HomeBMMacam Mana Nak Pilih Karpet Kereta Terbaik?

Macam Mana Nak Pilih Karpet Kereta Terbaik?

Karpet kereta bukanlah perkara utama yang orang ramai ambil kira apabila memiliki kereta tapi sebenarnya, aksesori kereta ini memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi bahagian lantai kereta, menjamin kebersihan kereta, serta memberi pengalaman memandu yang lebih baik.

Jika anda bercadang nak beli karpet kereta, di sini kami sediakan maklumat dan tip berguna untuk bantu anda dapatkan karpet kereta terbaik untuk kereta anda.

Ada Berapa Jenis Karpet Kereta Di Pasaran?

1. Karpet Kereta Coil

Ini adalah jenis karpet kereta yang paling popular di Malaysia. Karpet kereta jenis coil boleh didapati di mana-mana kedai aksesori kereta pada harga yang sangat murah. Permukaan karpet kereta ini dipenuhi dengan bentuk gegelung halus yang boleh memerangkap habuk dan kotoran dengan mudah tapi kalau anda nak membersihkannya memang sangat leceh. Ia juga perlu dibersihkan dengan kerap agar kesihatan anda tidak terjejas akibat daripada bakteria dan debu yang terkumpul pada permukaan karpet kereta ini.

2. Karpet Kereta Getah

Kalau anda mahukan karpet kereta yang tahan lasak, pilihlah karpet kereta jenis getah. Walaupun harganya jauh lebih mahal berbanding karpet-karpet kereta yang lain, tapi ia tidak mudah lusuh dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Karpet jenis ini sangat mudah untuk dibersihkan dan ia juga kalis air serta lumpur, sesuai untuk anda yang tinggal di kawasan yang kerap hujan.

3. Karpet Kereta Vinil

Harganya yang tidak terlalu mahal serta tidak terlalu murah menjadikan karpet kereta jenis vinil sebagai pilihan utama kebanyakan pemandu di Malaysia. Ia menawarkan perlindungan yang optimum terhadap habuk, kotoran, dan air tetapi mudah rosak jika didedahkan kepada suhu yang terlalu tinggi. Biasanya, karpet kereta vinil mempunyai reka bentuk standard yang boleh digunakan pada semua jenis kereta.

Tip untuk Pilih Karpet Kereta

Cari Karpet Kereta Mengikut Bentuk Lantai Kereta

karpet kereta terbaik - kamatto

Perasan tak yang setiap kereta mempunyai bentuk lantai yang berlainan? Ada yang mempunyai ruang kaki yang bersegi, lebar, panjang, dan banyak lagi. Jadi, sebelum anda beli karpet kereta, pastikan terlebih dahulu yang karpet tersebut boleh dipasang dengan kemas pada lantai kereta anda agar ia boleh memberikan perlindungan yang menyeluruh.

Kalau Ada Ciri Keselamatan Lagi Bagus

Biar betul? Karpet kereta pun kena ada ciri keselamatan ke? Sudah tentulah. Ciri keselamatan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada ciri anti gelincir yang ada pada bahagian belakang karpet seperti penggunaan pita velcro atau permukaan bertekstur, dan juga mekanisme kunci yang membantu karpet kereta kekal pada tempatnya tak kira dalam apa jua keadaan. Jika karpet kereta anda beralih tempat dengan mudah, ia mungkin akan menyukarkan anda untuk memijak pedal brek atau minyak semasa memandu.

Pilih yang Senang untuk Dibersihkan & Dijaga

karpet kereta terbaik - kamatto

Karpet kereta dengan rekaan yang cantik tak semestinya senang untuk dibersihkan dan dijaga. Sebaiknya, pilihlah rekaan yang ringkas dan praktikal. Cuba bayangkan jika anda memilih karpet kereta yang mempunyai banyak lubang kecil pada permukaannya, pasti ia sukar untuk dibersihkan jika dipenuhi dengan habuk dan lumpur. Ingatlah, kalau tersilap pilih anda juga yang akan menyesal nanti!

Jangan Lupa Bandingkan Harga

Dengan pelbagai pilihan karpet kereta yang ada di pasaran, anda bebas untuk memilih yang mana satu paling sesuai untuk anda. Untuk memastikan anda buat pembelian yang berbaloi, buat perbandingan harga terlebih dahulu dan beli karpet kereta yang sesuai dengan bajet anda.

Kami harap tip yang kami sediakan ini dapat memudahkan pencarian karpet kereta terbaik untuk kereta anda!

Kamatto: Pilihan Karpet Kereta Paling Tepat untuk Anda!

Sekarang, anda dah tak perlu susah susah nak cari karpet kereta yang boleh memenuhi semua keperluan anda. Kamatto menawarkan karpet kereta yang berkualiti pada harga yang sangat mampu milik – bermula daripada RM185, agar anda tak perlu berkompromi apabila membuat pembelian. Tak kira apa model kereta yang anda miliki, karpet yang sesuai boleh didapatkan di Kamatto.

karpet kereta terbaik - female model holding kamatto car mat

Selain daripada rekaan yang bergaya, karpet kereta Kamatto turut menawarkan perlindungan yang menyeluruh terhadap habuk, debu, dan kotoran. Ia juga boleh dibersihkan dengan mudah jadi anda tak perlu lagi bersusah payah apabila mencuci karpet kereta.

karpet kereta terbaik - kamatto car mats

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan karpet kereta anda di kamatto.my sekarang!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular