HomeAutomotiveMitos Kereta Bahagian 1: Betul atau Salah? Jom Tebak Mitos Kereta Yang...

Mitos Kereta Bahagian 1: Betul atau Salah? Jom Tebak Mitos Kereta Yang Selalu Anda Dengar!

Sebagai pemandu, mesti anda pernah dengar banyak mitos yang disebarkan oleh kawan-kawan anda ataupun anda baca dan dengar daripada media sosial. Contohnya, kalau nak kereta lagi laju kena pasang spoiler ataupun kalau tingkap kereta dibuka semasa dipandu, kereta akan gunakan lagi banyak petrol. 

carbon footprint malaysia, carpooling

Ada sebahagian mitos ini nampak macam betul dan ada juga yang nampak macam mengarut. Anda pun jadi kurang pasti. Kadang-kadang apa yang disebarkan di media sosial dan yang keluar daripada mulut kawan anda itu, bukannya semua boleh pakai! 

Disebabkan itu, kami di CARSOME akan membantu anda untuk kenal pasti sama ada petua dan tips ini cuma mitos palsu atau benar-benar berkesan. 

Mitos 1 – Kereta Yang Dibiarkan Melahu (Idling) Boleh Rosakkan Enjin! 

Ini yang paling biasa kita dengar. Sebenarnya ada perbalahan sama ada patut atau tidak kereta dibiarkan melahu (idling) setelah enjin dihidupkan? Ada juga yang berpendapat, tak mengapa untuk membiarkan kereta melahu. 

Kalau anda nak tahu, sebenarnya amalan membiarkan kereta melahu setelah dihidupkan adalah tidak bagus untuk kereta anda. Ia boleh menjejaskan banyak aspek kereta seperti prestasi enjin, kecekapan minyak, serta keadaan enjin itu sendiri. 

An unserviced car increases chances for an accident in Genting Highlands

Enjin yang dibiarkan melahu lama, kecekapan penggunaan minyaknya akan terjejas. Minyak yang dibakar tidak dimanfaatkan untuk menggerakkan enjin. Untuk jangka masa panjang? Mungkin anda terpaksa keluarkan belanja lebih untuk isi petrol kerana ia lebih cepat habis berbanding pada mula-mula anda memandu kereta. 

Daripada segi prestasi enjin, perbuatan membiarkan kereta melahu ini boleh menyebabkan komponen enjin rosak. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada gasket kepala, palam pencucuh, dan silinder enjin. Seperti mana yang anda tahu, kalau terjadi kerosakan pada enjin, kos nak membaikinya bukan murah. Mungkin boleh mencecah empat angka kos membaiki enjin ini! 

Jadi, kalau anda sayangkan kereta anda, dan juga dompet anda, jangan biarkan kereta melahu terlalu lama selepas dihidupkan. Kalau anda memandu kereta moden, enjin kereta tak perlu dipanaskan. Terus bergerak perlahan-lahan sejurus kereta dihidupkan untuk memelihara enjin kereta anda supaya ia tahan lama.

Mitos 2 – Tutup Aircond Kereta, Boleh Jimat Minyak? 

Ini satu lagi tips yang selalu kita dengari daripada mulut orang terutama otai-otai yang sudah lama memandu. Ia adalah memandu dengan tidak menghidupkan pendingin hawa. Kata mereka, ini akan menjimatkan penggunaan minyak kalau anda tutup aircond kereta anda. 

Jadi, betul atau tidak tips ini? Ia tidak tepat sebenarnya. Mari kami terangkan mengapa dan kenapa. 

Ya betul bahawa untuk membolehkan pendingin hawa berfungsi, ia memerlukan tenaga yang dijana oleh enjin kereta. Penggunaan pendingin hawa boleh menyebabkan enjin terpaksa membakar lebih petrol. TETAPI, ia pada kadar yang sangat sedikit. Ya, sangat sedikit perbezaannya! 

Kalau kita nak tengok bagaimana penggunaan pendingin hawa boleh menjejaskan penggunaan minyak, kita kena nilai pelbagai faktor lain. Antaranya model kereta, jenis kereta, jenis pemampat udara yang digunakan, suhu kereta apabila ia dihidupkan, cara penggunaan pendingin hawa, dan lain-lain. 

Kalau nak jawab sama ada menutup pendingin hawa boleh menjimatkan minyak atau tidak, jawapannya ya tetapi penjimatan yang berlaku itu sangat sedikit dan sangat susah nak dibuktikan jika dikira sekalipun. 

Artikel berkaitan: Macam Mana Nak Kekal Sejuk Sepanjang Musim Panas Ini

Jadi, anda boleh pasang pendingin hawa semasa memandu tanpa risaukan ia akan menggunakan lebih banyak petrol. Kalau anda tak nak menghidupkan pendingin hawa pun tak mengapa, pilihan di tangan anda. 

Mitos 3 – Nak Kereta Lagi Laju Kena Pasang Spoiler?

Rasanya anda mesti pernah lihat di atas jalan raya kereta yang dipasang spoiler. Ada kereta, spoiler yang dipasang betul-betul tinggi. Mungkin ingin pergi terbang ke bulan barang kali. Tetapi, betul ke kalau pasang spoiler kereta boleh bergerak lebih laju? 

Sebelum itu, mari kita kenali apa itu spoiler. Spoiler merupakan aksesori kereta yang dipasang pada but atau belakang kereta. Jadi, apa fungsinya? Kalau anda tahu apa fungsi spoiler kereta, anda mesti akan terkejut! 

Sumber: Motoqar

 

Artikel berkaitan: Bahasa Pomen yang Anda Kena Tahu Kalau Tak Nak Kena Tipu

Fungsinya langsung tiada kaitan dengan meningkatkan kelajuan kereta. Ia digunakan untuk meningkatkan kestabilan kereta terutamanya semasa membelok. Bagaimana ia berfungsi? Perbezaan tekanan udara yang lebih tinggi di atas spoiler berbanding bawah spoiler dengan tekanan udara yang lebih rendah akan menekan kereta ke bawah untuk pemanduan yang lebih stabil. Spoiler ini menggunakan prinsip Bernoulli untuk berfungsi.

Ini semua berlaku pada kelajuan tinggi. Jadi, jika anda hanya memandu pada kelajuan tak sampai pun 200km/j ke atas ataupun kereta anda tak digunakan untuk berlumba, tak usahlah pasang spoiler pada kereta anda. 

Ia tidak berfungsi pada kelajuan kereta yang biasa. Ia cuma satu pembaziran yang tak perlu. Untuk estetik, mungkin kereta akan kelihatan lebih ‘hensem’. Itu saja.  

Mitos 4 – Bau Kereta Baharu Sebenarnya Boleh Membunuh? 

“Uish! Bau kedailah kereta baru ni!”

Kalau anda baru saja beli kereta, inilah antara ayat yang biasa kawan-kawan anda akan ucapkan. Memuji dalam memerli mungkin. Memang kereta baharu akan mengeluarkan bau unik yang digemari sesetengah orang. 

Tetapi, anda nak tahu tak sebenarnya bau yang datang daripada kereta baharu ini sebenarnya berbahaya dan mungkin boleh membunuh anda! Bauan yang anda hidu daripada kereta baharu itu sebenarnya campuran beberapa bahan kimia iaitu sebatian organik meruap (VOC).  

VOC ini digunakan untuk menghasilkan gam, cat serta pelarut cat, dan macam-macam lagi bahan yang digunakan untuk membina kereta. VOC ini boleh mengakibatkan kesan buruk kepada sebahagian individu seperti pening kepala, loya, dan juga sakit kepala. Kesan-kesan ini juga berbeza mengikut individu. 

Artikel berkaitan: Aksesori Kereta Paling Tak Berguna Yang Anda Tak Patut Beli!

Antara bahan yang terkandung di dalam VOC ini antaranya formaldehid. Seperti yang semua orang tahu, formaldehid ini merupakan karsinogenik atau boleh menyebabkan kanser jika badan manusia terdedah kepadanya. 

Jadi, apa yang boleh kita buat untuk tak nak terkena kesan buruk bau kereta baharu ini? Jawabnya, tiada apa yang boleh dibuat melainkan menunggu VOC ini hilang dengan sendirinya. 

Jika anda terdedah dengan VOC untuk seketika saja, anda mungkin tidak akan terkesan dengannya. Namun, jika anda menghidunya berterusan untuk tempoh masa yang lama, ia mungkin akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan. 

Antara mereka yang akan terkesan dengan kesan buruk VOC daripada bau kereta baharu ini ialah kanak-kanak dan juga perempuan mengandung. Apa yang anda boleh buat adalah memastikan kanak-kanak dan wanita mengandung tidak berada terlalu lama dalam kereta baharu.

Tetapi jika anda sihat tanpa sebarang penyakit atau tidak mengandung, bau kereta baharu ini sepatutnya kurang berbahaya. Namun, jika simptom berlarutan, sila jumpa doktor dengan segera. 

Sedikit tips untuk anda, jika anda terpaksa berada lama di dalam kereta baharu disebabkan memandu jauh, apa yang anda boleh buat adalah dengan menurunkan tingkap supaya bau itu boleh keluar semasa memandu. 

Ini merupakan sebahagian mitos tips kereta yang mungkin anda selalu dengar. Anda cuma tak pasti sama ada ia betul atau tidak. Sekarang, kami dah jelaskan kepada anda dan harapnya anda boleh ambil tahu tentang kesahihan mitos ini. 

Beli Kereta Dengan Senang? Ini Bukan Mitos! 

Beli kereta dengan mudah di CARSOME? Hah! Ini bukan mitos! Tanpa kerumitan kerana kami akan menguruskan semua kertas kerja untuk anda. Kereta pramilik berkualiti dengan kualiti dibaik pulih. Ada waranti setahun percuma. Siap ada jaminan pulangan wang dalam lima hari lagi! 

Ini bukan mitos. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul kenyataan! 

Layari CARSOME atau muat turun aplikasi CARSOME untuk menikmati pengalaman mudah membeli kereta pramilik dengan diskaun menarik khas untuk anda. 

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular