HomeBMCara 'Mark Up' Harga Kereta Terpakai Anda?

Cara ‘Mark Up’ Harga Kereta Terpakai Anda?

Memikirkan cara yang berkesan untuk mendapatkan tawaran harga terbaik sebelum menjual kereta anda bukanlah suatu perkara yang mudah dan sedikit memeningkan. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum anda berjaya menjual kereta anda dengan tawaran harga yang lebih tinggi daripada pembeli. Ikuti tip di bawah untuk memberikan anda gambaran awal perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menjual kereta anda kepada mana-mana platform jual beli kereta terpakai.

Servis Kereta Lama Anda Seperti Kereta Baharu!

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan sebelum mengambil keputusan menjual kereta lama anda kepada mana-mana platform kereta terpakai adalah dengan menyelenggara kereta anda terlebih dahulu. Namun begitu, ia bergantung pada bajet dan tahap kerosakan kereta anda. Semakin baik keadaan kereta anda, semakin tinggi nilai jualan yang bakal diterima. Anda juga disarankan untuk menyimpan segala bukti transaksi, dokumen berkaitan dan resit kos pembaikan sekiranya diminta oleh bakal pembeli anda.kereta terpakai

#1 Pemeriksaan Enjin/Kereta

Tukar minyak enjin atau minyak hitam jika perlu. Kos untuk menukar minyak hitam dan minyak enjin kenderaan tidaklah terlalu mahal. Perkara ini mungkin boleh dijadikan ‘selling point’ yang baik dan meningkatkan potensi pembeli untuk membeli kereta anda. Selain itu, pastikan paras cecair dalam tangki mencukupi dan tambah jika perlu. Gantikan pengelap cermin depan dan belakang jika ia tidak lagi berfungsi dengan baik. Periksa juga lampu brek, lampu kereta dan mana-mana komponen lain jika perlu. Bersihkan terminal bateri anda jika terdapat karat padanya.

#2 Tayar Baharu/Tekanan Udara dalam Tayar

Pastikan tekanan udara dalam tayar anda mencukupi. Jika perlu, anda juga disarankan untuk menukar tayar kereta anda jika keadaan tayar sudah botak, bengkak atau merekah. Jika bajet anda tidak mengizinkan, anda boleh menggantikan tayar sedia ada kereta anda dengan tayar terpakai yang berkualiti. Namun begitu, pastikan ciri-ciri keselamatan tayar masih lagi dipatuhi.

#3 Badan Kenderaan

Kesan kemik atau calar pada badan kenderaan anda mungkin tidak menjejaskan kualiti pemanduan tapi boleh memberi impak terhadap persepsi pembeli ke atas kereta anda. Jika bajet masih mencukupi, baiki kerosakan-kerosakan ini. Untuk lebih menjimatkan, anda boleh baiki sendiri kesan kemik atau calar ini menggunakan teknik DIY. Namun begitu, elakkan pembaikan ‘asal siap’ kerana ia akan menjejaskan kualiti luaran kereta anda dan boleh menyebabkan anda hilang pembeli berpotensi.

tips jual kereta lama

Cuci Kereta Lama Anda Seperti Kereta Baharu!

Selain enjin dan badan kenderaan, antara perkara lain yang perlu anda pertimbangkan ialah bahagian dalaman kereta anda. Simpan semua barangan peribadi anda yang disimpan di dalam kereta sebelum ini seperti kasut, baju, GPS, pemain MP3 dan lain-lain. Pastikan semua barangan peribadi anda dikeluarkan daripada kereta anda sebelum anda menjualnya. Kereta yang kemas bukan sekadar sedap mata memandang, malah boleh dijadikan sebagai kayu ukur bahawa anda seorang yang menjaga kereta anda sepanjang berkhidmat dengan anda.

#1 Bersihkan Bahagian Dalaman Kereta

Vakum segala habuk dan debu yang terlekat di semua sudut kereta anda termasuk pada papan pemuka (dashboard) dan bahagian-bahagian tersembunyi lain pada kereta anda. Selain itu, kebanyakan kusyen kereta juga terdedah kepada kotoran degil, kesan kulat, tumpahan makanan, muntah anak dan sebagainya. Anda mungkin boleh mendapatkan bantuan pakar yang menyediakan perkhidmatan mencuci kusyen kereta untuk kesan yang lebih optimum.

#2 Basuh dan Gilap Kereta

Penjagaan kereta adalah sangat penting lebih-lebih lagi jika ia merupakan kenderaan dan aset pertama anda setelah bertungkus-lumus bekerja. Sebelum ke mana-mana pusat penilaian kereta, anda juga disarankan untuk membasuh dan menggilap kereta anda. Luaran kereta yang bersih dan kemas lebih sedap mata memandang! Untuk ‘extra point’, sembur pewangi kereta sebagai sentuhan akhir sebelum melakukan proses penilaian kereta! Manalah tahu, bau kereta yang wangi menarik hati penilai untuk memberikan harga yang lebih tinggi.Penjagaan kereta penting untuk mengekalkan warna dan kualiti kereta.

#3 Baiki Kerosakan-kerosakan Kecil

Baiki kerosakan-kerosakan kecil pada kenderaan anda, jika ada. Bersihkan kesan kotoran minyak pada engsel pintu, pastikan sistem audio berfungsi dengan baik atau tali pinggang keledar boleh digunakan. Perkara-perkara kecil seperti ini akan membantu meningkatkan pengalaman bakal pembeli kereta, sekaligus meningkatkan peluang anda untuk menjual kereta kesayangan anda pada harga yang lebih tinggi. Anda juga boleh gantikan barangan-barangan kecil pada kereta yang hilang di mana-mana kedai aksesori kereta.

Terlalu banyak perkara yang perlu anda fikirkan sebelum menjual kereta lama anda? Jangan risau, segala penat-lelah anda mungkin berbaloi dengan tawaran harga yang anda mungkin dapat. Anda juga boleh kunjungi pusat pemeriksaan CARSOME di seluruh Malaysia untuk dapatkan tawaran harga terbaik! CARSOME merupakan platform sehenti yang menyediakan perkhidmatan membeli kereta lama anda dengan harga yang berpatutan. Menariknya, hanya 30 minit masa yang diperlukan untuk pemeriksa profesional dan bertauliah kami untuk menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kereta anda dengan 175 titik pemeriksaan!

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular