HomeBMBelanjawan Bijak: Membeli Kereta Keluarga Pertama Anda

Belanjawan Bijak: Membeli Kereta Keluarga Pertama Anda

Lima tahun telah berlalu sejak perkahwinan anda. Dulu, anda sudah biasa bersiar-siar dengan kereta kompak yang sporty tetapi dengan kehadiran anak ketiga anda baru-baru ini, anda menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk menaik taraf kenderaan anda kepada sesuatu yang lebih sesuai dengan keadaan keluarga anda.

Selepas mempertimbangkan semua pilihan yang ada, anda memutuskan untuk membeli kereta keluarga terpakai agar anda tidak membebankan situasi kewangan anda. Namun, membeli kereta keluarga boleh menjadi agak rumit terutama sekali jika anda baru sahaja memulakan hidup sebagai ketua keluarga yang besar.

fam car featured

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan semasa membeli kereta keluarga pertama anda.

Rancang Untuk Masa Depan

Sebelum membeli kereta keluarga, bincangkan perkara ini dengan pasangan anda terlebih dahulu. Ini penting untuk memastikan kereta yang akan anda beli dapat memenuhi semua keperluan keluarga anda.

Dari kenderaan utiliti sukan kompak (SUVs) untuk keluarga kecil hingga ke van mini yang boleh memuatkan keluarga besar dengan selesa, terdapat banyak pilihan di pasaran jika anda sedang mencari kereta keluarga.

Kalau anda merancang untuk menambah lebih ramai ahli keluarga pada masa hadapan, van mini atau SUV tujuh tempat duduk adalah pilihan terbaik untuk anda. Tetapi jika anda berpuas hati dengan tiga orang anak, SUV kompak pun sudah memadai.

Setelah membuat pilihan kereta yang anda mahukan, anda boleh mula memperuntukkan bajet bagi pembelian anda. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membuat peruntukan bajet lebih mudah.

Salah satunya adalah dengan menghantar kereta yang anda gunakan sekarang untuk diperiksa oleh Carsome supaya anda boleh menjualnya dan menggunakan wang itu sebagai modal untuk pembelian kereta keluarga di masa hadapan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ciri kalkulator pinjaman yang terdapat di halaman penyenaraian kereta Carsome untuk mencari kereta keluarga yang sesuai dengan bajet bayaran bulanan anda.

Penggunaan Kerusi Keselamatan untuk Kanak-kanak

Apabila membeli kereta, orang ramai beranggapan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak boleh digunakan mengikut kapasiti tempat duduk penumpang di dalam kereta, tetapi ini tidak selalunya benar. Walaupun terdapat selak khas untuk menyangkuk kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat duduk, tetapi tidak semua tempat duduk dalam kereta memilikinya.

child seat

Sangat penting bagi anda untuk memeriksa selak kerusi keselamatan kanak-kanak dengan betul, terutama sekali jika anda merancang untuk menambah lebih ramai anak kecil di masa hadapan. 

Selain daripada selak, kesesuaian kerusi keselamatan kanak-kanak juga merupakan faktor penting untuk diambil kira semasa membeli kereta keluarga. Apabila anak anda membesar, kerusi keselamatan yang digunakan juga menjadi lebih besar dan kedudukannya juga akan berubah mengikut kesesuaian.

Periksa terlebih dahulu jika ruang yang ada mencukupi untuk anda memuatkan semua kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan anda gunakan pada masa hadapan.

Ruangan Kargo

Satu lagi faktor penting semasa anda membeli kereta keluarga adalah ruangan kargo. Dengan adanya bayi atau kanak-kanak, terdapat banyak barangan tambahan yang perlu dibawa dalam perjalanan untuk memastikan si kecil selesa dan selamat. Ini termasuk barangan seperti kereta sorong, beg lampin dan barangan bayi, mainan, katil mudah alih dan banyak lagi.

cargo

Mencari kereta yang boleh memuatkan barangan tersebut dalam perjalanan adalah sangat penting. Sebaik-baiknya, dapatkan kereta keluarga dengan ruang but sekurang-kurangnya 400 liter. Lebih besar ruang yang anda boleh dapat, lebih bagus.

Memiliki tempat duduk boleh dilipat boleh dijadikan satu kelebihan bagi kereta keluarga yang akan anda beli. Ia boleh menggandakan ruang kargo anda dengan mudah apabila diperlukan.

Tambahan pula, ruangan simpanan kecil mungkin kelihatan seperti tidak penting, tetapi ia mungkin dapat memainkan peranan tambahan sebagai tempat penyimpanan barangan kecil dengan cepat.

Sebagai contoh, pemegang cawan boleh berfungsi sebagai pemegang botol susu semasa kecemasan, ruang bawah tempat duduk pula boleh dijadikan tempat menyimpan kasut atau mainan tambahan bagi anak-anak anda semasa dalam perjalanan.

Keselesaan untuk Si Kecil

Keselesaan adalah satu kemestian apabila membeli kereta keluarga. Kanak-kanak yang selesa dalam perjalanan jauh akan berkelakuan dengan baik dan anda juga dapat mengelak dari sakit kepala akibat dari melayan jeritan dan kerenah anak-anak.

Titik keselesaan utama yang perlu diberi perhatian dalam pencarian kereta keluarga anda adalah fungsi kawalan iklim yang menyeluruh. Kalau dulu anda mesti kepanasan apabila duduk beramai-ramai di dalam van sekolah bersama rakan-rakan anda, kini fungsi kawalan iklim telah mengubah semua itu.

Dengan keupayaan kawalan iklim yang menyeluruh, anda dapat memastikan setiap inci kereta keluarga yang besar dapat kekal sejuk dan selesa. Dengan cara ini, semua orang di dalam kereta dapat merasa angin sejuk dari penghawa dingin tanpa perlu berebut.

Satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah tempat duduk kulit. Apabila membawa kanak-kanak di dalam kereta, kemungkinan untuk mereka menumpahkan sesuatu dan mengotorkan kerusi kereta adalah sangat tinggi.

Dengan kerusi kulit, pembersihan akan menjadi lebih mudah dan anda juga tidak perlu risau tentang kesan kotoran yang akan ditinggalkan oleh anak-anak anda apabila mereka sedang bermain.

Ciri-ciri Keselamatan

Apabila membeli kereta keluarga, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan ciri-ciri keselamatan yang dilengkapi untuk memastikan kereta itu sesuai untuk pemanduan harian anda serta perjalanan balik kampung bersama keluarga anda.

Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang dipertingkatkan untuk menjadikan pemanduan lebih selamat, jadi sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk membeli sebuah kereta keluarga.

safety

Beberapa ciri keselamatan yang boleh anda perhatikan termasuklah kunci keselamatan kanak-kanak di bahagian pintu, beg udara (lebih banyak, lebih bagus), kamera pandang belakang, kawalan jelajah adaptif, sistem amaran titik buta dan seumpamanya.

Selain itu, anda juga boleh menyemak penilaian keselamatan kereta yang bakal anda beli di laman web ASEAN NCAP di sini. Ini membolehkan anda memastikan bahawa kereta yang anda akan beli mempunyai piawaian keselamatan yang sesuai untuk memastikan anda dan keluarga anda selamat di jalan raya.

Artikel berkaitan: Tip Pembelian Kereta untuk Keluarga dan Ciri Keselamatan Yang Perlu Dipertimbangkan

Carsome Je Lah untuk Ketenangan Fikiran

Jika anda sudah bersedia untuk mendapatkan kereta keluarga terpakai sebagai keretakeluarga pertama anda, Carsome sedia membantu. Dengan pilihan terbesar kereta terpakai berkualiti yang kami ada, mencari kereta yang sesuai untuk keluarga anda pasti lebih mudah.

Selain itu, jika anda mendapatkan kereta Carsome Certified, anda dijamin akan mendapat kereta yang dilengkapi dengan Carsome Promise kami.

Inilah janji kami kepada anda.

  • Jaminan pulangan wang 5 hari: Jika anda berubah fikiran mengenai kereta terpakai yang anda beli dari Carsome, pulangkan sahaja kereta kepada kami untuk mendapatkan semula bayaran penuh anda dalam masa lima hari, tanpa sebarang soalan!
  • Pemeriksaan profesional: Semua kereta Carsome telah lulus pemeriksaan 175 titik yang teliti untuk memastikan ia bebas dari kemalangan serta kerosakan rangka, kebakaran, dan banjir.
  • Waranti 1 tahun: Perjalanan kami dengan anda tidak terhenti selepas pembelian kereta. Kami akan memberi jaminan lanjutan untuk memastikan kenderaan anda dilindungi pada tahun pertama pembelian.
  • Harga tetap: Harga yang anda lihat merupakan harga sebenar kereta dan itulah harga yang anda perlu bayar, tanpa sebarang kos tersembunyi. Kami mengamalkan ketelusan penuh dalam urusniaga kami agar anda mengetahui dengan tepat apa yang anda dapat.

Kami berharap kami telah membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam usaha anda membeli kereta keluarga buat pertama kali. Jangan lupa dapatkan penjimatan tambahan untuk pembelian anda dengan melihat promosi bulanan kami.

Artikel berkaitan: Belanjawan Bijak: Membeli Kereta Untuk Remaja

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular