HomeBM5 Pilihan Kereta Keluarga Mampu Milik Terbaik untuk Balik Kampung!

5 Pilihan Kereta Keluarga Mampu Milik Terbaik untuk Balik Kampung!

Setiap kali tiba musim cuti panjang, tak kiralah sama ada cuti sekolah, cuti umum, atau cuti hari raya, aktiviti pilihan rakyat Malaysia untuk habiskan masa terluang adalah balik kampung bersama keluarga tercinta. Jadi, pasti ramai yang akan mula mencari kereta keluarga mampu milik sebelum musim cuti bermula agar dapat balik kampung bersama keluarga dalam keadaan yang selesa.

Tapi, macam mana nak cari kereta yang sesuai untuk balik kampung? Dah tentulah mana-mana kereta pun sesuai untuk dipandu, yang penting ia selamat dan ada ruang yang mencukupi untuk bawa bersama semua ahli keluarga anda dan juga barang-barang mereka.

Jangan bimbang, di sini kami senaraikan lima kereta keluarga terbaik pilihan kami untuk tahun ini, yang telah dipilih melalui penilaian yang menyeluruh dan disenaraikan mengikut harga pasaran yang terkini.

Untuk ketenangan minda anda juga, semua kereta yang kami senaraikan adalah kereta CARSOME Certified yang dijual pada harga tetap tanpa sebarang bayaran tersembunyi, dan didatangkan dengan waranti satu tahun dan juga jaminan pulangan wang dalam lima hari.

Artikel berkaitan: Belanjawan Bijak: Membeli Kereta Keluarga Pertama Anda

Proton Persona – Harga Pasaran: RM36,000 – RM48,000

Dengan harga pasaran terpakai dalam lingkungan RM40,000, Proton Persona menawarkan nilai yang terbaik dan merupakan pilihan sedan yang selesa, selamat, dan praktikal untuk keluarga anda.

Proton Persona merupakan model Proton pertama yang dilengkapi dengan pendakap enjin tiga titik (3-point engine mounting) dan transmisi CVT yang telah dilaraskan secara berterusan daripada 2019 dan 2022 untuk memberikan pemanduan yang lebih baik dan meningkatkan kecekapan bahan api.

kereta keluarga mampu milik carsome proton persona

Ia dikuasakan oleh enjin 1.6 liter empat silinder hela udara alami (naturally aspirated) yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 109 PS dan 150 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT untuk menjamin prestasi yang mantap apabila dipandu di lebuh raya dan pemanduan yang menyeronokkan apabila dipandu di dalam bandar.

Anda boleh dapatkan Proton Persona terpakai berkualiti dengan pelbagai tawaran menarik daripada CARSOME di sini.

Toyota Vios – Harga Pasaran: RM52,000 – RM65,000

Kereta seterusnya yang boleh anda pertimbangkan adalah Toyota Vios, khususnya generasi ketiga yang kini boleh didapati dengan harga bermula daripada RM52,000. Toyota Vios memang diminati ramai kerana reka bentuknya yang menarik, ianya praktikal, dan dilengkapi dengan rangkaian kuasa yang kukuh dan mudah dijaga yang mampu bertahan dengan lama.

kereta keluarga mampu milik carsome toyota vios

Toyota Vios generasi ketiga ini boleh didapatkan dengan dua jenis enjin 1.5 liter yang berlainan – enjin lama 1NZ-FE (automatik 4-kelajuan) yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 109 PS dan 141 Nm atau enjin baharu 2NR-FE (CVT automatik) yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 107 PS dan 140 Nm keluaran tahun 2016 dan seterusnya.

Kedua-dua enjin tersebut menawarkan prestasi yang hebat, penjimatan bahan api yang tinggi, dan pemanduan yang selesa dengan lima penumpang walaupun pada jarak jauh.

Anda boleh dapatkan Toyota Vios terpakai berkualiti dengan pelbagai tawaran menarik daripada CARSOME di sini.

Perodua Aruz – Harga Pasaran: RM63,000 – RM73,000

Gabungan harga mampu milik, reka bentuk yang praktikal dan ruang dalaman yang mampu memuatkan sehingga tujuh tempat duduk menjadikan Perodua Aruz pilihan terbaik jika anda mempunyai keluarga yang besar. Memang susah nak cari kereta terpakai dalam lingkungan harga RM60,000 ke atas dengan ciri-ciri yang sama seperti Perodua Aruz.

Ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter empat silinder hela udara alami (naturally aspirated) yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 102 PS dan 133 Nm dan dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

kereta keluarga mampu milik carsome perodua aruz

Walaupun ia bukan SUV tujuh tempat duduk yang paling berkuasa, tetapi ianya sebuah kenderaan yang dapat melaksanakan tugasnya dengan baik, mudah untuk dijaga, dan mampu menawarkan pemanduan yang selesa untuk seisi keluarga anda untuk beberapa tahun yang akan datang.

Anda boleh dapatkan Perodua Aruz terpakai berkualiti dengan pelbagai tawaran menarik daripada CARSOME di sini.

Honda HR-V – Harga Pasaran: RM61,000 – RM106,000

Satu lagi kereta keluarga mampu milik yang wajib ada dalam senarai ini adalah Honda HR-V, sebuah SUV yang digilai ramai kerana reka bentuk luaran dan dalaman yang sangat menarik dan juga bahagian but yang lebih besar berbanding SUV lain dengan harga yang lebih mahal.

Dengan harga pasaran bagi sebuah Honda HR-V terpakai yang kini bermula daripada RM60,000, ianya memang pilihan yang sangat berbaloi untuk anda.

kereta keluarga mampu milik carsome honda hrv

Honda HR-V generasi kedua dikuasakan oleh dua jenis enjin – sama ada enjin 1.8 liter yang mampu menghasilkan kuasa 142 PS dan 172 Nm (CVT automatik) atau enjin hibrid 1.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 152 PS dan 190 Nm (7-DCT), yang memberi prestasi tinggi tanpa mengorbankan penjimatan minyak. Dengan pelbagai varian yang boleh anda pilih dan julat harga yang luas, pasti ada HR-V yang sesuai untuk anda.

Dapatkan Honda HR-V terpakai berkualiti dengan pelbagai tawaran menarik daripada CARSOME di sini.

Mazda CX-5 – Harga Pasaran: RM115,000 – RM148,000

Mazda CX-5 (siri KF) adalah sebuah SUV dengan pakej lengkap yang pasti dapat memuaskan semua kehendak anda dan keluarga anda, di samping mampu menawan jalan berliku dengan mudah! Ianya sebuah kereta yang praktikal, cekap, dan dilengkapi dengan pengalaman pemanduan Jinba Ittai yang merupakan kepakaran Mazda.

Mazda CX-5 ini ditawarkan dengan beberapa jenis powertrain – turbo 2.5 liter, turbodiesel 2.2L, dan enjin 2.0 liter atau 2.5 liter empat silinder hela udara alami (naturally aspirated) yang masing-masing mampu menghasilkan kuasa 164 PS dan 210 Nm dan juga 194 PS dan 257 Nm.

kereta keluarga mampu milik carsome mazda cx5

Jenis 2.0 liter atau 2.5 liter adalah pilihan kami kerana ia menawarkan gabungan kuasa pecutan yang mantap, pengalaman memandu yang seronok, kecekapan yang tinggi, dan nilai keseluruhan yang sangat baik.

Anda boleh dapatkan Mazda CX-5 terpakai berkualiti dengan pelbagai tawaran menarik daripada CARSOME di sini.

Kami dah senaraikan lima kereta terpakai yang sesuai untuk anda dan keluarga dengan nilai terbaik dan boleh memberi pengalaman menaiki kenderaan yang sangat selesa dan seronok tanpa perlu membayar harga yang terlalu mahal. Jadi, yang mana satu pilihan hati anda?

Jika anda sedang mencari kereta lain, boleh layari halaman promosi kereta CARSOME untuk melihat pelbagai tawaran menarik yang kami sediakan setiap bulan untuk semua kereta CARSOME Certified!

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk dapatkan kereta CARSOME Certified idaman anda yang telah dibaik pulih secara profesional sekarang.

Artikel berkaitan: Kereta MPV Murah, Terpakai Paling Laris Bawah RM100K di Malaysia

Artikel ini ditulis berdasarkan artikel “Top 5 Used Vehicles for the Family to Balik Kampung in 2023” yang diterbitkan di wapcar.my.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular