HomeBMCara Mudah Nak Jual Kereta yang Masih Ada Baki Pinjaman

Cara Mudah Nak Jual Kereta yang Masih Ada Baki Pinjaman

Nak beli kereta baharu bukanlah satu keputusan yang mudah bagi kebanyakan orang. Lebih-lebih lagi kalau kereta yang mereka miliki masih lagi ada baki ansuran pinjaman yang perlu dibayar setiap bulan. Anda sebenarnya boleh jual kereta yang masih belum habis bayar, tapi prosesnya agak susah, terutama sekali kalau anda tak ada pengalaman menjual kereta sendiri.

Di sini kami jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan jika anda mahu menjual kereta yang masih ada lagi baki pinjaman.

Cari Pembeli Tunai

Situasi paling senang bila nak jual kereta anda adalah dengan mendapatkan pembeli yang boleh membayar untuk kereta anda secara tunai. Ini bukan sahaja dapat membuatkan proses jadi lebih mudah, malah lebih murah.

man wearing white shirt in a car holding car keys

Cuma tetapkan harga kereta anda dan pembeli akan bayar jumlah yang dah dipersetujui kepada anda. Anda hanya perlu lakukan Pemeriksaan Tukar Milik B5 PUSPAKOM yang memerlukan bayaran RM30 dan kemudian anda perlu buat penukaran hak milik di mana-mana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan bayaran RM100 sahaja.

Dah selesai! Dengan bajet serendah RM130, anda boleh dapatkan sejumlah wang untuk selesaikan baki pinjaman anda – mungkin dengan baki yang mencukupi untuk beli kereta yang baharu!

TETAPI, pihak bank biasanya hanya membenarkan anda menjual kereta atau menukarnya selepas LIMA tahun – untuk tempoh pinjaman kereta selama sembilan tahun, dan selepas EMPAT hingga LIMA tahun – untuk tempoh pinjaman kereta selama tujuh tahun.

Semak dulu perjanjian pinjaman anda kerana sesetengah bank akan mengenakan denda atau penalti untuk penyelesaian pinjaman awal kerana kebanyakan pinjaman datang dengan tempoh terkunci. Oleh itu, anda perlu mengetahui tempoh masa yang sesuai dan jumlah peratusan denda yang akan dikenakan sekiranya anda ingin menyelesaikan hutang pinjaman kereta secara sekaligus.

Macam Mana dengan Pembeli yang Menggunakan Pinjaman?

Apabila berurusan dengan pembeli yang menggunakan pinjaman daripada bank untuk beli kereta anda pula, prosesnya akan jadi sedikit sulit. Anda perlu lakukan Pemeriksaan Sewa Beli B7 PUSPAKOM yang memerlukan bayaran RM60 dan akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Pembeli pula perlu memohon pinjaman daripada pihak bank dan ia perlu diluluskan sebelum anda boleh selesaikan urus niaga tersebut. Proses ini juga akan mengambil masa yang lama memandangkan bank pembeli perlu menjelaskan pinjaman bank anda juga.

Perlu diingati bahawa proses ini hanya boleh dilakukan jika nilai jualan kereta anda lebih tinggi daripada baki pinjaman anda. Untuk dapatkan anggaran nilai jualan kereta anda, boleh pergi ke mana-mana penjual kereta terpakai dan semak anggaran harga jualan mereka.

Macam mana pula kalau nilai jualan kereta anda tak cukup untuk tampung baki pinjaman yang tertunggak? Sebagai contoh, kereta anda dijual pada harga RM50,000, tetapi pinjaman anda masih berbaki RM60,000 lagi. Jika perkara ini berlaku, anda perlu menambah RM10,000 untuk menjual kereta anda.

Kenapa Kena Tambah Duit Masa Jual Kereta?

Sebelum proses menjual kereta anda boleh diselesaikan, pihak bank perlu memastikan yang pinjaman anda telah dijelaskan sepenuhnya. Inilah sebabnya anda perlu tambah duit kalau harga jualan kereta anda tidak mencukupi untuk selesaikan baki pinjaman kereta.

two hands with one holding a car and one holding a bunch of coins

Apabila bayaran tambahan RM10,000 telah diselesaikan, barulah pihak bank boleh menguruskan kertas kerja yang diperlukan untuk menjual kereta anda. Melainkan anda ada wang yang cukup untuk jelaskan baki pinjaman anda beserta dengan kadar faedah atau denda yang dikenakan – jika ada, pengedar kereta terpakai adalah pilihan terbaik untuk menjual kereta anda.

Jika anda memilih untuk jual dengan pengedar kereta terpakai, anda ada pilihan untuk selesaikan pinjaman anda sepenuhnya. Tetapi, kebanyakan pengedar kereta terpakai biasanya akan mengenakan bayaran pemprosesan yang boleh mencecah sehingga RM5,000 untuk menampung kos-kos berikut:

  • Bayaran invois
  • Bayaran pemprosesan
  • Bayaran perjanjian
  • Bayaran JPJ
  • Bayaran PUSPAKOM
  • Bayaran caj perkhidmatan
  • Kos servis kereta

Jual Kereta Anda Kepada CARSOME dengan Cepat, Mudah, & Selamat

Apabila menjual kereta, anda pasti mahu pilih cara yang paling menjimatkan masa, tenaga, dan juga wang. Inilah sebabnya CARSOME menawarkan pengalaman menjual kereta yang mudah, pantas, dan selamat. Anda cuma perlu ikut beberapa langkah mudah yang berikut dan kami akan uruskan semuanya untuk anda.

  • Tempah pemeriksaan: Untuk mendapatkan tawaran mengikut harga pasaran, tempah sesi pemeriksaan percuma secara dalam talian di laman web kami atau melalui aplikasi kami. Konsultan CARSOME akan menghubungi anda untuk mengesahkan maklumat anda dan menjadualkan pemeriksaan di pusat yang terdekat.
  • Pemeriksaan profesional: Hadiri pemeriksaan yang telah dijadualkan dan pemeriksa kami yang bertauliah akan menjalankan pemeriksaan 175-titik ke atas kereta anda sebelum menawarkan harga.
  • Dapatkan tawaran harga: Selesai pemeriksaan, kami akan membuat tawaran harga kepada anda, atau anda boleh pilih untuk senaraikan kereta anda dalam bidaan langsung di mana kereta anda akan dibida oleh penjual kereta dari seluruh negara dan anda mungkin akan mendapat harga sehingga 20 peratus* lebih tinggi daripada nilai pasaran.
  • Proses yang mudah: Jika anda bersetuju dengan harga yang ditawarkan, kami akan uruskan semua kertas kerja untuk anda dan anda akan terima bayaran secepat mungkin selepas proses penjualan diselesaikan*.

Jadi, kalau anda dah sedia untuk jual kereta anda dengan CARSOME, kami sedia membantu. Apa yang anda tunggu lagi? Tempah janji temu pemeriksaan percuma melalui carsome.my atau aplikasi kami sekarang!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat.

Artikel berkaitan: Nak Jual Kereta? 17.5 Perkara untuk Naikkan Nilai Kereta Anda

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular