Terima Tawaran Harga atau Pilih Live Bidding Carsome? Cara Dapatkan Nilai Harga Tertinggi untuk Kereta Anda

Pertambahan ahli keluarga baharu merupakan antara sebab biasa pengguna memilih untuk menaik taraf kereta lama kepada kereta baharu yang lebih luas dan selesa. Jika dahulu kereta bersaiz kompak sudah memadai, kini kereta bersaiz kecil tidak lagi selesa menampung bilangan ahli keluarga yang bertambah apatah lagi jika perlu menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak. Penyelesaian mudah – beralih kepada kenderaan serba guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) atau kereta sedan yang lebih besar.

beli jual kereta terpakai

Meskipun naik taraf kereta baharu merupakan sesuatu proses yang mengujakan, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diberi perhatian bagi memastikan keputusan yang dilakukan adalah tepat dan sesuai dengan keadaan semasa. Bagi anda yang mempunyai aliran kewangan yang baik, memiliki dua kereta bukanlah suatu isu besar. Namun begitu, ia boleh memberi beban kewangan dan komitmen tambahan kepada anda jika anda mempunyai hutang yang sedia ada tinggi.

Isi Kandungan

Oleh itu, anda disarankan untuk jual atau trade-in kereta lama anda sebelum membeli kereta baharu untuk bagi mengelakkan menanggung beban hutang yang lebih tinggi. Persoalan biasa yang mungkin timbul – jual kereta sendiri atau melalui pengedar kereta?

Jual Kereta Sendiri atau Jual Melalui Carsome?


Secara amnya, menjual kereta terpakai bukanlah suatu proses yang mudah. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan dipertimbangkan lebih-lebih lagi jika anda melakukannya untuk kali pertama. Jual kereta melibatkan proses-proses tertentu yang bukan sahaja memakan masa yang lama, namun ia boleh merugikan anda jika dibuat dengan tidak betul.

Jual Kereta Sendiri

Bagi penjual kereta yang memerlukan tunai tambahan, proses jual kereta sendiri dikatakan lebih berbaloi. Anda boleh mendapatkan keuntungan tambahan daripada jualan kereta antara RM2,000 hingga RM5,000 bergantung pada keadaan, model dan jenama kereta berbanding harga yang ditawarkan oleh pengedar kereta terpakai. Namun begitu, anda perlu meluangkan lebih banyak masa untuk bertemu dan berunding dengan bakal pembeli yang berminat. Ini termasuk tinjauan harga pasaran, menguruskan aspek dokumentasi seperti pemeriksaan di Puspakom, tukar nama kereta dan proses lain yang berkaitan sendiri.

Jika tidak bernasib baik, anda mungkin berdepan dengan risiko penipuan yang lebih tinggi kerana perlu berurusan dengan individu yang tidak dikenali. Meskipun proses jual kereta sendiri lebih memenatkan dan memakan masa, nilai jualan yang diperoleh biasanya berbaloi dengan usaha dan tenaga yang dicurahkan.

Jual Kereta di Carsome

Namun begitu, jika anda mempunyai kekangan masa dan tidak mahu menguruskan jualan kereta anda sendiri, anda boleh menjual kereta anda melalui ejen jualan atau platform jual beli kereta dalam talian seperti Carsome. Carsome menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang lebih mudah, selamat dan efisien sekali gus mengelakkan anda daripada sebarang penipuan. Ini kerana, semua urusan berkaitan penjualan kereta seperti pemeriksaan di Puspakom, tukar nama kereta, urusan lain dengan pihak bank dan sebagainya diuruskan sepenuhnya oleh Carsome.

Tambahan pula, Carsome mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan berkaitan jual beli kereta. Ia secara tidak langsung menjanjikan kualiti perkhidmatan yang telus dengan rangkaian pengedar kereta yang lebih luas di seluruh negara. Selain itu, proses pemeriksaan yang ketat dengan bantuan inspektor penilaian terlatih untuk menjalankan 175 titik pemeriksaan – memastikan kualiti dan keselamatan kereta yang dijual. Ia juga bertujuan untuk memastikan kereta tidak terlibat dalam kemalangan besar, bebas banjir, kebakaran serta kerosakan rangka yang boleh menjejaskan prestasinya sebelum dijual semula dalam pasaran kereta terpakai.

Pro Tip: Carsome memiliki lebih daripada 8,000 pengedar berdaftar dengan lebih 100,000 buah kereta terjual dalam tempoh setahun, 4,400,000 jumlah keseluruhan bidaan dengan nilai transaksi keseluruhan berjumlah US$800 juta.

Proses ini juga turut merangkumi pemeriksaan pemanduan di jalan raya, bahagian dalaman dan luaran (kemik, calar atau rosak) termasuk bacaan mileage. Oleh sebab itu, cara ini dikatakan lebih sesuai untuk anda yang tidak tidak mempunyai masa dan pengalaman dalam menguruskan penjualan kereta terpakai. Dengan lebih 50 pusat pemeriksaan di lebih 50 buah bandar di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, Carsome boleh dikatakan sebagai pemain industri utama pasaran kereta terpakai.

Artikel Berkaitan: Bagaimana Carsome Refurbished Kereta Carsome Certified?

Platform Jual Beli Kereta Terpakai Dalam Talian: Selamat, Mudah dan Efisien


Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Ia menawarkan perkhidmatan jual beli kereta terpakai yang terbaik dan berkualiti untuk anda. Malah, dengan rangkaian pengedar kereta terpakai berdaftar yang melebihi 8,000 pengedar, ia menjanjikan pengalaman jual kereta terpakai secara online melalui platform tanpa perlu berurusan secara terus dengan pengedar. Malah, Carsome turut menguruskan segala urusan berkaitan dokumentasi termasuk pindah milik kereta sekali gus menjadikan pengalaman jual kereta lebih selamat, mudah dan efisien.

Jual Kereta di Carsome: Terima Tawaran Harga atau Pilih Live Bidding Carsome


Pengetahuan luas mengenai pasaran kereta terpakai tempatan khususnya berkaitan harga kereta terpakai menjadikan Carsome platform jual beli kereta terpakai terbaik dalam segmennya. Oleh sebab itu, proses jual beli kereta terpakai di Carsome menjadi lebih selamat, mudah dan efisien.

Pemeriksaan Kereta di Carsome

Langkah Satu: Buat Temu Janji

Temu janji di Carsome hanya mengambil masa kurang daripada 2 minit untuk dilakukan–isi maklumat diperlukan di laman web Carsome dan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Carsome akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut dan mengesahkan janji temu pemeriksaan anda.

Langkah Dua: Hadiri Pemeriksaan

Hadir untuk pemeriksaan di mana-mana cawangan Carsome di seluruh negara. Bawa bersama dokumen asal dan item-item lain yang diperlukan. Anda boleh merujuk senarai lengkap dokumen yang diperlukan untuk jual kereta untuk maklumat lanjut. Secara purata, pemeriksaan profesional ini memakan masa lebih kurang 30 minit untuk memeriksa 175 titik pemeriksaan termasuk pemeriksaan pandu uji di jalan raya. Gambar kerosakan juga akan diambil untuk tujuan pelaporan dan rekod.

Langkah Tiga: Terima Tawaran Harga vs. Pilih Live Bidding Carsome

Sekiranya anda bersetuju untuk menjual kereta di Carsome, anda boleh memilih satu daripada dua kaedah yang ditawarkan untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik untuk anda.

1. Terima Tawaran dan Jual Serta-merta kepada Carsome

Setelah anda dimaklumkan harga kereta, anda diberikan masa selama lima (5) hari (maksimum) untuk mempertimbangkan dan menyerahkan kereta serta dokumen yang berkaitan. Jika anda bersetuju dengan tawaran harga yang dinyatakan, anda akan menerima bayaran penuh melalui pindahan secara dalam talian (online transfer) dalam tempoh 1 jam*. Jika anda menyerahkan kereta pada hari pemeriksaan, proses tukar nama kenderaan dan pembayaran akan dilakukan pada hari yang sama dengan syarat dokumen yang disediakan adalah lengkap.

Pemeriksaan turut akan mengambil kira faktor-faktor lain seperti jenama, tahun pengeluaran dan keadaan kereta. Jika kereta anda mempunyai kadar perbatuan atau mileage kurang daripada 10,000 km, berada dalam keadaan baik (tidak pernah terlibat kemalangan, kebakaran atau banjir)–anda akan menerima tawaran harga yang terbaik dalam pasaran

*tertakluk pada terma dan syarat

2. Bidaan Langsung atau Live Bidding Carsome

Sekiranya anda memilih untuk melakukan bidaang langsung atau live bidding, Carsome akan menjadualkan proses bidaan untuk kereta anda dalam slot yang tersedia paling awal. Proses bidaan ini akan melibatkan lebih daripada 8,000 pengedar kereta terpakai yang berdaftar. Lazimnya, harga tawaran permulaan akan dibincangkan dan dipersetujui antara anda dan Carsome sebelum sesi bidaan langsung dilakukan.

i. Adakah Saya Dikenakan Caj atau Yuran untuk Menyertai Live Bidding Ini?

Apabila anda menyenaraikan kereta anda untuk bidaan pada platform live bidding Carsome, tiada caj atau yuran akan dikenakan. Malah, buat masa ini anda juga akan dikecualikan daripada dikenakan yuran penolakan sekiranya anda menolak tawaran bidaan yang diterima. Namun begitu, yuran pengendalian sebanyak RM500 akan dikenakan jika kereta anda berjaya dijual di platform ini.

Anda akan berpeluang untuk melakukan bidaan langsung sebanyak tiga (3) kali. Sekiranya anda menerima tawaran harga daripada pengedar, anda diberikan tempoh selama 24 jam untuk menerima atau menolak hasil bidaan. Jika anda menerimanya, anda diberikan masa selama lima (5) hari untuk mempertimbangkan dan menyerahkan kereta serta dokumen yang berkaitan.

ii. Apa yang Berlaku Jika Kereta Saya Tidak Menerima Sebarang Tawaran?

Jika kereta anda tidak menerima sebarang tawaran, anda mempunyai dua pilihan berikut untuk dipertimbangkan:

        1. Terima harga tawaran asal dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pemeriksaan;
        2. Jika kereta anda tidak menerima sebarang tawaran semasa sesi bidaan pertama, kereta anda akan dijadualkan secara automatik untuk sesi bidaan yang seterusnya. Namun begitu, harga bidaan permulaan berikutnya akan berkurangan sebanyak lima peratus berbanding harga tawaran permulaan sebelumnya.

Jika kereta anda masih belum menerima sebarang tawaran selepas percubaan kedua, anda disarankan untuk menghubungi pegawai yang bertanggungjawab. Tawaran harga baharu mungkin diberikan sekiranya tiada tawaran bidaan diterima selepas bidaan pertama atau kedua. Namun begitu, ia bergantung pada permintaan pelanggan dan situasi semasa. Tawaran harga baharu ini juga mungkin berbeza daripada tawaran harga asal yang diterima sebelum ini.

iii. Bilakah Live Bidding Carsome Dilakukan?

Buat masa ini, Carsome menawarkan sesi bidaan secara langsung bersama rangkaian pengedar kereta terpakai yang berdaftar seperti berikut:

        • Isnin hingga Sabtu (10 pagi – 12 tengah hari dan 2 petang – 4 petang)
        • Ahad (2 petang – 4 petang)

Perbezaan Antara Terima Tawaran Terus atau Pilih Live Bidding Carsome


Bagi memudahkan anda membuat keputusan, Carsome menyenaraikan jadual perbezaan berikut untuk panduan dan rujukan anda:

Terima Tawaran Terus Pilih Live Bidding Carsome
Harga ditawarkan dengan mengambil kira laporan pemeriksaan Carsome. Harga ditawarkan berdasarkan bidaan yang diterima dengan turut mengambil kira laporan pemeriksaan Carsome.
Bayaran penuh akan diterima melalui pindahan secara online dalam tempoh 1 jam* Bayaran penuh akan diterima melalui pindahan secara online bergantung pada tempoh bidaan.
Jika terima harga ditawarkan, anda diberi masa selama lima (5) hari untuk mempertimbangkan dan menyerahkan kereta serta dokumen yang berkaitan. Setelah bidaan diterima, anda diberikan tempoh selama 24 jam untuk menerima atau menolak tawaran.

Jika terima harga ditawarkan, anda diberi masa selama lima (5) hari untuk mempertimbangkan dan menyerahkan kereta serta dokumen yang berkaitan.

Untuk kereta persendirian, kos pemeriksaan adalah percuma dan tiada yuran transaksi akan dikenakan jika anda terima tawaran terus.

Namun begitu, kos dan caj yang dikenakan mungkin berbeza untuk kenderaan berdaftar syarikat.

Tiada caj atau yuran penolakan dikenakan jika anda memilih untuk menggunakan platform bidaan buat masa ini.

Namun begitu, yuran pengendalian sebanyak RM500 mungkin dikenakan bagi setiap transaksi yang berjaya.

Langkah Empat: Pindah Milik, Penyerahan Kereta dan Pembayaran

Pengalaman jual kereta di Carsome sememangnya lebih mudah dan cepat. Ini kerana, proses pindah milik diuruskan sepenuhnya oleh Carsome setelah anda menyerahkan kereta pada tarikh yang dipersetujui. Malah, penyelesaian pinjaman selebihnya akan dilakukan secara terus kepada pihak bank. Anda juga akan menerima baki pembayaran akhir secara terus ke dalam akaun bank anda/pemilik melalui pindahan secara dalam talian.

i. Apa yang Perlu Saya Lakukan Jika Baki Pembiayaan Sewa Beli Saya Lebih Tinggi daripada Nilai Jualan Kereta?

Jika anda berada dalam situasi sebegini, anda mempunyai dua pilihan seperti berikut:

        • Sekiranya baki pembiayaan sewa beli lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan, Carsome masih akan membeli kereta anda. Namun begitu, anda perlu membayar baki bayaran selebihnya kepada pihak bank.
        • Sekiranya baki pembiayaan sewa beli lebih rendah daripada harga yang ditawarkan, Carsome akan menyelesaikan baki pembiayaan sedia ada. Lebihan wang akan dikembalikan kepada anda melalui pindahan secara dalam talian.

Pro Tip: Meskipun faktor-faktor seperti had perbatuan, reputasi, sejarah servis dan keadaan kereta boleh mempengaruhi kadar susut nilai kereta. Namun begitu, ia tidak bermaksud kereta tidak boleh dijual pada harga yang tinggi. Aspek penyelenggaraan dan penjagaan kereta turut memainkan peranan dalam menentukan harga jualan kereta.

Model Kereta dengan Bidaan Tertinggi Pernah Dijual di Platform Bidding Carsome


Berdasarkan pangkalan data Carsome, Perodua merupakan jenama paling popular yang dijual kepada Carsome. Jenama automotif tempatan ini menerima jumlaah bidaan tertinggi pernah direkodkan dalam platform live bidding Carsome. Ia diikuti oleh Proton, Toyota, Honda dan Nissan. Bagi perincian model pula, Perodua Myvi mendominasi kedudukan 10 teratas dengan jumlah bidaan tertinggi. Ia diikuti oleh Proton Saga, Toyota Vios, Honda City dan Perodua Viva. Perodua Alza dan Axia pula menduduki kedudukan keenam dan ketujuh, diikuti oleh model Proton Persona, Honda Civic dan Proton Exora.

Jenama. Model Kereta Terpakai Terbaik | Live Bidding Carsome

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sekiranya anda merancang untuk menjual kereta terpakai lama anda di Carsome. Carsome merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan perkhidmatan terbaik untuk anda dengan tawaran pilihan kereta terpakai yang berkualiti, dokumentasi berkaitan diuruskan sepenuhnya dan perkhidmatan penghantaran kereta secara terus ke pintu rumah anda!