HomeAutomotiveTanda Coil Plug Kereta Rosak Yang Ramai Tak Tahu!

Tanda Coil Plug Kereta Rosak Yang Ramai Tak Tahu!

Kebanyakan pemilik kereta akan terkeliru coil plug dengan spark plug atau palam pencucuh. Tetapi sebenarnya coil plug kereta dan spark plug kereta ini sebenarnya sangat berbeza walaupun berada dalam sistem yang sama. Jika coil plug ini rosak, enjin kereta tidak dapat dihidupkan dan kereta tidak dapat bergerak. Jadi, apakah tanda coil plug kereta rosak?

Sebelum kita tahu apakah tanda coil plug kereta rosak, mari kita ambil tahu dulu beza antara coil plug (gelung pencucuh) dan juga spark plug (palam pencucuh). 

Palam Pencucuh. Sumber: MotorBiscuit.com

Palam pencucuh atau spark plug berfungsi menghasilkan arus elektrik daripada sistem pencucuhan ke kebuk pembakaran. ‘Cucuhan’ ini yang mencetuskan pembakaran campuran udara termampat dan bahan api di dalam kebuk pembakaran enjin.

Manakala coil plug atau gelung pencucuh ini pula berfungsi menghasilkan arus elektrik bervoltan tinggi daripada bateri untuk mencetuskan arus elektrik bagi menghidupkan palam pencucuh. Jadi, palam pencucuh tidak boleh berfungsi tanpa arus yang dihasilkan oleh gelung pencucuh ini. 

Walaupun ia berbeza fungsi namun kedua-dua komponen ini berada di dalam sistem yang sama. Kedua-duanya saling memerlukan dan jika salah satu komponen rosak, kereta tidak akan dapat dihidupkan. 

Jika gelung pencucuh rosak, anda cubalah berapa banyak kali sekalipun, kereta anda tidak akan boleh dihidupkan. Namun, jika gelung pencucuh ini mengalami kerosakan, anda boleh tahu dengan memberikan perhatian kepada tanda-tanda coil plug kereta rosak berikut.  

1. Enjin Tak Boleh Dihidupkan 

Gelung pencucuh atau coil plug ini memainkan peranan utama dalam memastikan enjin kereta boleh dihidupkan. Tanpa arus elektrik bervoltan tinggi yang dihasilkan oleh gelung pencucuh  ini, enjin tak boleh dihidupkan dan kereta tidak boleh digunakan. 

 

Artikel berkaitan: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Panik, 5 Punca Kereta Tak Boleh Start Yang Perlu Anda Tahu

Jadi, antara tanda coil plug kereta telah rosak adalah apabila kereta tidak dapat dihidupkan. Tiada arus elektrik yang dihasilkan oleh gelung pencucuh (coil plug) menyebabkan palam pencucuh tidak dapat menghidupkan enjin kereta. 

Enjin yang tak boleh dihidupkan disebabkan kerosakan gelung pencucuh akan mengeluarkan bunyi menggerutup. Seperti bunyi orang nak batuk dan bergeser. Jika bunyi ini yang anda dengar semasa nak menghidupkan enjin, mungkin gelung pencucuh enjin kereta dah rosak. 

2. Enjin Mati 

Enjin mati ini boleh terjadi pada bila-bila masa, sama ada semasa kereta anda sedang dipandu atau ketika kereta tidak bergerak ataupun anda sedang membrek.

Puncanya? Arus yang dihasilkan oleh gelung pencucuh ini tak tetap menyebabkan palam pencucuh tidak dapat mencucuh bahan api dan udara di dalam enjin. Inilah yang menyebabkan enjin mati. 

Jika enjin mati semasa anda sedang memandu di tengah jalan, ini sangat-sangat berbahaya. Bukan saja kepada anda, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Jadi, jika enjin kereta anda kerap mati, bawa ia ke bengkel untuk diperiksa. 

3. Bau Ekzos Yang Busuk Dalam Kereta 

Apabila gelung pencucuh rosak, ia akan menyebabkan enjin berada dalam keadaan terbeban. Jika ini terjadi, ia mengeluarkan asap berlebihan yang boleh menyebar sehingga ke dalam kereta. 

Meskipun ada banyak lagi punca yang boleh menyebabkan keadaan ini, namun kerosakan gelung pencucuh ini mungkin boleh menjadi salah satu sebab penghasilan asap yang terlampau banyak. 

Penghasilan asap yang berlebihan juga boleh menyebabkan ada banyak sisa mendapan terkumpul di dalam ekzos. Inilah yang boleh menjadi salah satu sebab ekzos anda jadi jahanam

4. Enjin Makin Semput 

Anda sedang memandu dan anda perasan sesuatu yang apabila anda tekan pedal minyak, anda dengar enjin mengaum tetapi kereta susah nak bergerak ke depan. Kereta anda nampaknya sudah kehilangan kuasa dan menjadi semput. 

Apa yang terjadi? Ini berpunca apabila gelung pencucuh yang rosak tidak dapat menghidupkan palam pencucuh dengan betul itulah yang membuatkan enjin tidak dapat membakar campuran petrol dan udara dengan betul. 

Artikel Berkaitan: Kereta Anda Tersengguk-Sengguk? Ini Mungkin Antara Punca Kereta Tersengguk-Sengguk  

Inilah yang menyebabkan enjin kereta menjadi semput. Walau bagaimanapun, ini cumalah salah satu simptom bagi pelbagai lagi jenis masalah. Jadi, bawa kereta anda untuk diperiksa bagi mengenal pasti apakah punca kejadian ini. 

5. Enjin Bergegar 

Kalau anda hidupkan enjin atau semasa anda memandu, tiba-tiba enjin anda bergegar teruk, itu bukan benda biasa yang sepatutnya enjin kereta anda buat. Antara punca yang menyebabkan gegaran luar biasa ini? Gelung pencucuh yang dah rosak. 

Macam mana gelung pencucuh yang dah rosak boleh sebabkan enjin bergegar, ianya lebih kurang sama seperti tanda enjin semput. Campuran petrol dan udara tidak dibakar dengan sempurna yang menyebabkan gegaran pada enjin. 

Maintenance tips - clean engine bay

Tapi kadang-kadang ia juga boleh berpunca daripada kerosakan pendakap enjin namun, jika gegaran yang disebabkan oleh pendakap enjin, ianya sedikit berbeza. Macam mana nak tahu ia disebabkan apa? Hantar saja kereta anda untuk diperiksa oleh mekanik bertauliah

6. Enjin Kuat ‘Makan’ Minyak 

Anda baru saja isi minyak semalam. Tetapi kemudian anda perasan petrol yang diisi makin cepat habis. Padahal, anda bukannya ada ke mana-mana pun. Setakat pergi dan balik dari kerja saja. Kalau ini yang terjadi, berkemungkinan ia berpunca daripada gelung pencucuh yang dah rosak.

Gelung pencucuh yang rosak akan mempengaruhi fungsi palam pencucuh menghidupkan enjin. Campuran petrol dan udara tidak dapat dibakar dengan betul di dalam kebuk enjin justeru menyebabkan penggunaan minyak menjadi tidak cekap disebabkan pembakaran yang tidak betul

7. Lampu Amaran Enjin Menyala 

Jika lampu amaran enjin pada papan odometer kereta anda tiba-tiba menyala, ada sesuatu yang tak kena pada mana-mana bahagian enjin anda. Ini termasuklah mungkin ada kerosakan berlaku pada bahagian gelung pencucuh. 

Jangan abaikan lampu amaran ini. Jika masih di peringkat awal, ia mungkin boleh dibaiki dengan kos yang tak mahal. Jika dibiarkan lama-lama, kerosakan pada gelung pencucuh mungkin akan menyebabkan kerosakan pada bahagian lain pula. 

Kalau Anda Sayangkan Kereta, Jangan Abaikan Tanda-Tanda Ini! 

Jika mana-mana tanda coil plug kereta rosak ini terjadi pada kereta anda, ataupun kereta orang lain, jangan biarkan lama-lama kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lain di enjin. 

Seperti mana yang semua orang tahu, untuk membaiki kerosakan yang terjadi pada bahagian enjin sangat mahal! Kerosakan juga boleh membawa kepada kemalangan jika tidak dibaiki dengan segera! 

Servis Tak Tipu Hanya di Pusat Servis CARSOME 

Kalau anda sayangkan kereta, dompet, dan yang paling penting, nyawa anda, cepat-cepat hantarkan kereta anda untuk diservis jika ada apa-apa yang tak kena dengan kereta anda. 

Untuk pilihan pusat servis, anda boleh pilih untuk servis di Pusat Servis CARSOME yang ada cawangan di Ampang dan juga di Petaling Jaya. 

CARSOME Service Center exterior

Kenapa anda harus memilih Pusat Servis CARSOME ini? Pertama sekali, anda tidak akan ditipu tentang pengebilan. Kami mengamalan sistem pengebilan yang telus. Apa yang kami baiki, itulah yang anda akan bayar tanpa sebarang bayaran tambahan yang tiba-tiba muncul setelah selesai proses pembaikan kereta. 

Mekanik bertauliah kami juga akan memastikan anda diberikan maklumat tentang apa yang dah rosak pada kereta anda. Ini termasuklah kos pembaikan yang perlu dibayar. Setelah anda bersetuju dengan harga yang diberikan, barulah proses pembaikan akan dibuat pada kereta anda!  

Hanya alat ganti berkualiti dan tulen saja yang digunakan di pusat servis ini. Ini untuk memastikan keselamatan dan ketenangan minda anda selepas proses servis. Jadi, apa lagi alasan anda untuk tak memilih kami? 

Kunjungi cawangan Pusat Servis CARSOME yang terdekat dengan anda! Kami akan meluaskan lagi operasi kami jadi tunggu lebih banyak khabar gembira untuk anda daripada kami! 

Tempah janji temu servis kereta anda di Pusat Servis CARSOME melalui PAUTAN ini.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular