Jual Kereta Anda dan Dapatkan Bayaran dalam 1 Jam! Senang dan Pantas!

Proses tradisional jual beli kereta terpakai selalunya amat sukar dan rumit bagi pemilik kereta. Langkah-langkah untuk menjual kereta juga mengambil masa dan memenatkan seperti pemeriksaan di Puspakom atau penukaran hak milik kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

jual kereta terpakai di Carsome

Sekiranya anda merancang untuk menjual kereta terpakai anda dan ingin mendapatkan bayaran dengan cepat, Carsome sedia membantu anda! Anda boleh mendapatkan wang hasil jualan kereta anda dalam masa satu (1) jam bermula dari penerimaan tawaran daripada Carsome. Memang mudah dan pantas! Jika anda masih mempunyai baki bayaran pinjaman kereta, kami juga boleh menguruskannya bagi pihak anda! Nak tahu bagaimana caranya?

Carsome: Profesional, Mudah dan Pantas

1. Kami Menguruskan Segala Proses Berkaitan

urusan berkaitan jual beli kereta anda diuruskan oleh Carsome

Menjual kereta terpakai tanpa bantuan agak rumit dan memakan masa. Proses menjual kereta biasanya melibatkan banyak proses yang mungkin mengelirukan anda. Carsome menyelesaikan masalah ini dengan mengendalikan proses pertama hingga proses terakhir bagi pihak anda. Ikuti langkah di bawah untuk memudahkan urusan anda:

Cara baharu jual beli kereta

#1: Hubungi talian hotline kami di 1800-82-3388 atau masukkan maklumat berkaitan kereta dan maklumat anda di laman web Carsome. Pegawai perkhidmatan pelanggan kami akan mengesahkan butiran janji temu anda melalui panggilan.

#2: Hadiri janji temu yang dijadualkan untuk pemeriksaan kereta anda selama 30 minit, dan bawa bersama dokumen berkaitan kereta anda untuk tujuan pengesahan.

#3: Anda boleh menerima harga tawaran Carsome dengan segera atau pilih pembidaan dalam talian.

#4: Proses pindah hak milik kereta dapat diselesaikan pada hari yang sama dengan tarikh penyerahan kereta yang dipersetujui walaupun anda memilih mana-mana harga yang ditawarkan sekalipun. Proses pembayaran akan dilakukan dalam masa satu (1) jam (tertakluk terma dan syarat) jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan Carsome.

2. Ekstra Wang Tanpa Tawar-menawar

Setiap pemilik kenderaan yang ingin membeli kereta second hand atau menjual kereta lama berhasrat untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk kereta mereka. Harga kereta terpakai biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Jarak tempuh perjalanan
  • Umur kereta
  • Keadaan kereta 
  • Permintaan pasaran
  • Rekod servis kereta

Carsome: platform kereta terpakai terbaik di Malaysia

Jika sebelum ini anda perlu mengunjungi pengedar-pengedar kereta terpakai untuk berunding atau menjual di mana-mana platform dalam talian lain untuk mendapatkan tawaran harga terbaik untuk kereta anda. Namun kini, anda tidak perlu risau lagi. Carsome membolehkan anda mendapatkan tawaran harga terbaik untuk kereta anda dari platform pembidaan kami yang mengandungi lebih daripada 1,800 pengedar kereta terpakai di seluruh negara. Berdasarkan permintaan pasaran untuk model kereta anda, platform pembidaan dijamin dapat menawarkan harga terbaik untuk kereta anda.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau jika pinjaman kenderaan anda masih berbaki. Sekiranya hutang tertunggak lebih tinggi daripada harga tawaran Carsome, anda hanya perlu membayar perbezaannya kepada bank. Sekiranya ia lebih rendah dari harga tawaran, perbezaannya akan dipindahkan ke akaun bank anda selepas penjelasan di bank, mudah bukan?

3. Proses Cepat – Bayaran Sepantas 1 Jam*

cara baharu untuk menjual kereta anda dengan cara yang lebih mudah

Proses jual beli Carsome adalah mudah dan pantas untuk sesiapa yang ingin menjual kereta terpakai, Anda tidak perlu menghabiskan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan kereta anda. Malah, ia dijamin lebih cepat dan pantas berbanding cara jual beli kereta secara tradisional!

Carsome Jual Beli

Penyerahan maklumat dalam talian, proses pemeriksaan kereta, proses jualan kereta adalah semudah 1-2-3. Lebih-lebih lagi, jika anda menerima tawaran Carsome dengan segera, dokumen yang lengkap dan tiada pinjaman tertunggak dengan pihak bank, pembayaran akan dipindahkan ke dalam akaun anda dalam masa satu (1) jam setelah pemindahan hak milik kereta anda selesai! Jika tidak, proses penyerahan akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Terma & Syarat Bayaran Satu (1) Jam Carsome 

Bayaran dalam tempoh satu (1) jam Carsome kepada pemilik kenderaan bergantung (tetapi tidak terhad kepada) syarat-syarat berikut:

  1. Setelah perjanjian penjualan disetujui, pemilik kenderaan (“Pemilik”) mesti hadir di pusat pemeriksaan Carsome untuk menjalani prosedur berikut:
      • Pengambilan biometrik jari (cap ibu jari)
      • Penyerahan invois pembelian (untuk kereta yang dibeli secara tunai)
  1. Mengikuti keperluan Carsome, pemilik dikehendaki mengemukakan semua dokumen asal di bawah:
      • Kad pengenalan (atau passport untuk warganegara bukan Malaysia)
      • Kad pendaftaran kenderaan asal (RC) / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
      • Kunci kereta kedua (jika ada)
      • Penyata pinjaman sewa beli tertunggak (jika ada)
      • Permit import kereta (AP) – Form 1, Form 8, Form 69 (untuk kereta import recon sahaja)
  1. Pemilik tidak boleh mempunyai pinjaman sewa beli tertunggak dengan bank.
  2. Setelah syarat (1), (2) dan (3) dipenuhi, Carsome akan melakukan pemindahan bayaran secara talian ke akaun bank Pemilik. Pemindahan akan diselesaikan dalam masa satu (1) jam.
  3. Carsome tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesulitan teknikal yang dihadapi oleh pihak bank Carsome dan/atau bank Pemilik, termasuk penyelenggaraan sistem, waktu henti sistem, dan gangguan sistem.
  4. Carsome tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan (langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti, perbelanjaan, atau tuntutan yang disebabkan oleh kelewatan dalam pemindahan pembayaran.