Bila dah dapat kereta baharu, memang rasa seronok lain macam. Ada yang nak terus pergi bercuti dengan kereta baharu, ada yang nak pandu kereta keliling kampung, dan ada juga yang terus nak hantar kereta ke bengkel untuk diubah suai.
Tapi, kalau ini adalah kereta pertama anda, ada beberapa aksesori yang anda wajib sediakan untuk pastikan pengalaman memandu yang selesa sebelum anda buat mana-mana perkara di atas. Di sini kami senaraikan 10 barang kereta yang anda kena beli untuk kereta pertama anda.
1) Sarung Pelindung Stereng Kereta
Stereng adalah bahagian kereta yang paling kerap disentuh semasa anda memandu. Ini menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai jenis kotoran yang melekat pada tangan anda dan ia akan mula mengelupas dan bertukar buruk setelah beberapa bulan.
Untuk menjaga stereng kereta anda, kami cadangkan agar anda dapatkan sarung pelindung stereng kereta ini agar stereng anda nampak seperti baharu walaupun kereta anda sudah digunakan bertahun lamanya.
2) Pembersih Vakum Kereta
Tak salah jika anda suka makan dalam kereta, tapi anda perlu pastikan kereta baharu anda bebas daripada cebisan makanan dengan menyediakan pembersih vakum kereta. Ini penting agar kereta anda bebas daripada serangga perosak seperti tikus, semut, dan cicak.
Cukup sekadar anda dapatkan pembersih vakum kereta yang dilengkapi dengan sambungan ke soket pencucuh rokok kereta seperti dalam pautan ini. Ianya ringan, mudah digunakan, dan mampu menyedut habuk-habuk kecil dan serpihan makanan yang bertaburan dalam kereta anda.
3) Pewangi Kereta
Walaupun kereta baharu anda masih ada lagi bau kedai, tapi lepas dipandu untuk beberapa minggu ianya pasti akan hilang, lebih-lebih lagi kalau anda selalu makan atau merokok dalam kereta. Untuk pastikan kereta anda sentiasa berbau segar, gunakan pewangi kereta yang berkualiti dan tahan lama seperti De’Xandra Air Freshener ini yang boleh didapati secara dalam talian melalui Shopee.
Artikel berkaitan: Pewangi Kereta Boleh Cairkan Kereta Anda?!
4) Kabel Jumper Kereta
Kalau tak nak tersadai bila bateri kereta anda tiba-tiba kehabisan tenaga, anda perlu sediakan kabel jumper kereta sebagai alternatif untuk mengecas semula bateri kereta anda. Ia boleh didapati di mana-mana kedai aksesori kereta atau anda boleh dapatkannya secara dalam talian di pautan ini. Jika anda tidak pasti cara penggunaannya, boleh semak artikel Cara Jumper Bateri Kereta yang Betul, Senang dan Selamat kami.
5) Dashcam
Dashcam berfungsi untuk merakam perjalanan anda dan kejadian-kejadian yang berlaku terutamanya jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya. Adakalanya, pemandu lain tidak mengakui kesalahan yang mereka lakukan dan meletakkan kesalahan tersebut di bahu anda.
Dengan adanya dashcam, ia dapat membantu anda membuktikan yang anda tidak bersalah dengan bukti yang menyokong hujah anda. Antara dashcam yang boleh dibeli untuk kereta baharu anda adalah 70mai A200 Dash Cam ini.
Artikel berkaitan: 10 Dashcam Terbaik Di Malaysia untuk Tahun 2023
6) Peti Pertolongan Cemas
Ramai yang tidak mengendahkan kepentingan menyimpan peti pertolongan cemas dalam kereta. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan risiko kecederaan yang lebih teruk, malah dalam kes-kes tertentu boleh menyelamatkan nyawa apabila berlaku kemalangan.
Sebab itulah anda disarankan untuk menyimpan sekurang-kurangnya satu peti pertolongan cemas bersaiz kecil di dalam kereta anda. Kalau anda tengah cari peti pertolongan cemas yang sesuai, boleh dapatkan satu secara dalam talian di sini.
Artikel berkaitan: Cara Menggunakan First Aid Kit Yang Ramai Tak Tahu!
7) Pemegang Telefon
Zaman sekarang ni, tak sah kalau memandu tanpa telefon di sisi. Maklumlah, ada macam-macam fungsi penting pada telefon mudah alih yang dapat membantu pemanduan anda seperti penunjuk arah jalan, pemain muzik, dan ada juga yang menggunakannya sebagai dashcam.
Inilah sebabnya pemegang telefon penting, untuk memudahkan anda menggunakan fungsi tersebut tanpa mengganggu tumpuan anda semasa memandu. Pemegang telefon Baseus ini sangat sesuai untuk digunakan kerana ia boleh dipasang dengan mudah pada cermin pandang belakang kereta anda dan ia membolehkan anda meletakkan telefon pada aras mata anda semasa memandu di samping boleh mengecasnya sekali.
8) Pelindung Matahari Cermin Kereta
Semua tahu yang cuaca di Malaysia sentiasa panas. Kadang-kadang walaupun anda dah hidupkan penghawa dingin hingga ke tahap yang paling tinggi, anda masih boleh rasa bahang cahaya matahari semasa memandu.
Untuk kurangkan rasa panas dan haba yang masuk ke dalam kereta, anda boleh gunakan pelindung matahari untuk cermin kereta yang boleh didapati melalui pautan ini. Ia dilengkapi dengan pelekat magnetik yang memudahkan proses pemasangannya dan ia juga boleh menghalang serangga daripada memasuki kereta anda melalui tingkap.
Artikel berkaitan: Macam Mana Nak Pilih Tinted yang Terbaik untuk Kereta Anda?
9) Karpet Kereta
Memang kereta yang anda beli tu dah didatangkan dengan karpetnya sendiri, tapi selalunya ia jenis yang mudah kotor dan agak sukar untuk dibersihkan. Jika tidak dijaga dengan berhati-hati ia akan dipenuhi dengan lumpur, pasir, dan debu walaupun anda baru saja memandu kereta untuk beberapa hari.
Lindungi karpet asal kereta anda dengan menggunakan karpet kereta yang lebih tebal dan mudah untuk dibersihkan seperti karpet kereta Kamatto ini. Atau anda boleh dapatkan karpet kereta premium daripada Trapo yang kalis air, anti bakteria, dan anti kulat.
Artikel berkaitan: Macam Mana Nak Pilih Karpet Kereta Terbaik?
10) Tong Sampah
Akhir sekali, kenalah sediakan tong sampah untuk kereta baharu anda. Biasanya kereta yang baru beli mesti ramai yang nak tumpang, jadi untuk pastikan kereta anda sentiasa bersih, anda mesti sediakan satu bekas yang penumpang anda boleh gunakan untuk membuang sampah. Tak perlu sediakan tong sampah yang besar, cukup sekadar sesuatu yang kecil seperti tong sampah kereta ini yang anda boleh dapatkan secara dalam talian.
Jadi, kami harap perkongsian ini dapat membantu anda dalam membeli barang kereta yang diperlukan untuk memastikan kereta baharu anda sentiasa bersih, selesa, dan selamat untuk dipandu.
Bagi yang baru sahaja membeli kereta pertama, tahniah kami ucapkan kepada anda dan kami juga ingin menasihatkan anda agar sentiasa memandu dengan berhati-hati di jalan raya dan patuhi undang-undang jalan raya apabila anda memandu!
Artikel berkaitan: Tukul Cermin, ‘Dashcam’ serta Aksesori Kereta Lain Yang Perlu Ada dalam Kereta