HomeBMNak Beli Kereta Sedan? Ini 7 Pilihan Terbaik untuk Anda!

Nak Beli Kereta Sedan? Ini 7 Pilihan Terbaik untuk Anda!

Mana-mana anda pergi di Malaysia, anda pasti akan nampak banyak kereta sedan dipandu di atas jalan raya, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Ada banyak sebab kenapa kereta sedan jadi pilihan orang ramai, antaranya adalah harganya yang berpatutan, ruang yang ditawarkan mencukupi untuk pelbagai situasi, penggunaan bahan api yang jimat, dan banyak lagi.

Kalau anda tengah mencari kereta sedan terpakai untuk dibeli, dalam artikel ini kami senaraikan tujuh model kereta sedan terbaik di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan.

Bajet Tak Banyak? Pilihlah Kereta Sedan Berikut:

1. Proton Saga

Adakah kereta yang moden dan bergaya cuma boleh didapatkan dengan berbelanja banyak? Tidak sama sekali! Lihat saja Proton Saga, ia dijual pada harga mampu milik tapi kereta sedan ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden yang canggih serta menawarkan pengalaman memandu yang sangat selesa dan stabil jika dibandingkan dengan kereta lain dalam kelasnya. Malah rekaannya juga dipengaruhi oleh gaya moden yang sesuai dengan anak-anak muda. Ini menjadikan Proton Saga sebagai pilihan terbaik untuk mereka yang mahu membeli kereta untuk kali pertama.

Layari pilihan Proton Saga terpakai berkualiti di sini.

2. Perodua Bezza

Kalau cakap tentang kereta sedan yang jimat, pilihan pertama yang akan muncul dalam fikiran semua orang adalah Perodua Bezza. Walaupun harganya sangat mampu milik, ia dilengkapi dengan fungsi Eco Idle yang boleh menjimatkan penggunaan bahan api, ciri keselamatan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A.) yang canggih, serta ruang but seluas 508 liter yang mampu memuatkan banyak barang untuk perjalanan anda. Mana lagi nak cari kereta sedan dengan semua ciri-ciri ini pada harga bawah RM50,000?

Layari pilihan Perodua Bezza terpakai berkualiti di sini.

Artikel berkaitan: Proton Saga vs Perodua Bezza: Kereta Sedan Paling Mampu Milik?

Mahukan Ruang yang Luas & Enjin yang Padu? Kereta Sedan Berikut Memang Sesuai:

3. Honda City

kereta sedan terbaik di malaysia, honda city

Nak memecut laju di jalan raya dengan ruang yang mencukupi untuk keluarga anda bila balik kampung? Honda City dengan enjin i-VTEC boleh memberi pecutan yang bertenaga dan ia juga menawarkan penggunaan bahan api yang lebih efisien berbanding model lain dalam kelas yang sama. Manakala ruang dalamannya pula memang sangat luas bagi sebuah kereta sedan. Ia boleh memuatkan lima orang dewasa dengan selesa – seorang pemandu dan empat penumpang. Di bahagian but pula, anda boleh memuatkan barang-barang sehingga 519 liter dengan mudah.

Layari pilihan Honda City terpakai berkualiti di sini.

Artikel berkaitan: Ciri Keselamatan Mana Paling Bagus, Honda City atau Toyota Vios?

4. Toyota Vios

kereta sedan terbaik di malaysia, toyota vios

Enjin dual VVT-i pada Toyota Vios mungkin tidak mampu memberi kuasa pecutan seperti Honda City tapi apabila digandingkan dengan transmisi CVT dan ditala dengan baik, anda boleh memecut dengan lancar dan selesa di atas jalan raya. Pada bahagian dalamannya pula, ia menawarkan tempat duduk yang ergonomik dan selesa untuk pemandu dan penumpang serta ruang kaki yang mencukupi untuk semua penumpang di bahagian belakang.

Layari pilihan Toyota Vios terpakai berkualiti di sini.

Artikel berkaitan: Selepas Menggunakan Vios Selama 6 Tahun, Ini Ulasan Encik Xuan Ong Tentang Toyota Vios 2008 1.5G

Tengah Cari Kereta Sedan Mewah? Anda Takkan Menyesal dengan Pilihan Berikut:

5. Volkswagen Passat

kereta sedan terbaik di malaysia, volkswagen passat

Betul ke kereta buatan Eropah lebih selesa dan mewah berbanding kereta-kereta lain? Lihat saja Volkswagen Passat, rekaannya yang elegan menjadikan kereta sedan ini nampak lebih menawan berbanding kereta lain. Tambahan pula, anda pasti akan berpuas hati dengan ruang kaki dan ruang kepala yang luas dan boleh memuatkan pemandu dan penumpang dengan selesa.

Layari pilihan Volkswagen Passat terpakai berkualiti di sini.

6. Toyota Camry

kereta sedan terbaik di malaysia, toyota camry

Bernaung di bawah jenama Toyota, prestasi dan reputasi Toyota Camry sememangnya tidak dapat disangkal. Kereta sedan ini dikuasakan oleh enjin 2.5 liter yang menawarkan prestasi pemanduan yang baik dan penjimatan bahan api yang optimum. Anda juga boleh menikmati pengalaman memandu yang lebih selesa dan lancar dengan kereta ini. Tambahan pula, walaupun Toyota Camry mungkin nampak mewah, tapi kos penyelenggaraannya lebih murah berbanding kereta lain dalam kelas yang sama. 

Layari pilihan Toyota Camry terpakai berkualiti di sini.

Bagi yang Berjiwa Kelajuan, Ini Kereta Sedan yang Anda Wajib Pilih:

7. Honda Civic

kereta sedan terbaik di malaysia, honda civic

Siapa yang tak kenal lampu ketam ikonik pada Honda Civic atau Honda Ketam? Sejak ia diperkenalkan, Honda Civic telah diangkat sebagai jaguh jalanan dalam kalangan peminat dunia automotif. Rekaannya yang agresif dan sporty boleh menambat hati sesiapa saja yang melihatnya, manakala enjinnya pula telah ditala khusus untuk memberikan pengalaman memandu yang lancar, selesa, dan bertenaga. Model-model Honda Civic yang terkini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih seperti Honda Sensing dan Honda LaneWatch untuk menjamin pemanduan yang lebih selamat.

Layari pilihan Honda Civic terpakai berkualiti di sini.

Artikel berkaitan: Ulasan: Apa Kata Helmi Lepas Guna Honda Civic FC (Ketam) 1.5 Turbo Selama 6 Tahun

Antara semua pilihan kereta sedan terbaik di Malaysia yang kami senaraikan di sini, yang mana satu pilihan anda? Jika anda sedang mencari mana-mana model kereta sedan terpakai untuk dibeli, layari carsome.my atau muat turun aplikasi kami untuk terokai pelbagai pilihan kereta terpakai berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional untuk memastikan keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Artikel ini telah diterbitkan pada 20/10/2020. Ia telah dikemaskini pada 18/04/2024 dengan informasi terbaharu yang lebih tepat.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular