HomeBMProton X50 SUV 2020: Spesifikasi Lengkap, Harga Bermula Serendah RM79,200

Proton X50 SUV 2020: Spesifikasi Lengkap, Harga Bermula Serendah RM79,200

Proton X50 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia bermula Selasa, 27 Oktober 2020. Ia sekali gus menamatkan penantian model kenderaan utiliti sukan (SUV) tempatan yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Pelancaran rasmi akan dilakukan secara maya tepat jam 10.50 pagi di laman Facebook rasmi Proton. Perkara ini telah disahkan oleh Proton Holding Bhd menerusi posting yang dikemas kini di laman Facebook rasmi pengeluar kereta jenama tempatan ini yang turut disertakan video sneak peek pendek yang memaparkan ciri-ciri style, trendy dan chic SUV segmen B terbaharu ini.

https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial/videos/284549679290847/

Proton X50 SUV Terima Lebih 20,000 Tempahan Dalam Tempoh 2 Minggu – Pelancaran Rasmi 27 Oktober 2020

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, Proton X50 membuktikan bahawa ia merupakan model SUV popular pilihan pengguna dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Proton di Tanjung Malim ini menerima lebih 20,000 unit tempahan dalam tempoh dua minggu selepas tempahan dibuka bermula pada Hari Malaysia, 16 September yang lalu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata pihaknya tidak menjangkakan sambutan yang memberangsangkan ke atas model ini berbanding model-model lain keluaran Proton.

proton x50
Kredit: paultan.org

Varian, Warna Proton X50

Model ini didatangkan dalam empat pilihan varian baharu iaitu X50 Standard, Executive, Premium dan Flagship. Ia turut menampilkan enam pilihan warna menarik seperti snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange. Tiga varian X50 iaitu Standard, Executive, Premium menampilkan enjin 1.5 liter turbo. Manakala, varian tertinggi X50 iaitu Flagship dikuasakan oleh enjin 1.5 liter TGDI yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Malah, X50 juga turut menerima penganugerahan tahap keselamatan lima bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asian (Asean NCAP).

Ciri Keselamatan, Spesifikasi Proton X50

Proton X50 turut menampilkan ciri keselamatan seperti enam beg udara, Sistem Brek Antikunci (Anti-lock Braking System, ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (Electronic Brake-force Distribution, EBD) dan Bantuan Brek (Brake Assist, BA). Selain itu model ini juga turut dilengkapi dengan kawalan kestabilan (stability control), hill descent control dan ISOFIX child seat anchors.

Sama seperti Proton X70, model Proton X50 juga dijangka turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan untuk pengalaman pemanduan dan perjalanan yang lebih baik:

  1. Electronic Stability Control (ESC)
  2. Autonomous Emergency Braking (AEB)
  3. Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop and Go
  4. Intelligent Cruise Control (ICC)
  5. Lane Keep Assist (LKA)
  6. Lane Departure Warning (LDW)
  7. Blind Spot Information System (BLIS)
  8. Intelligent High Beam Control (IHBC)
  9. Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
  10. Auto Park Assist (APA)
  11. 360 Camera
proton x50
Kredit: paultan.org

Model SUV kompak baharu Proton ini juga turut didatangkan dengan lampu hadapan LED, sistem penyaman udara automatik, paparan skrin sentuh unit infotainmen bersaiz 8 hingga 10.25 inci (berbeza mengikut varian) dan boleh dihubungkan dengan internet menggunakan eSim. Apa yang menarik, X50 turut memperkenalkan ciri baharu yang mengujakan. Pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara dengan menggunakan aplikasi PROTON Link pada telefon pintar mereka. Malah, model X50 ini juga turut dikemaskan lagi dengan dua pilihan kemasan balutan tempat duduk (kulit atau fabrik), brek parkir elektronik dengan pegangan brek automatik (auto brake hold) dan rim 17 atau 18 inci.

Harga Proton x50

Berdasarkan jangkaan pemerhati industri, SUV kompak X50 ini dijangka dijual di pasaran dengan harga di bawah RM80,000. X50 juga dijangka dijual pada harga yang lebih murah berbanding ‘abangnya’, Proton X70 yang dijual pada harga bermula RM94,800. Buat masa ini, tiada pengesahan daripada Proton mengenai harganya. Pengguna yang ternanti-nanti model terbaharu Proton ini perlu menunggu pengumuman rasminya pada 27 Oktober ini. Berdasarkan jangkaan anda, berapakah harga bagi keempat-empat varian tersebut?

Dikemas Kini: Harga bagi Proton X50 telah diumumkan melalui laman Facebook rasminya. Berikut merupakan harga bagi model Proton X50 baharu – harga on the road tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan kereta (SST) sah sehingga Jun 2021. Selaras dengan pelancaran model baharu ini, model SUV Proton ini juga turut dilengkapi dengan pakej komprehensif termasuk waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, pakej data bulanan 1GB selama 5 tahun, lima (5) kali caj buruh percuma untuk 30,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2020 dan faedah-faedah lain di bawah Program Insurans Proton.

Varian Proton X50 Harga Proton X50 Anggaran Bayaran Bulanan (Kiraan Berdasarkan Tempoh Pinjaman 9 Tahun)
1.5 TGDi Flagship RM103,300 RM1,258
1.5T Premium RM93,200 RM1,135
1.5T Executive RM84,800 RM1,033
1.5T Standard RM79,200 RM965

Selain itu, jika anda sedang mencari mana-mana model Proton terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik dengan perkhidmatan yang cepat, pantas dan telus.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular