HomeBM5 Pilihan Kereta Terbaik untuk Fresh Grad dengan Gaji RM2500!

5 Pilihan Kereta Terbaik untuk Fresh Grad dengan Gaji RM2500!

Apabila melangkah ke alam pekerjaan, ada banyak tanggungjawab baharu yang akan menanti anda. Salah satu daripadanya adalah pemilikan kereta, yang merupakan keperluan penting apabila anda memulakan kerjaya anda.

Tapi, dengan gaji yang ditawarkan kepada mereka yang baru saja memulakan pekerjaan, adakah ia mencukupi untuk anda memiliki sebuah kereta? Sudah tentulah ya! Dalam artikel ini kami senaraikan apa pilihan kereta terbaik yang sesuai untuk fresh grad dengan gaji RM2,500.

1. Proton Iriz – Daripada RM239/Sebulan

kereta fresh grad gaji 2500

Proton Iriz adalah pilihan kereta yang paling ideal untuk fresh grad kerana ia menawarkan nilai yang sangat berbaloi dari segi harga dan kegunaannya. Selari dengan saiznya kompak, ia dilengkapi dengan enjin yang jimat minyak dan juga mempunyai kuasa yang mencukupi untuk dipandu dengan selesa di dalam bandar atau di lebuh raya. Selain itu, kos penyelenggaraannya yang rendah menjadikannya pilihan yang sesuai untuk golongan muda yang baru pertama kali memiliki kereta.

Layari pilihan Proton Iriz terpakai di sini.

2. Perodua Bezza – Daripada RM340/Sebulan

Anda mahukan kereta yang praktikal? Perodua Bezza adalah kereta yang sesuai untuk anda. Sebagai sebuah sedan, ia menawarkan ruang tempat duduk yang sangat selesa di bahagian hadapan dan belakang serta ruang kargo yang sangat luas. Tambahan pula, ia turut menawarkan kecekapan bahan api yang sangat optimum dan ini menjadikan kos pemilikan kereta sedan ini lebih rendah berbanding sedan yang lain. Semua ini boleh didapati pada harga yang sangat mampu milik, jadi tak hairanlah mengapa ramai anak muda memilih Perodua Bezza sebagai sedan pertama mereka.

Layari pilihan Perodua Bezza terpakai di sini.

Artikel berkaitan: Honda City 2020 atau Perodua Bezza 2020? Mana Satu Pilihan Anda?

3. Proton Saga – Daripada RM260/Sebulan

kereta fresh grad gaji 2500

Satu lagi kereta sedan mampu milik yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Proton Saga. Sedan ikonik ini menawarkan pengalaman memandu yang selesa dengan pengendalian yang mantap dan ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan moden seperti sistem Brek Anti Kunci dan sistem Kawalan Kestabilan Elektronik untuk menjamin ketenangan jiwa anda semasa di jalan raya.

Layari pilihan Proton Saga terpakai di sini.

Artikel berkaitan: Proton Saga vs Perodua Bezza: Kereta Sedan Paling Mampu Milik?

4. Proton Persona – Daripada RM307/Sebulan

Jika gaya dan keselamatan adalah keutamaan anda, Proton Persona adalah pilihan yang sesuai. Rata-rata pemandu yang memandu Proton Persona bersetuju yang ia merupakan sebuah jentera yang selamat, selesa, dan seronok untuk dipandu. Dengan prestasi yang mantap, ruang dalaman yang luas, dan sistem keselamatan yang canggih, tiada kereta lain yang lebih sesuai sebagai kereta pertama anda berbanding Proton Persona!

Layari pilihan Proton Persona terpakai di sini.

5. Perodua Myvi – Daripada RM311/Sebulan

Siapa yang tak kenal Perodua Myvi? Hacbek versatil ini menjadi pilihan utama ramai pemilik kereta kali pertama kerana ia menawarkan keseimbangan yang sempurna antara kecekapan bahan api dan kuasa pecutan. Bukan itu saja, pengendaliannya yang sangat responsif turut memberikan kereta kompak ini pengalaman memandu yang sangat menyeronokkan. Dengan penyelenggaraan yang kerap dan penjagaan yang betul, anda boleh memandu sebuah Perodua Myvi tanpa sebarang masalah selama bertahun-tahun dan ini menjadikannya pelaburan yang sangat baik untuk golongan muda.

Layari pilihan Perodua Myvi terpakai di sini.

Artikel berkaitan: Nak Beli Perodua Myvi Second Hand? Baca Artikel Ini Dulu!

Tip Membeli Kereta untuk Fresh Grad

Bukan mudah untuk membeli kereta, lebih-lebih lagi jika ini merupakan kali pertama anda memiliki sebuah kereta. Ikuti tip yang kami sediakan berikut agar anda boleh membuat persediaan rapi sebelum membuat keputusan penting ini:

1) Tetapkan Bajet Anda

Apabila anda menetapkan bajet yang sesuai, anda boleh menguruskan bayaran bulanan kereta dengan lebih mudah dan teratur. Berapa banyak yang anda perlu tetapkan untuk bayaran bulanan kereta anda? Secara realistik, anda dinasihatkan untuk memperuntukkan lebih kurang 10 hingga 15 peratus daripada gaji bulanan anda.

Menggunakan kiraan ini, untuk gaji berjumlah RM2,500, anda boleh membelanjakan kira-kira RM250 hingga RM375 untuk bayaran bulanan kereta anda. Dengan mengikuti bajet ini, anda pasti tidak akan mengalami masalah untuk menampung kos bayaran pinjaman serta sebarang kos tambahan apabila berlaku kecemasan.

2) Ambil Kira Kos Penyelenggaraan & Pemilikan

Selain daripada bayaran bulanan, anda juga perlu mengambil kira kos penyelenggaraan dan pemilikan untuk kereta anda. Perbelanjaan seperti kos mengisi minyak, insurans kereta, servis kereta, pembaikan, serta penggantian komponen yang haus dan lusuh seperti tayar, bateri kereta, pad brek, dan banyak lagi perlu disertakan dalam bajet anda.

3) Jangan Lupa Pandu Uji!

CARSOME Customer test drive

Akhir sekali, anda wajib pandu uji kereta yang anda mahu beli terlebih dahulu! Langkah ini penting untuk membantu anda menilai prestasi, pengendalian, dan kesesuaian kereta mengikut keperluan anda. Semasa pandu uji, beri perhatian lebih kepada faktor-faktor berikut seperti kadar respons stereng, keupayaan membrek, dan keselesaan pemanduan agar anda boleh buat pilihan yang tepat sebelum membeli kereta.

Artikel berkaitan: Panduan Pandu Uji Kereta Yang Patut Anda Tahu

Pilih CARSOME Certified untuk Ketenangan Jiwa Anda

Terdapat sehingga 30 jenama yang boleh anda pilih daripada pelbagai pilihan kereta CARSOME Certified yang kami tawarkan untuk memenuhi setiap keperluan anda. Sebagai taraf baharu pembelian kereta pramilik, CARSOME Certified menjanjikan hanya kereta terpakai berkualiti yang telah melepasi pemeriksaan 175-titik yang ketat dengan harga yang tetap bersama jaminan pulangan wang dalam lima hari dan juga waranti selama satu tahun.

Setiap kereta CARSOME Certified juga telah dibaik pulih melebihi taraf global melalui Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified kami untuk menjamin keselamatan, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Kalau anda dah sedia nak bawa pulang kereta CARSOME Certified, kami sentiasa bersedia membantu anda. Layari carsome.my atau muat turun aplikasi CARSOME sekarang untuk beli kereta terpakai berkualiti idaman anda!

Kami harap artikel ini dapat membantu anda buat pilihan terbaik dalam mencari kereta yang sesuai untuk fresh grad dengan gaji RM2,500.

Artikel berkaitan: Kereta Mampu Milik dengan Gaji RM3000 & Ansuran Bulanan Maksimum RM500?

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular