HomeBMVaksin AstraZeneca: Pandu Sendiri atau Guna Pengangkutan Awam?

Vaksin AstraZeneca: Pandu Sendiri atau Guna Pengangkutan Awam?

Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela telah dibuka secara rasmi kepada penduduk di sekitar Lembah Klang (Selangor dan Kuala Lumpur) bermula 12 tengah hari, 2 Mei 2021 yang lalu. Pendaftaran vaksin melalui laman web Jawatan Kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 ini dilakukan berdasarkan kaedah first-come, first-served. Sebanyak kira-kira 100,000 permohonan janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca direkodkan dalam tempoh kurang daripada 90 minit selepas sistem dibuka untuk orang ramai.

Vaksin Covid-19 AstraZeneca

Vaksin COVID-19 AstraZeneca (AZD1222) – Apa yang Anda Perlu Tahu?

Secara amnya, program vaksinasi bertujuan untuk memberikan perlindungan terhadap jangkitan wabak Covid-19. Vaksin Covid-19 AstraZeneca menunjukkan kadar keberkesanan yang tinggi dalam ujian klinikal di United Kingdom, Brazil, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Ia berkesan mencegah dan mengelakkan gejala yang serius serta kematian disebabkan oleh wabak ini. Vaksin COVID-19 AstraZeneca telah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk penggunaan orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

  • Kesan sampingan biasa termasuk sakit atau sengal di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot, demam dan berasa sejuk (biasanya 1 hingga 2 hari).
  • Selain itu, ada kemungkinan penerima mendapat kesan sampingan dikenali sebagai sindrom thrombosis dengan trombositopenia (TTS).
  • Namun begitu, kesan sampingan ini sangat jarang berlaku dan dianggarkan bahawa sebanyak 9.3 kes bagi setiap satu juta dos telah dilaporkan.
  • Tiada faktor risiko yang spesifik untuk TTS. Data sedia ada menunjukkan lebih banyak kes dilaporkan dalam kalangan orang dewasa di bawah umur 60 tahun dan golongan wanita sumber

Pandu Sendiri atau Guna Pengangkutan Awam ke Pusat Pemberian Vaksin?

Secara amnya, vaksin AstraZeneca tidak mempunyai kesan yang diketahui terhadap kemampuan penerima untuk memandu dan menggunakan mesin. Namun begitu, kesan-kesan sampingan seperti lenguh-lenguh pada bahagian tangan, demam, pening dan lemah tubuh badan boleh mempengaruhi kemampuan dan keupayaan seseorang individu untuk memandu atau menggunakan mesin. Kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin adalah berbeza bergantung pada individu.

Vaksin Covid-19
Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Oleh itu, anda tidak disarankan untuk memandu atau menggunakan apa-apa peralatan mesin jika anda berasa tidak sihat selepas menerima suntikan vaksin. Carsome menyenaraikan tips berikut untuk anda yang bakal menerima vaksin AstraZeneca:

  • Kesan vaksin adalah berbeza ke atas setiap individu. Jika perlu, bawa peneman untuk menunggu dan menemani anda ke pusat pemberian vaksin yang ditetapkan;
  • Selepas menerima vaksin, jangan terus memandu. Tunggu di ruangan yang disediakan sekurang-kurangnya selama 30 minit untuk menghilangkan pening atau mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kesan sampingan;
  • Jika perlu, sediakan panadol atau makanan ringan sebagai langkah berjaga-jaga;
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengangkutan awam seperti kenderaan e-hailing, LRT, bas atau MRT untuk pergi dan balik dari pusat pemberian vaksin. Anda boleh mempertimbangkan alternatif berikut jika anda memilih untuk menggunakan pengangkutan awam:
1. Universiti Malaysia

🚌 RapidKL 782, 821 dan T791
🚂 Keretapi Tanah Melayu – KTM
🚈 LRT Ampang Line, LRT Sri Petaling Line, LRT Kelana Jaya Line, MRT Sungai Buloh-Kajang Line
🚗 e-hailing atau teksi

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

🚌 RapidKL 430
🚂 Keretapi Tanah Melayu – KTM
🚈 MRT Sungai Buloh-Kajang Line
🚗 e-hailing atau teksi

3. Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

🚌 RapidKL 772 dan 780
🚂 KTM Seremban Line
🚈 LRT Ampang Line, LRT Sri Petaling Line, LRT Kelana Jaya Line,
MRT Sungai Buloh-Kajang Line
🚗 e-hailing atau teksi

4. Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC)

🚌 RapidKL 751 dan SA01
🚂 Keretapi Tanah Melayu – KTM
🚈 LRT Ampang Line, LRT Sri Petaling Line, LRT Kelana Jaya Line
🚗 e-hailing atau teksi

vaksin astrazeneca Malaysia

Kebenaran Rentas Negeri atau Daerah untuk Mendapatkan Vaksin Covid-19

Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, individu yang perlu merentas negeri atau daerah untuk mendapatkan suntikan vaksin hanya perlu menunjukkan butiran janji temu yang boleh didapati dalam aplikasi MySejahtera, laman web atau SMS semasa melalui sekatan jalan raya tanpa perlu memohon kebenaran rentas negeri atau daerah daripada pihak polis.

Soalan Lazim Berkaitan Vaksin Covid-19

Selain itu, Carsome turut menyediakan soalan lazim berkaitan vaksin Covid-19 seperti berikut untuk panduan anda:

1. Apakah itu Covid-19?

Coronavirus (Covid-19) adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus corona yang dikenali sebagai SARS-CoV-2. Individu yang terdedah kepada virus ini mungkin mengalami gejala-gejala seperti berikut:

      • sesak nafas;
      • keletihan;
      • sakit otot atau badan;
      • sakit kepala;
      • kehilangan deria rasa atau bau;
      • sakit tekak;
      • kesesakan atau hidung berair;
      • demam atau menggigil;
      • batuk;
      • loya atau muntah;
      • cirit-birit.
2. Siapakah golongan berisiko tinggi yang terdedah kepada jangkitan Covid-19?

Golongan berisiko tinggi adalah kanak-kanak, warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik dan daya ketahanan badan yang rendah serta wanita hamil.

3. Apakah kepentingan mengambil vaksin Covid-19?

Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan wabak Covid-19. Semakin ramai penduduk menerima suntikan vaksin, ia secara tidak langsung membentuk Imuniti Kelompok atau Herd Immunity. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan risiko jangkitan yang lebih serius, malah dapat melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksin.

4. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai vaksin?

Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan vaksin dengan bertanya kepada pegawai atau petugas kesihatan yang bertugas atau melalui laman web rasmi yang tepat dan boleh dipercayai.

5. Apakah vaksin yang akan digunakan di Malaysia?

Terdapat beberapa jenis vaksin yang akan digunakan di Malaysia, antaranya:

      • mRNA keluaran Pfizer-BioNtech;
      • Viral vector keluaran AstraZeneka;
      • Inactivated keluaran Sinovac;
      • Recombinant viral vector keluaran Cansino;
      • Viral vector keluaran Gamaleya.
6. Apakah yang perlu dilakukan selepas menerima suntikan vaksin Covid-19?

Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:

1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 hingga 30 minit. Maklumkan kepada petugas kesihatan atau dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin Covid-19 Kesukaran bernafas, muka, bibir dan tekak membengkak, denyutan jantung yang sangat cepat, ruam teruk timbul di seluruh badan, pening dan lemah tubuh badan.

2. Dalam tempoh empat (4) hingga 30 hari selepas divaksin, dapatkan rawatan sekiranya anda;

        1. Mengalami sakit kepala yang baru dan teruk serta tidak dapat dikawal dengan ubat tahan sakit atau bertambah teruk;
        2. Sakit kepala yang bertambah teruk ketika berbaring atau tunduk;
        3. Sakit kepala luar biasa yang disertai dengan:
          • Penglihatan kabur, loya dan muntah;
          • Kesukaran bertutur;
          • Rasa lemah, mengantuk atau sawan;
          • Terdapat tompok merah baru di bawah kulit, lebam atau pendarahan yang tidak dapat dijelaskan;
          • Sesak nafas atau sakit dada, kaki bengkak atau sakit perut berterusan.

3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit Covid-19.

4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Kad vaksinasi ini juga akan menunjukkan tarikh dos kedua vaksin yang perlu diambil.

7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya mengalami kesan sampingan selepas suntikan?

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang dinyatakan di atas, anda disarankan untuk melaporkan kepada klinik kesihatan terdekat dan mendapatkan rawatan dengan segera. Ini kerana kemungkinan terdapat kesan sampingan lain yang belum dilaporkan.

8. Adakah saya dilindungi sepenuhnya setelah menerima vaksin Covid-19?

Vaksin mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermaksud, seseorang akan dilindungi secara optimum selepas menerima kedua-dua dos vaksin.

Namun begitu, penerima vaksin masih disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan dengan mempraktikkan 3W (Wash, Wear, Warn) serta mengelakkan 3C – Confined Space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close Conversation (Sembang dekat).

Nota: Jika anda mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web Carsome untuk info lanjut. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai terbaik di Malaysia.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular