HomeBMNak Beli Perodua Myvi Second Hand? Baca Artikel Ini Dulu!

Nak Beli Perodua Myvi Second Hand? Baca Artikel Ini Dulu!

Perodua Myvi atau lebih mesra dikenali sebagai “King”, adalah nama yang tak asing lagi dalam kalangan pemandu tempatan. Walaupun kereta sedan dan SUV kini mendominasi pasaran tempatan tetapi kereta hacbek kompak ini berjaya membuktikan yang saiz tidak menentukan segalanya dalam pemilihan kereta.

Sejarah Ringkas Perodua Myvi

Perodua Myvi (M300) generasi pertama telah diperkenalkan pada tahun 2005, diikuti oleh generasi kedua (M600) pada 2011, dan generasi ketiga (M800) pada tahun 2018 – yang merupakan generasi terkini Perodua Myvi yang dijual. Setiap generasi kereta ini mempunyai naik taraf tersendiri, jadi ini adalah perkara yang perlu dipertimbangkan apabila anda sedang buat keputusan untuk beli Perodua Myvi terpakai.

Artikel berkaitan: Ini Model Kereta Bajet Yang Paling Boleh Diharapkan Tahun 2022

Adakah Perodua Myvi Kereta yang Bagus?

Sudah tentu! Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, hacbek comel ini telah memenangi anugerah kereta paling laris di Malaysia untuk lapan tahun berturut-turut! Pada tahun 2017 pula, sebanyak satu juta unit Perodua Myvi telah dijual dan menjelang tahun 2019, ia sekali lagi dinobatkan sebagai kereta paling laris negara. Pencapaian sama juga berjaya diraih pada 2021 walaupun semasa pandemik COVID-19.

perodua myvi terpakai

Dalam segmen kereta hacbek ekonomi, Perodua Myvi telah berjaya mengatasi semua pesaingnya dalam segmen hatchback ekonomi secara konsisten, sama ada bagi model baharu atau terpakai kerana ia mudah dijaga, menawarkan penjimatan bahan api yang optimum, dan khidmat selepas pasaran yang menyeluruh.

Kelebihan & Kekurangan Perodua Myvi

Kelebihan Kekurangan
Mudah dijaga (servis dan penyelenggaraan yang berkala akan memastikan kereta bebas daripada sebarang masalah)  Penebat bunyi yang kurang memuaskan terutamanya dari bahagian enjin tetapi ia telah diperbaiki pada generasi ketiga (M800)
Jimat minyak – boleh bergerak sejauh 500 kilometer dengan satu tangki penuh Pecutan yang perlahan, terutamanya di kawasan berbukit
Kabin luas yang cukup untuk empat sekeluarga dengan ruang kaki, ruang kepala, dan ruang kargo yang besar Kualiti binaan bahagian dalaman yang sangat tidak memuaskan, menggunakan komponen plastik murah tetapi ia telah diperbaiki pada generasi ketiga (M800)
Perjalanan yang selesa kerana ia mampu melalui lubang di jalan raya dengan baik Perjalanan yang tidak selesa di atas jalan yang kasar dan berbatu
Ruang but bersaiz 277 liter dan boleh dikembangkan sehingga 832 liter dengan tempat duduk belakang dilipat  – cukup untuk memuatkan bagasi empat sekeluarga Tempat duduk belakang yang boleh dilipat rata pada generasi ketiga (M800) mungkin membuatkan penyusunan lebih sukar apabila memuatkan barang
Kos penyelenggaraan yang rendah
Saiz kereta yang kecil (mudah diparkir)
Brek yang telah dikalibrasi dengan baik dn tidak terlalu mengejut seperti generasi kedua (M600)
Tempat duduk yang menyokong bahagian bawah belakang (lumbar)
Tayar ganti saiz penuh
Pembaca SmartTAG terbina dalam pada generasi ketiga (M800) – tak perlu pening kepala nak tampal RFID
Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A) pada generasi ketiga (M800) – bantuan pemanduan lanjutan canggih yang membantu menjamin keselamatan anda di jalan raya

 

Jelaslah bahawa Perodua Myvi generasi ketiga (M800) merupakan naik taraf ketara berbanding generasi sebelumnya. Reka bentuk kereta ini telah beralih ke arah estetik moden, di mana penampilan asalnya yang berkotak telah diubah agar menjadi lebih dinamik, lebih rendah, dan lebih luas yang meningkatkan kestabilannya.

Selain itu, Perodua Myvi generasi ketiga ini juga didatangkan dengan lebih banyak ciri asas seperti:

  • Kemasukan tanpa kunci (yang membolehkan anda mengunci atau membuka pintu dengan menekan butang pada pemegang pintu)
  • Butang tekan mula (untuk menghidupkan kereta tanpa perlu menggunakan kunci)
  • Tayar ganti saiz penuh
  • Lampu hadapan dan belakang LED (kombinasi LED)
  • Cermin hadapan akustik (menyekat bunyi ambien dari luar)
  • Sistem brek anti kunci (ABS)
  • Daya pengagihan brek elektronik (EBD) [menghalang tayar daripada terkunci dan tergelincir]
  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC)
  • Kawalan cengkaman (TRC) [menstabilkan kereta jika ia hilang kawalan]
  • Empat beg udara (generasi terdahulu hanya mempunyai dua)
  • Penarafan lima bintang dalam ujian kemalangan ASEAN NCAP (ditingkatkan berbanding empat bintang pada generasi sebelumnya untuk memastikan piawaian reka bentuk yang selamat dalam kemalangan)

Untuk mendapatkan enam beg udara, anda perlu memilih varian Perodua Myvi 1.5 H dan ke atas manakala jika anda mahu mendapatkan sistem ADAS (Bantuan Pemanduan Lanjutan) Perodua yang dikenali sebagai Advanced Safety Assist (A.S.A), anda perlu mengambil varian Perodua Myvi AV. Ketika dilancarkan pada tahun 2018, Perodua Myvi generasi ketiga merupakan kereta paling murah yang menawarkan sistem bantuan pemanduan yang canggih.

Artikel berkaitan: Perodua Myvi Baru atau Toyota Vios Terpakai, Mana Satu Pilihan Anda?

Berapa Harga Perodua Myvi Terpakai?

Harga untuk Perodua Myvi terpakai bermula daripada RM25,000 hingga RM58,000, bergantung kepada tahun, varian, keadaan, dan milej kereta. Harga yang paling berpatutan untuk sebuah Perodua Myvi terpakai pula bernilai sekitar RM48,000, di mana anda boleh mendapatkan Perodua Myvi 1.5 H keluaran tahun 2018. Dengan bayaran pendahuluan 10 peratus, anggaran kos ansuran bulanan adalah RM519 sebulan.

Di samping itu, anda juga boleh beli Perodua Myvi terpakai keluaran tahun 2022 dan 2023 di CARSOME dengan anggaran bayaran bulanan daripada RM644.

Jika kos ansuran bulanan tersebut terlalu tinggi untuk anda, mungkin anda boleh mempertimbangkan Perodua Myvi 1.5 SE terpakai keluaran tahun 2016 yang berharga RM39,500. Dengan kiraan pinjaman yang sama, bayaran ansuran bulanan untuk model ini hanya RM432 sebulan.

Masih terlalu mahal? Jika bajet anda di bawah RM400 sebulan, anda mungkin boleh mempertimbangkan Perodua Myvi 1.3 EZI yang berharga RM32,500 dengan milej 65,627 kilometer. Bayaran bulanan untuk model ini hanyalah RM355 sebulan dengan bayaran pendahuluan 10 peratus.

Varian Perodua Myvi yang Mana Patut Anda Beli?

perodua myvi terpakai
Perodua Myvi Generasi Ketiga (M800)

Kami mengesyorkan Perodua Myvi 1.5 H generasi ketiga kerana ia didatangkan dengan enam beg udara, enjin yang lebih lancar dengan kuasa yang lebih tinggi (sama seperti enjin 1.5 liter yang ada pada Toyota Yaris), rim dua tona yang lebih bergaya, kit badan, dan spoiler.

Masalah Apa yang Biasa Ada Pada Perodua Myvi Second Hand?

Perodua Myvi telah menjadi kereta paling laris di Malaysia untuk bertahun lamanya dan gelaran ini hanya diberikan kepada kereta yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia sahaja. Walaupun Perodua Myvi generasi ketiga ini direka sepenuhnya menggunakan tenaga kerja tempatan dan bukan berdasarkan Toyota Passo/Daihatsu Boon, kebolehpercayaannya memang tiada tandingan.

Dari segi mekanikal, tiada sebarang masalah yang kerap di sini, kecuali bagi Perodua Myvi generasi pertama (M300) yang terkenal dengan masalah pemampat pendingin hawa. Oleh kerana pelinciran yang lemah dalam enjin, minyak dalam pemampat boleh bertukar hitam selepas beberapa ketika dan akan merosakkan pendingin hawa dari semasa ke semasa.

Kalau anda merancang untuk mendapatkan Perodua Myvi generasi pertama, kami mengesyorkan agar anda terus melakukan servis pendingin hawa selepas membelinya. Selain daripada itu, anda cuma perlu servis kereta dan melakukan penyelenggaraan secara berkala untuk memastikan ia bebas daripada sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, Perodua pernah memanggil semula Perodua Myvi untuk penggantian pam minyak tetapi hanya model keluaran tahun 2018 hingga 2019 sahaja yang terkesan. Jadi, anda perlu mengambil kira perkara ini apabila mencari Perodua Myvi terpakai.

Kos Servis Perodua Myvi

Cukai jalan RM70 (1.3 liter) 

RM90 (1.5 liter)

Tayar RM120 – RM250
Servis ringkas (Minyak enjin dan penapis minyak) [~] RM200 – RM400
Servis pendingin hawa (~) RM250 – RM280

 

Senarai harga servis Perodua Myvi berikut diambil daripada laman web rasmi Perodua. Anda juga boleh menghantar Perodua Myvi anda untuk diservis di Pusat Servis CARSOME pada harga berpatutan bermula daripada RM98 sahaja!

Beli Perodua Myvi CARSOME Certified untuk Ketenangan Jiwa Anda

Di CARSOME, kami menyediakan pengalaman membeli kereta yang menyeluruh agar anda boleh memiliki kereta idaman anda dengan mudah, selamat, dan pantas.

Kesemua kereta CARSOME Certified telah lulus pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan tiada sebarang perubahan pada milej dan ia bebas daripada kerosakan akibat kemalangan teruk, kebakaran, dan banjir. Anda juga tidak perlu risau kerana setiap kereta telah dibaik pulih secara profesional melalui Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified kami untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Harga yang disenaraikan untuk kereta kami juga merupakan harga tetap, tanpa sebarang bayaran tersembunyi. Paling penting, kami akan uruskan semua kertas kerja untuk anda, jadi anda tak perlu bersusah payah!

Layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk beli Perodua Myvi terpakai berkualiti dengan CARSOME sekarang!

Artikel berkaitan: Dengan Bajet RM50K, Mana Lagi Berbaloi Untuk Anda Beli? – Perodua Axia AV 2023 Atau Myvi 1.3 G Dengan PSDA?

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular