Nombor pendaftaran kenderaan terkini yang menarik dan unik kini mendapat tempat dalam kalangan pemilik kereta. Ramai pemilik kereta sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkan nombor plat terkini yang eksklusif untuk kereta masing-masing. Malah, pengenalan sistem bidaan no plat online seperti JPJeBid juga antara faktor yang menggalakkan pemilik kereta untuk menyertai tender terbuka bagi mendapatkan nombor plat terkini kerana lebih mudah, telus dan efisien. Bagi anda yang mungkin pertama kali ingin bida no plat kereta, Carsome menyenaraikan cara beli no plate JPJ online untuk panduan dan rujukan anda seperti berikut:
Perkara Perlu Tahu Mengenai JPJ e bidding – Sistem Bidaan Beli Nombor Plat Online
JPJeBid (atau turut dikenali sebagai JPJ ebid, e bidding JPJ dan ebid JPJ) merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Ia merupakan langkah strategik JPJ dalam memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat yang bertujuan untuk memudahkan urusan pembidaan (bid no plat), meningkatkan dan memperkemaskan sistem urus niaga secara dalam talian.
Proses Pendaftaran JPJeBid
Sistem ini terbuka bagi individu atau syarikat yang ingin mendapatkan nombor plat kenderaan terkini. Bagi menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan Portal Orang Awam, MySIKAP terlebih dahulu. Pendaftaran MySIKAP boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPJ negeri atau cawangan sahaja tidak termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC). Anda boleh merujuk infografik untuk mengetahui cara pendaftaran ID Portal Orang Awam, MySIKAP.
Cara Beli No Plat JPJ Online Melalui JPJeBid
Setelah anda mempunyai akses terhadap Portal Orang Awam, mySIKAP, anda kini boleh mendaftar untuk menggunakan sistem JPJeBid. Berikut merupakan cara untuk mendaftar portal JPJeBid sebagai panduan anda:
-
-
- Daftar masuk portal JPJeBid. Untuk pengguna kali pertama, anda perlu klik Daftar Baharu. Permohon yang ingin mendaftar dengan JPJeBid perlu menyertakan dokumen berikut semasa pendaftaran – salinan kad pengenalan (individu) dan salinan sijil dan lesen perniagaan (syarikat).
- Semak e-mel untuk pengesahan pendaftaran, dan klik pautan yang diberikan.
- Kemudian, log masuk portal JPJeBid (JPJeBid login) menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Lakukan carian no plate kereta pilihan. Hasil carian nombor pendaftaran terkini akan dipaparkan.
- Klik pada nombor pendaftaran yang ingin dibida, kemudian klik butang Bida.
- Masukkan maklumat kad kredit bagi membuat pembayaran caj perkhidmatan.
- Kemudian, masukkan amaun bidaan dan klik Bida.
- Skrin pembayaran akan dipaparkan, masukkan maklumat kad kredit bagi membuat pembayaran amaun bidaan.
-
Tiada had dikenakan bagi bidaan no plat JPJ ini. Namun begitu, jumlah nombor yang boleh dimenangi adalah dihadkan kepada tiga nombor pendaftaran terkini sahaja bagi setiap individu dan lima nombor pendaftaran terkini bagi syarikat. Setiap nombor yang dibida akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10.
Beli Nombor Plat – Kategori Nombor Plat Terkini
Secara amnya, nombor pendaftaran kenderaan terkini atau no plat terkini yang ditawarkan untuk bidaan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut:
-
- Popular Numbers atau Nombor Popular – Digit popular seperti 121, 242, 575, 898, 909 dan sebagainya. Biasanya, harga no plat 3 angka bermula pada harga minimum RM800.
- Attractive Numbers atau Nombor Menarik – Digit menarik seperti 11, 44, 88, 777, 9999 dan sebagainya. Harga no plat 2 angka biasanya bermula dengan harga serendah RM3,000 dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit bergantung pada permintaan.
- Golden Numbers atau Nombor Bernilai Utama – digit tunggal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan sebagainya. Harga no plat 1 angka dibuka untuk bidaan dengan harga serendah RM20,000
- Running Number atau Nombor Semasa – harga no plat 4 angka dibuka untuk bidaan pada harga serendah RM300.
JPJ Running Number: Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Mengikut Negeri
Selain itu, berikut merupakan nombor plat terkini mengikut negeri untuk rujukan anda. Jadual di bawah adalah berdasarkan data daripada laman web JPJ yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Negeri/Daerah | No. Plat Terkini |
SELANGOR | BRR2674 |
TERENGGANU | TCV4889 |
JOHOR | JWU1850 |
KEDAH | KFS9241 |
LANGKAWI | KV6024E |
KELANTAN | DEW1492 |
KUALA LUMPUR | VLX454 |
MELAKA | MDU1254 |
NEGERI SEMBILAN | NEB1651 |
PAHANG | CEV7952 |
PULAU PINANG | PRC5081 |
PERAK | ANH5153 |
PERLIS | RAT5685 |
KOTA KINABALU | SJC6460 |
SANDAKAN | SMM3294 |
KUDAT | SK3695E |
TAWAU | SWJ5630 |
BEAUFORT | SB914H |
KENINGAU | SU840L |
LAHAD DATU | SD7476V |
KUCHING | QAB6511H |
SIBU | QS2879T |
MIRI | QM517P |
SRI AMAN | QBG1748 |
SARIKEI | QRT6309 |
BINTULU | – |
LIMBANG | QLE5437 |
KOTA SAMARAHAN | QCR5239 |
KAPIT | QPC6857 |
LABUAN | LH2864 |
PUTRAJAYA | – |
*Nombor pendaftaran terkini (nombor plat terkini 2023) dikemas kini setakat 12:00pm, Jumaat, 24 November 2023.
Anda juga boleh menyemak nombor pendaftaran kenderaan terkini mengikut kawasan atau negeri secara terus daripada laman web rasmi JPJ di sini.
Beli No Plat: Kaedah Pembayaran
Pembayaran bidaan boleh dibuat melalui kad kredit tempatan/kad debit tempatan sahaja. Pembida boleh menggunakan lebih daripada satu kad kredit/kad debit untuk membuat bidaan tambahan.
Harga No Plat: Tempahan No Pendaftaran
Setiap nombor yang ditempah memerlukan anda untuk membayar harga tempahan minimum mengikut kategori nombor pendaftaran seperti berikut:
Amaun bidaan pertama mestilah sama atau melebihi harga minimum yang ditetapkan mengikut kategori. Peningkatan bidaan minimum adalah sebanyak 5% daripada amaun harga minimum dan tiada had dikenakan untuk peningkatan maksimum.
Formula Kenaikan
5% x Harga Minimum Bidaan = Kenaikan Harga Minimum
Harga Minimum Bidaan + Kenaikan Harga Minimum = Jumlah Bidaan
Kategori Harga No Plat | Harga Bida No Plat Minimum | Kenaikan Bidaan Minimum | Kenaikan Bidaan Minimum | ||
Jumlah Bidaan (Kenaikan) | |||||
Pertama | Kedua | Ketiga | |||
Harga No Plat 1 Angka – Nombor Utama | RM20,000 | RM1,000 | RM21,000 | RM22,000 | RM23,000 |
Harga No Plat 2 Angka – Nombor Menarik | RM3,000 | RM150 | RM3,150 | RM3,300 | RM3,450 |
Harga No Plat 3 Angka – Nombor Popular | RM800 | RM40 | RM840 | RM880 | RM920 |
Harga No Plat 4 Angka – Nombor Biasa | RM300 | RM15 | RM315 | RM330 | RM345 |
*Peningkatan amaun minimum akan dipaparkan pada halaman bidaan sebagai rujukan/**Segala transaksi semasa bidaan menggunakan kaedah pre-authorization
Untuk rekod, bidaan yang paling tinggi direkodkan yang dibuat untuk satu nombor setakat hari ini ialah untuk nombor plat ‘Malaysia 1’ dengan jumlah bidaan setinggi RM1,111,111! Jumlah bidaan tertinggi ini sekali gus memecahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh nombor plat kereta ‘V1’ yang bernilai RM989,000.
Beli No Plate JPJ Online: Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Kami turut menyediakan soalan-soalan lazim berkaitan proses bida no plat dan tempahan nombor pendaftaran kenderaan terkini bagi menjawab persoalan-persoalan lazim yang biasa diajukan oleh pengguna.
1. Adakah fi dan caj dikenakan untuk melakukan bidaan no plat JPJ?
Ya, caj sebanyak RM10 akan dikenakan (dan tidak akan dikembalikan) sebagai caj perkhidmatan bagi setiap nombor pendaftaran.
2. Adakah deposit diperlukan sebelum melakukan bidaan no plat JPJ?
Tiada deposit diperlukan, namun pembida perlu mengemukakan bayaran harga minimum mengikut kategori nombor kenderaan.
3. Bolehkan pembida menarik balik bidaan no plat JPJ?
Tidak, pembida tidak dibenarkan untuk menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan.
4. Bagaimanakah saya boleh mengetahui tender no plate JPJ yang sedang dibuka?
Anda boleh membuat semakan di laman web rasmi atau ikuti laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook JPJ Malaysia untuk kemas kini lanjut.
5. Berapa lamakah tempoh bidaan no plat JPJ untuk satu siri nombor kenderaan berlangsung?
Tempoh bidaan untuk satu siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama lima hari dan tamat pada jam 2359 Hrs hari kelima. Waktu bidaan mengambil kira tempoh bidaan yang berlangsung dan bukannya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank.
6. Apakah yang berlaku pada bayaran bidaan jika bidaan pembida berjaya?
Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/kad debit pembida dengan serta-merta.
7. Apakah yang berlaku pada bayaran bidaan jika bidaan pembida tidak berjaya?
Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke dalam kad kredit/kad debit pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.
8. Berapa lamakah tempoh penyelesaian pembayaran bidaan sekiranya bidaan pembida tidak berjaya?
Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke dalam kad kredit/kad debit pembida dalam tempoh tujuh hari bekerja (kad kredit) dan empat belas hari bekerja (kad debit) bergantung kepada bank pengeluar kad kredit/kad debit (issuer).
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui cara beli no plat dan mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini idaman anda. Selain itu, jika anda ingin membeli kereta terpakai atau menjual kereta lama anda, layari laman web CARSOME untuk info lanjut. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai dengan tawaran harga yang menarik, mampu milik dan berbaloi.