Tahun 2020 akhirnya melabuhkan tirainya. Ia merupakan tahun yang begitu mencabar dan sangat luar biasa. Tiada siapa menyangka, tahun 2020 diwarnai dengan pelbagai kisah suka dan duka buat rakyat Malaysia. Negara dan dunia terpaksa berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19 dan wabak yang dihadapi ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan rakyat, malah krisis kesihatan ini juga menguji ketabahan dan mengubah pola hidup masyarakat kepada amalan norma baharu. Bukan itu sahaja, pandemik ini juga turut menjejaskan ekonomi dan banyak aktiviti sukan dan pelancongan terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik ini.
Melangkah ke tahun baharu 2021, pelbagai aktiviti, acara dan festival sukan terutamanya sukan permotoran dirancang sepanjang tahun untuk mengisi kalendar sukan 2021. Bagi anda yang meminati sukan permotoran atau tidak ingin melepaskan peluang untuk menghadari acara sebegini tahun ini, Carsome menyenaraikan beberapa acara utama berkaitan automotif dan sukan permotoran yang dijangka akan dilangsungkan pada tahun ini yang boleh anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sukan Permotoran dan Acara Automotif Malaysia 2021
Acara 🏎️ | Tarikh 📆 | Lokasi 📍 |
International Conference on Control, Automation, Robotics and Vision Engineering (ICCARVE) | 18-19 Mac 2021 (Khamis, Jumaat) | Kuala Lumpur |
Terengganu Bike Week | Mac 2021 (TBC) | Kuala Terengganu |
Automechanika Kuala Lumpur | 18-20 Mac 2021 (Khamis-Sabtu) | Kuala Lumpur |
International Electric, Hybrid and Autonomous Vehicles Manufacturing and Supplies Exhibition (EVM Asia) | 23-25 Mac 2021 (Selasa-Khamis) | Kuala Lumpur |
Malaysia’s International Auto Parts & Accessories Expo (MAPA Expo) | 23-25 Mac 2021 (Selasa-Khamis) | Kuala Lumpur |
Malaysia Autoshow | April 2021 (TBC) | Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) |
Malaysia Commercial Vehicle Expo 2021 | 17-19 Jun 2021 (Khamis-Sabtu) | Kuala Lumpur |
Automex | 23-26 Jun 2021 (Rabu-Sabtu) | Kuala Lumpur |
Malaysia International Robotics & Automation Exhibition & Conference (ROBOTEX) | 28-30 Julai 2021 (Rabu-Jumaat) | Shah Alam |
Asia Pacific Tyre & Retread Exhibition (ASPACTREX) | 22-25 September 2021 (Rabu-Sabtu) – ditunda | Kuala Lumpur |
MOTOGP Malaysia | 30 Okt-1 Nov 2021 (Khamis-Jumaat) | Sepang |
Acara dan aktiviti yang disenaraikan dalam kalendar sukan dan acara permotoran ini adalah tertakluk kepada perubahan daripada penganjur dan peraturan semasa daripada kerajaan Malaysia. Jadual ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Kalendar Kejuaraan Formula 1 2021
Kalendar Kejuaraan F1 telah disahkan oleh Majlis Sukan Permotoran Dunia (World Motorsport Council) dengan hampir 23 perlumbaan dijadualkan mengambil tempat bermula Mac hingga Disember tahun ini – 22 perlumbaan disahkan, satu masih menunggu pengesahan dan dijangka akan diisi oleh Grand Prix Vietnam (berlangsung pada April)
Acara 🏎️ | Tarikh 📆 | Lokasi 📍 |
Australian Grand Prix | 21 Mac | Albert Park Grand Prix Circuit |
Bahrain Grand Prix | 28 Mac | Bahrain International Circuit |
Chinese Grand Prix | 08 April | Shanghai International Circuit |
TBC | 25 April | TBC |
Spanish Grand Prix (TBC) | 09 Mei | Circuit de Catalunya, Barcelona |
Monaco Grand Prix | 23 Mei | Monaco |
Azerbaijan Grand Prix | 06 Jun | Baku City Circuit |
Canadian Grand Prix | 13 Jun | Circuit Gilles Villeneuve, Montreal |
French Grand Prix | 27 Jun | Circuit Paul Ricard, Le Castellet |
Austrian Grand Prix | 04 Julai | Red Bull Ring, Spielberg |
British Grand Prix | 18 Julai | Silverstone |
Hungarian Grand Prix | 1 Ogos | Hungaroring, Budapest |
Belgian Grand Prix | 29 Ogos | Spa-Francorchamps |
Dutch Grand Prix | 05 Sept | Zandvoort |
Italian Grand Prix | 12 Sept | Autodromo Nazionale Monza |
Russian Grand Prix | 26 Sept | Sochi Autodrom |
Singapore Grand Prix | 03 Okt | Marina Bay Street Circuit |
Japanese Grand Prix | 10 Okt | Suzuka |
United States Grand Prix | 24 Okt | Circuit of The Americas, Austin |
Mexican Grand Prix | 31 Okt | Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City |
Brazilian Grand Prix | 14 Nov | Autodromo Jose Carlos Pace |
Saudi Arabia Grand Prix | 28 Nov | Jeddah Street Circuit |
Abu Dhabi Grand Prix | 05 Dec | Yas Marina Circuit, Abu Dhabi |
Semoga tahun 2021 memberi harapan baru dan pelbagai aktiviti yang dirancang dalam kalendar sukan dan aktiviti permotoran 2021 ini dapat dijayakan untuk merancakkan lagi sektor automotif di Malaysia. Namun begitu, pastikan #KitaJagaKita dengan sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan dan sama-sama #KitaMestiMenang dalam usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19.
SOP Sukan dan Rekreasi – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
1. Aktiviti Sukan dan Rekreasi
- Aktiviti sukan dan rekreasi adalah DIBENARKAN dengan mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi.
- Penganjuran kejohanan / pertandingan tempatan dibenarkan dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Belia dan Sukan dan pematuhan SOP Sukan dan Rekreasi. Kapasiti penonton tempatan 10% atau 4,000 penonton / penyokong daripada kapasiti penuh tempat duduk di venue atau mana-mana yang lebih rendah.
- Penganjuran kejohanan / pertandingan antarabangsa dibenarkan dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Belia dan Sukan dan pematuhan SOP Sukan dan Rekreasi.
- Kebenaran kemasukan peserta / pegawai luar negara ke Malaysia tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia dengan surat sokongan Kementerian Belia dan Sukan.
- Peserta / pegawai bagi aktiviti Sukan Berpasukan dan Sukan Tempur dari kawasan PKPB dan PKPD perlu menjalani ujian RTK Antigen dan disahkan negatif sebelum dibenarkan menyertai kejohanan / pertandingan tempatan.
2. MICE (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions)
- Aktiviti acara perniagaan (business events) berkaitan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran adalah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan berdasarkan SOP MICE PKPB.
- Kemasukan Business Traveller bagi urusan / acara perniagaan dari negara-negara yang dibenarkan oleh Kerajaan perlu mengguna pakai platform One Stop Center (OSC) MIDA sedia ada dengan mematuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana model kereta terpakai, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan yang cekap, pantas dan dipercayai.