untuk membantu menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan.

1. Beg Tidur, Selimut dan Bantal

Tilam (inflatable mattress), selimut dan bantal (inflatable camping pillow) merupakan antara peralatan camping penting yang wajib ada semasa berkhemah. Biasanya, suhu di kawasan perkhemahan atau rekreasi lebih sejuk pada waktu malam dan awal pagi disebabkan oleh kawasan persekitaran yang dikelilingi tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, beg tidur, selimut atau bantal merupakan antara barang yang perlu dibawa untuk camping. Namun sekiranya anda mempunyai ruang simpanan yang terhad, anda boleh mempertimbangkan beg tidur (sleeping bag) sahaja – ia boleh menjimatkan ruang dan boleh menjalankan fungsi tilam dan selimut sekali gus.

2. Dapur Gas Mudah Alih

Secara amnya, barangan dapur untuk perkhemahan atau camping stove merupakan salah satu item wajib ada semasa berkhemah. Ia membolehkan aktiviti memasak dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu menghidupkan api menggunakan kayu. Biasanya, saiz dan jenis camping stove yang perlu dibawa bergantung pada saiz (bilangan ahli) dan ruang kereta anda. Anda mungkin memerlukan camping stove yang lebih besar sekiranya melibatkan bilangan ahli yang lebih ramai. Anda boleh mempertimbangkan dapur gas boleh lipat dua pembakar (two-burner folding gas stove) atau dapur gas satu pembakar bergantung pada keperluan dan bilangan ahli perkhemahan anda.

Selain itu, anda mungkin juga boleh mempertimbangkan peralatan memasak perkhemahan lain seperti berikut:

    • Pinggan dan gelas;
    • Sudu dan garfu;
    • Set memasak outdoor – kuali, periuk, sudip, senduk dan sebagainya;
    • Cerek air atau botol air;
    • Gas stove refill – sebagai persediaan sekiranya pemetik dapur gas rosak atau kehabisan gas semasa berkhemah;
    • Pek minuman dan makanan segera seperti maggi, milo, kopi, teh dan sebagainya;
    • Kerajang aluminium (aluminium foil);
    • Sabun mencuci, span dan baldi;
    • Plastik sampah.

3. Fire Starter

Api boleh dikatakan salah satu elemen penting yang diperlukan semasa berkhemah – ia digunakan bertujuan untuk memasak atau memanaskan badan. Oleh sebab itu, penting untuk anda membawa bersama fire starter (peralatan wajib camping) untuk memudahkan anda. Fire starter secara amnya merujuk pada bahan mudah terbakar yang digunakan untuk membantu menyalakan api. Kayu api yang mungkin lembab disebabkan hujan atau embun mungkin menyukarkan anda untuk menyalakan api dengan mudah.

4. Air Mineral Botol Besar

Selain api, air juga merupakan antara peralatan wajib camping. Air memainkan peranan penting terhadap tubuh badan manusia. Kekurangan air dalam badan boleh mengakibatkan dehidrasi yang boleh menyebabkan sakit kepala, sembelit, kejang otot dan mulut kering. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk membawa botol minuman bersaiz besar bergantung pada keperluan anda. Malah, sumber air bersih ini juga boleh digunakan untuk memasak, membasuh peralatan memasak atau untuk membersihkan badan. Sebagai langkah keselamatan, anda boleh mempertimbangkan penapis air mudah alih (portable water filter) untuk digunakan dalam situasi kecemasan.

5. Lampu Suluh, Lampu Kepala LED

Sekiranya anda memilih untuk berkhemah di kawasan rekreasi, hutan atau pergunungan, sudah pasti sumber pencahayaan amat terhad. Anda mungkin perlu bergantung sepenuhnya pada sumber cahaya semula jadi seperti bulan atau unggun api. Oleh sebab itu, peralatan seperti lampu suluh atau lampu kepala LED penting sebagai sumber cahaya tambahan untuk digunakan semasa berkhemah. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis lampu suluh dijual – anda mungkin boleh mempertimbangkan lampu suluh yang menggunakan tenaga solar.

6. Kit Peralatan Camping

Kit peralatan camping atau outdoor survival gear merupakan antara item yang boleh anda pertimbangkan untuk aktiviti perkhemahan. Dengan harga survival gear dalam pasaran sekitar RM100 hingga RM200, anda boleh memiliki beberapa peralatan camping penting seperti tukul, pemutar skru, pisau, gunting, tali dan sebagainya. Saiz kit peralatan camping yang kompak, mudah alih dah mudah untuk disimpan bukan sahaja ideal untuk digunakan semasa perkhemahan, malah sesuai untuk digunakan sebagai alat bantuan kecemasan sekiranya kereta anda rosak.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan peralatan camping tambahan lain seperti berikut:

    • Pita pembalut atau duct tape;
    • Pemetik api;
    • Kapak atau parang;
    • Kayu api;
    • Paracord.

7. Peti Pertolongan Cemas

Peti pertolongan cemas atau first aid kit juga merupakan antara barang wajib camping yang perlu ada. Ia bukan sahaja perlu ada, malah anda juga disarankan untuk mengetahui dan mempelajari pengetahuan asas menggunakan peti pertolongan cemas – aktiviti perkhemahan terdedah kepada risiko luar jangka seperti kecederaan dan sebagainya. Sekiranya berlaku luka kecil, lebam, lebam, sengatan atau sakit ringan, anda boleh memberi pertolongan kecemasan asas menggunakan kandungan ubat-ubatan yang tersedia dalam peti pertolongan cemas sebelum pesakit dibawa ke klinik atau hospital.

Artikel Berkaitan: 9 Aksesori Kereta dan Peralatan Keselamatan Wajib Ada dalam Kenderaan Termasuk Senarai Barang dalam Peti Pertolongan Cemas

8. Pakaian untuk Camping

Anda disarankan untuk merancang pakaian untuk camping yang perlu dibawa dengan teliti. Bawa pakaian yang bersesuaian dengan lokasi perkhemahan yang akan dituju. Selain itu, pemilihan pakaian untuk camping yang sesuai juga bergantung pada cuaca dan aktiviti yang akan dilakukan. Pastikan anda juga membawa kasut yang tahan lasak dan selesa untuk digunakan. Bawa bersama selipar untuk memudahkan pergerakan di sekitar kawasan perkhemahan atau semasa mandi. Anda boleh merujuk checklist pakaian untuk camping yang perlu dibawa seperti berikut:

    • Baju harian – seluar pendek atau panjang (bergantung pada keperluan anda);
    • Stokin;
    • Seluar dan baju tidur;
    • Baju panas atau sweater;
    • Baju hujan;
    • Selipar;
    • Kasut hiking atau kasut getah.

9. Barangan Penjagaan dan Kebersihan Diri

Aspek penjagaan dan kebersihan diri perlu dititikberatkan semasa melakukan aktiviti perkhemahan. Pastikan anda membawa peralatan penjagaan diri seperti sabun, berus dan ubat gigi, tuala mandi, tuala wanita, tisu basah dan lain-lain. Anda juga disarankan untuk membawa losen penghalau serangga dan pelindung matahari untuk melindungi kulit anda daripada panas matahari. Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan barangan keperluan camping peribadi lain seperti berikut:

    • Mandian dan syampu sekiranya ada kemudahan tandas awam;
    • Cecair pensanitasi tangan atau hand sanitizer;
    • Berus gigi dan ubat gigi;
    • Sikat, tuala;
    • Pencuci muka;
    • Deodorant.

10. Cooler Box

Sekiranya anda melakukan car camping di kawasan terpencil, anda digalakkan untuk membawa makanan camping Malaysia yang tidak mudah rosak seperti roti, mentega kacang dan buah-buahan kering. Anda juga boleh mempertimbangkan makanan camping mudah seperti kacang, biskut, sambal kering atau makanan dalam tin yang telah diproses. Namun sekiranya anda melakukan car camping di kawasan yang menyediakan akses asas seperti tandas, bekalan kuasa elektrik dan sebagainya, anda boleh mempertimbangkan untuk membawa makanan yang disimpan di dalam kotak penyejuk atau cooler box.

Bagi anda yang memerlukan makanan berat dalam diet harian dan tidak boleh bertahan dengan hanya menikmati granola, biskut atau roti – cooler box merupakan penyelesaian yang ideal untuk anda semasa semasa berkhemah. Dengan cooler box, anda boleh membawa pelbagai jenis barangan makanan termasuk barangan mudah rosak seperti susu, telur, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan sebagainya.

Kereta Camping di Malaysia

Meskipun anda membawa pelbagai jenis barang untuk camping, anda masih lagi perlu memastikan kereta camping anda berada dalam keadaan teratur. Untuk akses barangan yang lebih mudah, anda boleh meletakkan setiap kategori barang keperluan camping dalam bekas yang berbeza – barang wajib camping seperti khemah, makanan camping atau barang keperluan untuk berkhemah lain. Ia secara tidak langsung memudahkan anda untuk mengakses dan mengeluarkan barangan yang perlu digunakan.

Barangan yang penting seperti seperti lampu, pengecas mudah alih (powerbank) atau kamera boleh disimpan di konsol tengah atau kompartmen hadapan untuk akses yang lebih mudah ketika memerlukannya.

Artikel Berkaitan: Kereta Terbakar? Punca dan Cara Elakkan Kebakaran Kereta

Lokasi Car Camping Malaysia Popular

Pemilihan lokasi perkhemahan yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan kelancaran terutamanya melibatkan car camping. Di Malaysia, terdapat beberapa lokasi perkhemahan yang sangat popular dengan car camping. Berikut merupakan cadangan lokasi car camping Malaysia yang popular yang boleh anda pertimbangkan:

Negeri

Lokasi Car Camping Malaysia

Pulau Pinang
  • Ara Peak Penang;
  • Pantai Monyet (Monkey Beach), Teluk Bahang;
  • The Hill Relaxing Camp, Balik Pulau.
Perak
  • Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim;
  • Pos Kuala Mu, Sungai Siput.
Kelantan
  • Lalang’s Chalet & Campsite and Lata Keding, Ayer Lanas.
Pahang
  • Dangau Tahza Janda Baik;
  • ABC Camp, Janda Baik;
  • Laman Tahza @ Janda Baik.
Negeri Sembilan
  • Glamping @ Kangkoi, Titi;
  • H&N Campsite, Port Dickson;
  • Bliss Eco Garden, Lenggeng;
  • Broga Leisure Homestay, Lenggeng;
  • Hutan Lipur Ulu Bendul, Tanjung Ipoh.
Selangor
  • Hammocks By The River, Hulu Langat;
  • Aman Dusun Orchard & Farm Retreat, Hulu Langat;
  • Hulu Langat Home Stay Eco Farm, Hulu Langat;
  • UbiPadi Leisure, Hulu Langat;
  • Refreshing Springs Resort, Kerling;
  • The Nest @MAEPS, Seri Kembangan;
  • Pusat Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat;
  • Sungai Pelek Sepang Private Campsite.

Artikel Berkaitan: Mencari Kereta Camping? Kereta 4×4 Pickup Truck atau ‘Hailak’ Paling Popular 2021 di Malaysia

Barangan Camping (Bukan Keperluan) yang Perlu Dibawa untuk Car Camping

Barangan yang disenaraikan di atas merupakan barangan asas camping penting yang perlu ada sekiranya anda merancang aktiviti kereta camping atau car camping. Selain barangan di atas, anda juga boleh mempertimbangkan barang yang perlu dibawa untuk camping (bukan keperluan) seperti berikut untuk menambahkan keseronokan dan keselesaan. Berikut merupakan antara barang keperluan camping lain yang boleh anda pertimbangkan:

  • Beg kalis air – Sekiranya anda bercadang untuk melakukan aktiviti berhampiran air atau aktiviti di hutan seperti hiking dan sebagainya, anda mungkin memerlukan beg kalis air untuk menyimpan peralatan camping elektronik seperti powerbank, kamera dan sebagainya. Ini kerana, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan peralatan sebegini di dalam kereta untuk mengelakkan kereta dipecah masuk.
  • Cargo roof rack – Penggunaan aksesori tambahan kereta ini boleh meningkatkan kapasiti ruang simpanan kereta lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti car camping bersama keluarga.
  • Minyak petrol tambahan – Kebanyakan kawasan rekreasi atau lokasi perkhemahan terletak jauh dari stesen minyak berhampiran. Anda boleh menggunakan minyak petrol tambahan ini buat sementara waktu sekiranya anda berdepan situasi kereta kehabisan minyak.
  • Khemah camping atau khemah kereta – Biasanya khemah camping yang bersaiz kecil (boleh memuatkan dua orang) tidak memakan ruang simpanan yang besar.
  • Kerusi camping – Meskipun batu atau kayu merupakan lokasi ideal untuk duduk semasa berkhemah, kerusi camping dapat meningkatkan lagi pengalaman duduk berkumpul disekeliling unggun api sambil menikmati secawan teh panas.
  • Aksesori tambahan lain seperti powerbank atau portable charger.
  • Peralatan seperti gitar, buku atau board games boleh menambahkan lagi keseronokkan beraktiviti dan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan.
  • Hammock dan ponco – Hammock dan ponco juga merupakan alatan yang diperlukan di dalam hutan. Hammock biasanya diikat pada dahan pokok untuk dijadikan sebagai buaian untuk tidur, manakala ponco pula digunakan sebagai bumbung untuk berlindung daripada hujan atau embun.

senarai barang untuk camping

Tips Ekstra Semasa Car Camping Bersama Keluarga

Berikut merupakan antara tips lain yang boleh anda praktikkan semasa anda melakukan car camping bersama keluarga di mana-mana lokasi pilihan anda:

  • Pastikan pengudaraan kereta berada dalam keadaan baik terutamanya semasa anda tidur;
  • Anda boleh gunakan baju yang anda bawa sebagai pelapik belakang (padding tidur tambahan) untuk tidur yang lebih selesa. Selain itu, anda juga boleh menggunakan beg baju anda sebagai bantal.
  • Bawa bersama plastik sampah. Elakkan membuang sampah merata-rata kerana ia berpotensi menarik perhatian semut atau binatang liar lain.
  • Letak kenderaan jauh daripada pokok atau dahan kayu mati. Ia untuk mengelakkan pokok atau dahan jatuh menimpa kereta anda sekiranya hujan atau angin kuat.
  • Pilih lokasi perkhemahan yang berhampiran dengan kawasan penempatan untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan sekiranya berlaku sesuatu.

Selain itu, sekiranya anda merancang untuk membeli kereta terpakai yang sesuai untuk car camping, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan rangkaian pilihan kereta terpakai yang berkualiti, terbaik dan selamat dengan harga yang berpatutan.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular