Tesla Model 3, Nissan Leaf, BMW i3: Kereta Elektrik Malaysia Mana Paling Berbaloi untuk Dimiliki?

Kereta elektrik atau electric vehicle (kereta EV) merujuk pada kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak. Penggunaan kereta elektrik kini dilihat semakin berkembang dan menjadi pilihan pengguna dalam kalangan negara-negara maju dan membangun. Trend peningkatan kereta elektrik di Malaysia misalnya sedikit sebanyak didorong oleh kesedaran masyarakat dalam menjaga kualiti udara, melestarikan alam sekitar dan mempelbagaikan sumber tenaga. Kemajuan dan kejayaan dalam industri kereta elektrik dengan aplikasi teknologi moden berjaya menarik minat dan mengubah persepsi penggunaan kereta elektrik di Malaysia dalam kehidupan seharian.

kereta elektrik di Malaysia

Secara amnya, penggunaan kereta elektrik di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah dan kebanyakan pengguna kereta di Malaysia masih menggunakan kereta konvensional. Meskipun begitu, perkembangan teknologi dan pengenalan pelbagai jenis kereta elektrik di Malaysia dalam pasaran ketika ini seperti Tesla, Nissan dan BMW semestinya mampu mengkomersialkan dan meningkatkan penggunaan kereta elektrik Malaysia.

Model, Harga Kereta Elektrik di Malaysia

Berikut merupakan senarai kereta elektrik yang dijual secara rasmi di Malaysia, beserta spesifikasi lengkap, harga dan ciri-ciri keselamatan kereta elektrik untuk panduan anda.

1. Tesla Model 3

Jenama kereta elektrik (kereta EV) Tesla kini semakin mendominasi pasaran kereta elektrik dunia dan mencipta fenomena baharu dalam dunia automotif. Tesla Model 3 ialah model kereta elektrik kategori sedan kompak empat pintu mewah yang dibangunkan oleh Tesla, Inc. (sebelum ini dikenali sebagai Tesla Motors, Inc.). Kereta elektrik Tesla Model 3 mendapat penarafan kecekapan tenaga daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA). Varian Tesla Model 3 Standard Range Plus berkuasa menghasilkan jarak pemanduan sejauh 423 km, manakala varian Tesla Model 3 Long Range pula berupaya memberikan jarak perjalanan sehingga 568 km. Namun begitu, jarak perbatuan kedua-dua kereta elektrik ini mungkin berbeza bergantung pada kelajuan, penggunaan dan gaya pemanduan.

Menurut Tesla, kenderaan elektrik Tesla Model 3 menampilkan perkakasan sistem pandu sendiri (self-driving hardware) Tesla Autopilot dengan kemas kini perisian secara berkala. Tesla Model 3 dikatakan sebagai model kereta Tesla paling mampu milik dan harga kereta Tesla ini dikatakan paling murah berbanding model Tesla yang lain. Sejak awal 2020, Tesla Model 3 merupakan kereta elektrik paling laris di dunia dengan lebih 800,000 unit terjual. Ia juga merupakan model kereta elektrik plug-in atau plug-in electric vehicle (PEV) Tesla paling laris di dunia selama tiga tahun berturut-turut (2018 hingga 2020). Selain itu, Tesla Model 3 merupakan kereta elektrik PEV paling laris di Amerika Syarikat (2018 hingga 2020), kereta elektrik PEV paling laris di Eropah (2019) dan kereta elektrik PEV paling laris di China (2020).

i. Harga Tesla di Malaysia – Harga Tesla Model 3

Harga kereta Tesla Malaysia 2021 bagi varian permulaan (Tesla Model 3 Standard Range) bermula serendah $34,190. Varian Tesla Model 3 Long Range pula berharga sekitar $44,190.

Tesla Model 3 Malaysia | harga Tesla Malaysia

Secara amnya, Tesla Model 3 Standard Range menampilkan bateri 50 kWh dan dikuasakan oleh powertrain motor tunggal. Enjin ini dikatakan mampu menghasilkan 283 kuasa kuda dan 450 Nm tork. Ia sekali gus membolehkan kereta memecut dari 0 km/j hingga 100 km/j dalam tempoh masa 5.6 saat dengan kelajuan tertinggi 209 km/j. Bagi Tesla Model 3 Long Range, ia menampilkan versi bateri yang dinaik taraf iaitu 75 kWh sekali gus menawarkan jarak perjalanan yang lebih baik. Ia dikuasakan oleh sistem dwimotor dan pacuan semua roda. Model kereta elektrik Tesla ini juga berupaya menghasilkan 346 kuasa kuda dan 510 Nm tork. Dari aspek prestasi, ia berupaya memecut dari 0 km/j hingga 100 km/j dalam tempoh masa 4.4 saat dengan kelajuan tertinggi 233 km/j.

2. Nissan Leaf

Nissan Leaf merupakan kereta elektrik hatchback 5 pintu yang mula diperkenalkan oleh Nissan pada tahun 2010. Model kereta ini telah tersenarai sebagai model kereta elektrik paling laris di dunia setakat Disember 2019 sebelum dipintas oleh penjualan Tesla Model 3. Versi standard Nissan Leaf dilengkapi dengan bateri lithium-ion 40 kWh yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 148 kuasa kuda dan mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 240 km bagi setiap pengecasan penuh.

Harga Nissan Leaf Malaysia

Harga
  • RM188,888 (harga atas jalan/on the road tanpa waranti).
Waranti

 

  • Waranti tiga tahun (3)/100,000 km;
  • Servis penyelenggaraan tiga tahun (3)/60,000 km;
  • Waranti bateri lithium-ion lapan (8) tahun/160,000 km.
Warna
  • Magnetic Red
  • Brilliant Silver
  • Super Black
  • Pearl White
  • Blue Pearl
  • Gun Metal Grey

Nissan Leaf dengan spesifikasi tertinggi – Leaf Plus pula dilengkapi dengan bateri lithium-ion 62 kWh yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 214 kuasa kuda. Bateri ini mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 364 km bagi setiap pengecasan penuh. Bagi aspek kelajuan pengecasan pula, pengecasan penuh bateri Nissan Leaf memakan masa sekitar 7 jam menggunakan palam dinding A/C 6.6kW biasa atau kira-kira 1 jam menggunakan fasiliti pengecasan D/C 50kW CHAdeMo pantas.

harga kereta elektrik malaysia

Model ini juga turut dilengkapi dengan dua mod pemanduan – ECO mod dan B mod. Selain menjadi pilihan utama pengguna disebabkan oleh faktor pemanduannya yang selesa, spesifikasi keselamatan model Nissan Leaf turut mencuri tumpuan. Model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, sistem brek antikunci, kawalan dinamik kenderaan, pengagihan brek elektronik dan kawalan bantuan mula mendaki. Ia turut dikemaskan dengan ciri teknologi Safety Shield Nissan termasuk amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan, monitor paparan dengan pengesanan objek bergerak, kawalan kewaspadaan pemandu dan pengendalian jejak.

3. BMW i3

BMW i3 merupakan kereta elektrik hatchback segmen B yang dihasilkan oleh BMW dengan rangkaian kuasa elektrik menggunakan pemanduan roda belakang dengan transmisi satu kelajuan (Nissan Leaf menggunakan pemanduan roda hadapan). Model premium daripada Jerman ini mula dilancarkan secara rasmi pada April 2019 dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 181 kuasa kuda dan 270 Nm tork.

BMW i3 dilengkapi dengan bateri 42.2 kWh dan mampu bergerak sejauh 260 km bagi setiap pengecasan penuh. Bagi aspek kelajuan pengecasan pula, anda boleh mendapatkan BMW i Wallbox yang dijual pada harga RM8,897 yang mampu memberikan pengecasan penuh di rumah dengan 11kW kuasa (julat elektrik 180km) dalam masa kurang daripada 3 jam.

Harga BMW i3 Malaysia

Harga
  • RM280,000 (harga atas jalan/on the road tanpa waranti).
Waranti

 

  • Waranti perbatuan tanpa had lima (5) tahun;
  • Servis penyelenggaraan percuma;
  • Program waranti tayar selama 2 tahun;
  • Waranti bateri lapan (8) tahun/100,000 km untuk salah satu daripada lapan modul.
Warna
  • Mineral Grey (Metallic)
  • Fluid Black

Model i3 juga turut dilengkapi dengan pilihan enjin petrol 2 silinder yang berfungsi memberikan lebih jarak pemanduan tanpa pengecasan. Namun begitu, pilihan varian ini tidak dijual di Malaysia. BMW i3 hadir dengan 4 mod pemanduan – mod Comfort, Eco Pro, Eco Pro+ dan Sport. Bagi aspek keselamatan pula, BMW i3 dilengkapi dengan enam beg udara, sistem brek antikunci dan kawalan kestabilan elektronik.

BMW i3 Malaysia

Selain itu, ia turut menampilkan Pakej Driving Assistant Plus termasuk kamera paparan belakang, kawalan jarak parkir (hadapan dan belakang), kawalan pelayaran aktif (cruise control) dengan fungsi Stop & Go. Antara lain, model elektrik ini juga turut dilengkapi dengan Amaran Pelanggaran dan Pejalan Kaki dengan fungsi City Braking dan Traffic Jam Assistant. Anda juga turut mendapat akses ke perkhidmatan BMW ConnectedDrive termasuk Panggilan Kecemasan Pintar, Concierge Services dan Remote Services.

Stesen Pengecasan atau Lokasi Cas Kereta Elektrik Malaysia

Kereta elektrik bergantung pada stesen pengecasan untuk mengecas bateri kereta elektrik. chargEV merupakan penyedia utama yang menyediakan perkhidmatan stesen pengecasan kereta elektrik di Malaysia. Setakat hari ini, terdapat lebih 300 rangkaian stesen pengecasan atau charging station disediakan dan pemegang kad chargEV berpeluang menikmati kemudahan ini secara percuma di mana-mana lokasi cas kereta elektrik di seluruh Malaysia. Berikut merupakan senarai penuh lokasi stesen pengecasan di Malaysia untuk rujukan anda:

Stesen Pengecasan atau Charging Station Kereta Elektrik

1. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Johor

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
JB Forest City Sales Gallery AC 22.0kW 3
Setia Tropika Welcome Centre AC 2.0kW 1
Eco Business Park AC 22.0kW 1
Eco Business Park AC 3.7kW 1
Setia Tropika Welcome Centre, Jalan Setia Tropika 1/21 AC 22.0kW 1
DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru AC 3.7kW 1
Forest City Phoenix International Marina Hotel AC 22.0kW 3
Jen Johor Puteri Harbour by Shangri-La AC 22.0kW 2
Medini 7 AC 3.7kW 1
Menara Landmark Medical Suites AC 3.7kW 1
Forest City Transport Hub AC 22.0kW 1
Forest City Transport Hub AC 3.7kW 1
Petronas Bandar Seri Alam 1, Lebuhraya Pasir Gudang AC 22.0kW 1
Petronas Lebuhraya Pasir Gudang 2 (JB Bound) AC 22.0kW 1
Petronas Machap Southbound AC 22.0kW 1
Petronas Pasir Gudang Highway 3 AC 22.0kW 1
Petronas R&R Gelang Patah Southbound AC 22.0kW 2
Petronas R&R Skudai AC 3.7kW 2
R&R Pagoh Southbound AC 3.7kW 2
Eco Botanic Club House AC 22.0kW 2
Johor Premium Outlets AC 22.0kW 2
Komtar JBCC AC 22.0kW 2
Mall of Medini AC 22.0kW 1
Wetex Parade AC 3.7kW 2
BMW Bavaria Tebrau AC 22.0kW 1
Molek Pine AC 22.0kW 1

2. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Kedah

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
Amanjaya Specialist AC 3.7kW 1
Langkawi Hospital AC 22.0kW 1
Adya Hotel Langkawi AC 22.0kW 1
Aseanian Hotel Langkawi AC 22.0kW 1
The Frangipani Langkawi Resort and Spa AC 22.0kW 1
Petronas Quay AC 22.0kW 2
R&R Gunung Semanggol Northbound AC 22.0kW 2
Panorama Langkawi Sdn Bhd AC 22.0kW 2
Central Square Shopping Mall AC 22.0kW 2
Kulim Central Shopping Centre AC 22.0kW 2
Langkawi Fair Shopping Mall AC 22.0kW 1
BMW Lee Motors Showroom AC 3.7kW 1
Langkawi Wildlife Park AC 22.0kW 1

3. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Kuala Lumpur

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya AC 3.7kW 1
Bukit Bintang City Centre Sales Gallery AC 22.0kW 2
Saville @ The Park Bangsar AC 3.7kW 1
Equatorial Plaza AC 22.0kW 1
Equatorial Plaza AC 7.4kW 3
Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown AC 22.0kW 2
Four Season Hotel Kuala Lumpur AC 7.0kW 2
Mandarin Oriental Kuala Lumpur AC 3.7kW 1
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel AC 22.0kW 3
G Tower AC 22.0kW 3
Lembaga Getah Malaysia AC 22.0kW 1
Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) AC 22.0kW 3
Menara Citibank Malaysia AC 22.0kW 2
Menara Dion AC 22.0kW 1
Menara Dion AC 3.7kW 1
Menara Maybank AC 22.0kW 2
Mercu UEM AC 22.0kW 2
Pertubuhan Akitek Malaysia AC 22.0kW 1
Petronas East West Link AC 22.0kW 1
Petronas NPE Taman Desa AC 22.0kW 1
Petronas Penchala Link Arah Damansara AC 22.0kW 1
Petronas R&R Awan Besar AC 22.0kW 1
Petronas R&R Kinrara Kesas AC 22.0kW 1
Petronas Technology Park Malaysia AC 22.0kW 1
TPC Kuala Lumpur AC 22.0kW 2
Avenue K Shopping Mall AC 22.0kW 2
KL Eco City Mall AC 22.0kW 2
MyTOWN Shopping Centre AC 22.0kW 3
Publika Shopping Gallery AC 22.0kW 6
Viva Shopping Mall AC 3.7kW 2
Viva Shopping Mall AC 3.7kW 1
BMW Auto Bavaria Kuala Lumpur AC 7.0kW 1
BMW Auto Bavaria Sungai Besi AC 3.7kW 1
BMW Damansara, Ingress Auto AC 3.7kW 1
Acroris Mont Kiara AC 3.7kW 1
Binjai On the Park Condominium AC 22.0kW 2
The Robertson AC 3.7kW 2
The Troika AC 22.0kW 2

4. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Melaka

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
Kings Green Hotel City Centre Melaka AC 3.7kW 2
Pejabat Cawangan MBMB Dataran 1Malaysia AC 3.7kW 1
Petronas Ayer Keroh RSA South Bound AC 22.0kW 1
Petronas R&R Ayer Keroh Northbound AC 22.0kW 1
Petronas R&R Ayer Keroh RSA Southbound AC 22.0kW 1
KFC Sungai Udang AC 3.7kW 1
Mahkota Parade Shopping Centre AC 22.0kW 3
Seong Hoe Premium Motors AC 3.7kW 1

5. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Negeri Sembilan

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
D’wharf Hotel & Serviced Residence AC 22.0kW 3
Kualiti Alam Sdn Bhd AC 3.7kW 3
Petronas Pedas Linggi Layby Northbound PLUS AC 22.0kW 1
Petronas R&R Seremban Northbound, PLUS Highway AC 18.0kW 1
Petronas R&R Seremban Southbound, PLUS Highway AC 22.0kW 1
Petronas Rasah, Negeri Sembilan AC 22.0kW 1
R&R Seremban Northbound AC 22.0kW 2
BMW Millennium Welt Seremban AC 3.7kW 1

6. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Pahang

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
Petronas – Gambang Arah Barat AC 22.0kW 1
Petronas – Gambang Arah Timur AC 22.0kW 1
Petronas Bentong R&R AC 22.0kW 1
Petronas Genting Sempah AC 13.0kW 1
Petronas Km 72 L/Raya Karak Arah Kl AC 22.0kW 1
Petronas Peramu 2 AC 22.0kW 1

7. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Perak

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
The Haven All Suites Resort, Ipoh AC 22.0kW 2
Majlis Bandaraya Ipoh AC 3.7kW 1
Petronas Machap Northbound AC 22.0kW 1
Petronas R&R Gunung Semanggol Southbound AC 22.0kW 1
Petronas Sg Perak North Bound AC 22.0kW 1
Petronas Sg Perak South Bound AC 22.0kW 1
Petronas Simpang Pulai Northbound AC 22.0kW 1
Petronas Simpang Pulai Southbound AC 22.0kW 1
Petronas Tapah (PLUS) AC 22.0kW 1
R&R Tapah Northbound AC 22.0kW 2
Perak Tourist Information Centre AC 3.7kW 1
BMW Tian Siang Premium Auto Ipoh AC 3.7kW 1
Lost World of Tambun AC 3.7kW 2

8. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Pulau Pinang

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
Ecoworld Gallery @Eco Terraces AC 3.7kW 1
Ecoworld Gallery @Meadows AC 3.7kW 1
Setia Welcome Centre Spice AC 3.7kW 1
Hard Rock Hotel Penang AC 22.0kW 2
Hotel Equatorial Penang AC 22.0kW 1
Hotel Equatorial Penang AC 3.7kW 3
Petronas BKE (Butterworth Bound) AC 22.0kW 1
Petronas BKE 1 AC 22.0kW 1
Petronas Juru Layby Northbound AC 22.0kW 1
Entopia By Penang Butterfly Farm AC 22.0kW 2
MBPP Relau Sports Complex AC 3.7kW 2
Design Village Outlet Mall AC 3.7kW 2
Gurney Plaza AC 3.7kW 1
Queensbay Mall AC 3.7kW 2
BMW Dealership Malaysia Auto Bavaria, Penang AC 3.7kW 1
BMW Tian Siang Premium Auto Penang AC 3.7kW 1

9. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Sarawak

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
The Waterfront Hotel AC 22.0kW 1
Sarawak Energy Berhad AC 22.0kW 1
Dewan Bandaraya Kuching Utara, Kuching Waterfront AC 22.0kW 1
Plaza Merdeka AC 22.0kW 1
The Spring Shopping Mall AC 22.0kW 1

10. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Selangor

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
KLIA AC 22.0kW 3
KLIA 2 AC 22.0kW 6
Setia City Convention Center AC 3.7kW 2
Allo Technology Sdn Bhd AC 22.0kW 1
Bandar Rimbayu Show Gallery AC 3.7kW 1
Ecoworld Gallery @Eco Grandeur AC 22.0kW 1
Ecoworld Gallery @Eco Majestic AC 3.7kW 1
Lifestyle Hub (Setia Eco Park) AC 22.0kW 1
Sales Gallery Setia Eco Glade AC 22.0kW 1
Setia Alam Welcome Centre AC 3.7kW 1
Setia Eco Hill Semenyih AC 3.7kW 1
Setia Eco Templer Sales Gallery AC 22.0kW 1
Setia Trio Sales Gallery AC 22.0kW 1
SP Setia Corporate HQ AC 3.7kW 1
Cyberview Resort and Spa AC 3.7kW 2
Dash Box Hotel AC 3.7kW 1
Gold Coast Morib International Resort AC 3.7kW 1
Putrajaya Marriott Hotel AC 3.7kW 2
PPAS Raja Tun Uda Shah Alam AC 3.7kW 1
AMD Magic Cyberjaya AC 22.0kW 1
Bangunan SSASS AC 3.7kW 1
Dataran PHB Saujana Subang AC 22.0kW 1
Kiara Bay Sales Gallery AC 22.0kW 2
Kompleks 3C MPSJ AC 3.7kW 1
Laman PKNS AC 3.7kW 2
Majlis Bandaraya Shah Alam AC 3.7kW 1
Majlis Daerah Hulu Selangor AC 3.7kW 1
Majlis Daerah Sabak Bernam AC 3.7kW 1
Majlis Perbandaran Ampang Jaya AC 3.7kW 1
Majlis Perbandaran Klang AC 7.0kW 1
Majlis Perbandaran Sepang AC 3.7kW 1
Majlis Perbandaran Subang Jaya AC 3.7kW 2
Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute AC 3.7kW 1
Malaysian Green Technology Corporation AC 22.0kW 3
MBSA Pejabat Cawangan Setia Alam AC 3.7kW 1
MBSA Cawangan Kota Kemuning AC 3.7kW 1
Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) AC 3.7kW 1
Rekascape AC 22.0kW 2
SME Technopreneur Centre AC 3.7kW 2
NGV Petronas Grand Saga 1 KL Bound AC 22.0kW 1
Petronas Batu 3 Federal Highway AC 22.0kW 1
Petronas Elite Highway AC 22.0kW 1
Petronas Elite Layby @ Bukit Jelutong AC 22.0kW 1
Petronas Grand Saga 2 AC 22.0kW 1
Petronas Grand Saga 3 AC 22.0kW 1
Petronas Kesas Highway (KL-Bound) AC 22.0kW 1
Petronas Kundang Timur Latar AC 22.0kW 1
Petronas Latar R&R Kundang Barat AC 22.0kW 1
Petronas NKVE Bukit Raja Klang Bound AC 22.0kW 1
Petronas NKVE Damansara AC 22.0kW 1
Petronas NKVE Subang AC 22.0kW 1
Petronas Puchong Gateway AC 22.0kW 1
Petronas Putra Height AC 22.0kW 1
Petronas Shapadu Highway AC 22.0kW 1
Petronas Silk Highway – SKVE AC 22.0kW 1
Petronas SKVE AC 22.0kW 1
Petronas Solaris Putra AC 22.0kW 1
Petronas Solaris Serdang AC 22.0kW 1
Petronas Sprint Highway AC 22.0kW 1
Petronas Sungai Buloh Layby AC 22.0kW 1
Petronas Temasya Federal Highway AC 22.0kW 1
Petronas Ulu Bernam AC 22.0kW 1
Petronas USJ Kesas – Westbound AC 22.0kW 1
Masjid Al-Azim, Ampang Jaya AC 3.7kW 1
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz AC 3.7kW 1
R&R Dengkil Southbound AC 22.0kW 2
Dewan MBSA Seksyen 4 AC 3.7kW 1
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya AC 3.7kW 1
Kompleks D’star Arena AC 3.7kW 1
Pusat Akuatik Darul Ehsan AC 3.7kW 1
Aeon Mall Bukit Tinggi Klang AC 3.7kW 2
Dpulze Shopping Centre AC 22.0kW 2
Empire Shopping Gallery AC 3.7kW 2
IOI City Mall Putrajaya AC 3.7kW 1
IOI Mall Puchong AC 22.0kW 1
Jaya One AC 3.7kW 2
Metro Point Kajang AC 3.7kW 1
One City Mall AC 3.7kW 3
Paradigm Mall AC 3.7kW 2
SACC Mall AC 3.7kW 2
Setia City Mall AC 3.7kW 2
Seventeen Mall AC 22.0kW 2
Subang Parade AC 22.0kW 3
Sunway Giza Mall AC 3.7kW 2
The Curve Mall AC 3.7kW 2
The Mines Shopping Mall AC 3.7kW 1
Tropicana City Mall AC 3.7kW 2
BMW Ingress Auto Puchong AC 3.7kW 1
BMW Malaysia Sdn Bhd, Cyberjaya AC 3.7kW 1
BMW Wheelcorp Premium Setia Alam 4S Centre AC 3.7kW 1
Renault PJ Showroom AC 3.7kW 1
Koi Prima Condominium AC 22.0kW 1

11. Lokasi Cas Kereta Elektrik di Putrajaya

Lokasi Stesen Pengecasan Kapasiti Unit
Blok E Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) AC 3.7kW 1
Kementerian Pendidikan Malaysia/Ministry of Education Malaysia (MOE) AC 3.7kW 1
ORANGEBEAM AC 22.0kW 2

lokasi stesen pengecas di Malaysia | kereta elektrik malaysia

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan lokasi stesen pengecasan chargEV yang terkini di sini atau memuat turut aplikasi mudah alih EV Charging by NewMotion di Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi mudah alih ini membolehkan pengguna mengenal pasti lokasi stesen pengecasan berdekatan.

Soalan Lazim Berkaitan Kereta Elektrik Malaysia

Kami turut menyediakan soalan-soalan lazim berkaitan kereta elektrik bagi menjawab persoalan lazim yang biasa diajukan.

1. Di manakah lokasi pengecasan atau charging station bateri kereta elektrik?

Pengecasan boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai sumber elektrik. Kereta elektrik jenis PHV (plug-in hybrid electric vehicle) dan EV (electric vehicle) boleh menggunakan sumber elektrik domestik. Namun begitu, anda boleh rujuk senarai penuh lokasi stesen pengecasan seperti jadual di atas.

2. Berapa lamakah tempoh pengecasan?

Tempoh pengecasan di stesen pengecasan adalah bergantung pada 4 perkara – tahap kuasa stesen pengecasan, OBC (on-board charging), tahap bateri semasa (atau keadaan pengecasan) dan saiz bateri kereta elektrik anda.

3. Berapa jauhkan jarak pemanduan?

Kebiasaannya, kuasa bateri dengan pengecasan penuh mampu membekalkan tenaga untuk jarak pemanduan antara 200km hingga 400km atau lebih bergantung pada cara pemanduan.

4. Benarkah kereta elektrik sifar pelepasan?

Kereta elektik merupakan kenderaan sifar pelepasan kerana beroperasi tanpa enjin yang memerlukan proses pembakaran dan pelepasan sisa bahan api. Kereta elektrik dianggarkan mengeluarkan kadar pelepasan antara 17-30 peratus lebih rendah berbanding kenderaan diesel atau petrol.

5. Adakah harga kereta EV lebih mahal berbanding kereta konvensional?

Harga kereta elektrik di Malaysia masih boleh dianggap sebagai mampu milik. Perkembangan teknologi pada hari ini banyak membantu menurukan harga EV. Contohnya, kos bateri kereta elektrik kini berkurangan hampir 80 peratus berbanding sedekad lalu. Berdasarkan anggaran, kos penggunaan EV hanya satu pertiga berbanding kenderaan konvensional.

Selain itu, jika anda ingin membeli kereta elektrik baharu sebagai usaha kecil anda untuk menjadikan Malaysia lebih mesra alam dan bebas pencemaran, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual kereta lama anda kepada kami. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dan terbesar di asia tenggara. Layari laman web Carsome untuk info lanjut.