Kemampuan anda untuk membayar hutang ansuran bulanan merupakan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum memiliki kereta sendiri. Membeli kereta tidaklah semudah yang disangka, lebih-lebih lagi jika anda mengambil kira kos-kos tambahan lain yang perlu ditanggung seperti kos penyelenggaraan dan servis kereta, kos renew insurans kereta, cukai jalan dan kos luar jangka yang lain seperti kerosakan dan sebagainya.
Namun begitu, anda boleh mempertimbangkan kereta mampu milik untuk gaji RM3,000 seperti Perodua dan Proton untuk mengelakkan anda daripada menanggung beban kewangan dan ansuran bulanan yang sangat tinggi.
Senarai Kandungan |
Cara Betul Kira Bajet Sebelum Beli Kereta Baharu
Bagi sesetengah fresh grad atau mereka yang baru mula bekerja, faktor lokasi kerja atau tinggal di kawasan dengan akses pengangkutan awam yang terhad mendorong mereka untuk membeli kereta untuk memudahkan urusan pengangkutan. CARSOME membantu anda dengan menyenaraikan dua formula berguna sebelum anda beli kereta murah yang sesuai dengan gaji bulanan anda. Namun sebelum itu, anda mungkin perlu mengambil kira checklist di bawah sebelum membuat keputusan:
- Berapakah amaun gaji yang layak untuk beli kereta pilihan?
- Apakah model kereta yang boleh dibeli sesuai dengan amaun gaji diterima?
- Berapakah amaun yang perlu diperuntukkan untuk servis kereta, tol, kos petrol bulanan, road tax, insurans, dan lain-lain?
Formula #1 – Harga Kereta Tidak Melebihi Gaji Tahunan
Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda adalah sebanyak RM2,800 sebulan – harga kereta yang boleh anda beli mestilah tidak melebihi RM33,600 (RM2,800 X 12 bulan). Anggaran gaji tahunan ini membolehkan anda memiliki sekurang-kurangnya Perodua Axia atau Proton Saga.
Artikel Berkaitan: Proton Lancarkan Empat Model Edisi Khas Termasuk Proton Saga, Iriz R3 Edisi Terhad
Formula #2 – Ansuran Bulanan Tidak Melebihi 15% Gaji Bulanan
Dengan gaji bulanan sebanyak RM2,800 – anggaran bayaran bulanan yang ideal berdasarkan kelayakan gaji anda adalah sebanyak RM420. Dengan nilai ansuran sebanyak RM420 ini, anda boleh mempertimbangkan untuk memiliki sama ada Proton Saga, Proton Iriz, Perodua Axia, atau Perodua Bezza.
Kereta Murah Dengan Bajet Ansuran Bulanan Maksimum RM500!
Namun begitu, jika anda mempunyai bajet yang terhad dan ingin memiliki kereta murah yang berbaloi, murah dan selesa – CARSOME menyenaraikan 19 buah kereta yang boleh dimiliki dengan anggaran bayaran bulanan maksimum sebanyak RM500 sebulan (pengiraan berdasarkan tempoh pinjaman 9 tahun, bayaran pendahuluan sebanyak 10% dan kadar faedah 3.5% – harga sebelum pengecualian cukai kereta (SST).
Model | Varian | Harga | Anggaran Ansuran Bulanan |
Proton Saga | 1.3L Standard MT | RM32,800 | RM359.43 |
1.3L Standard AT | RM35,800 | RM392.32 | |
1.3L Premium AT | RM39,800 | RM436.14 | |
Proton Iriz | 1.3L Standard MT | RM36,700 | RM402.17 |
1.3L Standard CVT | RM39,700 | RM435.05 | |
1.3L Executive CVT | RM44,700 | RM489.84 | |
Proton Persona | 1.6L Standard MT | RM42,600 | RM466.83 |
1.6L Standard CVT | RM44,600 | RM488.74 | |
Perodua Axia | 1.0L E MT | RM24,090 | RM264.00 |
1.0L G AT | RM33,490 | RM367.00 | |
1.0L GXtra AT | RM34,990 | RM383.00 | |
1.0L Style AT | RM38,890 | RM426.00 | |
1.0L SE AT | RM38,890 | RM426.00 | |
1.0L Advance AT | RM43,190 | RM473.00 | |
Perodua Bezza | 1.0L G MT | RM34,580 | RM379.00 |
1.0L G AT | RM36,580 | RM401.00 | |
1.3L X AT | RM43,980 | RM482.00 | |
Perodua Myvi | 1.3L G MT | RM42,790 | RM469.00 |
1.3L G AT | RM44,590 | RM489.00 |
Selain spesifikasi dan jenama, anda perlulah mempertimbangkan harga dan ansuran bulanan yang perlu dibayar termasuk kos servis kereta, kadar tol dan parking, perbelanjaan minyak kereta dan sebagainya.
Jika anda bergaji RM3000 sebulan dan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan kereta murah yang bersesuaian dengan gaji dan bajet, anda bolehlah mempertimbangkan untuk memiliki lima (5) cadangan kereta murah berikut:
5 Kereta Mampu Milik yang Sesuai untuk Gaji RM3000
Kami senaraikan kereta berjenama tempatan yang menarik dan semestinya sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda yang boleh anda miliki dengan gaji sebanyak RM3000. Harus diingatkan bahawa ansuran bulanan kereta anda mestilah tidak melebihi 15% daripada gaji anda ya! Antara kereta yang boleh anda beli dengan gaji sebanyak RM3000 sebulan ialah:
- Nissan Almera – Daripada RM359/bulan
- Proton Ertiga – Daripada RM416/bulan
- Perodua Bezza – Daripada RM316/bulan
- Proton Saga – Daripada RM213/bulan
- Perodua Myvi – Daripada RM322/bulan
Kereta murah yang dipaparkan merupakan antara kereta pilihan pengguna yang paling popular dan paling laris di Malaysia dengan ciri keselamatan terbaik sesuai untuk kegunaan harian. Pembelian kereta mengikut kemampuan (kewangan dan kos penyelenggaraan) boleh mengelakkan anda daripada terbeban dengan beban hutang yang sangat tinggi pada usia muda. Malah, kereta murah juga tidak menelan belanja servis kereta yang tinggi berbanding kereta import lain di pasaran.
Membeli kereta terpakai sebagai kereta pertama atau kedua anda amat sesuai jika anda tidak mahu terikat dengan beban kewangan yang tinggi. Dengan tawaran harga yang jauh lebih murah berbanding model baharu, semestinya kereta terpakai merupakan satu pilihan yang bijak.
Anda boleh merujuk tip beli kereta murah yang kami sediakan ini sebagai panduan anda. Selain itu, anda juga boleh layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform menjual kereta lama dan membeli kereta terpakai terbaik di Malaysia dengan perkhidmatan yang profesional, mudah dan pantas!