HomeBMInsurans Kereta dengan Waranti Kereta Tak Sama Ke? Apa Perbezaannya?

Insurans Kereta dengan Waranti Kereta Tak Sama Ke? Apa Perbezaannya?

Bila tengah kira bajet nak beli kereta, perkara utama yang selalunya diberi perhatian adalah bayaran pendahuluan dan juga bayaran bulanan. Tapi, ramai yang terlupa bahawa ada perbelanjaan penting lain yang perlu diambil kira dalam pemilikan kereta, contohnya seperti waranti dan juga insurans kereta.

Kedua-dua perkara ini penting kerana ia menawarkan perlindungan untuk anda dan kereta anda daripada aspek yang berbeza. Jom ketahui apa perbezaan antara insurans kereta dengan waranti kereta dalam artikel ini.

Apa Itu Insurans Kereta?

beza insurans kereta dengan waranti, man shaking hands with clipboard of waranty

Bayangkan anda tengah memandu kereta dengan santai di jalan raya. Tiba-tiba… gedegang!

Mujur anda tidak menerima apa-apa kecederaan dalam kemalangan itu, tapi kereta anda pula tidak bernasib baik. Dalam situasi ini, insurans kereta memainkan peranan penting untuk membaiki kerosakan pada kereta serta meringankan beban kewangan anda. Boleh dikatakan yang insurans kereta adalah jaring keselamatan yang akan melindungi anda apabila berlakunya kemalangan.

Wajib ke Ada Insurans Kereta?

Sudah tentulah wajib! Insurans kereta diperlukan kerana ia memberikan perlindungan penting untuk pemandu dan pihak ketiga terhadap sebarang kemungkinan tuntutan kerosakan atau kerugian.

Malah, sebagai pemilik kenderaan di Malaysia, anda diwajibkan untuk memiliki perlindungan insurans kereta yang sah sebelum anda boleh memperbaharui cukai jalan kereta anda.

Insurans Kereta Ada Berapa Jenis Polisi?

Insurans Komprehensif

Sesuai dengan namanya, polisi insurans komprehensif menawarkan perlindungan yang menyeluruh untuk pemilik kereta. Apabila berlaku kemalangan, polisi insurans komprehensif menawarkan perlindungan terhadap tuntutan kecederaan dan kerosakan pada diri anda dan kereta anda serta pihak ketiga.

Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran, & Kecurian

Jika anda terlibat dalam kemalangan, polisi insurans pihak ketiga, kebakaran, dan kecurian akan melindungi anda daripada tuntutan kerosakan dan kerugian daripada pihak ketiga dalam kemalangan tersebut. Polisi ini juga akan melindungi anda daripada kerugian akibat kebakaran dan kecurian.

Insurans Pihak Ketiga

Insurans pihak ketiga merupakan polisi asas yang menawarkan perlindungan untuk pihak ketiga saja dan jika dibandingkan dengan polisi lain di atas, ia biasanya ditawarkan pada harga yang paling murah. 

Perbaharui Insurans Kereta Anda dengan Mudah Melalui CARSOME Capital!

logo carsome capital

Anda bukan saja boleh menjual kereta lama dan membeli kereta terpakai berkualiti dengan mudah, pantas, dan selamat di CARSOME, kami juga turut menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans kereta bagi semua pemilik kereta di seluruh Malaysia!

CARSOME bekerjasama dengan PolicyStreet untuk menawarkan cara memperbaharui insurans serta cukai jalan kereta yang lebih senang untuk anda. Dengan hanya beberapa klik saja, anda kini boleh mendapatkan sebut harga daripada penyedia insurans kereta pilihan anda secara percuma. Tak perlu risau tentang sebarang kertas kerja kerana CARSOME akan uruskan semuanya untuk anda!

Klik pautan ini untuk perbaharui insurans kereta anda dengan CARSOME Capital.

Artikel berkaitan: 5 Platform Online untuk Perbaharui Insurans Kereta Anda dengan Mudah!

Waranti Kereta Pula Merujuk Kepada Apa?

beza insurans kereta dengan waranti, waranti komponen kereta

Kalau insurans kereta merujuk kepada jaring keselamatan yang akan meringankan beban kewangan anda apabila berlaku kemalangan, waranti kereta pula akan membantu mengurangkan perbelanjaan anda apabila berlaku kerosakan pada komponen kereta yang termasuk dalam waranti.

Penting Ke Waranti Kereta?

Kereta anda mesti pernah rosak kan? Kalau kerosakan melibatkan komponen biasa, anda mungkin tak perlu berbelanja banyak untuk membaikinya tapi jika komponen yang penting rosak dan perlu diganti, bayaran yang diperlukan mungkin boleh mencecah ribuan ringgit. Dengan adanya waranti, anda boleh merasa lebih yakin dan tenang, kerana kos pembaikan akan ditanggung atau dikurangkan oleh penyedia waranti.

Adakah Waranti Lanjutan Diperlukan Bila Beli Kereta?

Dalam proses membeli kereta, anda mesti pernah dapat tawaran pakej waranti lanjutan sebagai perlindungan tambahan untuk kereta yang dibeli. Ada beberapa faktor yang anda perlu ambil kira sebelum membeli waranti lanjutan untuk kereta anda. Kalau beli kereta baharu, waranti lanjutan mungkin tidak diperlukan kerana biasanya pihak pengedar sudah memberikan waranti percuma dengan pembelian kereta. Untuk kereta terpakai pula, pembelian waranti lanjutan memang sangat digalakkan. Selain itu, anda juga perlu ambil kira bajet yang anda ada. Anda mungkin perlu berbelanja lebih untuk dapatkan waranti lanjutan jadi pastikan anda buat kira-kira terlebih dahulu sebelum buat keputusan.

Yang paling penting sekali, cuba selidik mengenai alat ganti untuk kereta yang anda mahu beli. Alat ganti untuk kereta tempatan boleh didapati dengan mudah jadi harganya jauh lebih murah berbanding alat ganti untuk kereta import. Sudah pastilah anda akan memerlukan waranti lanjutan jika anda membeli kereta import!

Semua Kereta CARSOME Certified Didatangkan dengan Waranti Lanjutan 1 Tahun Percuma!

beza insurans kereta dengan waranti, pelanggan carsome gembira dalam kereta

Apabila anda membeli kereta CARSOME Certified, anda akan turut menerima Pelan Waranti Lanjutan Gold untuk 1 tahun secara percuma untuk menjamin ketenangan jiwa anda. Pelan waranti ini merangkumi perlindungan untuk komponen penting dalam kereta anda seperti berikut:

1) Enjin

  • Blok silinder
  • Kotak engkol (Crankcase)
  • Kepala silinder
  • Gasket kepala silinder dan lain-lain. (Cylinder head gasket etc.)

2) Transmisi manual dan automatik

  • Bingkai kotak gear dan semua bahagian dalaman
  • Penukar kilas (Torque converter)
  • Unit kawalan transmisi
  • Unit gear suis elektro hidraulik

3) Sistem pendingin hawa

  • Pemampat (Compressor)
  • Kapasitor
  • Kipas radiator

Tambahan pula, semua kereta CARSOME Certified telah dibaik pulih secara profesional melalui Proses Pembaikpulihan CARSOME Certified kami untuk menjamin keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya, dan estetik yang telah dibaik pulih.

Kalau anda dah sedia nak bawa pulang kereta CARSOME Certified, kami sentiasa bersedia membantu anda. Layari carsome.my atau muat turun aplikasi CARSOME sekarang untuk beli kereta terpakai berkualiti idaman anda!


Artikel berkaitan: Cara Untuk Menuntut Waranti Lanjutan 1 Tahun CARSOME

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular