HomeBM5 Model SUV Paling Laris di Malaysia

5 Model SUV Paling Laris di Malaysia

Kenderaan Utiliti Sukan atau Sport Utility Vehicle (SUV) merupakan kenderaan popular pilihan pengguna masa kini. Jenama-jenama besar pengeluar kenderaan seperti Mazda dan Proton merupakan antara pengeluar kereta SUV paling popular dan paling laris di Malaysia.

Mazda CX-5, Toyota Rush, Proton X70 adalah antara model kereta SUV yang mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. CARSOME menyenaraikan 5 model SUV paling laris di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan jika anda sedang mencari model SUV pilihan anda.

SUV - Mazda CX-5
Kredit: Mazda

1. Mazda CX-5

Mazda CX-5 2017 merupakan model SUV 5 tempat duduk yang tampil dalam lima varian. Ia turut ditawarkan dengan tiga enjin berbeza dengan keupayaan pacuan dua roda (2WD) dan pacuan empat roda (AWD) – Mazda CX-5 2.0G 2WD (GL), Mazda CX-5 2.0G 2WD (GLS), Mazda CX-5 2.5G 2WD (GLS), Mazda CX-5 2.2D 2WD (GLS), Mazda CX-5 2.2D AWD (GLS). Model Mazda ini dijanakan oleh enjin Skyactiv-G 2.0L dengan kuasa maksimum 162 Hp dan 210 Nm tork diikuti oleh enjin Skyactiv-G 2.5L dan enjin diesel Skyactiv-D 2.2L.

Kesemua varian ini dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek Kecemasan (Emergency Brake Assist, EBA), Paparan Skrin Sentuh 7 inci dengan Radio Tuner, Audio Jack, Bluetooth, Pemain CD & MP3 dan navigasi GPS. Model Mazda CX-5 ini dijual di Malaysia pada harga bermula RM131,018.

Proton X70

2. Proton X70

Proton X70 2020 merupakan kereta SUV segmen C premium dengan lima tempat duduk. yang dijanakan oleh enjin 1.8 liter TGDI empat silinder. Enjin jenis ini berupaya menghasilkan kuasa 181 Hp pada 5,500 RPM dan 285 Nm tork pada 4,400 RPM. Selain itu, model ini turut dipadankan dengan transmisi dwiklac tujuh (7) kelajuan dengan mod manual. Padanan enjin ini sekali gus menawarkan pertukaran gear yang lebih pantas, cekap dan lancar. Proton X70 tampil dalam empat varian iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Premium 2WD dan Premium X 2WD.

Model Proton X70 ini dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Selain itu, ia turut dilengkapi dengan unit infotainmen 8 inci, Auto Dual Zone Air-conditioning dan sistem pembersih udara. Model ini dijual pada harga bermula dari RM94,800 untuk model Standard dan RM122,800 untuk model Premium X.

SUV Paling laris | Toyota Rush

3. Toyota Rush

Toyota Rush 2018 merupakan model kereta SUV segmen B yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter DOHC VVT-I. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum 103 Hp pada 6,000 RPM dan 136 Nm tork maksimum pada 4,200 RPM. Model SUV kompak tujuh tempat duduk ini hadir dalam dua varian iaitu Rush 1.5G dan Rush 1.5S dengan trasmisi automatik 4 kelajuan. Toyota Rush tersedia dalam lima pilihan warna dengan Aerokit – Blue Metallic, White, Silver Metallic, Dark Green Metallic, Dark Grey Metallic. Ia sekali gus menjadikan model ini tampil lebih sporty dengan rim aloi 17 inci, dark chrome radiator grille, rear spoiler dan roof rails.

Selain itu, model ini juga turut dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (ABS), kamera belakang dan ISOFIX. Harga Toyota Rush 2018 di Malaysia dijual bermula RM93,000 untuk Rush 1.5G dan RM98,000 untuk Rush 1.5S dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Nissan X-Trail
Kredit: Nissan

4. Nissan X-Trail

Nissan X-Trail 2019 yang diedarkan oleh Nissan Malaysia tampil dalam empat pilihan varian – 2.0L 2WD, 2.0L 2WD MID, 2.5L 4WD dan 2.0L HYBRID. Varian 2.0L dan 2.5L dikuasakan oleh enjin Twin CVTC. Ia berupaya menghasilkan kuasa maksimum 142 Hp pada 6,000 RPM dan 200 Nm tork maksimum pada 4,400 RPM. Manakala model hibrid pula dikuasakan oleh 40 hp Electric Motor. Model ini tampil dengan lima pilihan warna iaitu Tungsten Silver, Brilliant White, Diamond Black, Titanium Olive, Imperial Umber.

Selain itu, model ini turut hadir dengan beberapa ciri keselamatan seperti Electronic Parking Brake with Auto Hold dan Hill-Start Assist (HSA). Ia turut dilengkapi dengan Vehicle Dynamic Control (VDC) with Traction Control System (TCS) dan banyak lagi. Model Nissan X-Trail ini dijual di Malaysia pada harga bermula RM128,630.

SUV paling laris | SUV Perodua Aruz

5. Perodua Aruz

Perodua Aruz 2019 dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia dalam dua varian – Aruz 1.5 Advance dan Aruz 1.5 X. Kedua-dua varian model ini dikuasakan oleh enjin Dual VVT-i 1.5L 2NR-VE, DOHC. Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa 104 Hp pada 6,000 RPM dan 133 Nm tork pada 4,200 RPM. Perodua Aruz 1.5 Advance dilengkapi dengan ciri keselamatan tambahan seperti Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 dan Integrated Driving Video Recorder (DVR).

Varian ini juga turut dikemaskan lagi dengan leather seat cover material, front foglamps dan roof rail. Harga bagi Perodua Aruz 2019 ditawarkan di pasaran bermula dari RM72,900 untuk varian X dan RM77,900 untuk varian Advance. Harga ini termasuk Waranti Perodua selama 5 tahun atau had perbatuan sebanyak 150,000 km.

Selain itu, jika anda sedang mencari mana-mana model kereta SUV paling laris terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dengan perkhidmatan yang cepat, pantas dan telus.

Artikel berkaitan: 5 Pilihan Kereta Keluarga Mampu Milik Terbaik untuk Balik Kampung!

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular