HomeBMHonda HRV: Berbaloi atau Tidak?

Honda HRV: Berbaloi atau Tidak?

Honda Malaysia memperkenalkan barisan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV terbaharu menerusi empat pilihan varian iaitu Sport Hybrid i-DCD, RS, V dan E untuk pasaran tempatan. Pelancaran varian Sport Hybrid i-DCD di pasaran Malaysia ini menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di luar Jepun yang menggunakan sistem hibrid Pemanduan Dua Klac pintar (i-DCD) dalam segmen SUV kompak. CARSOME menyenaraikan 5 perkara mengenai Honda HRV yang boleh anda pertimbangkan sebelum anda memilikinya:

honda hrv
Sumber: Honda Malaysia

1. Spesifikasi Honda HRV

Varian Sport Hybrid dijanakan oleh enjin 1.5 liter (L) DOHC i-VTEC dengan motor elektrik berkuasa tinggi yang dikuasakan oleh bateri lithium-ion. Enjin ini tersedia dengan padanan transmisi automatik dwi-klac tujuh kelajuan. Bagi varian HRV RS pula, ia dikuasakan oleh enjin 1.8 liter (L) SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear Continous Variable Transmission (CVT). Varian V dan E juga turut menerima janaan kuasa yang sama. Padanan enjin ini semestinya berkesan dalam menghasilkan prestasi pecutan yang lebih mantap dan penjimatan bahan api yang lebih tinggi.

Selain itu, model Honda HRV RS tampil dengan sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR) baharu untuk pengalaman pemanduan yang lebih cekap dan stabil sepanjang berada di jalan raya. Ia turut didatangkan dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci, rekaan gril hadapan yang lebih sporty serta rekaan bamper hadapan dan belakang baharu untuk imej yang lebih segar. Varian Hybrid dan varian lain pula menerima rim aloi dua tona bersaiz 17 inci.

honda hr-v
Sumber: Honda Malaysia
  •   Varian: Sport Hybrid i-DCD, RS, V dan E
  •   Warna: Modern Steel, Lunar Silver, Ruse Black, White Orchid Pearl, Passion Red Pearl
  •   Segmen: Segmen B
  •   Jenis Model: SUV
  •   Transmisi: CVT/DCT
  •   Kapasiti atau Pilihan Enjin (Engine Options): 1.5L – 1.8L
  •   Kuasa Kuda: 132-142PS
  •   Harga Honda HRV: RM104,000 – 128,800
  •   Tempat Duduk: 5 Tempat Duduk

2. Honda HRV: Model SUV Paling Laris

Untuk rekod, Honda Malaysia berjaya menjual lebih 14,800 unit model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, sekali gus mengekalkan kedudukan nombor satu model Honda HRV dalam segmen berkenaan selama empat tahun berturut-turut. Ia menjadi model utama pilihan pengguna dengan menguasai hampir 79 peratus pasaran dan merupakan model SUV paling laris di Malaysia.

3. Bahagian Dalaman (HRV Interior)

Model Honda HRV ini dilengkapi dengan butang suis hands-free pada bahagian stereng kereta (hands-free telephone steering switch). Ia membolehkan panggilan dijawab tanpa perlu mengalihkan tangan daripada stereng kenderaan (steering wheel). Selain itu, model ini juga turut dilengkapi dengan butang audio pada stereng, ambient meter, sistem audio skrin sentuh (touch screen) paparan 7 inci bersepadu yang menyokong peranti Android Auto dan Apple CarPlay, tuil gear dengan kemasan kulit, pedal sport dan stereng dengan pelbagai butang kawalan.

hr-v interior
Sumber: Honda Malaysia

4. Ciri Standard

Honda HRV juga tampil dengan ruang kargo (cargo space) yang lebih luas dengan mod boleh suai mengikut keperluan gaya hidup anda:

  • Tall Mode – tempat duduk belakang (rear seats) boleh dilipat untuk ruang yang belakang yang lebih tinggi
  • Long Mode – tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang boleh direbahkan untuk memuatkan barangan yang lebih panjang
  • Utility Mode – tempat duduk belakang boleh direbahkan untuk memberi lebih banyak ruang kargo

Selain itu, model Honda HRV ini juga tampil dengan spesifikasi standard berikut:

  • ECON Mode – meningkatkan kecekapan bahan api dengan satu butang sentuhan
  • ECO Assist – lampu yang berubah warna yang menunjukkan gaya pemanduan, membantu memaksimumkan kecekapan bahan api
  • Cruise Control – membolehkan kelajuan kenderaan dipacu mengikut keinginan
  • Butang Push Start
  • Paddle shift
  • Sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR) – sistem stereng canggih yang menyesuaikan jumlah sudut stereng dan nisbah gear berdasarkan kelajuan kenderaan secara automatik. Ia sekali gus menawarkan kawalan, kestabilan (vehicle stability) dan keselesaan yang lebih optimum sepanjang pemanduan
honda malaysia: hrv 2019
Sumber: Honda Malaysia

5. Ciri Keselamatan

Model Honda sangat memberi penekanan kepada penjimatan bahan api, pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan. Honda HRV dilengkapi dengan ciri keselamatan berikut untuk keselesaan dan keyakinan pengguna sepanjang pemanduan:

  1. Honda LaneWatch – meningkatkan kualiti pandangan di bahagian sisi kereta dengan mengurangkan titik buta untuk pertukaran lorong yang lebih selamat
  2. Hill Assist Start (HSA) – membantu mengelakkan kereta daripada mengundur ke belakang ketika brek dilepaskan di kawasan berbukit
  3. Multi-Angle Rearview Camera – memudahkan pemandu untuk meletakkan kereta secara undur dengan tiga pandangan berbeza untuk keselamatan tambahan: lebar, normal dan atas-bawah
  4. Emergency Stop Signal (ESS) – lampu brek belakang dan lampu bahaya (hazard lights) menyala ketika anda brek untuk memberi amaran kepada pemandu lain
  5. Electric Parking Brake (EPB) – brek tangan kini lebih mudah dengan hanya menekan satu butang sahaja
  6. Auto Brake Hold (ABH) – kenderaan kekal berada dalam posisi brek tanpa perlu menekan pedal brek
  7. ISO-FIX – Honda HRV menepati piawaian antarabangsa dengan ciri keselamatan kanak-kanak
  8. Vehicle Stability Assist (VSA) – dengan bantuan VSA, kenderaan anda kekal berada di dalam lorong dengan teknologi keselamatan canggih yang berkesan mengurangkan pembelokan lebih (oversteer) atau pembelokan kurang (understeer)
  9. G-CON –  Teknologi G-CON Honda mengawal tenaga hentaman (G-Force) disebabkan oleh perlanggaran dan mengurangkan impak kecederaan kepada pemandu dan penumpang
ruang kargo (cargo space) yang lebih luas dengan mod boleh suai mengikut keperluan
Sumber: Honda Malaysia

Model Honda HRV ini dijangka akan memberi saingan hebat kepada beberapa model lain dalam kelas sama seperti Mazda CX-3, Hyundai Kona, Toyota C-HR dan beberapa model popular lain. Adakah model Honda HRV ini menepati spesifikasi yang anda cari dalam sebuah model SUV? Jika anda ingin mendapatkan model Honda HRV terpakai, anda boleh layari laman web CARSOME. CARSOME merupakan platform jual beli kereta terpakai yang menawarkan tawaran harga terbaik dengan cara yang mudah dan pantas.

Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
A self-proclaimed foodie and gamer whose passion for food and games has recently extended to cars.
RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular