Jika anda sedang mencari kereta sedan terpakai yang layak untuk pinjaman, kami meramalkan mesti ada Proton Saga dan Perodua Bezza dalam senarai anda.
Tak hairan mengapa dua model ini bukan sahaja merupakan pilihan utama, dengan harga sekitar RM30,000 dan ciri-ciri yang praktikal, ia pasti memberikan nilai yang berbaloi.
Kedua-dua model ini ada banyak persamaan, dengan kedua-dua mempunyai enjin 1.3 liter tanpa pengecasan dan transmisi automatik 4 kelajuan serta tahap kelengkapan yang hampir serupa.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kenderaan ini menarik minat demografi yang sangat berbeza dan kalau dikaji dengan terperinci, terdapat banyak ciri-ciri yang unik. Puncanya adalah Proton dan Perodua memiliki keutamaan yang sangat berbeza dalam pembangunan setiap model.
Untuk perbandingan antara Saga dan Bezza ini, kita tidak mengambil kira prestasi enjin kerana kedua-duanya agak sama.
Proton Saga
Kelebihan – Pemanduan dan kawalan, keselesaan.
Kekurangan – Menggunakan banyak minyak, tidak begitu luas.
Adakah Proton Saga Lebih Mampu Milik?
Jika dilihat dalam laman web CARSOME, harga untuk sebuah Proton Saga tahun 2016 bermula pada kira-kira RM21,000. Sebagai perbandingan, sebuah Bezza 1.3 pada tahun yang sama bermula pada RM34,800 – boleh dikatakan tinggi. Ini termasuk varian flagship atau yang seumpama dengannya. Dari sudut harga, Proton Saga menjadi pilihan yang jauh lebih murah.
Kebolehmampuan adalah faktor utama dalam memilih kereta sedan bajet, dan bajet yang lebih kecil adalah alasan utama orang memilih kereta terpakai. Memandangkan Saga mengalami penyusutan nilai paling tinggi di antara dua model yang dibandingkan, anda tidak akan rugi banyak jika anda menjualnya kelak.
Bahagian dalaman sebuah Proton Saga Premium
Bacaan Lanjut: Kereta Dengan Ansuran Bulanan Bawah RM500
Pengendalian Proton Saga
Satu lagi faktor yang tidak dapat dipertikaikan ialah pengendalian dan keselesaan Proton Saga. Proton terkenal dengan pengendalian yang bagus. Untuk wang yang anda belanjakan, sedan kecil ini benar-benar boleh mengatasi Bezza. Selain itu, keselesaan juga memihak pada Saga. Walaupun kabinnya tidak seluas Bezza, pemanduannya lebih selesa.
Kadar Penggunaan Bahan Api Proton Saga
Satu aspek penting yang perlu dipertimbangkan apabila membeli Proton Saga terpakai ialah transmisi. Jika anda memilih Saga automatik dan bajet anda cukup, cuba dapatkan unit 2019 atau yang lebih baharu yang menggunakan transmisi torque converter 4-kelajuan Hyundai yang telah diperhalusi.
Unit yang lebih lama dilengkapi dengan Punch CVT (transmisi boleh laras berterusan) yang tidak begitu bagus dan menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih tinggi. Apabila kita bandingkan penggunaan bahan api Bezza dan Saga, ia meletakkan Bezza sebagai pemenang.
Pemilik Bezza melaporkan penggunaan bahan api purata sekitar 6.0 hingga 6.7 L/100 km, walaupun sesetengah pemilik telah melaporkan mencapai 5.0 L/100 km pada masa-masa tertentu. Sebaliknya, pemilik Saga pula melaporkan penggunaan bahan api purata sekitar 7.0 L/100 km.
Bacaan Lanjut: 5 Kereta Hatchback Paling Popular Di Malaysia Dengan Harga Bawah RM500/Bulan
Perodua Bezza
Kelebihan – Keselesaan lebih baik, cekap bahan api.
Kekurangan – Perjalanan yang tidak selesa, kolong stereng tidak boleh laras.
Penggunaan Bahan Api yang Cekap Perodua Bezza
Perodua terkenal dengan kecekapan bahan api. Perodua tahu cara untuk membina enjin yang jimat bahan api. Enjin dwi VVT-i canggih Bezza yang agak ringan dan kompak jauh lebih bagus berbanding enjin Campro VVT kuno Saga.
Digabungkan dengan ciri-ciri seperti Eco Idle dan berat tanpa muatan yang sangat ringan, tidak hairanlah Bezza menjadi raja di pam petrol.
Kelengkapan Dalaman Bezza Lebih Bagus
Di dalam kabin, Bezza jauh lebih lengkap. Terdapat ciri keyless entry dan push-start yang mungkin kelihatan remeh di atas kertas tetapi boleh menjadikan pengalaman pemilikan lebih menyenangkan. Bezza 1.3 AV dengan spesifikasi yang paling tinggi mempunyai kerusi kulit penuh manakala Saga 1.3 Premium mempunyai kerusi separa kulit dengan fabrik. Selain itu, Bezza mempunyai tempat rehat lengan di kerusi hadapan manakala Saga tidak ada.
Selain kelengkapan dalaman, Bezza mempunyai ruang kabin luas yang merentang hingga ke ruang but. Sebagai perbandingan, ruang but Bezza ialah 508 L manakala ruang but Saga ialah 420 L.
Ruang dalaman Perodua Bezza AV
Ciri Keselamatan Bezza vs Saga
Dari segi keselamatan, Bezza dan Saga agak sama rata. Perodua Bezza 1.3 X dan AV kedua-duanya mempunyai ABS dengan EBD, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC), Bantuan Brek (BA), dan Bantuan Mula Bukit (HSA), manakala hanya AV yang mempunyai Bantuan Keselamatan Lanjutan (A.S.A) 2.0 Perodua.
Proton Saga mempunyai semua ciri keselamatan asas yang sama seperti Bezza, walaupun ia tersedia pada lebih banyak varian; Saga Standard AT, Premium, dan Premium S. Dengan pengecualian A.S.A 2.0 pada Bezza AV, anda boleh mendapatkan ciri keselamatan yang sama pada harga yang jauh lebih rendah dengan memilih Saga.
Beberapa Kekurangan Perodua Bezza
Bagaimanapun, tiada kereta yang sempurna dan Bezza ‘kalah’ kepada pengendalian Saga yang cemerlang. Ramai yang berkongsi pendapat tentang pengalaman menaiki Bezza yang terenjut-enjut terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.
Akhir sekali, reka bentuk Bezza berasal daripada Axia dan ini bermakna ia tidak memiliki kolong stereng boleh laras, sepertimana Axia.
Kesimpulan Proton Saga vs Perodua Bezza
Seperti yang anda lihat, terdapat perbezaan yang jelas dalam keperluan pembeli untuk setiap model. Mereka yang mempunyai keluarga dan yang sering melakukan perjalanan jauh dengan lebih banyak bagasi mungkin memerlukan kereta yang lebih luas dan lebih mudah diurus, akan memilih Bezza.
Bagaimanapun, seseorang yang mahukan sesuatu yang menyeronokkan untuk dipandu tanpa memerlukan praktikaliti yang melampau akan lebih menyukai Saga.
Teliti kebaikan dan keburukan Proton Saga dan Perodua Bezza sebelum membuat keputusan, tetapi perlu diingat bahawa Saga bagi tahun yang sama akan sentiasa berharga lebih rendah daripada Bezza dan jika bajet merupakan faktor penentu utama, maka jawapan anda ialah Saga.
Bacaan Lanjut: 5 Pilihan Kereta Terbaik untuk Fresh Grad dengan Gaji RM2500!