HomeBMNIO, Syarikat Kereta Elektrik China Bakal Beri Saingan Sengit Buat Tesla

NIO, Syarikat Kereta Elektrik China Bakal Beri Saingan Sengit Buat Tesla

Di China, pelbagai jenis kereta elektrik mula dilancarkan oleh beberapa jenama besar automotif China antaranya BAIC, Geely, NIO serta beberapa jenama automotif lain. China boleh dikatakan memiliki pasaran pengguna dan potensi pertumbuhan kenderaan terbesar di dunia. Malah, China kini sedang melebarkan sayap dalam usahanya untuk menjadi antara peneraju teknologi kereta elektrik terbaik dunia. Selain China, Norway juga merupakan antara negara yang memiliki paling ramai pemilik kereta elektrik diikuti oleh California, Belanda dan Sweden.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan China untuk menyokong industri kereta elektrik seperti mengagihkan subsidi kerajaan buat pemain industri, sekatan yang lebih longgar dan pembangunan infrastruktur yang lebih baik. Kemunculan pelbagai jenis kereta elektrik di pasaran ini sekali gus memberi lebih banyak pilihan buat pengguna yang ingin memiliki kereta elektrik.

Nio, Syarikat Start-up Kereta Elektrik China

NIO, Syarikat Start-up Kereta Elektrik China

NIO merupakan syarikat automobil yang berpangkalan di Shanghai yang memainkan peranan penting dalam penghasilan dan pembangunan kereta elektrik di China. Syarikat ini ditubuhkan pada November 2014 oleh William Li, Pengerusi Bitauto dan NextEV. Selepas dilancarkan, banyak syarikat menyatakan hasrat untuk melabur termasuk Tencent, Temasek, Baidu, Sequoia, Lenovo dan TPG. Malah, lebih menarik, model pertama NIO iaitu kereta sport NIO EP9 dilancarkan pada hari yang sama jenama ini ditubuhkan.

Teknologi Kereta Elektrik NIO

NIO Pilot merupakan sistem separa autonomi tahap dua SAE yang menawarkan ciri ADAS (Advanced driver-assistance systems). Teknologi ini dilancarkan semasa pengenalan model kereta elektrik NIO ES8. Teknologi ini telah dikemas kini beberapa kali sepanjang tahun 2018 dan 2019, malah turut menampilkan beberapa ciri baharu yang ditambah baik seperti kawalan pengekalan lorong, kawalan pemanduan adaptif, lane departure warning, brek keselamatan automatik, highway pilot, traffic jam pilot, auto lane change dan banyak lagi.

Suite sensor NIO Pilot terdiri daripada kamera hadapan trifocal, 5 radar, 12 sensor ultrasonik dan kamera monitor pemandu. NIO merupakan pengeluar kereta pertama yang melancarkan model kereta elektrik menggunakan cip penglihatan Mobileye’s EyeQ4. Selain itu, NIO juga turut membangunkan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang dikenali sebagai NOMI yang merupakan sistem AI dalam kenderaan pertama seumpamanya. NOMI dikatakan boleh mengaktifkan sistem navigasi kereta, mengawal muzik dan boleh mengambil gambar selfie atau swafoto penumpang di dalam kabin.

Model Kereta Elektrik NIO

Berikut merupakan antara model kereta elektrik terkini, model akan dilancarkan dan model konsep yang dimiliki oleh NIO:

Nama Model Spesifikasi
Model Terkini EP9
  • Jenis Badan: Coupe
  • Kelas: Kereta Sport (S)
    Pintu: 2
  • Tempat Duduk: 2
  • Bateri: Indirectly Water-Cooled Electric Motors
  • Pengeluaran: 2016 – sekarang
EC6
  • Jenis Badan: SUV
  • Kelas: Saiz Pertengahan (J)
  • Pintu: 5
  • Tempat Duduk: 5
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2020 – sekarang
ES6
  • Jenis Badan: SUV
  • Kelas: Saiz Pertengahan (J)
  • Pintu: 5
  • Tempat Duduk: 5
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2019 – sekarang
ES8
  • Jenis Badan: SUV
  • Kelas: Full-size (J)
  • Pintu: 5
  • Tempat Duduk: 6
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2018 – sekarang
Model Akan Dilancarkan EF9
  • Jenis Badan: Minivan
  • Kelas: Minivan (M)
  • Pintu: 5
  • Tempat Duduk: 7/8
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2022 (jangkaan)
ES3
  • Jenis Badan: SUV
  • Kelas: Subkompak (J)
  • Pintu: 5
  • Tempat Duduk: 5
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2022 (jangkaan)
ET5
  • Jenis Badan: Sedan
    Kelas: Kompak (C)
  • Pintu: 4
  • Tempat Duduk: 4
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2021 (jangkaan)
ET7
  • Jenis Badan: Sedan
  • Kelas: Saiz Pertengahan (E)
  • Pintu: 4
  • Tempat Duduk: 4
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2021 (jangkaan)
Model Konsep ET Preview
  • Jenis Badan: Sedan
  • Kelas: Saiz Pertengahan (E)
  • Pintu: 4
  • Tempat Duduk: 4
  • Bateri: Bateri Lithium-Ion
  • Pengeluaran: 2019 (previewing upcoming model)
Eve
  • Jenis Badan: Station Wagon
  • Kelas: Kenderaan Autonomi Kompak (C)
  • Pintu: 2
  • Tempat Duduk: 4
  • Pengeluaran: 2017 (previewing a possible upcoming model)

Rekod Dunia – NIO EP9 Supercar Elektrik Terpantas di Dunia

Model kereta elektrik NIO EP9 memegang lima rekod pusingan terpantas bagi kategori kereta berkuasa elektrik di trak lumba Nürburgring Nordschleife, Circuit Paul Ricard, Circuit of the Americas dan Shanghai International Circuit.

kereta elektrik China

NIO Tesla China Lancarkan Sedan Pertama, ET7

Syarikat start-up kereta elektrik China, NIO melancarkan kereta elektrik sedan pertama menampilkan teknologi pandu sendiri yang dikatakan mampu menandingi Tesla. Harga model sedan elektrik ET7 dijangkakan bermula pada harga serendah 448,000 yuan atau RM280,220.95. Model kereta elektrik ini berfungsi dengan sistem pemanduan autonomi baharu yang menampilkan resolusi kamera 8 megapiksel berbanding 1.2 megapiksel untuk Tesla dan cip pemprosesan yang menawarkan pemprosesan kuasa yang lebih besar berbanding Tesla. Model buatan Tesla China ini dijadualkan mula memasuki pasaran pada suku pertama 2022.

Fokus Utama —

NIO melancarkan sedan pertamanya, ET7 dengan harga permulaan serendah 448,000 yuan atau RM280,220.95;
Kereta elektrik ini boleh berfungsi dengan sistem pemanduan autonomi baharu, dikatakan menampilkan teknologi yang mampu menandingi teknologi Tesla;
Model NIO ET7 dijangka memasuki pasaran suku pertama 2022.

Ciri, Spesifikasi Kereta Elektrik ET7

Kereta elektrik NIO ET7 dijangka mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 1,000 km (621 batu) bagi setiap pengecasan penuh. Sedan elektrik baharu NIO ini juga turut menampilkan bumbung kaca berlamina, heated seat di tempat duduk pemandu dan penumpang serta 23 buah pembesar suara. Pembesar suara ini dikuasakan oleh amplifier 1,000W 20 saluran dengan teknologi akustik terkemuka dunia yang menawarkan pengalaman bunyi yang mengagumkan. Malah, kebanyakan syarikat kenderaan elektrik di China turut menjangkakan permintaan yang tinggi untuk model sedan elektrik baharu yang dilancarkan ini. Prototaip sedan elektrik NIO ET7 ini mula dipamerkan semasa pameran Shanghai Auto Show pada April 2019.

Interaksi Pencahayaan Pintar | Smart Lighting Interaction

NIO ET7 dilengkapi dengan lampu LED dual-beam dengan lampu pencahayaan siang double-dash dengan lampu belakang heartbeat.

Pintu Tutup Perlahan dengan Tingkap Tanpa Bingkai | Soft-Closing Doors with Frameless Windows

Selain itu, model ini juga turut dilengkapi dengan sistem pintu pintar pintu akan terbuka secara automatik ketika anda memegang pemegang dan pintu akan ditutup secara automatik dengan soft-pull action setelah anda duduk. Pintu juga akan terbuka secara automatik dengan hanya satu klik semasa ingin keluar kereta.

Ruang Dalaman yang Selesa, Luas | Spacious, Cozy, Refined

Ruang dalaman ET7 juga turut menggabungkan teknologi canggih serta reka bentuk moden. Paparan infotainmen terapung, stereng two-spoke two-tone dan corong penyaman udara tersembunyi di bahagian depan dan belakang menjadikan ruang dalaman tampil lebih mewah, urban serta memberikan kawalan aliran udara yang selesa. Malah, ia turut dilengkapi dengan sistem wangian dan kualiti udara pintar menjadikan ruang kabin bersih dan menyegarkan.

Pencahayaan Ambien | Waterfall Ambient Lighting

Ia turut menawarkan sistem pencahayaan kabin dengan 64 pilihan warna yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan dan pilihan untuk mewujudkan suasana persekitaran yang unik.

Kemasan Ruang Kabin | Refined Details

Krom meteorit menyerlahkan sisi sofistikated dengan kemasan mewah. Tempat duduk dengan kerusi kulit Nappa dan headliner mikrofiber yang semestinya memukau dan mempersonakan. Malah, ia turut dilengkapi dengan tempat duduk moden dengan tempat letak tangan dan penyadar kepala, bumbung kaca berlamina, tempat duduk berventilasi, heated seats dengan fungsi urutan dan beberapa ciri standard lain memberikan keselesaan sepanjang pemanduan.

Teknologi Pintar Mudah Alih | Smart Mobile Living Space

Kokpit digital generasi kedua NIO turut menampilkan interaksi berbilang skrin seperti NOMI, paparan tengah AMOLED 12.8 inci, kluster instrumen digital HDR 10.2 inci, kawalan tempat duduk belakang pelbagai fungsi dengan skrin sentuh HDR dan HUD canggih. Model ini juga turut menampilkan Qualcomm® Snapdragon™ Automotive Cockpit Platform generasi ketiga dengan kemampuan sambungan dan komunikasi dalam kereta paling canggih termasuk 5G, V2X, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6 dan UWB.

Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan kereta elektrik, anda boleh melihat senarai kereta elektrik yang dijual di Malaysia yang paling berbaloi untuk dimiliki di sini. Anda juga boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut sekiranya anda ingin menjual kereta lama anda bagi mendapatkan kereta elektrik idaman anda.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular