HomeBMApakah Warna Kereta Paling Popular di Malaysia?

Apakah Warna Kereta Paling Popular di Malaysia?

Pilihan warna kereta yang tepat dan sesuai yang menepati citarasa, kehendak dan keperluan adalah penting buat bakal pemilik kereta. Selain faktor praktikaliti dan personaliti, pilihan warna yang sesuai mampu memberi nilai tambah kepada kenderaan yang dimiliki. Secara amnya, warna yang sesuai dapat meningkatkan nilai jualan semula kereta terutamanya jika anda ingin menjual semula kereta anda. Carsome menyenaraikan pilihan warna kereta popular dalam kalangan pemilik kenderaan yang dijual kepada Carsome sebagai panduan anda:

warna kereta popular 2019 di Malaysia

Warna Kereta Paling Popular 2020 Pilihan Rakyat Malaysia?

Menurut data yang diperoleh daripada Carsome Insights 2020, warna putih merupakan warna paling banyak dijual kepada Carsome iaitu sebanyak 31%. Ia diikuti oleh warna perak (27%), warna hitam (19%), warna kelabu (15%) dan warna biru (8%). Jika dibandingkan perolehan data antara Carsome Insights 2020 dengan Carsome Insights 2019, kedua-dua data ini menunjukkan persamaan. Warna akromatik (putih dan perak) merupakan warna yang paling popular yang dijual kepada Carsome sepanjang tahun 2019 dan tahun 2020.

warna kereta paling popular 2020

Warna Kereta Paling Popular 2019 Pilihan Rakyat Malaysia?

Berdasarkan data daripada Carsome Insights 2019, warna akromatik iaitu putih, hitam, perak dan kelabu terdiri daripada 86% daripada semua kenderaan yang dijual kepada Carsome. Perkara ini turut dibuktikan melalui laporan BASF dan Axalta tahun 2019 yang menunjukkan populariti warna-warna kereta dalam kalangan penduduk di Asia. Meskipun terdapat perbezaan budaya dan gaya hidup, sebahagian besar populasi Asia Tenggara sangat konservatif dalam pemilihan warna kereta. Kebanyakan daripada mereka memilih warna akromatik sebagai warna kenderaan pilihan mereka. 

warna kereta popular pilihan pengguna di malaysia - warna putih

Data yang diperoleh daripada Carsome Insights 2019 membuktikan bahawa putih merupakan warna kereta paling popular 2019 di Malaysia. Malah, untuk rekod, daripada keseluruhan kereta terpakai yang dijual kepada Carsome tahun lalu, kereta putih mewakili 29% daripada jumlah keseluruhan. Warna perak berada di tempat kedua dengan 25%, sementara hitam dan kelabu berada di tempat ketiga dan keempat masing-masing dengan 18% dan 14% daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual pada tahun 2019.

warna paling popular 2019

Warna Kromatik

Warna-warna seperti hijau, kuning dan beige sangat senang dijumpai di Asia. Berdasarkan data Carsome Insights 2019, warna biru dan merah adalah warna kelima dan keenam yang dijual kepada Carsome dengan jumlah peratusan masing-masing sebanyak 8% dan 6%. Malah, laporan warna BASF dan Axalta tahun 2019 juga menunjukkan kedudukan kedua-dua warna tersebut di Asia dan Asia Pasifik.

Meskipun warna mencerminkan ekspresi gaya dan keperibadian pemiliknya, pilihan warna yang sesuai juga boleh mempengaruhi nilai jualan semula atau resale value kereta anda. Malah, keadaan dan kualiti warna juga turut memainkan peranan dan boleh menjejaskan harga yang ditawarkan oleh pembeli selain keadaan panel bahagian luar badan kenderaan. Selain itu, jika anda sedang merancang untuk menjual kereta lama anda, anda boleh pertimbangkan Carsome untuk menguruskannya bagi pihak anda. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dengan menawarkan perkhidmatan yang profesional, mudah dan pantas!

 

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular