HomeBMSpesifikasi Penuh Proton X70 Versi CKD 2020, Harga Bermula Lebih Rendah

Spesifikasi Penuh Proton X70 Versi CKD 2020, Harga Bermula Lebih Rendah

Proton X70 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium dan eksekutif paling laris di Malaysia dan merupakan salah satu produk Proton paling popular sejak dilancarkan lebih setahun lalu. Proton X70 adalah hasil usaha sama pertama yang dihasilkan oleh Geely dan Proton. Ia merupakan SUV segmen C yang mendapat pengiktirafan kategori SUV lima tempat duduk saiz sederhana. Proton juga telah melancarkan SUV pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan di kilang miliknya di Tanjung Malim.

Proton X70 Versi Pemasangan Tempatan (CKD)

Selain didatangkan dengan pilihan warna baharu, Proton X70 versi pemasangan tempatan turut dilengkapi dengan Logo Proton serba baharu dengan rekaan perisai bulat berbanding versi pemasangan luar negara (CBU). Proton X70 2020 dilengkapi dengan teknologi terkini dan moden yang semestinya akan memukau setiap mata yang memandang.

Info Ringkas Tentang Proton X70 Versi CKD

      • Empat varian diperkenalkan iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium X;
      • Versi CKD ia tidak mempunyai varian Pacuan Semua Roda (AWD);
      • Proton X70 CKD ditawarkan dengan pacuan dua roda hadapan yang menggunakan enjin 1.8 liter TGDi;
      • Dipadankan dengan kotak gear baharu iaitu Transmisi Klac Berkembar (DCT) tujuh kelajuan automatik;
      • Proton X70 CKD hadir dengan warna baharu iaitu space gray termasuk warna lain seperti putih, perak, kelabu, merah dan coklat;
      • Proton X70 CKD lebih murah berbanding CBU antara RM1,000 sehingga RM5,000.

1. Reka Bentuk Lebih Elegan

Perjalanan dan pengalaman pemanduan bersama Proton X70 semestinya lebih selesa, santai dan menyeronokkan. Proton X70 dilengkapi dengan Panoramic Sunroof dan Panel Instrumen dengan permukaan sentuhan yang lembut dan mewah diserlahkan dengan kemasan perak yang elegan. Kombinasi meter LCD paparan berdefinisi tinggi bersaiz tujuh (7) inci menjanjikan paparan yang lebih terang dan jelas.

Selain itu, model Proton X70 juga turut dilengkapi dengan LED Headlamps with Daytime Running Lamps, Front Welcome Lamps, Auto Dual Zone Air-conditioning dan sistem pembersih udara untuk menapis gas berbahaya, menyingkirkan bau busuk dan membunuh bakteria. Tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan didatangkan dengan ruang pengudaraan (Front Ventilated Seats) yang membolehkan pengedaran udara sejuk yang lebih baik melalui tempat duduk hadapan sesuai untuk pemanduan dalam cuaca panas di Malaysia.

proton x70
Sumber: Proton

Tempat duduk kulit (Nappa Leather Power Seats) yang lebih lembut memberi lebih keselesaan dan dilengkapi dengan pelarasan kuasa. Tempat duduk pemandu boleh dilaraskan 6 cara dengan 2 cara sokongan lumbar manakala tempat duduk penumpang hadapan menawarkan pelarasan 4 cara dengan suis ‘Boss’. Ia semestinya menjadikan perjalanan jauh atau dekat lebih selesa dan tenang.

Proton X70 juga turut dilengkapi dengan Auto Rain Sensing Wipers yang akan diaktifkan secara automatik pada waktu hujan. Kelajuan pengelap cermin hadapan akan dilaraskan mengikut tahap kelebatan hujan untuk kualiti penglihatan yang lebih optimum. Selain itu, bukaan pintu ruang but boleh dilakukan secara automatik (automatic tailgate) dengan sensor kaki. Sensor akan mengesan pergerakan kaki anda untuk membuka pintu ruang but, sekali gus menambahkan lagi ciri dan nilai SUV pertama milik Proton ini.

2. Sistem dan Teknologi Lebih Padu

Model SUV dengan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan ASEAN NCAP ini juga turut dilengkapi dengan sistem sambungan (connectivity) yang lebih padu

  • Sistem Arahan Suara (Voice Command) – sistem pengecaman suara melalui kata kunci ‘Hi proton!’
  • Kawalan Jauh (Remote Control) – memantau dan mengawal fungsi tertentu melalui aplikasi telefon pintar
  • 6 USB Ports
  • Navigasi Dalam Talian (Online Navigation)
  • 9 Speakers with Power Amplifier dan Subwoofer
  • Smartphone Connectivity
  • Online Music Streaming and Weather Forecast
proton tanjung malim
Sumber: Proton

3. Prestasi Lebih Mantap

Proton X70 dikuasakan oleh enjin 1.8 liter TGDi empat silinder petrol. Ia mampu menjana 135kW pada 5,500 rpm dan 300 Nm tork maksimum pada 1,750 hingga 4,000 rpm. Selain itu, model ini turut dipadankan dengan transmisi dwiklac tujuh (7) kelajuan dengan mod manual. Padanan enjin ini sekali gus menawarkan pertukaran gear yang lebih pantas, cekap dan lancar. Model X70 juga turut didatangkan dengan tiga mod pemanduan yang boleh disesuaikan mengikut gaya pemanduan – Sport, Eco dan Normal. Mod Sport, misalnya sesuai untuk pengalaman pemanduan yang lebih mantap dan bertenaga.

Selain itu, model X70 juga turut dilengkapi dengan Auto Brake Hold yang akan menahan tekanan brek semasa kenderaan berhenti di lampu isyarat atau semasa dalam kesesakan lalu lintas. Brek akan dilepaskan apabila pemandu menekan pedal minyak.

Harga Proton X70 CKD

Proton X70 versi pemasangan tempatan ditawarkan dalam empat varian. Kesemua harga bagi varian ini adalah harga atas jalan tanpa insurans. Selain itu, CARSOME turut menyenaraikan perbezaan spesifikasi Proton X70 CKD seperti berikut – tanda (*) merujuk ciri tambahan mengikut varian:

i. Harga Varian Standard 2WD (RM94,800) – sebelum ini RM99,800

          • Enjin 1.8 liter TGDi;
          • DCT tujuh kelajuan automatik;
          • 6 beg udara SRS;
          • Lampu hadapan halogen;
          • Rim aloi 17 inci;
          • Kerusi balutan fabrik;
          • Sistem infotainmen 8 inci dengan navigasi dalam talian (online);
          • 6 pembesar suara;
          • Kamera pandang belakang;
          • Sistem pembersih udara.

ii. Harga Varian Executive 2WD (RM106,800) – sebelum ini RM109,800

          • Enjin 1.8 liter TGDi;
          • DCT tujuh kelajuan automatik;
          • 6 beg udara SRS;
          • Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)*;
          • Rim aloi 18 inci*;
          • Kerusi balutan kulit*;
          • Sistem infotainmen 8 inci dengan navigasi dalam talian (online);
          • 8 pembesar suara*;
          • Kamera 360 darjah*;
          • Wiper pengesan hujan automatik*;
          • Dua sensor parking hadapan*;
          • Kerusi berkuasa elektrik di bahagian pemandu*;
          • Powered tailgate*;
          • Sistem pembersih udara;
          • Front welcome dan footwell lamps*.

iii. Harga Varian Premium 2WD (RM119,800) – varian baharu

          • Enjin 1.8 liter TGDi;
          • DCT tujuh kelajuan automatik;
          • 6 beg udara SRS;
          • Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)*;
          • Rim aloi 19 inci*;
          • Kerusi balutan kulit Nappa*;
          • Sistem infotainmen 8 inci dengan navigasi dalam talian (online);
          • 9 pembesar suara (dengan amplifier dan subwoofer)*;
          • Kamera 360 darjah;
          • Sistem pembersih udara;
          • Kerusi berkuasa elektrik di bahagian pemandu* (Boss switch)*;
          • Powered tailgate dengan pengesan pergerakan kaki*;
          • Front welcome lamps;
          • Sistem pemantauan tekanan angin tayar*;
          • Sistem Bantuan Pemanduan Canggih (ADAS)*.

iv. Harga Varian Premium X 2WD (RM122,800) – sebelum ini RM123,800

          • Enjin 1.8 liter TGDi;
          • DCT tujuh kelajuan automatik;
          • 6 beg udara SRS;
          • Lampu hadapan LED dengan lampu siang (DRL)*;
          • Rim aloi 19 inci*;
          • Kerusi balutan kulit Nappa*;
          • Sistem infotainmen 8 inci dengan navigasi dalam talian (online);
          • 9 pembesar suara (dengan amplifier dan subwoofer)*;
          • Kamera 360 darjah;
          • Sistem pembersih udara;
          • Kerusi berkuasa elektrik di bahagian pemandu* (Boss switch)*;
          • Powered tailgate dengan pengesan pergerakan kaki*;
          • Front welcome lamps;
          • Sistem pemantauan tekanan angin tayar*;
          • Sistem Bantuan Pemanduan Canggih (ADAS)*;
          • Bumbung matahari panoramik atau panoramic sunroof*.

Model X70 CKD ini juga turut ditawarkan dalam lima pilihan warna – ‘Snow White’, ‘Armour Silver’, ‘Jet Grey’, Ruby Red’, ‘Cinnamon Brown’ dan ‘Space Grey’.

4. Kawalan Keselamatan Lebih Baik

Jika dilihat pada senarai spesifikasi dan ciri keselamatan yang disertakan pada model Proton X70, boleh dikatakan model ini berada dalam kelasnya yang tersendiri untuk pengalaman pemanduan yang lebih baik:

proton x70
Sumber: Proton
  • Advanced Driver Assistance System (ADAS) – dilengkapi dengan 9 sensor canggih dan 5 kamera untuk memastikan keselamatan anda sepanjang pemanduan dan bertindak sewajarnya jika berlaku perkara yang tidak diingini
  • Autonomous Emergency Braking (AEB) dan Forward Collision Warning (FCW) – memberi amaran dan akan menekan brek secara automatik untuk mengurangkan risiko kecederaan jika ada potensi pelanggaran hadapan dikesan
  • Blind Spot Information System (BLIS) – memantau titik buta dan memberi amaran kepada pemandu jika ada kenderaan berhampiran
  • Door Opening Warning System (DOW) – mengesan potensi bahaya semasa pintu hadapan dibuka
  • Adaptive Cruise Control (ACC) – mengekalkan jarak pemanduan selamat dengan kenderaan di hadapan dalam apa jua kelajuan
  • Lane Departure Warning (LDW) – memberi amaran kepada pemandu jika kenderaan tersasar daripada lorong
  • Intelligent High Beam Control (IHBC) – secara automatik menukar lampu tinggi kepada lampu rendah sekiranya ada kenderaan dari arah bertentangan
  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) – memantau tekanan dan suhu tayar masa nyata
  • 360 Camera and Parking Sensors – menyediakan bantuan visual dan bunyi untuk membantu anda meletakkan kenderaan dengan lebih mudah
  • 6 Beg Udara SRS – diaktifkan semasa pelanggaran untuk melindungi dan mengurangkan impak kemalangan

Selain itu, jika anda berminat untuk mendapatkan model kereta Perodua X70 second hand atau mana-mana model kereta Proton terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular