Kemampuan anda untuk membayar hutang ansuran bulanan merupakan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum memiliki kereta sendiri. Membeli kereta tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi jika anda mengambil kira kos-kos tambahan lain yang perlu ditanggung seperti kos penyelenggaraan dan servis kereta, kos renew insurans kereta, cukai jalan dan kos luar jangka yang lain seperti kerosakan dan sebagainya. Namun begitu, anda boleh mempertimbangkan kereta mampu milik jenama tempatan seperti Perodua dan Proton untuk mengelakkan anda daripada menanggung beban kewangan dan ansuran bulanan yang sangat tinggi.
Cara Betul Kira Bajet Sebelum Beli Kereta Baharu
Bagi sesetengah fresh grad atau mereka yang baru mula bekerja, faktor lokasi kerja atau tinggal di kawasan dengan akses pengangkutan awam yang terhad mendorong mereka untuk membeli kereta untuk memudahkan urusan pengangkutan. Carsome membantu anda dengan menyenaraikan dua formula berguna sebelum anda beli kereta mampu milik yang sesuai dengan gaji bulanan anda Namun sebelum itu, anda mungkin perlu mengambil kira checklist di bawah sebelum membuat keputusan.
Berapakah amaun gaji yang layak untuk membeli kereta pilihan?
Apakah model kereta yang boleh dibeli sesuai dengan amaun gaji diterima?
Berapakah amaun yang perlu diperuntukkan untuk servis kereta, tol, kos petrol bulanan, roadtax, insurans dan lain-lain?
Formula #1 – Harga Kereta Tidak Melebihi Gaji Tahunan
Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda adalah sebanyak RM2,800 sebulan – harga kereta yang boleh anda beli mestilah tidak melebihi RM33,600 (RM2,800 X 12 bulan). Anggaran gaji tahunan yang dimiliki ini membolehkan anda memiliki sekurang-kurangnya Perodua Axia atau Proton Saga.
Artikel Berkaitan: Proton Lancarkan Empat Model Edisi Khas Termasuk Proton Saga, Iriz R3 Edisi Terhad
Formula #2 – Ansuran Bulanan Tidak Melebihi 15% Gaji Bulanan
Dengan gaji bulanan sebanyak RM2,800 – anggaran bayaran bulanan yang ideal berdasarkan kelayakan gaji anda adalah sebanyak RM420. Dengan nilai ansuran sebanyak RM420 ini, anda boleh mempertimbangkan untuk memiliki sama ada Proton Saga, Iriz, Perodua Axia, Bezza.
Kereta Mampu Milik Dengan Bajet Ansuran Bulanan Maksimum RM500!
Namun begitu, jika anda mempunyai bajet yang terhad dan ingin memiliki kereta mampu milik yang berbaloi, murah dan selesa – Carsome menyenaraikan 19 buah kereta yang boleh dimiliki dengan anggaran bayaran bulanan maksimum sebanyak RM500 sebulan (pengiraan berdasarkan tempoh pinjaman 9 tahun, bayaran pendahuluan sebanyak 10% dan kadar faedah 3.5% – harga sebelum pengecualian cukai kereta (SST).
Model | Varian | Harga | Anggaran Ansuran Bulanan |
Proton Saga | 1.3L Standard MT | RM32,800 | RM359.43 |
1.3L Standard AT | RM35,800 | RM392.32 | |
1.3L Premium AT | RM39,800 | RM436.14 | |
Proton Iriz | 1.3L Standard MT | RM36,700 | RM402.17 |
1.3L Standard CVT | RM39,700 | RM435.05 | |
1.3L Executive CVT | RM44,700 | RM489.84 | |
Proton Persona | 1.6L Standard MT | RM42,600 | RM466.83 |
1.6L Standard CVT | RM44,600 | RM488.74 | |
Perodua Axia | 1.0L E MT | RM24,090 | RM264.00 |
1.0L G AT | RM33,490 | RM367.00 | |
1.0L GXtra AT | RM34,990 | RM383.00 | |
1.0L Style AT | RM38,890 | RM426.00 | |
1.0L SE AT | RM38,890 | RM426.00 | |
1.0L Advance AT | RM43,190 | RM473.00 | |
Perodua Bezza | 1.0L G MT | RM34,580 | RM379.00 |
1.0L G AT | RM36,580 | RM401.00 | |
1.3L X AT | RM43,980 | RM482.00 | |
Perodua Myvi | 1.3L G MT | RM42,790 | RM469.00 |
1.3L G AT | RM44,590 | RM489.00 |
Selain spesifikasi dan jenama, anda perlulah mempertimbangkan harga dan ansuran bulanan yang perlu dibayar termasuk kos servis kereta, kadar tol dan parking, perbelanjaan minyak kereta dan sebagainya. Jika anda bergaji RM3000 sebulan dan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan kereta mampu milik yang bersesuaian dengan gaji dan bajet, anda bolehlah mempertimbangkan untuk memiliki lima (5) cadangan kereta mampu milik berikut:
5 Kereta Mampu Milik yang Boleh Dimiliki dengan Gaji Serendah RM3000
Kami menyenaraikan kereta berjenama tempatan yang menarik dan semestinya sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda yang boleh anda miliki dengan gaji serendah RM3000. Kereta hatchback atau sedan – model kereta ini semestinya berbaloi terutamanya buat golongan fresh grad atau mereka yang baru sahaja mula bekerja. Harga kereta yang disenaraikan adalah harga sebelum pengecualian cukai kereta (SST) berdasarkan faedah pinjaman sebanyak 3.4% dengan tempoh pinjaman antara tujuh (7) hingga sembilan (9) tahun.
Kereta mampu milik yang dipaparkan merupakan antara kereta pilihan pengguna yang paling popular dan paling laris di Malaysia dengan ciri keselamatan terbaik sesuai untuk kegunaan harian. Pembelian kereta mengikut kemampuan (kewangan dan kos penyelenggaraan) boleh mengelakkan anda daripada terbeban dengan beban hutang yang sangat tinggi pada usia muda. Malah, kereta mampu milik juga tidak menelan belanja servis kereta yang tinggi berbanding kereta import lain di pasaran. Anda boleh memiliki Perodua Axia 1.0 SE dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM423 sebulan atau Perodua Myvi 1.3 X dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM618 sebulan. Bayaran ansuran yang murah boleh membantu menyelamatkan poket anda daripada kering.
Namun begitu, anda juga boleh mempertimbangkan kereta terpakai sebagai kereta pertama atau kedua anda jika anda tidak mahu terikat dengan beban kewangan yang tinggi. Dengan tawaran harga yang jauh lebih murah berbanding model baharu, semestinya kereta terpakai merupakan satu pilihan yang bijak. Anda boleh merujuk 10 tip sebelum beli kereta terpakai mampu milik dan berbaloi yang kami sediakan ini sebagai panduan anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia dengan perkhidmatan yang profesional, mudah dan pantas!