Dulu, bukan mudah nak renew insuran kereta. Bayangkanlah, anda kena hubungi sendiri penyedia insurans yang anda mahukan dan selesaikan semua dokumen yang diperlukan sendiri. Nak buat semua ini juga perlukan masa yang banyak!
Tapi sekarang, anda dah tak perlu lakukan semua perkara tersebut. Sepadan dengan peredaran zaman dan teknologi, kini ada pelbagai platform yang disediakan untuk memudahkan proses renew insurans anda. Yang lagi menarik, anda boleh renew insurans secara dalam talian saja, tanpa perlu keluar dari rumah!
Dalam artikel ini, CARSOME senaraikan 5 platform yang anda boleh gunakan untuk perbaharui insurans kereta anda secara dalam talian dengan mudah dan pantas.
Artikel berkaitan: Cara ‘Renew’ Roadtax atau Pembaharuan Cukai Jalan & Insurans Secara Online
1) CARSOME Capital
Di CARSOME, anda bukan sahaja boleh jual kereta lama anda dan beli kereta terpakai berkualiti dengan mudah, pantas, dan selamat, malah kami juga turut menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans kereta bagi semua pemilik kereta di seluruh Malaysia!
Kami bekerjasama dengan PolicyStreet untuk menawarkan cara memperbaharui insurans serta cukai jalan kereta yang lebih mudah, selamat, dan pantas untuk anda. Dengan hanya beberapa klik saja, anda kini boleh mendapatkan sebut harga daripada penyedia insurans pilihan anda secara percuma.

Berikut adalah senarai penyedia insurans yang kami sediakan melalui CARSOME Capital:
- RHB Insurance
- AM General Insurance
- Generali
- Berjaya Sompo Insurance Berhad
- Takaful Malaysia
- Pacific & Orient Insurance Co. Berhad
- Allianz
- Tune Protect
- Zurich
- Etiqa
- MSIG Insurance
Anda juga tak perlu risau tentang sebarang kertas kerja kerana CARSOME akan uruskan semuanya untuk anda!
Dapatkan Diskaun 10% Apabila Anda Perbaharui Insurans Kereta dengan CARSOME Capital Daripada Januari Hingga Februari 2024*
Kalau insurans kereta anda dah hampir tamat tempoh, kami ada berita baik untuk anda! Daripada 15 Januari hingga 29 Februari 2024, anda boleh dapatkan diskaun 10 peratus jika anda pilih untuk perbaharui insurans kereta anda dengan CARSOME Capital! Ambil peluang ini untuk dapatkan perlindungan yang terbaik untuk kereta anda sambil menikmati penjimatan yang maksimum.
Anda nak perbaharui insurans kereta anda dengan CARSOME Capital? Klik pautan ini, isikan maklumat yang diperlukan, dan anda akan menerima sebut harga untuk pelan insurans anda secara percuma.
Jangan lupa untuk gunakan kod diskaun ini untuk mendapatkan diskaun 10 peratus bagi sebut harga insurans anda – CARSOME10!
2) MyEG
Ditubuhkan pada tahun 2000, MyEG adalah sebuah platform popular yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan kerajaan seperti pembaharuan insurans dan cukai jalan, pembaharuan pasport, pendaftaran syarikat, pembaharuan lesen memandu, dan banyak lagi.
Semua ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui platform MyEG yang mesra pengguna dan anda juga boleh muat turun aplikasi mudah alih MyEG terus ke telefon bimbit anda.
Artikel berkaitan: Cara ‘Renew’ Roadtax atau Pembaharuan Cukai Jalan & Insurans Secara Online
3) Bjak
Bjak mempunyai laman web yang sangat mesra pengguna untuk memberi anda pengalaman membeli insurans yang lebih lancar. Anda hanya perlu memilih jenis kenderaan anda dan masukkan butiran yang diperlukan. Selepas itu, Bjak akan menghantar sehingga 15 sebut harga insurans secara percuma untuk anda pertimbangkan. Tambahan pula, Bjak turut menyediakan kemudahan untuk memperbaharui cukai jalan yang turut menjadikan pengalaman membeli insurans lebih mudah.
4) Fatberry
Diperkenalkan pada tahun 2017, Fatberry menawarkan pelbagai produk insurans melalui sistem sebut harga dalam talian yang fleksibel dan boleh dipercayai. Didorong oleh kemajuan teknologi dan komitmen terhadap inovasi, mereka telah berjaya mengubah proses pembaharuan insurans yang leceh dan menyusahkan kepada sesuatu yang boleh diselesaikan dalam beberapa klik saja.
5) JomRenew
Jom Renew menawarkan proses pembaharuan insurans yang lebih mudah dengan membenarkan pengguna untuk mendapatkan sebut harga insurans percuma secara terus melalui WhatsApp. Sebelum mendapatkan sebut harga, anda juga boleh pilih syarikat insurans yang anda mahu atau anda boleh buat perbandingan harga sebelum meneruskan dengan pembelian.
Pilih CARSOME Capital untuk Perbaharui Insurans Kereta Anda dengan Mudah, Pantas, & Selamat
CARSOME Capital menawarkan harga yang kompetitif, perbandingan yang telus, dan proses pembaharuan yang sangat mudah dan efisien. Jika anda mahukan jaminan perlindungan yang boleh dipercayai serta ketenangan jiwa sepanjang pemilikan kereta anda, CARSOME Capital adalah pilihan terbaik anda!
Kami harap artikel ini dapat membantu anda mencari platform yang paling sesuai untuk perbaharui insurans kereta anda. Jika anda mahu menjual kereta lama anda atau membeli kereta terpakai, layari carsome.my atau muat turun aplikasi mudah alih kami untuk dapatkan kereta terpakai berkualiti yang telah dibaik pulih secara profesional. Dapatkan sebut harga insurans kereta secara percuma melalui pautan ini.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat.
Artikel berkaitan: Kalau Kenderaan Tiada Insurans Langgar Anda, Ini Apa Yang Anda Kena Buat!