HomeBMKereta Terpakai Murah: Model Honda Terpakai Bawah RM100K

Kereta Terpakai Murah: Model Honda Terpakai Bawah RM100K

Honda merupakan sebuah jenama kereta yang cukup sinonim dan popular di Malaysia. Dominasi dan kedudukan jenama Honda dalam pasaran Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Ini jelas terbukti apabila Honda Malaysia berjaya mengekalkan dominasi sebagai pengeluar automotif bukan nasional nombor satu dan merupakan jenama kedua paling laris di Malaysia selepas Perodua. CARSOME menyenaraikan 5 model kereta Honda terpakai bawah RM100K paling popular pilihan pengguna di Malaysia

1. Honda Civic Terpakai

Honda Civic sememangnya berada dalam kelasnya yang tersendiri. Reputasi dan prestasi cemerlangnya sedikit sebanyak melonjakkan jenama ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Model ini juga cukup sinonim dengan jenama Honda, ia tampil dengan reka bentuk yang sporty sesuai untuk golongan muda. Selain itu, model ini juga tampil dengan sentuhan kejuruteraan terkini ditambah pula dengan reka bentuk luaran yang lebih besar dan aerodinamik yang menyerlahkan lagi prestasi dan penampilannya.

Honda Civid terpakai

Honda Civid 2016, misalnya, merupakan model kereta sedan segmen C yang dikuasakan oleh dua jenis enjin – 1.8 liter i-VTEC dan 1.5 VTEC turbo. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan trasmisi CVT (Continuosly Variable Transmission) untuk pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan lebih baik. Model ini dilengkapi dengan Remote Engine Start yang membolehkan enjin dan aircond kereta dihidupkan melalui kunci kawalan jauh.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Walk Away Auto Lock yang membolehkan pintu dikunci secara automatik apabila kunci dikesan bergerak meninggalkan kereta (2.5 meter dari kenderaan). Harga Honda Civic TC-P 1.5L 2016 terpakai dijual di laman web CARSOME pada harga RM96,900.

2. Honda Jazz Terpakai

Honda Jazz merupakan model hatchback segmen B yang popular keluaran Honda dan antara model hatchback paling popular di Malaysia sebelum Perodua Myvi membuat kemunculan di Malaysia. Model Honda Jazz pertama diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014 sebelum tampil dengan wajah baharu pada tahun 2017. Versi facelift ini tampil dengan gril hadapan dan bampar belakang baharu selain ciri keselamatan dan aksesori mengujakan. Honda Jazz terkenal dengan ciri-ciri keselamatan yang optimum, selain reka bentuknya yang sporty dan ‘muda’.

Honda Jazz terpakai

Selain itu, model ini juga popular disebabkan oleh praktikaliti ruang dalaman, ruang but berkapasiti besar (363 liter) dan tempat duduk ULTRA dengan mod berbeza – refresh mode, long mode, tall mode dan utility mode. Honda Jazz dijanakan oleh enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC 4 silinder. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm. Model Honda Jazz E 1.5 2019 terpakai dijual pada harga RM70,900 di laman web CARSOME. Dengan spesifikasi dan kualiti terbaik, ia semestinya sebuah pelaburan yang berbaloi untuk dimiliki.

3. Honda City Terpakai

Honda City merupakan model sedan paling laris keluaran Honda Malaysia selama lima tahun berturut-turut dengan jumlah jualan melebihi 209,00 unit. Model ini tampil dengan kapasiti enjin 1.5L i‑VTEC 4 silinder. Enjin ini mampu menghasilkan 118 kuasa kuda dan 145 Nm tork maksimum. Honda City (2017), contohnya, diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan anggaran penjimatan bahan api sebanyak 5.7 liter bagi setiap 100 kilometer.

Selain itu, model City ini juga turut menerima penarafan lima bintang bagi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan empat bintang untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) daripada ASEAN NCAP.

kereta terpakai murah: honda city

Honda City didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing terdiri daripada Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Ia turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Harga Honda City terpakai E 1.5 2017 dijual di laman web CARSOME pada harga RM59,800.

4. Honda Accord Terpakai

Honda Accord sangat menitikberatkan penjimatan bahan api dan keseronokan sepanjang pemanduan dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Teknologi bantuan pemanduan Honda Sensing yang diperkenalkan juga turut menjadikan pengalaman pemanduan lebih meyakinkan dan selamat. Selain itu, ruang kabin yang lebih luas dan lebih selesa juga menjadikan Honda Accord antara kereta sedan pilihan pengguna di Malaysia.

Ruang kabin yang lebih besar ini juga menjadikan perjalanan jarak jauh lebih selesa terutamanya untuk anda yang berkeluarga. Bahagian dalaman model ini juga turut dipertingkatkan dengan ciri teknologi berkelas tinggi. Ia sekali gus menambahkan lagi daya penarik model jenama keluaran Jepun ini. Jika anda ingin memiliki kereta Honda Accord dengan harga yang lebih murah dan mampu milik, anda bolehlah mempertimbangkan Honda Accord terpakai.

kereta terpakai murah: honda accord

Di laman web CARSOME, Honda Accord VTI 2.0 2016 terpakai dijual pada harga RM90,800 berbanding harga asal RM95,800. Malah, anda boleh berjimat sehingga RM5,000 sempena festival jualan 11.11 yang sedang berlangsung sehingga 15 November ini. Dengan spesifikasi dan ciri keselamatan terbaik, memiliki model kereta Honda Accord terpakai pada harga yang jauh lebih murah semestinya suatu pelaburan yang menguntungkan.

5. Honda HRV Terpakai

Jika dahulu, kategori subkompak SUV kurang meriah dan kurang mendapat tempat dalam pasaran automotif tempatan. Honda HR-V, model kenderaan utiliti sukan (SUV) mula diperkenalkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada 5 Februari 2015. Walaupun dibina berasaskan platform sedan Honda City dan model kompak Jazz, ia masih menampilkan kelainan berbanding kedua-dua model tersebut.

Model Honda HR-V tampil lebih berkuasa dengan enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC 4 silinder dan dipadankan dengan transmisi Continuously Variable Transmission (CVT). Malah, ciri keselamatan juga turut dititikberatkan dengan enam beg udara SRS dan ciri keselamatan lain seperti Emergency Stop Signal (ESS), kamera paparan belakang pelbagai sudut, Hill Start Assist (HSA), Vehicle Stability Assist (VSA) dan lain-lain lagi.

honda hrv terpakai

Tidak dapat dinafikan bahawa HR-V memiliki reka bentuk yang cukup menarik yang menggabungkan rekaan SUV dan coupe. Ciri rekaannya yang unik menjadikan model ini tampil garang dan kemas. Ia secara tidak langsung menjadikan model ini antara model popular dalam kalangan peminat jenama Honda. Harga Honda HR-V V 1.8 2017 terpakai dijual pada harga RM77,800 (harga selepas diskaun festival jualan 11.11).

Selain daripada harganya yang berpatutan, jenama Honda menjadi pilihan utama rakyat Malaysia disebabkan oleh nilai jualan semula yang lebih tinggi. Malah, ia turut didorong oleh faktor penggunaan bahan api yang rendah dan semestinya reka bentuk yang moden dan trendy. Malah, ramai juga yang berpendapat jenama ini menjadi pilihan pengguna kerana pemilik Honda biasanya menjadi dambaan para gadis dan calon menantu pilihan.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan CARSOME untuk mendapatkan mana-mana model Honda terpakai murah pilihan anda. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga yang murah dan berbaloi dengan cara yang mudah dan pantas. Anda boleh layari laman web CARSOME untuk info lanjut.

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular