HomeBMPelaksanaan PKPD di Selangor, Kuala Lumpur Sehingga 16 Julai 2021

Pelaksanaan PKPD di Selangor, Kuala Lumpur Sehingga 16 Julai 2021

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di beberapa mukim dan lokaliti di Selangor dan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021. Ia dilakukan setelah mengambil kira penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi lain yang terlibat. PKPD bersasar ini dilaksanakan susulan peningkatan trend jangkitan yang tinggi dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan masing-masing mencatatkan purata antara 1,800 hingga 1,900 dan 600 hingga 1,000 kes sehari.

pkpd selangor

Kawasan PKPD di Selangor, Kuala Lumpur

Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur bermula 3 hingga 16 Julai. Berikut merupakan senarai lengkap kawasan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur untuk panduan anda:

Negeri Daerah Mukim/Lokaliti
Selangor Petaling Petaling
Damansara
Sungai Buloh
Bukit Raja
Hulu Langat Hulu Langat
Ampang
Cheras
Kajang
Semenyih
Beranang
Sepang Dengkil
Labu
Sepang
Gombak Batu
Rawang
Setapak
Hulu Kelang
Kuang
Kuala Langat Tanjung 12 (1)
Tanjung 12 (2)
Teluk Panglima Garang
Morib
Bandar
Jugra
Batu
Klang Kapar
Klang
Kuala Selangor Ijok
Bestari Jaya
Jeram
Hulu Selangor Serendah
Rasa
Ulu Yam
Batang Kali
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kuala Lumpur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
Kampung Padang Balang
Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
Flat Sri Sabah
Kampung Puah
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas
Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri & Delima)
Kampung Batu Muda
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
Bandar Baru Sentul
Taman Ikan Emas

Ringkasan SOP Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Carsome menyenaraikan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur seperti berikut untuk panduan dan rujukan anda:

  • Hanya seorang wakil isi rumah dibenarkan membeli barang keperluan asas dengan tidak melebihi radius 10 kilometer dari kawasan kediaman.
  • Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) dibenarkan untuk beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam seperti perkhidmatan utiliti, pembersihan dan kumbahan.
  • Kilang yang mendapat kelulusan pengoperasian adalah kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka.
  • Kebenaran untuk bekerja hanya melibatkan sektor perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah sahaja.
  • Pekerja daripada sektor perkhidmatan perlu, kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat daripada MITI.
  • Pekerja selain daripada sektor perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan juga disarankan membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
  • Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (kereta api, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.
  • Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing terhad kepada dua orang sahaja termasuk pemandu.
  • Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive-thru), atau penghantaran (delivery) sahaja dibenarkan.
  • Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam.
  • Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol (24 jam).

Artikel Berkaitan: Sekatan Pergerakan Penuh ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama di Malaysia

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  semua laluan keluar masuk semasa pelaksanaan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh pihak polis. Malah, pergerakan selepas 8 malam juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan kecemasan.

senarai kawasan pkpd selangor, kuala lumpur

Lokasi ‘Roadblock‘ Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Prosedur operasi standard (SOP) antara mukim dan lokasi yang dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan sedikit perbezaan. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, pemasangan kawat besi tidak akan dilakukan di mukim di Selangor. Namun begitu, tumpuan akan diberikan dengan meningkatkan jumlah sekatan jalan raya (SJR) di Selangor.

Menurut sumber, sebanyak 120 hingga 140 sekatan jalan raya dijalankan meliputi sekatan jalan raya secara bergerak atau ‘snap check‘. Di Kuala Lumpur pula, jumlah sekatan jalan raya atau SJR dikekalkan dengan penambahan kawat berduri di lokaliti yang terbabit. Untuk mengetahui senarai penuh lokasi SJR, anda boleh merujuk pada artikel berikut untuk info lanjut:

Artikel Berkaitan: Lokasi ‘Roadblock’ dan Penutupan Jalan Sepanjang ‘Total Lockdown’ di Malaysia

Soalan-soalan Lazim Berkaitan Pelaksanaan PKPD di Selangor, Kuala Lumpur

Carsome turut menyenaraikan soalan-soalan lazim berkaitan pelaksanaan PKPD di Selangor, Kuala Lumpur untuk panduan anda.

1. Jika saya tinggal di kawasan PKPD, bolehkah saya mendapatkan vaksin di luar daerah?

Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal adalah dibenarkan. Anda hanya perlu menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.

2. Adakah perkhidmatan kurier, penghantaran makanan seperti Grab Food dan Food Panda dibenarkan di kawasan PKPD?

Perkhidmatan penghantaran makanan, minuman seperti Food Panda, Grab Food dan bungkusan seperti Poslaju, J&T Express, GDEX dan sebagainya dibenarkan di kawasan PKPD.

3. Berapa bilangan penumpang yang dibenarkan dalam kereta semasa pelaksanaan PKPD?

Hanya seorang pemandu dibenarkan dalam kereta semasa pelaksanaan PKPD. Namun begitu, tiga orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki kenderaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan PKPD yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi. Bagi kes kecemasan seperti sakit atau kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan berdasarkan pertimbangan semasa.

Nota: Jika anda mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular