*Ini merupakan ulasan tulisan Helmi Hassan Adli setelah beliau menggunakan Honda Civic Ketam (FC) selama enam tahun. Jom kita tengok apa yang dia nak kata tentang Honda Civic FC ini.
Nak beli Honda Ketam terpakai?
Membeli kereta terpakai ini bergantung kepada nasib dan dalam artikel ini, saya akan kongsikan ulasan jujur selama enam tahun memiliki Honda Civic 1.5 Turbo (FC atau ‘Honda Ketam’).
Selepas perkongsian peribadi saya ini, diharapkan ia boleh membantu anda untuk menentukan sama ada kereta ini patut atau tidak dipertimbangkan bagi pembelian kereta terpakai anda yang seterusnya.
Saya akan berkongsi perkara-perkara berikut:
- Kenapa saya beli Honda Civic FC pada 2016 berbanding model kereta lain.
- Apa yang saya masih suka tentang Honda Civic FC hingga ke hari ini
- Apa yang saya tak gemarkan jika dibandingkan dengan kereta baharu.
- Masalah yang saya hadapi selama enam tahun pemilikan
- Adakah saya akan mencadangkan Honda Civic FC sebagai kereta yang berbaloi untuk dibeli pada tahun 2023?
Jom kita mula!
Kenapa Saya Beli Honda Civic FC Baharu Pada 2016?
Pada masa itu, antara yang menarik perhatian ialah Mazda 3, Corolla Altis, dan juga Honda Civic baharu. Saya ringkaskan dapatan kelebihan dan kekurangan dalam jadual di bawah:
Model Kereta | Apa Yang Saya Suka | Apa Yang Saya Tak Suka |
Mazda 3 |
|
|
Toyota Corolla Altis |
|
|
Honda Civic |
|
|
Sebenarnya, Honda Civic ini mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding kekurangan. Pakej kereta keluarga yang sukar ditandingi
Ada tiga varian Honda Civic 2016 (yang saya boleh ingat pada ketika itu):
- 1.8 NA – RM118,000+
- 1.5 TC – RM127,000+
- 1.5 TCP – RM137,000+
Saya dah lama perhatikan model turbo tetapi model teratas 1.5 TCP berharga RM10,000 lebih mahal daripada model 1.5 TC dan ia hanya menawarkan tambahan navigasi terbina dalam, amaran titik buta, dan kemasan kosmetik.
Jadi, saya menganggap model 1.5 TC merupakan yang paling berbaloi dan ia tak lari jauh sangat daripada bajet sedia ada kami. Jadi, pada Disember 2017, saya beserta keluarga telah memilih Honda Civic 1.5 TC.
Artikel berkaitan: Mitos Kereta Bahagian 1: Betul atau Salah? Jom Tebak Mitos Kereta Yang Selalu Anda Dengar!
Jadi, setelah enam tahun, tetapi dengan perbatuan tak lebih 90,000 km (BDR dan pandemik punya angkara), jom kita tengok apa yang saya boleh katakan tentang model ini:
Apa Yang Masih Menjadi Kegemaran Saya Tentang Honda Civic FC Setelah 6Tahun
Enjin 1.5 L yang Sangat Mencukupi
Enjin 1.5 L mungkin macam kecil (memang pun) tetapi ia sebenarnya sangat sesuai bagi perjalanan harian.
Saya tidak perlukan kuasa kuda yang banyak pun memandangkan 80 peratus daripada masa saya akan tersangkut dalam kesesakan trafik Kuala Lumpur yang sangat teruk.
Saya hanya perlukan anjakan kuasa ketika ingin memotong dan ketika saya dirasuk jiwa kelajuan. Selain itu, enjin turbo 1.5 L juga datang dengan cukai jalan yang murah iaitu sebanyak RM70. Belanja petrol mingguan saya kira-kira RM70 untuk tangki penuh yang boleh bertahan selama dua minggu (jarak perjalanan 400 hingga 450 km).
Masuk akal ke nak nak guna enjin 2.4 NA kalau nak memandu dalam kesesakan trafik Kuala Lumpur?
Ruang But yang Luas untuk Simpan Barang Keluarga
Ini merupakan ciri yang selalu dipandang ringan jika anda menggunakan Honda Civic FC sebagai kereta keluarga dan kerap membawa penumpang ke lapangan terbang.
Ruang but Honda Civic FE generasi terkini adalah jauh lebih kecil berbanding Honda Civic FC:
Model Honda Civic | Ruang But |
FC | 519 liter |
FE | 497 liter |
Semasa kami bercuti di Bali (dua dewasa dan satu bayi), kami boleh memuatkan semua barang-barang ini di dalam but:
- Stroler Nuna Trvl
- Dua bagasi bersaiz sederhana
- Dua beg galas
Ruang but selalu dipandang ringan. Anda selalu pergi ke lapangan terbang? Anda selalu berjalan jauh dengan keluarga anda? Setakat ini, Honda Civic FC saya boleh memuatkan kesemua barangan keluarga saya tanpa sebarang masalah.
Ruang Dalaman yang Luas dengan Saluran Pendingin Hawa Belakang
Ruang dalaman Honda Civic FC cukup luas untuk meletakkan tempat duduk bayi dan lain-lain kelengkapan bayi.
Saluran pendingin hawa belakang juga sesuatu yang saya inginkan bagi kereta keluarga untuk memastikan semua orang (terutama sekali bayi) kekal sejuk dalam cuaca panas Malaysia.
Ciri ‘Remote Start’ yang Sangat Berguna
Pada tahun 2017, Honda merupakan antara jenama terawal yang membawakan fungsi pencucuhan kawalan jauh (remote start) ke dalam pasaran. Mulanya ramai yang ingat ini cumalah gimik.
Tetapi sebagai insan berkeluarga, di mana saya selalu membawa keluarga saya keluar dan parkir di kawasan terik, ciri ‘remote start’ membolehkan saya menghidupkan kereta secara kawalan jauh serta menghidupkan pendingin hawa dengan kuat.
Jadi, apabila kami dah sampai ke kereta, ruang dalam kereta dah pun sejuk dan nyaman. Ciri yang sangat-sangat berguna!
Keselesaan Pemanduan & NVH (Noise, Vibration, & Harshness)
Tahap NVH pada Honda Civic boleh diterima pada kelajuan lebuh raya tetapi tak cukup mengagumkan. Hanya cukup-cukup untuk buat saya rasa selesa tetapi saya tetap kena keluarkan duit untuk servis redaman bunyi aftermarket.
Sistem ampaian Honda Civic sangat lembut untuk kereta berinpirasikan sport dengan low-riding dan digandingkan dengan setup ampaian pelbagai sambungan, kereta ini boleh melalui bonggol dan jalan tak rata dengan baik, yang penting untuk melindungi penumpang belakang.
Walaupun ketinggian Honda Civic ini boleh melancarkan pemanduan, namun ia tetap mempunyai beberapa kekurangannya yang tersendiri.
Apa Yang Saya Tak Suka Tentang Honda Civic FC Berbanding Kereta Baharu
Terlalu Rendah untuk Warga Emas
Perkara ini tak menjadi isu pun semasa saya masih bujang dan memandu solo kebanyakan masanya.
Walau bagaimanapun, apabila saya telah berkahwin, saya lebih kerap menghabiskan masa bersama keluarga dan ibu ayah serta mentua saya selalu mengeluh apabila mereka ingin keluar dari kereta kerana kedudukan kerusi yang rendah.
Kewujudan Pengecas USB 1 A Belakang yang Tak Boleh Pakai
Cuma ada satu sahaja pengecas USB untuk penumpang belakang dan ia terletak pada bahagian tempat letak tangan belakang.
Ia cuma 1 A, yang mana ia hampir tak boleh nak digunakan untuk mengecas apa-apa telefon pintar memandangkan arusnya yang sangat-sangat kecil.
Mujurlah pengecas USB yang ada di bahagian hadapan boleh mengecas dengan aliran tenaga yang cukup. Tetapi saya terpaksa membeli wayar pengecas sekurang-kurangnya 2 m panjang agar ia boleh sampai ke belakang.
Tempat Duduk Belakang Plastik (Untuk Jimat Kos?)
Sekali pandang, tempat duduk belakang kulit nampak lawa. Tetapi, apabila saya dah duduk di situ, siku saya terasa keras di bahagian paling luar kiri dan kanan tempat duduk belakang kerana ia diperbuat daripada plastik keras (ia adalah kusyen sepenuhnya pada model FD sebelumnya).
Saya rasa ini merupakan langkah licik Honda untuk menjimatkan kos pengeluaran.
Ketelusan Pusat Servis Honda
Ini yang paling penting untuk saya kerana saya lebih suka servis kereta saya di pusat servis Honda walaupun warantinya telah tamat untuk ketenangan minda saya.
Jadi, sebelum saya membuat tempahan servis, biasanya saya akan memeriksa terlebih dahulu di laman web Honda untuk mendapatkan anggaran perbelanjaan yang akan saya keluarkan nanti.
Contohnya, untuk salah satu sesi servis, laman web Honda memberikan sebut harga lebih kurang RM500+. Tetapi apabila berada di pusat servis, mereka memberikan sebut harga lebih kurang RM700+.
Sudah tentulah saya terus bertanya kepada wakil Honda untuk memperincikan kepada saya dan menerangkan bahawa harga yang diberikan di laman web adalah tidak termasuk dengan minyak enjin dan penapis minyak.
Saya suka untuk membawa kereta saya untuk diservis di pusat servis tetapi saya berharap Honda boleh meletakkan harga tetap di laman web supaya pelanggan boleh tahu berapa banyak mereka akan bayar semasa sesi servis tanpa sebarang kejutan atau pertikaian di pusat servis.
Masalah Sepanjang Pemilikan Honda Civic Saya
Semua kereta ada isunya, tak kisahlah apa jenama atau dari mana ia berasal.
Ada beribu komponen elektrik dan mekanikal di dalam kereta. Lama-kelamaan, mesti ada mana-mana yang akan berhenti berfungsi atau rosak cepat.
Setelah enam tahun pemilikan, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa hanya ada dua benda yang tak kena dengan kereta ini:
Unit Infotainment yang Rosak
Peranti infotainment akan berbunyi ‘bip’ setiap kali skrinnya disentuh.
Setelah memiliki Honda ‘Ketam’ ini selama empat setengah tahun, ada sesuatu tiba-tiba terjadi dan sistem infotainment mengeluarkan bunyi ‘bip’ dengan kuat walaupun tiada yang menyentuh skrinnya.
Ia sangat teruk sampai saya tak boleh nak menukar radio atau menggunakannya langsung. Memandu dengan bunyi ‘bip’ yang kerap dan kuat sangat-sangat tidak menyelesakan.
Saya membawa kereta saya ke pusat pengedar dan mujurlah ia masih dilindungi waranti. Mereka menggantikannya dengan unit baharu secara percuma, tetapi harga dalam invois bagi menggantikan unit infotainment baharu adalah sekitar RM5,000 termasuk upah pasang yang mana saya bersyukur sangat-sangat ia rosak semasa dalam tempoh waranti (mujurlah!).
Peranti elektronik kereta, apa kata anda? Suka atau benci?
Lingkaran Penyejuk Pendingin Hawa Rosak
Apabila kereta ini memasuki usia lima setengah tahun, pendingin hawa tiba-tiba tidak berasa sejuk. Saya tahu ada yang perlu ditukar.
Dalam cubaan untuk berjimat, saya bawa kereta saya ke bengkel biasa dan mekanik dengan yakinnya berkata saya perlu menukar hos. Tanpa banyak tanya, saya terus setuju. Kos alat ganti sekali dengan upah ialah RM450.
Namun, pendingin hawa masih lagi tidak berfungsi minggu berikutnya. Saya tak nak dah berjumpa dengan mekanik yang sama lagi.
Jadi, saya pun terus Google ‘pakar aircond kereta’ dan terus buat janji temu. Kedai yang sangat profesional dan mereka mengatakan bahawa lingkaran penyejuk yang dah bocor.
Nasib tak baik kerana lingkaran tersebut terletak di belakang papan pemuka dan mereka terpaksa bekerja seharian untuk meleraikan papan pemuka untuk sampai ke lingkaran penyejuk itu.
Jumlah bil akhir sekitar RM2,000. Masalah dah selesai dan baik pulih dilakukan dengan profesional.
Adakah Honda Civic Kereta Terpakai Yang Bagus?
Ya. seperti yang saya maklumkan sebelum ini, tiada kereta yang sempurna dan pada pendapat saya, lebih banyak kebaikan berbanding keburukan menjadikan Honda Civic FC (2016-2022) kereta yang saya sangat-sangat cadangkan.
Artikel berkaitan: Mampukah Honda WR-V Mencapai Populariti Honda Jazz?
Apa Yang Anda Kena Perhatikan Apabila Membeli Honda Civic FC?
Ini merupakan tips asas dan boleh digunakan untuk membeli kereta terpakai:
- Cari kereta dengan rekod servis yang menyakinkan.
- Kalau boleh, elakkan kereta yang telah diubah suai oleh pemilik sebelumnya.
- Sesiapa boleh putarkan kembali odometer. Jangkakan minimum 20,000 km per tahun.
- Perhatikan tanda kerosakan banjir.
Nak Ekstra RM500? Jom Jual Honda Civic FC di CARSOME!
Psstt…! Anda nak tahu tak sekarang CARSOME buat promosi? Sesiapa yang menjual kereta Honda Civic FC kepada CARSOME, anda akan dapat ekstra RM500!
Nak jual anda punya kereta Honda ‘Ketam’? Inilah masa yang paling sesuai kerana CARSOME kini menawarkan bayaran ekstra sebanyak RM500 jika anda menjual ‘Honda ‘Ketam’ anda kepada kami sehingga Ogos 2023 ini!
Artikel berkaitan: Beli Kereta Honda City di CARSOME Lebih Berbaloi Bulan Ni Sebab…
Bukan hanya Honda Civic FC, jika anda menjual model-model ini anda juga akan mendapat bayaran ekstra RM500:
- Honda City
- Honda Jazz
- Toyota Vios
- Nissan Almera
- Honda Civic
- Toyota Yaris
- Toyota Corolla Altis
- Mazda 2
- Mazda 3
Untuk maklumat lanjut, layari laman web CARSOME atau hadir terus ke mana-mana cawangan Pusat Pemeriksaan CARSOME di seluruh Malaysia.
*Tertakluk Terma & Syarat
*Artikel ini merupakan terjemahan daripada artikel Owner Review: Civic FC (Ketam) 1.5 Turbo – After 6 Years yang telah diterbitkan di Carlist.my.