HomeBMCara Kenal Tayar Korek & Kenapa Anda Tak Patut Guna Tayar Korek!

Cara Kenal Tayar Korek & Kenapa Anda Tak Patut Guna Tayar Korek!

Pernah tak anda tengok ada orang jual tayar dengan harga yang sangat-sangat murah. Harganya lebih murah daripada tayar terpakai. Awas ya! Berkemungkinan besar tayar murah itu bukanlah tayar terpakai atau tayar stok lama tapi tayar korek! 

Apa Itu Tayar Korek? 

Tayar korek atau tayar toreh merupakan tayar yang telah haus tetapi bunganya diukir atau dikorek kembali supaya boleh digunakan lagi. Ia berbeza dengan tayar terpakai/second hand dan tayar celup. 

Kebiasaannya, tayar korek ini dijual di bengkel yang meragukan pada harga yang sangat-sangat murah. Lebih murah daripada tayar terpakai. Walaupun murah, tayar korek ini boleh diumpamakan seperti perangkap maut yang boleh ‚Äėmakan‚Äô nyawa anda dan penumpang pada bila-bila masa saja!¬†

Kenapa Tayar Korek Berbahaya? 

Tayar mempunyai ketebalan yang standard supaya ia boleh menampung tekanan udara. Tekanan udara standard dalam tayar ialah 30 hingga 35 psi atau 206 hingga 241 kPa. Sebagai perbandingan, tekanan udara dalam bola sepak ialah 14 psi atau 96 kPa. 

Artikel berkaitan: Kepentingan Tekanan Angin Tayar Kereta untuk Keselamatan Anda

Tekanan udara dalam tayar sangat tinggi supaya ia boleh menampung berat kereta beserta penumpang. Tekanan udara ini perlu ditampung dengan lapisan getah tayar yang cukup tebal. Kalau dinding tayar kereta tak cukup tebal, tayar boleh meletup! 

Dah terlalu banyak kes terjadi akibat tayar kenderaan meletup. Ada yang sampai mengakibatkan kematian! 

Disebabkan tayar korek ini merupakan tayar haus yang telah diukir kembali bunganya, jadi dinding tayar korek ini sangat nipis. Dinding tayar yang nipis ini dikhuatiri tidak akan dapat menampung tekanan angin dalam tayar yang sangat tinggi. Apabila ini terjadi, tayar korek ini boleh meletup apabila terlanggar lubang, tercucuk benda tajam, ataupun terlebih pam angin ke dalamnya. 

Selain dinding yang nipis, tayar korek ini juga mempunyai masalah struktur tayar tak kuat. Buat mereka yang tidak tahu, selain daripada getah, tayar juga mengandungi dawai besi. Dawai besi ini berfungsi untuk mengukuh tayar memandangkan tayar merupakan komponen kereta yang sentiasa menyentuh jalan dan bergerak pada kelajuan tinggi. 

Ada kalanya, ketika proses mengorek kembali bunga tayar, bilah mesin pengukir berkemungkinan besar memutuskan dawai-dawai besi yang ada tertanam dalam tayar. Kesannya? Struktur tayar boleh jadi lemah dan tayar ini boleh meletup kalau cuma terlanggar sikit saja dengan lubang! 

Apabila tayar ini terlanggar walaupun cuma sedikit dan selepas itu, ‚ÄėBUM!‚Äô, anda dan penumpang sudahpun termasuk dalam statistik kemalangan negara.¬†

Cara Kenal Tayar Korek 

Tadi kita berbincang tentang bahaya tayar korek, kan? Sekarang jom kami kongsikan cara-cara untuk mengenal tayar korek. Tak susah pun nak kenal yang mana satu tayar korek. Mungkin agak leceh tetapi ia tidak sukar. Anda cuma perlu ikut panduan mudah kami ini! 

1. Harga Yang Terlampau Murah

Cara paling mudah nak kenal tayar korek adalah, kebiasaannya tayar korek ini dijual dengan harga yang sangat-sangat murah. Malah lagi murah daripada tayar terpakai. Berdasarkan beberapa tinjauan yang penulis dah buat, rata-rata tayar korek dijual pada harga bawah RM100. 

Jadi, andai kata anda ternampak iklan menjual tayar murah yang luar biasa, jangan percaya dengan iklan tersebut. Berkemungkinan besar tayar tersebut merupakan tayar korek. Kalau anda nak hidup lama, baik anda jangan beli tayar ini! 

2. Ada Kesan Bergerigi Dalam Bunga Tayar 

Satu lagi cara yang berkesan untuk mengesan tayar korek adalah dengan memerhatikan bunga tayar. Periksa jika ada sebarang kesan bergerigi dalam tayar. Kesan bergerigi yang seperti ini: 

Sumber: Facebook Ilhamic Center

Kesan ini terjadi disebabkan oleh alatan yang digunakan untuk mengukir kembali bunga tayar. Kalau anda perasan ada kesan begini pada tayar yang anda nak beli, lari cepat-cepat dan cari kedai tayar lain! 

Artikel berkaitan: Soalan Wajib Tanya Kepada Pomen Kereta Kalau Tak Nak Kena Tipu

3. Kurang Cengkaman Pada Tayar 

Antara tanda yang jelas anda sudah terbeli tayar korek ialah cengkaman pada tayar terasa kurang berbanding yang sepatutnya. Lagi-lagi ketika anda memandu semasa jalan licin. 

Tayar korek ini dibuat tidak mengikut standard yang sepatutnya. Ketebalan tayar yang nipis menjadikan struktur tayar tak stabil. Kedalaman bunga tayar juga tidak konsisten kerana kebanyakannya dibuat hanya menggunakan tangan. Disebabkan itu, air pada jalan tidak dialirkan dengan baik ke dalam bunga tayar menyebabkan tayar tidak dapat mencengkam dengan bagus. 

Maka, terjadilah insiden kemalangan disebabkan kereta menjadi tidak terkawal semasa memandu ketika jalan licin.

4. Corak Bunga Tak Konsisten 

Antara ciri fizikal lain yang boleh diperhatikan pada tayar korek ialah corak bunga tayar yang tak konsisten. Tak konsisten yang bagaimana? Sebagai contoh kedalaman bunga yang sekejap dalam sekejap cetek. Perhatikan juga jarak antara bunga tayar ‚Äď ada yang rapat dan ada juga yang renggang.¬†

Kenapa jadi begini? Tayar korek dibuat oleh tangan manusia. Disebabkan itu, bunga yang dihasilkan pada tayar korek adalah tidak konsisten. Oleh itu, semasa memilih tayar pastikan anda perhatikan elok-elok corak bunga tayar pilihan.

5. Paras Tayar Sama Dengan Penanda Kehausan Tayar 

Semua tayar mempunyai penanda kehausan tayar. Ini membolehkan pengguna untuk mengukur tahap kehausan tayar sepanjang tempoh penggunaan. Apabila penanda itu semakin jelas kelihatan, itu tandanya tayar semakin haus. 

Sumber: Maukerja

Kalau anda perhatikan pada bunga tayar, jika bunga tayar masih dalam tetapi penanda kehausan ini sama paras dengan tayar, 100% ia ialah tayar korek. Kalau anda terjumpa ada bengkel yang jual tayar begini, anda dah boleh senarai hitamkan bengkel tersebut. Kemudian sebarkanyang bengkel tersebut jual tayar korek seperti anda sebarkan fitnah! 

Boleh Kena Saman Kalau Guna Tayar Korek!

Bermula November 2011, Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah mengharamkan penggunaan tayar korek kepada semua jenis kenderaan di Malaysia. Jika ada kenderaan yang dikesan menggunakan tayar korek ini, tindakan saman dan penjara boleh dikenakan kepada mereka. 

tekanan angin tayar kereta, man changing tires on car

Artikel berkaitan: Selamat Ke Tayar Buatan Tahun 2019? Bila Tayar Lama Ni Akan Luput?

Nak Tukar Tayar Ori? Jom Singgah Pusat Servis CARSOME! 

Anda takut nak tukar tayar? Takut anda terbeli tayar korek? Apa susah, Pusat Servis CARSOME kan ada! Kat sana ada macam-macam pilihan tayar yang ada. Daripada yang murah sampailah yang premium. Yang penting? Semua tayar asli. Tiada tayar terpakai apatah lagi tayar korek dijual di sini.

Kenapa anda boleh baiki kereta anda di Pusat Servis CARSOME tanpa risau kena tipu? Ini sebabnya: 

  • Pengebilan telus¬†
  • Alat ganti tulen¬†
  • Mekanik yang bertauliah¬†

Selagi mana anda tak bersetuju dengan harga yang kami dah berikan, kami tidak akan membaiki kereta anda. Yang penting, anda gembira dan boleh memandu kembali kereta anda tanpa risau selepas selesai kereta dibaiki. 

CARSOME Service Center exterior

Kalau anda nak hantar kereta anda untuk diservis pun boleh, nak datang terus pun boleh juga. Nak lagi mudah? Apa kata anda buat dulu temu janji DI SINI, tak adalah anda kena menunggu lama bila dah sampai kat sana nanti

Layari Pusat Servis CARSOME atau klik sini untuk mengetahui lokasi Pusat Servis CARSOME! 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular