HomeBMKereta MPV Murah, Terpakai Paling Laris Bawah RM100K di Malaysia

Kereta MPV Murah, Terpakai Paling Laris Bawah RM100K di Malaysia

Kenderaan pelbagai guna atau multi-purpose vehicle (kereta mpv) merupakan kenderaan yang paling praktikal dan idea untuk anda yang berkeluarga. Jenama-jenama terkenal seperti Nissan, Toyota, Perodua dan Proton merupakan antara jenama kereta MPV terbaik dan paling popular di Malaysia. Secara amnya, pembelian kereta MPV baharu boleh membebankan kewangan anda lebih-lebih lagi jika anda mempunyai komitmen bulanan sedia ada yang tinggi. Oleh sebab itu, ramai yang mempertimbangkan kereta mpv murah atau mpv terpakai sebagai pilihan. Selain menawarkan harga yang kompetitif, mpv terpakai juga menjanjikan kualiti yang setanding dengan kereta mpv baharu.

Kereta MPV Terbaik Malaysia: MPV Second Hand Terbaik, Berbaloi untuk Dimiliki

CARSOME menyenaraikan lima (5) model kereta MPV bawah 100k paling laris di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan. Bagi anda yang mungkin sedang mencari model kereta MPV murah dengan bajet yang terhad, berikut merupakan kereta mpv terbaik untuk panduan dan rujukan anda:

MPV Terpakai - Nissan Serena

1. Nissan Serena Terpakai

Nissan Serena 2018 diedarkan oleh Edaran Tan Chong Malaysia (ETCM). Model kereta ini tampil dalam dua pilihan varian iaitu Serena S-Hybrid Highway Star dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star. Kedua-dua model ini didatangkan dengan kapasiti enjin dan ciri keselamatan yang sama kecuali model premium dilengkapi dengan warna dwitona, tempat duduk kulit dan beberapa aksesori tambahan lain. Kereta tujuh (7) tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin 1,977 CC dengan transmisi XTRONIC CVT. Ia berupaya menghasilkan kuasa sebanyak 147 Hp pada 6,000 RPM dan 200 Nm tork pada 4,400 RPM.

Kedua-dua model ini dilengkapi dengan enam (6) beg udara SRS, sistem brek antikunci (ABS) dengan pengagihan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA). Selain itu, ia turut menampilkan sistem audio premium Clarion 6.75 inci. Harga MPV Nissan Serena terpakai dijual di pasaran pada harga sekitar RM75,500.

Toyota Avanza

2. Toyota Avanza Terpakai

Toyota Avanza (2015) merupakan kereta MPV tujuh (7) tempat duduk segmen B. Model kereta ini dijanakan oleh enjin DOHC VVT-I 1.5L empat silinder. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 103 Hp pada 6,000 RPM dan 136 Nm tork pada 4,200 RPM yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan dan sistem suntikan bahan api (Fuel Injection System). Toyota Avanza didatangkan dengan dua (2) beg udara SRS untuk penumpang dan pemandu serta ciri-ciri keselamatan lain seperti ISOFIX, sistem brek antikunci (ABS) dengan pengagihan brek elektronik (EBD).

Selain itu, bahagian dalaman model Avanza ini juga turut menampilkan pemain CD, MP3 dan USB dengan enam (6) pembesar suara. Model yang diedarkan di Malaysia oleh UMW Toyota Motor (UMWT) ini tampil dalam empat pilihan varian dan warna – Dark Red Mica Metallic, White, Silver Metallic, Black Metallic. Harga Toyota Avanza terpakai dijual pada harga sekitar RM54,300 di pasaran.

Perodua Alza

3. Perodua Alza Terpakai

Perodua Alza 1.5 (2018) merupakan kereta MPV tujuh (7) tempat duduk versi bajet yang terbaik di Malaysia. Kereta MPV murah ini tampil dalam empat pilihan varian (1.5 AV, 1.5 SE, 1.5S AT, 1.5S MT) dengan pilihan transmisi sama ada automatik atau manual. Ia turut menampilkan lima pilihan warna iaitu Granite Grey, Electric Blue, Mystical Purple, Glittering Silver, Ivory White. Dari segi prestasi, Perodua Alza dikuasakan oleh enjin 1,495 CC DOHC, Dual VVT-i 4 silinder. Enjin ini berupaya menghasilkan 76 kW kuasa pada 6,000 RPM dan 136 Nm tork pada 4,400 RPM.

Varian Alza SE dan AV tampil dengan bampar hadapan dan belakang yang sporty, skirt sisi baharu serta rim aloi 15 inci. Untuk rekod, Perodua Alza merupakan model kereta tempatan kedua terlaris di Malaysia sepanjang tahun 2019 selepas Perodua Myvi berdasarkan data dan analisis Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Harga Perodua Alza terpakai boleh didapati dipasaran pada harga serendah RM41,800 atau kurang bergantung pada tahun pembuatan.

Proton Exora MPV Terpakai

4. Proton EXORA Terpakai

Proton EXORA (2019) dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder, 1.6L DOHC VVT dan transmisi CVT. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 138 Hp pada 5,000 RPM dan 205 Nm tork pada 4,000 RPM. Model kereta ini boleh didapati dalam dua pilihan varian iaitu Executive dan Premium. Model Premium dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti kamera paparan belakang dan kawalan kestabilan elektronik (ESC). Selain itu, ia turut menampilkan sistem radio dengan paparan skrin sentuh tujuh (7) inci untuk kualiti paparan yang lebih interaktif.

Ia turut menampilkan lampu pencahayaan siang dan kit badan luaran termasuk skirt sisi, spoiler belakang dan bumbung berwarna hitam. Kesemua varian ini juga tampil dalam lima warna pilihan iaitu Rosewood Maroon, Ruby Red, Snow White, Indiana Grey, Cocoa Grey. Berdasarkan tinjauan di laman web CARSOME, harga Proton EXORA 2014 terpakai dijual pada harga sekitar RM30,800 hingga RM39,800.

MPV Toyota SIENTA

5. Toyota Sienta Terpakai

Toyota Sienta (2016) merupakan model MPV tujuh (7) tempat duduk yang dikuasakan oleh enjin Dual VVT-i 1.5L. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa sebanyak 105 Hp pada 6,000 RPM dan 140 Nm tork pada 4,200 RPM. Ia dipadankan dengan transmisi CVT dengan Sport Sequential Shiftmatic tujuh kelajuan dan tampil dalam satu pilihan varian sahaja. Model ini menawarkan enam (6) pilihan warna termasuk Orange Metallic, Quartz Brown Metallic, Super White II, Attitude Black Mica, Grey Metallic.

Toyota Sienta turut dilengkapi dengan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC) dan tiga (3) beg udara SRS. Model yang mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Asean NCAP ini boleh didapati dalam pasaran kereta terpakai pada harga serendah RM69,500.

Kereta MPV Murah: MPV Terpakai Murah di CARSOME

Jika anda sedang mencari Nissan Serena terpakai, kereta Alza terpakai dan mana-mana model MPV terpakai murah yang lain, layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dengan perkhidmatan yang cepat, pantas dan telus. Selain itu, CARSOME turut menawarkan tawaran waranti selama setahun bagi setiap pembelian, kualiti kereta yang dijamin bebas kemalangan serius atau kerosakan banjir serta jaminan pemulangan wang.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular