HomeBMApa Nak Buat Jika Anda Perlu Pecahkan Cermin atau Tingkap Kereta?

Apa Nak Buat Jika Anda Perlu Pecahkan Cermin atau Tingkap Kereta?

Tiada siapa yang mahu memecahkan cermin atau tingkap kereta mereka kerana ia akan melibatkan kos penggantian yang mahal. Namun, dalam situasi kecemasan tertentu, ia mungkin perlu dilakukan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa anda, ahli keluarga, atau orang lain.

Berikut merupakan antara situasi kecemasan yang biasa berlaku yang mungkin memaksa anda memecahkan cermin kereta anda:

  • Anak atau haiwan peliharaan, kunci kereta anda tertinggal di dalam kereta.
  • Anda berdepan situasi kecemasan seperti kereta terbakar yang memerlukan anda untuk keluar dengan segera tetapi pintu atau tingkap tidak boleh dibuka dari dalam.
  • Kereta ditenggelami air banjir atau terjunam ke dalam air.

Di sini kami sediakan panduan untuk bantu anda pecahkan cermin tingkap kereta dengan selamat dalam keadaan kecemasan.

Pecahkan Cermin atau Tingkap Kereta Sewaktu Kecemasan, Apa yang Perlu Anda Tahu?

via GIPHY

Sekiranya anda berada dalam senario yang memerlukan anda memecahkan cermin atau tingkap kereta, berikut merupakan perkara penting yang perlu anda ketahui:

  1. Kenal pasti tingkap atau cermin kereta yang boleh anda pecahkan sekiranya berdepan situasi kecemasan. Bahagian sudut tingkap kereta anda merupakan bahagian yang paling mudah untuk dipecahkan lebih-lebih lagi jika anda menggunakan alatan logam.
  2. Simpan aksesori tambahan seperti tukul cermin yang boleh membantu anda memecahkan cermin kereta semasa dalam kecemasan.

Artikel berkaitan: Tukul Cermin, ‘Dashcam’ serta Aksesori Kereta Lain Yang Perlu Ada dalam Kereta

Situasi 1: Kunci Kereta Tertinggal dalam Kereta & Anak Kecil atau Haiwan Peliharaan Terkunci dari Dalam

Please don’t break the glass.

Jika situasi ini berlaku kepada anda atau orang lain – berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memecahkan cermin atau tingkap kereta dari luar.

  1. Hubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian, jika perlu.
  2. Jika anda merancang untuk memecahkan tingkap atau cermin, pastikan anak atau binatang peliharaan anda tidak berada berdekatan dengan cermin. Pecahkan cermin atau tingkap yang menggunakan kaca tahan pecah atau tempered glass.
  3. Sekiranya anda mempunyai peralatan khas untuk memecahkan kaca seperti tukul cermin, ketuk dengan berhati-hati di bahagian sudut cermin kereta. Bahagian ini lebih mudah untuk dipecahkan berbanding bahagian tengah cermin.
  4. Jika anda tidak mempunyai peralatan sebegitu, gunakan palam pencucuh atau spark plug dengan melemparkannya ke lantai – ia bertujuan untuk mengeluarkan kepingan tajam lapisan porselin spark plug.
  5. Kemudian, lempar ke bahagian tingkap kereta – porselin yang tajam akan menyebabkan keretakan kecil pada kaca tingkap.
  6. Pecahkan kaca tingkap dengan berhati-hati untuk mengakses pemegang pintu di bahagian dalam.

Situasi 2: Anda Berada di dalam Kereta dan Berdepan Detik Cemas seperti Kebakaran atau Kereta Terjunam ke dalam Air

via GIPHY

Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memecahkan cermin atau tingkap kereta dari dalam sekiranya berdepan situasi cemas sebegini.

  1. Kekal tenang. Jika anda masih boleh membuat panggilan kecemasan – lakukan segera dengan menghubungi talian kecemasan 999.
  2. Buka tali pinggang keledar anda dan segera keluar dari kenderaan secepat mungkin.
  3. Jika pintu kereta anda tidak boleh dibuka, turunkan tingkap kereta anda dan segera keluar melalui tingkap.
  4. Sekiranya tingkap kereta tidak boleh diturunkan, gunakan tukul cermin atau headrest untuk memecahkan kaca tingkap.
  5. Jika kereta anda terjunam ke dalam air, anda boleh ikuti panduan keselamatan kereta terjunam ke dalam air seperti berikut: Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Kereta Terjunam Ke Dalam Air

Dalam situasi kecemasan yang mengancam nyawa anda, ahli keluarga, atau orang lain, memecahkan cermin atau tingkap kereta adalah salah satu langkah yang boleh diambil untuk memastikan keselamatan pihak yang terlibat.

Tetapi, anda perlu memastikan yang anda tahu bagaimana untuk memecahkan cermin dengan selamat menggunakan alat yang sesuai seperti tukul cermin. Kekal tenang dan hubungi talian kecemasan jika diperlukan.

Utamakan keselamatan dalam keadaan ini dan ambil tindakan yang betul dalam keadaan cemas agar anda dapat menjaga kesejahteraan diri sendiri selain daripada dapat menyelamatkan nyawa yang terlibat. Semoga panduan yang kami sediakan ini berguna untuk anda.

Artikel berkaitan: Punca Cermin Kereta Retak & Cara Claim Insurans Cermin Kereta

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular