HomeBM7 Model Kereta Sedan Terpakai Terbaik di Malaysia

7 Model Kereta Sedan Terpakai Terbaik di Malaysia

Saloon Cars” atau kereta sedan merujuk pada kereta penumpang dalam konfigurasi tiga kotak lengkap dengan ruang berasingan untuk enjin, penumpang dan ruang kargo. Di United Kingdom, kereta sedan dikenali sebagai kereta saloon, manakala kereta Sports sedan seperti BMW M5, Subaru, Mercedes-Benz S63 AMG dikenali sebagai “Super Saloon”. Harga kereta sedan terpakai biasanya ditentukan oleh beberapa faktor antaranya keadaan kereta, prestasi dan usia kereta, bacaan mileage dan beberapa faktor lain. CARSOME menyenaraikan 7 model kereta sedan terpakai terbaik di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan:

1. Honda City

Model Honda City 2017 merupakan kereta sedan segmen C yang dikuasakan oleh enjin 1.5L i‑VTEC 4 silinder. Ia mampu menghasilkan 118 kuasa kuda pada 6,600 RPM dan 145 Nm tork maksimum pada 4,600 RPM dan menawarkan penjimatan bahan api dengan anggaran 5.7 liter bagi setiap 100 km. Model Honda ini hadir dengan lima pilihan warna – Lunar Silver Metalic, Modern Steel Metalic, White Orchid Pearl, Crystal Black Pearl, Dark Ruby Red Pearl. Honda City 2017 turut diberi nafas baharu yang lebih segar terutama di bahagian kabinnya. Semua varian kini dilengkapi dengan sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin.

Selain itu, kesemua varian Honda City dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control, VSC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (Hill-start Assist Control, HAC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal, ESS). Malah, model ini juga turut menerima penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

2. Nissan Almera

Nissan Almera 2015

Nissan Almera merupakan model keluaran Nissan yang paling popular dalam pasaran Malaysia. Model ini bukan sahaja tampil dengan reka bentuk dan prestasi yang lebih baik, malah turut menawarkan harga yang sangat berpatutan. Model Nissan Almera 2015 tampil lebih sporty dan menawan dengan facelift baharu. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC 4 silinder selain turut dilengkapi dengan beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA). Model Nissan Almera E 1.5L terpakai dengan transmisi automatik atau manual ini biasanya dijual pada harga bermula RM38,300.

3. Honda Civic

Honda Civid 2016 merupakan kereta sedan segmen C yang dikuasakan oleh enjin 1.5L cas turbo DOHC VTEC 4 silinder yang berupaya menghasilkan 170 kuasa kuda pada 5,500 RPM dan tork maksimum 220 Nm pada 5,500 RPM. Selain itu, Honda Civid 2016 juga tersedia dalam enjin 1.8L i-VTEC dengan 139 kuasa kuda pada 6,500 RPM dan tork maksimum 174 Nm pada 4,300 RPM. Model ini hadir dengan reka bentuk luaran yang lebih stylish dan ruang dalaman yang lebih trendy. Malah, ia turut dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan untuk keselamatan pemandu dan penumpang. Ruang kabin yang lebih luas dan ruang bagasi yang lebih besar semestinya memberikan lebih keselesaan sepanjang pemanduan.

4. Toyota Vios

Toyota Vios 2018

Model Toyota Vios (2018) baharu hadir dengan enjin 1.5 liter empat silinder Dual VVT-i dipadankan dengan kotak gear CVT (Continuously Variable Transmission, CVT) tujuh kelajuan dengan mod Sport Sequential Shiftmatic. Ia sekali gus menjadikan pemanduan dan pecutan lebih lancar, cekap bahan bakar dan mampu menghasilkan kuasa 107 kuasa kuda dan tork maksimum 140 Nm. Gabungan enjin baharu dan kotak gear CVT ini menawarkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus berbanding model sebelumnya. Model ini dilengkapi dengan tujuh beg udara SRS, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dan beberapa spesifikasi keselamatan lain. Ia tampil dengan lima pilihan warna – Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black, Silver Metallic, Super White II. Harga bagi Toyota Vios G (2018) terpakai dijual pada harga RM61,800.

5. Mazda 2

Model Mazda 2 (2015) tampil dengan 2 pilihan iaitu hatchback dan sedan. Kedua-dua model ini hadir dengan lima tempat duduk dengan kapasiti bahan bakar sebanyak 44 liter. Model ini tampil dengan lapan pilihan warna iaitu Soul Red, Aluminium Metallic, Black Mica, Deep Crystal Blue, Dynamic Blue Mica, Metropolitan Grey Mica, Smokey Rose Mica dan Snowflake White Pearl. Mazda 2 sedan merupakan pilihan yang tepat terutamanya untuk anda yang sedang mencari kenderaan dengan ruang yang lebih luas. Model sedan menawarkan 410 liter lebih ruang berbanding 220 liter untuk model hatchback.

Mazda 2 dikuasakan oleh enjin 1.5L Skyactiv-G DOHC dengan transmisi automatik 6 kelajuan dan menawarkan kecekapan bahan api yang optimum. Berdasarkan rekod, hanya 5.3 liter petrol diperlukan untuk perjalanan sejauh 100 kilometer. Bagi aspek keselamatan pula, Mazda 2 dianugerahkan 4 bintang daripada EURO NCAP, dilengkapi beg udara, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA), Sistem Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) dan banyak lagi.

6. Proton Persona

proton persona terpakai

Proton Persona (2019) merupakan kereta sedan segmen B keluaran pengeluar kenderaan tempatan, Proton. Model ini dilengkapi dengan lima tempat duduk dan dikuasakan oleh enjin 1.6L DOHC 4 silinder dengan transmisi CVT. Model ini juga tersedia dalam transmisi manual 5 kelajuan bagi varian Standard. Enjin ini boleh menghasilkan kuasa maksimum 107 kuasa kuda pada 5,750 RPM dengan tork maksimum 150 Nm pada 4,000 RPM. Semua varian model ini dilengkapi dengan dua beg udara SRS untuk pemandu dan penumpang kecuali model Premium (6 beg udara).

Proton Persona tampil dengan lima pilihan warna iaitu Ruby Red, Snow White, Rosewood Maroon, Jet Gray dan Amour Silver. Selain itu, model ini juga turut dilengkapi dengan ciri keselamatan lain seperti Traction Control System (TCS), Hill Hold Assist (HHA), Impact Sensing Door Unlock dan ISOFIX. Harga pasaran bagi Proton Persona terpakai dijual dengan harga RM38,800.

7. Toyota Camry

Toyota Camry (2018) merupakan kereta sedan 5 tempat duduk yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Bernaung di bawah jenama Toyota, prestasi dan reputasi model kenderaan ini sememangnya tidak dapat disangkal. Model ini dikuasakan oleh enjin 2.5 liter DOCH empat silinder dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan Super ECT. Ia boleh menjana 181 kuasa kuda pada 6,000 RPM dan 235 Nm pada 4,300 RPM. Toyota Camry dilengkapi dengan 7 beg udara SRS, Toyota Safety Sense, Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control, VSC) dan Kawalan Cengkaman (Traction Control, TRC).

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (Hill-start Assist Control, HAC) dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (Tyre Pressure Monitoring System, TPMS). Model ini tampil dengan lima pilihan warna iaitu Red Mica, Platinum White Pearl Mica, Silver Metallic, Graphite Metallic dan Burning Black CS GF. Harga bagi model sedan segmen D Toyota Camry terpakai dijual di pasaran kereta terpakai dengan harga RM123,800.

Mana satu kereta sedan terpakai terbaik pilihan anda? Jika anda sedang mencari mana-mana model kereta sedan terpakai untuk dimiliki, anda boleh layari laman web CARSOME untuk maklumat lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular