HomeBMJual Kereta Anda & Dapatkan Bayaran dalam Masa Singkat!

Jual Kereta Anda & Dapatkan Bayaran dalam Masa Singkat!

Setiap pemilik kenderaan yang ingin jual kereta lama berhasrat untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk kereta mereka. Harga kereta terpakai biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Mileage
  • Umur kereta
  • Keadaan kereta 
  • Permintaan pasaran
  • Rekod servis kereta

Jika sebelum ini anda perlu mengunjungi pengedar-pengedar kereta terpakai untuk berunding atau menjual di mana-mana platform dalam talian lain untuk mendapatkan tawaran harga terbaik untuk kereta anda. Namun kini, anda tidak perlu risau lagi.

Proses biasa jual beli kereta terpakai selalunya sukar dan memeningkan bagi pemilik kereta. Langkah-langkah seperti pemeriksaan di PUSPAKOM dan penukaran hak milik kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memakan masa yang amat lama untuk diselesaikan.

Sekiranya anda merancang untuk menjual kereta terpakai anda dan ingin mendapatkan bayaran dengan cepat, CARSOME adalah pilihan terbaik anda! Anda boleh mendapatkan wang hasil jualan kereta anda secepat mungkin bermula dari penerimaan tawaran daripada CARSOME. Memang mudah dan pantas! Jika anda masih mempunyai baki bayaran pinjaman kereta, kami juga boleh uruskannya untuk anda! Nak tahu bagaimana caranya?

Kenapa Kena Jual Kereta Dengan CARSOME?

1. Kami Uruskan Segala Proses & Kertas Kerja

urusan berkaitan jual beli kereta anda diuruskan oleh Carsome

Menjual kereta terpakai tanpa bantuan agak rumit dan memakan masa. Proses menjual kereta biasanya melibatkan banyak proses yang mungkin mengelirukan anda. CARSOME menyelesaikan masalah ini dengan mengendalikan proses pertama hingga proses terakhir bagi pihak anda. Selain itu, CARSOME juga akan menguruskan kertas kerja dan juga dokumen berkaitan dengan urusan menjual kereta anda.

Cara baharu jual beli kereta

2. Nak Harga Lagi Mahal? Bidakan Kereta Anda!

CARSOME membolehkan anda mendapatkan tawaran harga terbaik untuk kereta anda dari platform pembidaan kami yang mengandungi lebih daripada 1,800 pengedar kereta terpakai di seluruh negara. Berdasarkan permintaan pasaran untuk model kereta anda, platform pembidaan dijamin dapat memberikan harga terbaik untuk kereta anda.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau jika pinjaman kenderaan anda masih berbaki. Sekiranya hutang tertunggak lebih tinggi daripada harga tawaran CARSOME, anda hanya perlu membayar baki pinjaman kepada bank. Sekiranya ia lebih rendah dari harga tawaran, perbezaan bayaranakan dipindahkan ke akaun bank anda selepas penjelasan baki bayaran kereta di bank, mudah bukan?

Carsome: platform kereta terpakai terbaik di Malaysia

3. Proses Cepat – Terima Bayaran Secepat Mungkin

cara baharu untuk menjual kereta anda dengan cara yang lebih mudah

Kalau anda nak jual kereta kepada CARSOME, berapa lama anda akan dapat bayaran anda? 

CARSOME akan membuat bayaran secepat mungkin. Tetapi, kebanyakan masanya anda akan mendapat bayaran anda dalam masa beberapa jam sahaja tanpa perlu menunggu lama.

Carsome Jual Beli

Jadi, anda boleh lupakan cara lama guna tong minyak untuk jual kereta dan biarkan kereta anda mereput di tepi jalan sebelum ianya terjual. Pilih CARSOME untuk dapatkan khidmat jual kereta terbaik!

Cara Jual Kereta Di CARSOME

#1: Buat janji temu untuk pemeriksaan kereta di laman web CARSOME atau melalui aplikasi CARSOME. Selain itu, anda juga boleh Hubungi talian hotline kami di 1800-82-3388 atau masukkan maklumat berkaitan kereta dan maklumat anda di carsome.my atau melalui aplikasi kami. Pegawai perkhidmatan pelanggan kami akan mengesahkan butiran janji temu anda melalui panggilan atau Whatsapp.

#2: Hadiri janji temu yang dijadualkan untuk pemeriksaan kereta anda selama 30 minit, dan jangan lupa untuk bawa bersama dokumen berkaitan kereta anda untuk tujuan pengesahan.

#3: Anda boleh menerima harga tawaran CARSOME dengan segera atau pilih pembidaan dalam talian.

#4: Proses pindah hak milik kereta dapat diselesaikan pada hari yang sama dengan tarikh penyerahan kereta yang dipersetujui walaupun anda memilih mana-mana harga yang ditawarkan sekalipun. Proses pembayaran akan dilakukan secepat mungkin (tertakluk pada terma dan syarat) jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan CARSOME.

*Tertakluk pada Terma dan Syarat.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular