HomeBMNak Cari Dashcam Terbaik untuk Kereta Anda? Ini 10 Model yang Paling...

Nak Cari Dashcam Terbaik untuk Kereta Anda? Ini 10 Model yang Paling Sesuai!

Menurut laporan Free Malaysia Today, sebanyak 418,237 kemalangan telah dilaporkan sepanjang tahun 2020 di Malaysia. Ini antara sebab kenapa semakin ramai pemandu mula mencari dashcam yang terbaik untuk kereta mereka.

Sebuah dashcam mungkin tidak akan menyelamatkan kereta anda daripada kemalangan tetapi sekurang-kurangnya ia boleh merekod apa yang terjadi untuk menjamin keselamatan anda, membuktikan yang anda tidak bersalah, dan ia mungkin boleh mengelakkan anda daripada menanggung kos yang mahal akibat kemalangan.

Berikut merupakan 10 jenama dashcam yang terbaik di Malaysia dan cara untuk anda memilih dashcam yang sesuai untuk kereta anda.

Dosen S50 Three Shots Dashcam – RM138

Harganya yang sangat berpatutan membuatkan Dosen S50 Three Shots Dashcam menjadi pilihan para pemandu e-hailing yang mencari dashcam berkualiti dengan harga bajet. Dengan kemampuan merakam pandangan jalan dan pandangan kabin kereta dalam resolusi 1080P, serta pandangan belakang dengan jelas, model ini memang sesuai untuk  Dapatkan Dosen S50 Three Shots Dashcam di sini.

Ekleva 3 Lens Dashcam – RM144

Ekleva 3 Lens Dashcam merupakan satu lagi dashcam bajet dengan tiga kamera yang akan menjadikan perjalanan harian anda lebih selamat. Ia dilengkapi dengan resolusi FullHD 1080P yang memberikan paparan video yang jelas dan terang agar anda boleh lihat setiap sudut perjalanan anda. Dapatkan Ekleva 3 Lens Dashcam di sini.

70mai 1S Dashcam – RM178

Ini merupakan salah satu daripada model dashcam dengan harga marhaen yang menjadi pilihan ramai. Selain mempunyai kamera 1080P Full HD, ia juga turut dilengkapi dengan fungsi arahan suara yang canggih untuk membantu anda mengambil gambar dan video tanpa perlu menekan apa-apa butang. Dapatkan 70mai 1S Dashcam di sini.

Trapo i-Sight Dashcam T-350 – RM219

Trapo bukan sahaja menjual karpet kereta, mereka juga turut mempunyai dashcam yang berkualiti! Walaupun Trapo i-Sight T-350 Dashcam ini nampak kecil, tetapi ia merupakan satu dashcam yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi berguna seperti kanta sudut lebar yang membantu anda merakam semua sudut dalam perjalanan anda serta resolusi 2K yang akan memberi paparan video yang jelas dan terang. Dapatkan Trapo i-Sight Dashcam T-350 di sini.

DDpai N1 Dual Dashcam – RM249

Ciri utama yang menjadikan DDpai N1 Dual Dashcam unik berbanding dashcam lain dalam pasaran ada fungsi NightVis yang menjanjikan rakaman lebih terang dan jelas pada waktu malam. Digandingkan dengan resolusi 1296P dan kanta sudut luas yang ada pada dashcam ini, anda boleh lihat semua benda yang berlaku dalam perjalanan anda. Dapatkan DDpai N1 Dual Dashcam di sini.

Asawin CM11 Rear View Mirror Dashcam – RM288

Dilengkapi dengan skrin sentuh IPS HD 10-inci yang jelas dan terang, Asawin CM11 Rear View Mirror Dashcam menawarkan rakaman video 4K sejernih kristal dari hadapan dan 1080P dari belakang, kedua-duanya turut mempunyai sudut tontonan 170° yang luas. Dapatkan Asawin CM11 Rear View Mirror Dashcam di sini.

Ekleva Rear View Mirror Dashcam – RM298

Selain boleh menjadi cermin pandang belakang yang lebih efektif berbanding yang asalnya ada pada kereta anda, Ekleva Rear View Mirror Dashcam yang bersaiz besar ini turut dilengkapi dengan resolusi 1080P FullHD serta tambahan ruang memori sehingga 128GB untuk menyimpan semua rakaman anda. Dapatkan Ekleva Rear View Mirror Dashcam di sini.

DDPai Mola N3 Pro Dashcam – RM309

Rakaman perjalanan anda pasti lebih jelas dengan resolusi 2K pada DDpai Mola N3 Pro Dashcam. Selain itu, dengan fungsi cycle loop recording yang canggih, anda tak perlu risau tentang kehabisan ruang simpanan kerana rakaman lama akan dipadam secara automatik untuk memberi ruang kepada rakaman baru. Dapatkan DDpai Mola N3 Pro Dashcam di sini.

Kamatto Dashcam K60 – RM345

Paparan yang jelas dalam kualiti 2K membolehkan dashcam ini memberikan rakaman yang jelas dan terperinci dalam apa-apa keadaan sekalipun. Ia juga mudah untuk dipasang dan mampu bertahan dalam semua jenis persekitaran, tak kira panas terik atau lembap. Dapatkan Kamatto Dashcam K60 di sini.

70mai A500s Dashcam Pro Plus – RM389

Dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan canggih seperti pemantauan parking, ADAS, serta pengesan GPS untuk menjejak perjalanan anda, tak hairanlah mengapa 70mai A500s Pro Plus Dashcam ini merupakan model yang paling direkomendasikan kepada orang ramai. Dapatkan 70mai A500s Dashcam Pro Plus di sini.

Cara Memilih Dashcam yang Terbaik untuk Kereta Anda

Kualiti Imej

dashcam terbaik malaysia, rear camera on player

Sekalipun anda ada rakaman sesuatu kemalangan daripada dashcam terbaik di Malaysia, ianya tidak berguna jika imej rakaman tersebut kabur dan anda tidak boleh melihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat.

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memilih dashcam dengan resolusi sekurang-kurangnya 720P untuk memastikan anda mendapat imej yang jelas. Kalau anda ada bajet lebih, dashcam dengan resolusi 2K atau 4K akan memberikan anda imej yang lebih jelas yang boleh membantu anda menang andai kata berlaku perang mulut selepas kemalangan.

Tambahan lagi, dashcam dengan resolusi tinggi memerlukan ruang simpanan yang lebih besar untuk menyimpan video anda. Jadi, jangan kedekut dengan kad memori. Rakaman satu minit dalam resolusi 4K memerlukan saiz memori kira-kira 450MB, jadi sangat disarankan untuk anda mendapatkan kad memori dengan saiz simpanan 128GB. Lagipun anda tak mahu kehilangan rakaman berharga di saat ia diperlukan.

Pilihan Lekapan 

Untuk melekapkan dashcam anda, ada tiga cara yang boleh digunakan, bergantung kepada pilihan lekapan yang datang dengan dashcam anda.

Pelekat 

Lekapan yang paling biasa adalah menggunakan pelekat, biasanya pelekat dua sisi diletakkan pada permukaan dashcam dan pada cermin depan. Kaedah lekapan ini adalah yang paling kuat dan paling tahan lama tetapi ia perlu dilakukan dengan betul.

Jika ia tidak dilekapkan pada sudut yang betul, dashcam anda mungkin tidak dapat merakam sudut pandangan yang membolehkan anda melihat semua yang berlaku di hadapan anda. Cermin hadapan kereta anda juga akan dipenuhi dengan kesan kotoran jika pelekat dipasang banyak kali. Dengan cara yang betul, dashcam anda tidak akan kelihatan ketara, tidak seperti menggunakan kaedah lain. 

Cawan Sedut (Suction Cup) 

Cara kedua untuk melekapkan dashcam anda adalah dengan menggunakan tapak yang disambungkan kepada cawan sedut (suction cup) yang dilekapkan pada cermin depan. Cawan sedut sangat fleksibel untuk digunakan dan anda boleh laraskan ia untuk mendapatkan sudut rakaman yang betul.

dashcam terbaik malaysia

Walau bagaimanapun, lekapan ini tidak tahan lama dan ia memerlukan ruang yang banyak pada bahagian cermin depan. Lama-kelamaan, kekuatannya akan berkurangan dan sambungan yang memegang dashcam akan jadi makin longgar menyebabkan dashcam anda jatuh terkulai jika tidak dipasang dengan betul. 

Disambungkan Pada Cermin Pandang Belakang

Cara ketiga yang anda boleh gunakan untuk melekapkan dashcam adalah menggunakan pendakap untuk memasang dashcam anda pada cermin pandang belakang. Melekapkan dashcam anda menggunakan kaedah ini sangat senang dan ia tidak akan nampak ketara kerana bersambung dengan cermin pandang belakang anda.

Tetapi kelemahan yang paling besar adalah sudut pandangan dashcam anda akan terhad pada sudut cermin pandang belakang. Dengan cara ini, anda tak boleh mendapatkan rakaman dengan betul apa yang terjadi di hadapan anda. Cara ini paling sesuai digunakan untuk dashcam yang mempunyai sudut rakaman yang luas.

Mod Parkir (Parking Mode)

Sesetengah dashcam mempunyai Mod Parkir (Parking Mode) yang membolehkan dashcam merakam secara automatik apabila ada pergerakan dikesan ketika kereta diparkir dan enjin dimatikan. Ia bertindak seperti kamera pengawasan yang menggunakan G-sensor atau pengesan pergerakan untuk memulakan rakaman. 

Kelemahan ciri ini adalah ia boleh menyebabkan dashcam menggunakan kuasa bateri secara kerap. Untuk mengelakkan bateri kereta cepat habis semasa menggunakan fungsi ini, anda boleh buat sambungan terus kepada kotak fius kereta anda dengan menggunakan bateri luaran untuk menghidupkan dashcam anda. 

Ketersambungan (Connectivity) 

Antara ciri yang patut anda lihat semasa memilih dashcam adalah pilihan ketersambungan (connectivity). Kebanyakan dashcam memerlukan anda untuk mendapatkan rakaman menggunakan kad memori sahaja, manakala ada dashcam yang tersedia dengan sambungan Bluetooth atau Wi-Fi terbina dalam untuk memudahkan anda mengambil rakaman.

Apa yang anda perlu buat cumalah sambungkan telefon anda kepada dashcam menerusi aplikasi (bergantung kepada jenama) dan anda boleh melihat dan menguruskan video dalam masa sebenar. Walaupun dashcam dengan fungsi sebegini biasanya mahal, tetapi anda boleh mengakses rakaman dengan cepat, yang sangat-sangat berguna ketika kecemasan.

Kalau anda memasang dashcam yang paling canggih sekalipun, ia tetap tidak boleh menghalang kemalangan daripada berlaku. Ingatlah untuk sentiasa memandu dengan berhati-hati. Patuhi had laju, gunakan lampu isyarat dan fokus ke atas jalan ketika memandu.

Dengan ini, kami berharap anda boleh mendapatkan dashcam terbaik di Malaysia dengan ciri yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Artikel berkaitan: Terlibat dalam Kemalangan? Ini Perkara yang Anda Perlu Lakukan!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular