HomeBMPanduan Lengkap Jual Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Panduan Lengkap Jual Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan proses jual beli kereta terpakai. Proses-proses ini bukan sahaja memakan masa dan memenatkan, malah boleh mengelirukan bukan sahaja mereka yang pertama kali ingin membeli atau menjual kereta lama, malah mereka yang pernah berurusan beberapa kali. Pengetahuan seperti kadar susut nilai kereta sehinggalah proses mendapatkan insurans dan pinjaman kereta yang terbaik merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum membeli kereta terpakai. Manakala proses tukar nama milikan kenderaan, meningkatkan harga jualan kenderaan merupakan aspek penting yang perlu diketahui sebelum menjual kereta lama anda.

beli kereta second hand

Berikut merupakan panduan lengkap jual beli kereta terpakai atau one-stop guide yang boleh membantu dan memudahkan anda sekiranya anda ingin menjual atau membeli kereta terpakai baharu.

Isi Kandungan
Cara Beli Kereta Terpakai di Malaysia?

Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia?

Tips Pemilikan Kereta di Malaysia?

Panduan Lengkap Jual Beli Kereta Terpakai

Jika anda merancang untuk membeli kereta terpakai baharu atau menjual kereta lama anda, berikut merupakan panduan lengkap yang boleh anda pertimbangkan untuk memudahkan urusan anda jual beli kereta anda:

Cara Beli Kereta Terpakai di Malaysia?

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli kereta terpakai anda:

1. Bagaimana Cara Beli Kereta Terpakai?

Sebelum anda berkunjung ke mana-mana pengedar kereta terpakai, penting untuk anda melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan kereta. Ia penting untuk mengelakkan anda daripada tertipu atau berbelanja melebihi kemampuan anda. Dalam artikel ini, Carsome berkongsikan 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta terpakai daripada penetapan bajet sehinggalah pandu uji kereta pilihan anda.

Artikel Berkaitan: 10 Tip Beli Kereta Terpakai Mampu Milik dan Berbaloi

2. Pandu Uji Kereta dan Nilai Kualiti Kereta

Pandu uji kereta sebelum membeli kereta terpakai penting untuk memastikan tahap prestasi dan kualiti kereta yang ingin dibeli berada dalam keadaan baik. Malah, ia juga dapat membantu anda memaksimumkan pengalaman dan membuat keputusan yang betul dan tepat. Panduan lengkap ini akan menjawab segala persoalan anda seperti perkara yang perlu dipertimbangkan, kesalahan biasa dilakukan semasa pandu uji. Malah, anda juga berpeluang mempelajari cara mengenal pasti kereta pernah terlibat kemalangan, kebakaran atau ditenggelami banjir.

Artikel Berkaitan: Pandu Uji: Jangan Beli Kereta Terpakai Tanpa Langkah Penting Ini

3. Pilih Pinjaman atau Loan Kereta yang Sesuai

Tidak kira sama ada kereta baharu atau kereta terpakai, cara yang biasa dilakukan oleh bakal pembeli untuk memiliki kereta adalah dengan melalui pinjaman atau loan kereta. Pinjaman termasuk faedah perlu dibayar balik kepada pihak bank secara ansurans dalam jangka masa tertentu. Kadar pinjaman, faedah pinjaman, kaedah pengiraan pinjaman bergantung pada keperluan bank yang turut mengambil kira kelayakan gaji, rekod pinjaman sedia ada dan faktor-faktor semasa yang lain.

Artikel Berkaitan: Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pinjaman atau Loan Kereta

4. Memahami Jenis Insurans Kereta

Insuran kereta merupakan perlindungan tambahan yang dibeli oleh pemilik kereta yang bertujuan untuk melindungi pengguna dan membantu mengurangkan kos pembaikan yang perlu ditanggung sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kereta. Kurang arif tentang insurans, No Claim Discount (NCD) dan cara renew insurans kereta secara online? Tidak pasti tentang jenis dan harga insurans yang terbaik untuk kereta anda? Ketahui panduan menyeluruh mengenai insurans kereta di sini.

Artikel Berkaitan: Jenis, Harga dan Perbandingan Polisi Insurans Kereta di Malaysia

5. Tukar atau Pilih Nombor Plat Kereta

Kereta sudah confirm, namun nombor plat kereta belum tersedia? Tertanya-tanya proses membida nombor plat kereta secara online? Ketahui panduan komprehensif cara beli nombor plat kenderaan melalui Sistem Bidaan Nombor Plat Kenderaan Secara Dalam Talian, JPJeBid. Panduan ini turut menampilkan cara daftar portal JPJeBid, kategori nombor plat, semakan nombor plat terkini mengikut negeri, kaedah pembayaran dan harga tempahan nombor plat kereta.

Artikel Berkaitan: Cara Beli, Tender atau Bida No Plat Kenderaan Secara Online Melalui JPJeBid

6. Beli Kereta Terpakai di Carsome: Bagaimana Carsome Refurbished Kereta Lama

Kereta Carsome Certified melalui 175 titik pemeriksaan menyeluruh sebelum dijual semula kepada pelanggan kami. Malah, kereta ini juga akan melalui proses penambahbaikan bagi memastikan ia selari dengan standard jualan kami sebelum disenaraikan untuk dijual kepada pelanggan. Selain itu, kereta yang dijual tidak pernah ditenggelami banjir, telibat dalam kemalangan atau kebakaran yang berpotensi menjejaskan sruktur dan prestasi kereta.

Artikel Berkaitan: Bagaimana Carsome Refurbished Kereta Carsome Certified?

7. Kaedah Pembayaran untuk Beli Kereta Terpakai

Pembelian kereta terpakai melalui Carsome menawarkan pelbagai kelebihan menarik yang boleh memberi anda jaminan yang diharapkan. Selain pelbagai kaedah pembayaran yang sesuai mengikut keperluan anda, Carsome turut menawarkan jaminan pengembalian wang secara penuh dalam tempoh lima (5) hari sekiranya anda mengubah fikiran selepas pembelian.

jual beli kereta terpakai

Cara Jual Kereta Terpakai di Malaysia?

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menjual kereta lama terpakai anda:

1. Bagaimana Cara Jual Kereta Lama Anda pada Harga yang Tinggi?

Faktor-faktor seperti had perbatuan, reputasi, keadaan kereta, sejarah servis kereta merupakan antara faktor yang mempengaruhi kadar susut nilai kereta. Dalam erti kata lain, kereta yang tidak diselenggara atau dijaga dengan baik biasanya ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga sebenar pasaran. Namun begitu, ia tidak bermaksud anda hanya perlu bersetuju dengan harga yang ditawarkan – ketahui tips mark up harga jualan kereta anda di sini.

Artikel Berkaitan: Cara ‘Mark Up’ Harga Kereta Terpakai Anda?

2. Dokumen Diperlukan untuk Jual Kereta

Sama ada anda ingin trade in kereta lama anda kepada kereta baharu atau menjualnya untuk mendapatkan duit tambahan, banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan antaranya dokumen-dokumen sokongan untuk memudahkan urusan jual beli anda. Sebelum anda memulakan proses jual beli kereta anda, anda disarankan untuk memahami cara jual kereta yang betul dan dokumen yang anda perlukan untuk mempercepatkan proses.

Artikel Berkaitan: Jual Kereta Anda dan Dapatkan Bayaran dalam 1 Jam! Senang dan Pantas!

3. Harga Pasaran dan Kadar Susut Nilai Kereta

Secara amnya, penyusutan nilai kereta bergantung pada penggunaan harian (wear and tear). Sesebuah kenderaan biasanya susut nilai antara 15 hingga 35 peratus pada tahun pertama. Ia boleh mencecah sehingga 50 peratus setelah memasuki usia lima tahun dan ke atas. Ketahui lebih lanjut mengenai faktor yang mempengaruhi nilai pasaran kereta anda, kadar susut nilai purata dan cara untuk meminimumkan kadar susut nilai kereta di sini.

Artikel Berkaitan: Susut Nilai Kereta: Berapa Anggaran Harga Semasa Kereta Anda?

4. Laporan Pemeriksaan Puspakom (Laporan B5)

Semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan tukar milik di Puspakom sebelum permindahan hak milik kenderaan boleh dilakukan. Ini kerana, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memerlukan laporan B5 atau B5 Report sebelum pemindahan hak milik boleh dilakukan. Pemeriksaan ini bertujuan untuk melindungi bakal pembeli daripada membeli atau memiliki kenderaan yang tidak sah seperti kenderaan potong-sambung.

Artikel Berkaitan: Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan PUSPAKOM

5. Proses Bidaan Langsung atau Carsome Live Bidding

Selepas pemeriksaan dilakukan oleh pemeriksa bertauliah, anda boleh memilih sama ada untuk menerima harga yang ditawarkan on the spot atau memilih untuk melakukan bidaan harga secara langsung. Jika anda berminat untuk menjual kereta anda secara live bidding, ketahui lebih lanjut mengenai proses bidaan harga di Carsome dan perkara-perkara lain berkaitannya di sini.

Artikel Berkaitan: Terima Tawaran Harga atau Pilih Live Bidding Carsome? Cara Dapatkan Nilai Harga Tertinggi untuk Kereta Anda

beli kereta terpakai carsome

Tips Pemilikan Kereta di Malaysia?

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda memiliki kereta pertama anda:

1. Pembaharuan Cukai Jalan dan Insurans Kereta Secara Online

Selain lesen memandu, cukai jalan dan insurans kereta yang masih aktif merupakan perkara penting yang perlu ada bagi membolehkan sesebuah kenderaan digunakan di atas jalan raya. Jika salah satu daripadanya telah luput, ia boleh menjadi suatu mimpi ngeri terutamanya semasa melalui sekatan jalan raya. Jika dahulu, pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta perlu dilakukan secara fizikal di kaunter, kini ia boleh dilakukan secara dalam talian. Ketahui panduan lengkap bagi membantu anda memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta secara online di sini.

Artikel Berkaitan: Cara ‘Renew’ Roadtax atau Pembaharuan Cukai Jalan dan Insurans Secara Online

2. Refinance Pinjaman Kereta

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melakukan refinance atau penstrukturan semula pinjaman anda sama ada untuk menyelesaikan baki pinjaman dengan cepat atau mengurangkan beban kewangan bulanan sedia ada, anda boleh mengetahui kepentingan refinance pinjaman, cara dan kelebihan melakukan penstrukturan semula pinjaman di sini.

Artikel Berkaitan: Refinance Kereta, Cara Terbaik Kurangkan Ansuran Bulanan Kenderaan?

3. Servis atau Penyelenggaraan Kereta

Pertama kali memiliki kereta dan kurang arif tentang perkara yang perlu dititikberatkan semasa servis kereta? Aspek penyelenggaraan kereta kadang-kala boleh menjadi sedikit merumitkan dan memeningkan lebih-lebih jika tiada ilmu berkaitan penyelenggaraan kereta. Ketahui 15 checklist servis kereta yang boleh membantu memudahkan anda. Penyelenggaraan secara berjadual penting bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat dan mampu beroperasi pada tahap yang optimum.

Artikel Berkaitan: 15 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Servis Kereta Anda

4. Pindah Milik atau Tukar Nama Kereta

Proses pindah milik atau tukar nama kereta boleh dianggap sebagai suatu proses yang sukar dan remeh lebih-lebih lagi jika pemilik asal kenderaan telah meninggal dunia. Ketahui cara tukar nama kereta dan panduan lengkap pindah hak milik kereta secara sukarela atau sekiranya owner atau pemilik kereta meninggal dunia, dokumen-dokumen yang diperlukan di sini.

Artikel Berkaitan: Proses dan Cara Tukar Nama Kereta dan Hak Milik Kenderaan

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sekiranya anda merancang untuk menjual atau membeli kereta terpakai. Untuk memudahkan urusan anda, anda boleh memilih untuk beli kereta atau jual kereta terpakai lama anda di Carsome. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan terbaik untuk anda dengan tawaran pilihan kereta terpakai yang berkualiti, dokumentasi berkaitan diuruskan sepenuhnya dan perkhidmatan penghantaran kereta secara terus ke pintu rumah anda!

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular